hafizi This user has been deleted
|
TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Taqwa berasal dari perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, hen-daklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka." (At Tahrim: 6)
Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. laitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.
Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan per-kara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. la sebenarnya adalah lebih global dan luas. la adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan se-bagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. la membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah 'hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara'. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah-istilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan khalwat. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. la satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti' berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi'. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkat-nya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.
Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. la adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak me-libatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ASAS TAQWA
Asas taqwa yang lahir bermula dari aqidah yang betul diikuti dengan sembahyang, puasa, zakat dan naik haji. Itu adalah asas taqwa. Kalau asas taqwa ini tidak ada ertinya kita tidak ada benih untuk ditanam. Kalau tidak ada benih, masakan akan ada pokoknya. Amalan-amalan yang lain adalah sebagai tambahan. Asas taqwa yang batin ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Di antaranya rasa serba-serbi dhaif, lemah, hina, lalai dan leka di sisi Allah SWT. Rasa diri benar-benar dimiliki oleh Allah. Rasa diri tidak punya apa-apa.
Diri yang rasa lemah itu sangat merasakan ianya terdedah kepada berbagai kerosakan dan cacat cela. Tiada daya, tiada upaya dan tidak mampu berbuat apa-apa. Rasa kehambaan yang mendalam ini menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan memohon setiap sesuatu itu hanya dari Allah.
CIRI-CIRI TAQWA
Di antara ciri-ciri taqwa adalah:
1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Menyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
1. Ingat Dua Perkara
a. Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita. Itu terhadap kebaikan dan jasa manusia.
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Adh Dhuha: 11)
Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita. Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.
b. Kedua: Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf. Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia.
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
3. Menyukai Apa Yang Allah Suka
Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka. Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Itu cara kita hendak meng-hiburkan Allah. Itu manifestasi dari cinta kita yang menda-lam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.
Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi per-timbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. la bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. la lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.
4. Membenci Apa Yang Allah Benci
Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. la suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang men-dalam.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
AMALAN TAQWA
Amalan taqwa pula bukan setakat apa yang terkandung di dalam rukun Islam seperti puasa, zakat, haji dan sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil menggentel biji tasbih. Bukan juga bersuluk dan beruzlah menjauhkan diri dari orang ramai. Amalan taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid.
Amalan taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan di dalam kehidupan yang berlandaskan syariat sama ada yang fardhu, wajib, sunat atau harus atau apa sahaja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya iaitu ada batinnya, penghayatan dan penjiwaannya. Dengan kata-kata yang lain, ada terkait dengan akal, roh dan terhubung dengan Allah, dibuat kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu.
Ini termasuklah segala perkara yang berlaku dalam ke-hidupan baik dalam kehidupan seharian, dalam bidang ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya. Asalkan apa yang dibuat atau ditinggalkan itu berkait dan kerana Allah maka itulah taqwa. Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada nyawa, jiwa atau rohnya. la tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Bercakap boleh jadi taqwa kalau apa yang dicakapkan itu adalah ilmu, nasihat atau perkara-perkara yang baik dan manfaat dan dibuat kerana Allah. Diam juga boleh jadi taqwa kalau diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara yang maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, di samping ibadah lahir, ada banyak ibadah batin atau ibadah yang bersifat rohaniah. Ibadah lahir banyak syarat rukun dan sah batalnya. Tetapi ibadah batin tidak mengira tempat, waktu, masa, suci atau berhadas, haul atau nisabnya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa. Ini termasuklah bertafakur, muhasabah diri, musyahadah, mujahadah, bertaubat, merintih dengan Tuhan, sabar dalam menanggung sakit, ujian, musibah, cacian, kehinaan dan makian orang, menyuburkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dan berzikir di hati. Ini se- mua adalah amalan rohani yang boleh menghasilkan taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ARAHAN SUPAYA BERTAQWA
Allah SWT berfirman:
"Hendaklah kamu bertaqwa kepadaAllah sejauh yang termungkin." (At Taghabun: 16)
Sejauh yang termungkin di sini bermaksud turun naik nafas mesti dijadikan taqwa. Mendengar, melihat, makan minum, berjalan, berhibur, semuanya mesti dijadikan amalan taqwa. Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa. Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa. Jangan ada satu pen-dengaran atau satu penglihatan yang tidak jadi taqwa. Malahan jangan ada satu apa pun dalam hidup ini yang tidak membawa kepada taqwa. Itulah maksud sejauh yang termungkin dalam mengusahakan taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hafizi at 4-8-2005 12:22 PM:
ARAHAN SUPAYA BERTAQWA
Allah SWT berfirman:
"Hendaklah kamu bertaqwa kepadaAllah sejauh yang termungkin." (At Taghabun: 16)
Membenci Apa Yang Allah Benci
...
Ramai dikalangan manusia tak mebenci apa yang Allah benci. tapi mereka membuat lagi, seperti chating2 dalam internet yang boleh membawa terjerumus kedalam kehinaan. Apa pandangan Ustaz?
:pray: |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Originally posted by hambasufi at 4-8-2005 12:54 PM:
Ramai dikalangan manusia tak mebenci apa yang Allah benci. tapi mereka membuat lagi, seperti chating2 dalam internet yang boleh membawa terjerumus kedalam kehinaan. Apa pandangan ...
Assalamualaikum hambasufi,
Saya rasa soalan ini elok dimajukan ke ruangan Permasalahan Agama yang telah diwujudkan di dalam Forum ini dan di moderatorkan oleh Ustaz Nahzaluz.
Sekian dimaklumkan. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
UNTUK MENAMBAH TAQWA
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat takwa." (Al Baqarah: 197)
Di sini Tuhan menyuruh kita supaya sentiasa menambah sifat taqwa. Kerana sifat taqwa ini adalah bekalan kita di Akhirat. la juga untuk mendapat bantuan Tuhan di dunia dalam berbagai bentuk. Itulah yang merupakan khawariqul 'adah. Kalau di zaman Rasulullah SAW dikatakan mukjizat. Kalau bukan di zaman Rasulullah dikatakan keramat atau berkat atau rahmat dari Tuhan.
Seperti yang pernah berlaku dan dipaparkan dalam sejarah, dalam peperangan, umat Islam yang sedikit boleh mengalahkan musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga dan lain-lain lagi contoh yang banyak berlaku di kalangan para Sahabat. Itu di dunia, tetapi yang paling utama ialah di Akhirat.
Tuhan sebut dalam firman-Nya di atas, hendaklah kita sen-tiasa menambah bekalan iaitu sifat taqwa. Kita disuruh mem-bangunkan aset di Akhirat sambil mendapat pertolongan dan bantuan Tuhan di dunia. Menambah sifat taqwa ini mestilah di atas landasan syariat. Yang asas-asasnya ialah sembahyang (solat), puasa, zakat dan naik haji. Itu asas atau tapak untuk menambah taqwa.
Selain yang asas ini, banyak lagi yang lain. Mungkin di atas landasan fardhu kifayah, di atas landasan perkara-perkara sunat dn hal-hal yang harus. Walaupun asalnya harus, tetapi kalau kita pandai mengikut ilmunya, yang harus pun boleh menanam sifat taqwa.
Seperti yang disebut di atas, menambah sifat taqwa mesti di atas landasan syariat. Sebagai contoh yang mudah, yang dapat dilihat oleh mata sebab ia dilaksanakan oleh lahiriah kita ialah seperti membangunkan ekonomi. Mengapa kita bangunkan ekonomi? Dalam Islam, berekonomi bukan untuk mencari untung, walaupun di situ ada untung. Kita berekonomi untuk menambah sifat taqwa. Tetapi kebanyakan orang berniaga dan berekonomi untuk tujuan komersial dan untuk mendapat untung. Itu tidak betul. Untung itu datang sendiri. Jadi sebenar-nya berdasarkan ayat tadi, hendaklah kita berekonomi untuk menambah bekalan dan bekalan di sini ialah sifat taqwa.
Dalam Islam kita berniaga untuk menambahkan lagi sifat taqwa. Berniaga itu ibadah. la samalah dengan ibadah-ibadah yang lain seperti sembahyang, hanya ia berbentuk umumiah. Kita berkebudayaan, hendak menambah lagi sifat taqwa. Kita bangunkan jemaah, moga-moga dengan jemaah itu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, maka di situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita bangunkan kesihatan, klinik dan sebagainya, moga-moga dari situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita berdakwah, buat perhubungan, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga-moga dari situ dapat menambah lagi sifat taqwa. Kalau di-campur-campur banyaklah jumlahnya. Itu semua adalah iba-dah yang boleh mendatangkan taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Janganlah kita mencari taqwa di atas syariat yang terbatas seperti yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu sahaja. Itu hanya asasnya sahaja. Banyak lagi cabang-cabang dan ranting-rantingnya. Banyak lagi perkara yang boleh dijadi-kan ibadah. Jangan berwirid, berzikir, baca Al Quran dan duduk-duduk di dalam masjid dan di surau sahaja. Sebenarnya seluruh tindakan lahir dan aktiviti kita dalam kehidupan ini walaupun yang harus, itu adalah syariat. Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, hayun kaki, itu semua termasuk syariat. Maka moga-moga dengan mengamalkan seluruh syariat itulah kita akan dapat menambah sifat taqwa. Sifat taqwa banyak di tengah~tengah kehidupan. Bukan di masjid atau di surau sahaja. Membantu orang, bersatu padu, berkasih sayang, menyelesai-kan masalah orang dan berkerjasama, itu semua adalah amalan taqwa.
Kalau benda atau syariat itu dianggap kecil, maka kecillah sifat taqwanya. Kalau dianggap besar, maka besarlah sifat taqwanya. Dari situlah malaikat akan tulis pada kitab amalan kita. Kitab amalan itu akan dibagi kepada kita, digantung di leher di Padang Mahsyar nanti. Setiap orang akan ada catatan amal-nya. Masing-masing akan bawa. Yang tukang baca ialah kita sendiri. Barulah kita iaham bahawa menambah sifat taqwa itu adalah di atas segala usaha dan aktrati kita. Di atas penglihatan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki ke tempat-tempat yang kita pergi. Malahan ia berlaku dalam apa sahaja akthdti hidup kita, Di situlah kita akan dapat taqwa.[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
TAQWA ITU BENDA DALAMAN
Kita perlu ingat bahawa benda-benda lahir itu syariat. Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau kulit sahaja yang ada, tidak ada isinya maka ia tidak ada erti apa-apa. Contohnya, kalau kita beli buah, kita hendakkan isinya. Katakan kita beli ubi kayu, tentu ada kulitnya. Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting ialah isinya. Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi.
Syariat itu adalah rangka. Kalau rangka sahajayang ada, tidak bernyawa, tidak ada roh, maka tidak ada erti apa-apa. Sebab itu dalam ajaran Islam, makan bangkai itu haram. Sebab makan satu benda yang asalnya sudah tidak ada nyawa. Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau makan kambing yang sudah tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya, haram hukumnya. Itu sindiran Tuhan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Alangkah indahnya pandangan Abuya ini.
Inilah janji-janji Allah petunjuk pemimpin mempunyai wawasan zaman.
Abuya:hug::love::hug: |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kita contohkan dalam ibadah asas, macam sembahyang. Rukuk, sujud dan bacaan-bacaan itu rangka. Kalau hanya badan sahaja yang rukuk, tetapi hati tidak rukuk ertinya kita hanya bawa rangka. Kita hanya bawa rangka yang dalamnya bolong. Kalau badan sahaja yang sujud, hati tidak sujud, ertinya rangka sahaja yang sujud. Sebab itu kadang-kadang dalam meniti di atas syariat pun, dalam melaksanakan ibadah fardhu pun, kita tidak dapat menambah taqwa. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita bawa rangka sahaja atau kulit sahaja tetapi tidak membawa roh atau isinya maka ibadah seperti itu tidak akan menambah taqwa.
Taqwa kebanyakannya adalah benda dalaman. la bersifat rohaniah, paling tidak ia bersifat maknawiyah. Kalau tidak ada rohaniah, walaupun ibadah cantik, walaupun ia jadi bualan orang sekampung, namun ia hanya bangkai. Sembahyang bangkai, haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan bangkai, jemaah bangkai, ekonomi bangkai dan kebudayaan pun bang-kai. lanya tidak bernyawa dan tidak bernilai di sisi Tuhan. Padahal itu syariat, namun kalau tidak ada rohnya, ia tidak boleh menambah taqwa.
Apa kata orang? Hebat orang ini, hebat Islam orang ini. Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada. Manusia melihat syariatnya dibuat, yang sunat pun dibuat. Satu negara kata orang ini hebat, orang ini kuat syariat. Itulah yang kita lihat, tetapi dalamnya kosong, tidak ada isinya. Tuhan berkata ibadah yang dibuat orang itu ialah ibadah bangkai. Manusia lain tidak boleh objek dan tidak boleh komen sebab lahirnya cantik. Tetapi Tuhan pandang yang dalam. Syariat lahir itu dinilai 10% sahaja, yang dalamannya 90%.
Katalah kita hendak membangunkan ekonomi. Tuhan kata bangunkan ekonomi untuk menambah taqwa. Tetapi kita nampak untung. Belum berniaga lagi, di depan kita untung. Mengapa nampak untung bukan taqwa? Sedangkan berniaga bertujuan untuk menambah taqwa. Mengapa kita berniaga hendak menambah untung. Ini salah. Patut kita berniaga niat urituk menambah sifat taqwa. Di setiap perniagaan tambah sedikit sifat taqwa. Kemudian tambah di kebudayaan sedikit, di sekolah sedikit, di sekolah sedikit, campur-campur maka banyaklah jumlahnya.
Jadi sifat taqwa itu banyak berkaitan dengan hal-hal dalam-an. Soal syariat lahir hanya 10%, yang dalaman 90%. Senangkah kita hendak berniaga? Hendak bagi nyawa kepada perniagaan kita supaya ia tidak menjadi minimarket bangkai, supermarket bangkai atau hypermarket bangkai. Bukan senang hendak bagi roh pada perniagaan. Bila dikatakan roh, semua yang terlibat dengan perniagaan tersebut daripada pemimpin-pemimpin-nya, pengurus-pengurusnya, petugas-petugasnya, fikiran dan hati-hati mereka mesti sama dan selari. Semua hati-hati orang yang terlibat mesti berkata bahawa buka kedai itu untuk berkhidmat, bukan untuk untung. Moga-moga dari situlah kita dapat menarik orang kepada Islam. Kita dapat berkasih sayang. Kita diterima oleh pelanggan-pelanggan, dapat menolong orang, dapat memberi kemudahan-kemudahan kepada orang. Itu rohnya yang bertapak di hati. Kalau itu yang kita maksudkan dan niatkan, rugi pun seronok. Sebab sampai matlamat dan dapat sifat taqwa. Kalau untung, alhamdulillah. Di dunia lagi sudah dapat balasan. Di Akhirat akan dapat balasan lagi. Itu yang sebenar mengusahakan taqwa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Mengamalkan Islam yang lahir itu, seperti sembahyang fardhu dan sunat, puasa, zakat, baca Quran, wirid dan zikir, tujuannya supaya kita menjadi orang bertaqwa. Namun kalau kita boleh beribadah seperti itu dua puluh empat jam sehari pun, yang kita akan dapat dari usaha itu hanya 10% sahaja dari nilai taqwa keseluruhannya. Tetapi untuk buat itu pun bukan mudah. bukan mudah untuk bangun sembahyang malam, berpuasa, berzakat dan bersedekah, baca Quran dan wirid zikir. Untuk mendapat taqwa cara lahir itu pun amat susah.
Perlu diingat, seperti yang diterangkan sebelum ini bahawa 90% usaha taqwa yang tersirat yang bersifat maknawiyah dan rohaniah, itu lagi susah untuk diperolehi. Bukan senang hendak takut dengan Tuhan. Itu soal rohaniah. la bersifat rasa. Bukan senanghendak cintaTuhan. la juga soal rohaniah. Lebih senang untuk kita cinta anak isteri dari cinta Tuhan. Bukan senang untuk rasa bertuhan. Bukan senang untuk bawa rasa bertuhan ke mana-mana. Bukan senang hendak bawa rasa bertuhan kalau tidak dididik dari tadika lagi. Kecualilah bagi orang yang Tuhan hendak anugerahkan rasa bertuhan itu. Tetapi berapa ramai orang yang begitu?
Bukan senang hendak terasa hebatnya Tuhan dan rasa diri kita tidak berguna. Waktu sembahyang, untuk hati kita tersentuh dengan apa yang kita baca sehingga bergelombang hati kita tidaklah mudah. Bila disebut AllahuAkbar, ada sejenis rasa, bila disebut Alhamdulillah, ada satu rasa lagi. Berbagai ayat yang kita baca, berubah-ubah rasa kita. Ini bukan mudah. Soal lafaz lain. Soal rasa pula lain. Sedangkan 10% taqwa itu dari ibadah lahir manakala 90% adalah dari ibadah batiniah yang seperti ini yang ada rasa.
Tidak salah jadi orang kaya tetapi bukan mudah untuk tidak cinta harta dan kekayaan kita itu. Padahal Tuhan benarkan kita jadi kaya, hanya Tuhan tidak benarkan kita mencintai kekayaan kita itu. Mudahkah untuk rasa malu dan rasa tidak layak? Sepatutnya bila dapat jawatan, kita rasa malu dan menangis kerana rasa tidak layak dan takut kita akan lupa diri dan tidak pandai bersyukur. Kerana kita tahu bahawa hakikatnya, jawatan itu dari Tuhan. Tetapi sebaliknya kita rasa bangga dan rasa jadi tuan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalaulah Tuhan hendak jadikan kita baik atau berilmu atau kaya, itu semua hak Tuhan. Tetapi kita dilarang lupa diri dan rasa diri kita baik atau berilmu atau kaya. Sepatutnya kita rasa dan tidak layak untuk semua itu. Katalah orang beri kita sebuah kereta Mercedes. Adakah depan orang yang memberi itu kita akan menunjuk-nunjuk dengan rasa megah, sombong dan seronok? Kalau kita rasa tidak layak, kita akan rasa malu, rendah diri dan tidak tentu arah di depan orang yang memberi itu.
Sebab itulah agama ini mesti bermula dari tadika. Dan hendak mendapat perasaan itu mestilah dari didikan sejakkecil. Bahkan kalau betul-betul hendak dapat taqwa, mesti sejak dalam kandungan ibu lagi. Ibu ayah mesti bertaqwa sebab perangai ibu dan ayah memberi kesan kepada anak dari waktu belum lahir lagi.
Dalam mengusahakan taqwa ini, yang luar kena buat tetapi prioritinya ialah yang dalam. Jadi mengamalkan amalan Islam dengan tujuan hendak menjadi orang bertaqwa, yang lahir 10% sahaja, yang dalam 90%. Yang luar walaupun hebat, kalau yang dalam tidak ada, kita akan masuk Neraka sekiranya Tuhan tidak ampunkan kita.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau Tuhan hendak menolong kita atas dasar lahiriah, Tuhan akan tolong setakat 10% sahaja. Tetapi atas dasar batiniah, 90%. Tetapi yang kita lihat, dalam hendak membangun-kan ekonomi contohnya, soal lahir kita jaga sangat tetapi soal taqwa kita tidak jaga. Kita bermesyuarat dan kita usahakan macam mana hendak cari duit untuk buat modal, macam mana hendak cari dan latih tenaga dan sebagainya. Katalah yang lahir ini kita memang mahir dan bijak tetapi ianya hanya 10% sahaja dari bantuan Tuhan. Sebab di situ bukan line orang Islam. Itu line untuk orang kafir.
Orang kafir ada skim lain untuk dapat bantuan. Kalau dia usahakan maksimumnya yang lahir, dia akan dapat 90%. Tetapi bagi orang Islam yang lahir Tuhan peruntukkan 10% sahaja. Itu kalau tidak dicabar dan digugat oleh Jepun, Yahudi, Korea, Amerika dan lain-lain. Kalau dicabar, mungkin tinggal 1% sahaja. Kita ada gelanggang sendiri yang tidak diperolehi oleh orang kafir. Gelanggang orang kafir, kita dapat 10% tetapi gelanggang kita 1 % p un orang kafir tidak dapat. Dari gelanggang kita, kita boleh dapat lagi 90% iaitu dengan kita bertaqwa. Kalau kita tahu hal ini, kita boleh cabar orang kafir. Sebab itu apabila Rasulullah berjaya menanam yang luar dan yang batin pada para Sahabat yang asalnya hanya tahu menternak kambing dan tidak tahu membaca, dalam masa 23 tahun sahaja Islam jadi empayar. Kalau Rasulullah ada di waktu ini, mungkin dalam tempoh 3 tahun sahaja, Islam boleh jadi empayar.
Rasulullah mengambil masa tiga belas tahun di Mekah untuk menanam iman dan taqwa di hati para Sahabat. Selama sepuluh tahun kemudian, barulah baginda memulakan pembangunan negara Islam kecil yakni Madinah. Dibangunkan madrasah yang menjadi kilang untukmengeluarkan para ilmuan yang bertaqwa sebagai penyambung dan pelapis perjuangan. Dibangunkan ekonomi dengan membuka pasar Ansar yang diuruskan oleh Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Begitulah perjuangan itu ber-kembang dan terus membesar hingga akhirnya tiga perempat dunia menyerah diri kepada Islam. Semua itu bertolak dari taqwa.
Itulah cara perjuangan Islam yang dibuat oleh Rasulullah. Dan itulah satu-satunya cara yang benar dan tepat. Kenapa kita tidak mahu mencontohinya? Kenapa kita ada pandangan lain yang menyimpang dari apa yang dibuat oleh Rasulullah?
BERSAMBUNG |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 8-8-2005 08:57 PM
Alangkah indahnya pandangan Abuya ini.
Inilah janji-janji Allah petunjuk pemimpin mempunyai wawasan zaman.
Abuya:hug::love::hug:
dari hadits rawayat Imam Muslim dari Anas bahwa Rasulullah saaw bersabda : |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|