|
[Dunia]
Live Blog Jakarta: Militan Daish Mengaku Sebar Mesej Sebelum Letupan
[Copy link]
|
|
Edited by wongedandotcom2 at 15-1-2016 12:48 PM
Pengakuan Penembak Terduga Pengganas
Saya Baru Sadar Tersangka Bawa Empat Bom
Jakarta - Suspek pengganas yang berlaku di Sarinah, Jakarta Pusat pada Khamis (14/1) boleh dilumpuhkan hanya dalam masa beberapa minit. Itu tak lepas dari beberapa personel Satgas Bom Polis yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi.
Ini penuturan AKBP Untung Sangaji, angota Satgas Bom Ibu Pejabat Polis, kepada Beritasatu.com, Kamis (14/1). Untung adalah lelaki yang memakai kemeja putih yang tertangkap kamera wartawan sedang menembak. Berikut penuturan Untung:
"Pada mulanya abang ngopi di Wanut kofe di bahagian kiri Sarinah sambil tugas di jalur presiden lalu-lalang pulang bersama Kombes Urip Widodo dan Profesor Kiki (Hermawan Sulistyo) .Tiba-tiba ada bunyi dentuman di lokasi. Bunyinya kedengaran lalu abang keluar kedai Walnut selaras dengan itu orang-orang berlarian menjauh dari bunyi letupan tadi secara tidak tentu.
Ternyata abang liat Pos Lantas di depan Sarinah sudah ada tiga jenazah bom bunuh diri kerana melihat ada terletak hak dengan kabel pencetus, paku-paku bertebaran dan skru kiri-kanan. Juga seorang Polis yang pahanya terkoyak dan penuh paku dan skru yang menancap di sekujur tubuhnya.
Lalu abang panggil siapa pun dekat situ untuk membantu mengungsikan Polis tersebut ke kereta peronda lalu lintas. Tapi ketika Polis tersebut di angkat dan ditonton oleh banyak orang, tiba-tiba, ada tembakan dari arah depan Starbucks yang juga rosak kena bom.
Selepas itu abang kokang senjata abang, Infinity berkaliber 45 dan mendekat ke arah itu. Ternyata abang lihat pelaku lagi megang bom di tangan dan seorang temannya lagi megang senjata. Tiba-tiba dia membaling bom ke bawah kereta Karo Ops Polda Metro Jaya (PMJ).
Ketika perhatian pengganas terarah ke kereta Karo Ops PMJ, abang melingkar dari kiri Starbucks sambil menembak ke arah suspek yang juga memegang beberapa bom di tangannya. Abang tembak dada dan kaki suspek tersebut dan tiba-tiba bom di tangannya jatuh lalu meletup tidak jauh dari suspek.
Selepas letupan terhenti abang maju dengan IPDA Tamat mendekat dan memastikan bahawa suspek yang abang tembak sudah mati atau belum. Selepas itu barulah abang dan IPDA Tamat sedar bahawa masih ada empat buah bom yan sudah siap diletupkan. Garis pusat kira-kira 12 cm, material paip, dan tiga lagi agak kecil dengan paksi cepat. Saat adu tembak dengan suspek abang merasa ada yang lari dengan motor ke arah Tanah Abang. "
http://m.beritasatu.com/megapoli ... bawa-empat-bom.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu pdrm cantas siap2 mana2 org yg cenderung nak support is ni... Xnak jadi camni la... Tapi ramai yg pertikai pulak dah... Boleh buat jenaka lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada excuse naik bajet pertahanan, sonyummmm generals dan pembuat senjata |
|
|
|
|
|
|
|
Bahrun Naim Disyaki Dalang Serangan Bom Jakarta
http://www.mstar.com.my/berita/b ... alang-serangan-bom/
Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 11:45 AM
Gambar lelaki yang dikatakan Bahrun Naim seperti mana yang disiarkan BBC sebagai dalang serangan bom di Jakarta.
JAKARTA: Kira-kira tujuh tahun lalu, Bahrun Naim mengusahakan cafe Internet di pekan kecil Solo, Indonesia.
Pada Khamis, dia dikenal pasti polis sebagai dalang di sebalik serangan berdarah di ibu negara ini dimana militan Negara Islam (IS) mengakui bertanggungjawab melakukannya.
Sebelum itu, Bahrun juga pernah ditahan pada 2011 kerana memiliki senjata api secara tidak sah dan menjalani hukuman penjara tiga tahun.
Sejak itu, dia dikatakan terlibat dengan jaringan militan dan menjadi penggerak utama yang mengendalikan kegiatan itu di sekitar Solo dan Jawa Tengah.
Setahun lalu, dia ke Syria untuk menyertai kegiatan IS dan dipercayai terlibat secara langsung menyelaras serangan pada Khamis yang mengorbankan tujuh nyawa.
Lima militan dan dua awam terbunuh dalam serangan pertama yang dilancarkan militan di Indonesia, negara yang mempunyai populasi umat Islam paling ramai di dunia.
Selepas serangan terancang di Paris pada November, kumpulan militan itu mewujudkan blog yang menjelaskan mengenai jihad menggunakan kaedah guerrila dari kawasan hutan ke bandar di Indonesia.
Reuters pernah menghubungi Bahrun pada 24 November dan dia mengakui mempunyai penyokong yang cukup untuk bertindak di negara kelahirannya itu.
"Hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak," kata lelaki yang dikenali sebagai Bahrun Naim itu.
Bagaimanapun Bahrun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya pada Khamis.
Susulan itu, pihak risikan mulai memperoleh beberapa isyarat berkaitan rancangan serangan di Indonesia.
Pihak berkuasa anti-pengganas di Indonesia percaya ada sekurang-kurangnya 1,000 individu yang menyokong kumpulan radikal di seluruh negara itu.
Tindakan susulan yang dilakukan membawa kepada penahanan lebih 12 lelaki di sekitar kepulauan Jawa yang disyaki merancang serangan ketika sambutan Krismas dan cuti sempena Tahun Baharu 2016.
Bahan membuat bom, jaket dan beberapa lagi berkaitan serangan pengebom berani mati ditemui dalam serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi.
Siasatan polis mendapati, kebanyakan yang ditahan memperoleh dana dan sokongan daripada Bahrun yang menganggap Indonesia sepatutnya ditadbir sebagai sebuah negara Islam dengan berlandaskan agama itu.
Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian berkata, Bahrun telah lama merancang untuk menyerang ibu negara Indonesia itu.
Malahan, pakar militan Islam yang berpangkalan di Indonesia, Sidney Jones mendedahkan Bahrun pernah mengesa penyokongnya supaya meneliti perancangan, sasaran, tempoh masa sesuai, penyelarasan, kawalan keselamatan dan keberanian pengganas dalam kejadian di Paris menerusi posting sebuah blog.
Bagaimanapun, kurangnya jumlah mangsa dalam tragedi pada Khamis kerana militan terlibat masih kurang pengalaman daripada segi latihan dan senjata.
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 15-1-2016 07:14 AM
http://www.kaskus.co.id/thread/569765a914088dc3328b456a/cuma-di-indonesia-pelaku-terorisme-yang-seda ...
sila terjemahin gan .. kawe tok pehe |
|
|
|
|
|
|
|
amboi ko mel..sempat lagi tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
sarinah neh bersempena nama pengasuh sukarno kan?antara org yg mempunyai pengaruh besar dlm hidup sukarno? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Changa at 15-1-2016 05:53 PM
teringin nak beli yg itu la sis...
yg fully auto, takde la kena buat manual mcm kat starbucks,, tak kuasa akak nak buat secara manual, kalau manual machine basic murah jah.
yg fully auto jah yang paling murah dan helok rasanya RM4-5k, yg high end boleh cecah RM10k kaedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ugama apa para terrorist itteww sis..jahatnya mereka sis.benciiii |
|
|
|
|
|
|
|
kannn?
macam eh eh nak tekan yg mana satu ni sis, akak konfius,, gitu kan??
ujung2 meletup mati katak jah
|
|
|
|
|
|
|
|
ha tu la... mcm whatttt... itu je?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah polis Jakarta. Nampak sebenarnya dalam diam-diam pihak polis sudah bersiap sedia. Takziah kepada yang terkorban |
|
|
|
|
|
|
|
terrorist amatur kaedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
noob terrorist, cuba lagi dikelahiran yg lain
|
|
|
|
|
|
|
| |
|