Dikritik Sentuh Aliff Syukri, Ia Berlapik Kata Joy Revfa [size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 9 Januari 2018 7:20 AM
[size=0.75em]Joy tidak sangka foto dia letak tangan di bahu Aliff mendapat kecaman. Foto Instagram: @joyrevfa.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]FOTO pengasas kosmetik, Joy Revfa meletakkan tangan di bahu Datuk Seri Aliff Syukri telah mengundang kecaman daripada netizen. [size=0.98em]Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata dia diarahkan untuk menyentuh bahu penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu namun dengan berlapik dan hanya untuk beberapa saat. [size=0.98em]Foto tersebut juga turut menampilkan pengacara Nadia Anuar sewaktu sesi fotografi bagi keluaran produk tudung terbaru kerjasama antara Joy dan Aliff.
[size=0.98em]Netizer selar tindakan Joy letakkan tangan di bahu Aliff. [size=0.98em]"Sewaktu sesi fotografi memang kami diarahkan untuk menyentuh bahu Datuk Aliff Syukri tapi ia berlapik dan hanya bersentuhan beberapa saat sahaja untuk kami jalani di sebalik tabir fotografi itu. [size=0.98em]"Tapi tak sangka mendapat kecaman daripada netizen sehingga perkara itu menjadi satu isu perbalahan antara mereka," kata Joy ketika dihubungi mStar Online. [size=0.98em]Joy diminta mengulas kecaman netizen yang mengatakan dia sebagai wanita yang berakhlak dengan mudah menyentuh bukan mahram. [size=0.98em]Malah, ada segelintir netizen berpendapat bahawa bersentuhan dengan lelaki atau perempuan ajnabi dengan sengaja walaupun berlapik dan dengan niat untuk menyentuh hukumnya tetap haram.
[size=0.98em]Antara komen kecaman daripada netizen. [size=0.98em]Dalam pada itu, Joy menafikan gosip yang mengatakan dia sudah bertemu pengganti baru selepas bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada Oktober tahun lalu. [size=0.98em]Menurutnya, dia belum lagi memikirkan soal bercinta atau berkahwin dan hanya ingin memberi tumpuan pada anaknya, Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. [size=0.98em]"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin bahagia. Tapi soal nak bercinta atau berkahwin lagi itu saya belum fikirkan lagi. [size=0.98em]"Saya belum ada pengganti dan gosip yang mengatakan saya sudah ada pengganti itu pun tidak benar.
[size=0.98em]Joy mahu fokus besarkan anaknya. [size=0.98em]"Buat masa sekarang memang saya nak fokus besarkan Arryan Firdaus," kata Joy. [size=0.98em]Gosip tersebut timbul apabila baru-baru ini Joy memuat naik satu gambar jambangan bunga pemberian seorang bernama Mr. J di Instagramnya. [size=0.98em]Pada tahun lalu, selama beberapa bulan dunia hiburan kecoh dengan konflik rumah tangga Joy dan Hafiz yang berakhir dengan perceraian pada 25 Oktober 2017.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... ui4pmVeFb4Kh2Eed.99
|