CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

Negeri Perak penuh misteri

  [Copy link]
 Author| Post time 29-5-2011 01:19 PM | Show all posts
pasal daulat2 ni panjang ceritanya... nnt kalau aku ada masa aku cerita pasal ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 07:48 PM | Show all posts
saya pon org perak jugak.tapi keturunan /clan?unknown......

sebab saya x sempat nak tanya benda2 tu.orang tua2 yg mungkin tau dengan tepat susur galur family kami pon dah tak ada dah....tapi dgr kata ada darah siam sikit...wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 09:37 AM | Show all posts
kenapa nama Megat "Teraweh" bukan Megat "Terawis" itu kn chk semula ngan ahli sejarah Perak sbb arti ...
catalina Post at 27-5-2011 13:25



    Adik ipar mak aku keterunan megat terawis..tapi aku tak pernah nak amik tau...aku ingat keturunan biasa je....rupa2nya ada gak sejarah nenek moyang dia...tapi sepupu aku dah tak leh nama bawa nama megat@puteri kalau dia kahwin ngan oran biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:05 AM | Show all posts
pasal kisah beras basah dgn pertabalan jin tu mcm penah bca kt board mana tah,
ingt lg forumer tu ckp mufti perak pun xberani ckp apa3 pasl upacara tu,
selain itu jika bukan raja perak yg sebenar xleh tidur kt bilik beradu nanti esok tidur tmpt lain...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by B.K at 30-5-2011 10:13

board sejarah drpda forumer unspekted rasanya sblm nickname dia kne banned terus, msa tu dia gado dgn org perak pasl sultan negeri perak dan sultan negeri johor sapa lg berdaulat, sampai kuar pasl beting basah tu semua... atau gado pasl sultan selangor...
x pastilah tpi skrg dia pkai nick name lain...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:53 AM | Show all posts
pasal kisah beras basah dgn pertabalan jin tu mcm penah bca kt board mana tah,
ingt lg forumer tu  ...
B.K Post at 30-5-2011 10:05


even ada brg kemas diraja pon ada yg replika jea sbb ada uurmm...yg tak lih pakai sbb dia bukan keturunan raja....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2011 11:19 AM | Show all posts
kalau dia pakai jugak....ada terjadi apa2 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:06 PM | Show all posts
kalau dia pakai jugak....ada terjadi apa2 tak?
immortallez Post at 30-5-2011 11:19


ada yg kt tak boleh nak disarungkan/pakai pon...benda2 tu ada jin yg jaganya...wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 12:13 PM | Show all posts
nAsihat saya,kalau sesiapa pengguna highway utara selatan sila jgn berhenti di RNR Gua Tempurung...c2 mmg power..drebar Lori pon xbrani singgah c2....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:22 PM | Show all posts
ada yg kt tak boleh nak disarungkan/pakai pon...benda2 tu ada jin yg jaganya...wallahualam.
catalina Post at 30-5-2011 12:06




catalina...maknanya...dr barang² sampai majlis pertabalan tu...semua² ada jin la ya......
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:27 PM | Show all posts
kiranya sekarang jin la kat ranking atas, coz manusia yg kena ikut syarat jin
dah terbalik plak jadinya.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 01:15 PM | Show all posts
catalina...maknanya...dr barang2 sampai majlis pertabalan tu...semua2 ada jin la y ...
aku_tulip Post at 30-5-2011 12:22


ISTIADAT TABAL JIN
TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.
Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT ‘Raja Berangkat’.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas ‘Chior Keemasan’ yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian ‘Istiadat Memulih’ PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga ‘Merenjis Tepung Tawar’. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara ‘Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar’, diikuti pula dengan ‘Istiadat Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan ‘Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada’ sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa ‘Perkakas Merenjis’. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas ‘Perterakna Seri Panca Persada’.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat ‘Merenjis Tepung Tawar’ disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu ‘Upacara Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan ‘Kain Benang Emas Kekuningan’, dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan ‘Istiadat Merenjis Air Panca Bicara’ keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, ‘Merenjis Tepung Tawar’ ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan ‘BUNGA PENCAWA PENCARA’ ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja…petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan ‘resah gelisah’ diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan ‘bergerak-gerak’ dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara ‘SANTAPAN NASI BERASTANOKA’ dijalankan dengan bacaan doa selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 01:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by catalina at 30-5-2011 13:31


PONTOH BERNAGA


PONTOH ULAR LIDI



ada alatan kebesaran ni dh umor beratus2 tahun...sejak dr sultan muzaffar I lagi dh ada wujud bawak dr kjaan tanah seberang....baca balik artikel sejarah perlantikan di pg. blkg.

waktu bahtera diraja sangkut di beting beras basah, suma brg2 lain dicampak buang kecuali alat2 kebesaran jea yg tinggal...boley bayangkanlah betapa tuanya brg2 tu suma...
pastu, waktu di Beting Beras Basah ada perjanjian dibuat antara kjaan manusia & kjaan jin bawah air telah dibuat. wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 01:29 PM | Show all posts
sesapa yg ada kesempatan ke Pasir Salak
sila melawat Muzium Keris....spooky tul muzium tu...ada keris2 dlm tu yg 'hidup'
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 02:37 PM | Show all posts
adoi...baru beberapa hari dah ada smp 11 page...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 03:13 PM | Show all posts
kat gopeng ada 2 kedai mkn yg famous, kedai rafi & mee sup, jgn risau kalau singgah mkn kat situ, mulakan dgn bismillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 03:23 PM | Show all posts
wahh... xsangka byk betul sejarah kt perak nie... adat pn byk gak ye... ingtkan kt n9 je byk adat... tp spooky gak bc pasal adat tabal jin tue... masih diamalkan smpi skang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 03:37 PM | Show all posts
wahh... xsangka byk betul sejarah kt perak nie... adat pn byk gak ye... ingtkan kt n9 je byk adat... ...
anilza10 Post at 30-5-2011 15:23



yer masih diamalkan sehingga sekarang....setiap kali tabal sultan baru upacara ini akan dibuat
even air mandian sultan pon amik dr 7 kuala sungai


  MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH KUALA SUNGAI PERAK

Istiadat MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH KUALA SUNGAI PERAK ialah untuk kegunaan Kebawah Duli Berdua Bersiram Tabal. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta dari Pintu Besar Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, bergerak menuju ke taman kanak-kanak Kuala Kangsar diiringi dengan paluan NOBAT sepanjang perarakan itu hingga ke Tebing Sungai Perak.

Perarakan berkereta memuatkan Tok Setia Guna dengan pasukan NOBAT DI-RAJA, Panglima Besar dan Panglima-Panglima, Toh-Toh Seri Nara di-Raja, Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Bentara-Bentara, 7 orang Bomoh yang membawa PERKAKAS ISTIADAT dan 16 orang Jejawat Berlembing.

PERKAKAS ISTIADAT yang diarakkan ialah 16 Geluk Mas Perak dihiasi dengan daun-daun nyiur muda berjari lipan, Bekas Perasap, Bekas Beras Kunyit, Bekas Beras Basah, Bekas Bertih, Bekas Tepung Tawar, Bekas Air Sintuk, Bekas Air Limau, Bekas Air Bunga Panca Bicara dan Bekas Kemenyan.

Di tebing Sungai Perak PERKAKAS ISTIADAT dibawa naik ke atas bot. Untuk upacara ini Panglima-panglima dan Jejawat Berlembing serta Pasukan Nobat di-Raja tidak mengikuti bersama rombongan ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL di tujuh kuala Sungai Perak.

Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dimulakan di Kuala Sungai Kangsar oleh Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja dan dibantu oleh Toh Seri Nara di-Raja serta Bentara-bentara dengan mengusap kemenyan, menabur Beras Kunyit dan merenjis Tepung Tawar di Kuala Sungai, selepas itu barulah diambil air dan dimasukkan ke dalam sebuah Geluk.

Nobat hanya dipalu semasa Istiadat Pertama di Kuala Sungai Kangsar.

Setelah itu rombongan akan bergerak ke Kuala-Kuala Sungai yang lain; iaitu

2 - Kuala Sungai Chepias,
3 - Kuala Sungai Sayong,
4 - Kuala Sungai Hitam,
5 - Kuala Sungai Chermin,
6 - Kuala Sungai Buaya,
7 - Kuala Sungai Menora,

Setelah selesai ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL, kesemua 16 Geluk, akan dijaga dengan baik dan semua rombongan kembali semula ke Pengkalan di Padang Kanak-Kanak disambut dengan penuh Istiadat.

Setelah sampai di BALAI PANCA PERSADA semua Jejawat Berlembing berbaris semula. Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Toh Seri Nara di-Raja, Bentara-Bentara dan Bomoh-bomoh membawa perkakas Istiadat naik ke BALAI PANCA PERSADA disambut oleh Panglima Dalam dan Bentara-Bentara Perempuan, untuk disimpan.  Maka tamatlah ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL.


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 03:50 PM | Show all posts
just wonder.... pertabalan sultan ni bukan selalu kan? so selalunye yg tau/jaga adat2 ni kan org2 tua... kalo diorg dh xde, org yg br/ganti ni tau ke detail ttg adat2 nie?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 04:03 PM | Show all posts
thx catalina. byk info.

teman ni name je org perak. tp haram x tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.161794 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list