CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BabeYSHa

MISTERI GADIS GHAIB TIAP KALI SENJA

  [Copy link]
Post time 15-10-2010 11:34 AM | Show all posts
aku pun penah dengar gaj cite mcm ni...
mak aku cite dlu time die muda2, ada makcik kat kg aku tue yg hilang...
kdg2 sampai makan bulan... dr bantuan bohmoh.. katenye makcik ni dh bekerluarga ngan org2 bunian... tu pasal kdg2 die hilang... tau2 je jumpe kat umah...  so mende2 nih xla baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 12:00 PM | Show all posts
Reply 319# BabeYSHa


    aiks ..dah batu pulaknya dihantar sekali ... ada kaitan ke dgn grup yg bertapa tu .. tak de sesiapa pergi soal dorang ke ...pihak polis / jabtan agama nak pergi soal tujuan dorang bertapa ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 03:40 PM | Show all posts
Reply 319# BabeYSHa
ms mula2 kuar cerita depa terjumpa org bertapa dlm gua tu aku dh terfikir ntah2 ini keje derang tu nk cuba ilmu yg derang tuntut tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 03:53 PM | Show all posts
Reply  BabeYSHa


    aiks ..dah batu pulaknya dihantar sekali ... ada kaitan ke dgn grup yg ber ...
ea208964 Post at 15-10-2010 12:00 PM


ntahlaa kak ea... nampaknyer mcmtue laa... diorang mcm syak sesuatu ttg kumpulan petapa tue... ntah2 diorang jadikan si balqis sebagai experimen diorang ke.. mana tau kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 03:57 PM | Show all posts
Reply  BabeYSHa
ms mula2 kuar cerita depa terjumpa org bertapa dlm gua tu aku dh terfikir ntah2 in ...
Maisarah Post at 15-10-2010 03:40 PM


urmmm... haku msa mula2 dulu bersangka baek jela bila akhbar melaporkan ttg diorang neh.. tk sangka lak ada lagi...  

**tingat lak citer Jangan Pandang Belakang COngkak ... si lan petpet ngan si cat farish terpaksa betapa utk menguatkan diri terima ilmu batim gitu... smpai ke tahap kali terakhir tue... kena tangkap hantu jin sebanyak mungkin sebelum embun jantan pertama...   mcm kelakar je.. tapi.. tingat lak kesah si balqis neh bila nengok wayang aritue..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 05:04 PM | Show all posts
agak beraper tempoh mase lagik yg maseh ader tuk selamatkan dia? 1 bulan? 2 bulan? kalu tak abislah kena culik ke alam jin.

kat mesia ni kan ramai perawat handal handal, takan takleh nak settle kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2010 06:51 PM | Show all posts
Urmmm... heart... bacala artikel2 yg lepas.. ada tentang neh... nak stop dulu utk khidmat perawat yg len katanyer..   dh nak senja neh.. urmmm.. apa pulak kalineh.. haih... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:20 PM | Show all posts
kuasa Allah melebihi segalaNya.. insyaAllah selamat budak tu nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2010 01:52 AM | Show all posts
salam

Akak rasa jin2 tu dah betul2 jatuh cinta ngan Balqis ni. Klu dah start bagi hadiah (batu permata bagai) tu kira serius la tu. Cuma harap2 jgn la jin2 tu mintak balasan sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 04:29 PM | Show all posts
ishh.. harap2 balqis dapat la diselamatkan.. risau gak.. if or di 'alam sana' da terkenan n xnak bagi semula pada family, menangis air mata darah mak ayah dier..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 05:30 PM | Show all posts
ishh.. harap2 balqis dapat la diselamatkan.. risau gak.. if or di 'alam sana' da terkenan n xnak bag ...
gitarpurple Post at 16-10-2010 16:29



    sekali sekala tentu balik juga ke rumah mertua.

kalau semua satu family pindah sana tak boleh ke aa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 07:20 AM | Show all posts
Wang  pulak ilangl

J
ERTIH: Ibarat pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga', begitulah nasib malang keluarga Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang menanggung derita akibat gangguan misteri sejak tiga bulan lalu berterusan apabila wang simpanan pula hilang.

Katanya, paling menyedihkan wang derma orang ramai kepada Siti Balqis yang disimpan dalam Al-Quran turut ghaib dipercayai dilarikan jin selepas gagal melarikan Siti Balqis sejak lima hari lalu.


Menurutnya, sejumlah RM2,000 wang simpanan didapati lesap tanpa diketahui siapa yang mengambilnya.


“Saya yakin wang itu bukan hilang diambil orang kerana bilik Siti Balqis sentiasa berkunci dan orang lain tidak berani masuk kerana mereka takut sejak Siti Balqis didakwa dikawal oleh jin,” katanya kepada Metro Ahad.


Bagaimanapun, dia tidak melaporkan kehilangan wang berkenaan kepada polis kerana masih percaya ia bukan dicuri manusia.

Mengenai penemuan 15 biji batu permata yang tiba-tiba jatuh dalam rumahnya sejak tiga hari lalu, Norizan berkata, kejadian itu tidak lagi berlaku semalam selepas Siti Balqis mengalami kesakitan di badannya.


Katanya, dia juga menolak permintaan orang ramai untuk membeli permata berharga itu kerana dinasihatkan pengamal perubatan Islam supaya menyimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air zam zam bagi mengelak ia hilang.               


jin miskin yg ambik..               
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:31 AM | Show all posts
Wang  pulak ilangl

J

jin miskin yg ambik..
bluezink Post at 17-10-2010 07:20



    Baik lain kali masuk bank cepat2, kalau hilang pun, bank boleh ganti balik kan? Heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 04:15 PM | Show all posts
{:3_83:} duit ilang plak ka? haih... mcm2 la jin2 tue.. publisiti tui...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 05:49 PM | Show all posts
Reply 338# BabeYSHa


    duit tu harga precious stones yg 'dorang' bagi ke ...

tapi betul gak .. bukan mian lagi jin ni ..sonok agaknya asyik masuk suratkhabar ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:13 AM | Show all posts
MN malam ni tak siarkan pasal kisah balqis...duk tayang kisah yg lama2 diulang2 pulak..
TV3 nk naikkan rating MN dulu ...kisah balqis dipendam2 buat pekasam..kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 12:57 AM | Show all posts
Reply  BabeYSHa

bukan mian lagi jin ni ..sonok agaknya asyik masuk suratkhabar ..
ea208964 Post at 17-10-2010 17:49



hahahaa jin pun nak glemer..siap buat perniagaan postpaid batu permata tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 01:37 AM | Show all posts
x setel lagi ke kes ni...
aritu bukan ke dah berkoyan2 jin kene sumbat dlm botol..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 08:17 AM | Show all posts

14 batu permata ghaib

Oleh Mohammad Ishak
[email protected]

JERTIH: Kegembiraan keluarga gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang mendapat batu permata sejak Rabu lalu, berakhir apabila batu permata berkenaan hilang dalam simpanan selepas empat hari mereka menyimpannya.

Batu permata yang jatuh secara tiba-tiba di dalam rumah gadis berkenaan di Kampung Gong Nangka, dekat sini, dikatakan anugerah istimewa yang tidak diketahui puncanya.


Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, berkata sebanyak 15 biji permata berwarna putih, hijau dan merah jatuh di dalam rumahnya menyebabkan seluruh keluarga dan tetamu yang datang melawat Siti Balqis terkejut dengan kejadian aneh itu.


Bagaimanapun, katanya 14 daripada pertama yang disimpan dalam bekas khas dan direndam dalam air zam zam tiba-tiba ghaib pagi semalam, walaupun ia dikawal ketat oleh anak saudaranya, Mohd Zainuddin Mohamad, 42.


Mohd Zainuddin berkata, satu lagi permata diberikan kepada penasihat agama program Ilmu Alam Ghaib TV3, Sharhan Shafie, untuk membuat analisis terhadap penemuan batu permata yang disifatkan satu lagi kejadian aneh berlaku dalam rumah berkenaan.


Katanya, dia yang ditugaskan oleh Norizan untuk menjaga batu permata itu terkejut kerana ia ghaib dalam simpanan walaupun dijaga ketat dan tiada siapa yang boleh masuk dalam bilik yang berkunci.


“Saya menyedari kehilangannya itu kira-kita jam 4 pagi tadi apabila melihat tempat menyimpan batu permata itu kosong,” katanya.


Menurutnya, mustahil batu permata itu dicuri manusia biasa kerana anggota peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Besut turut berada di kawasan rumah itu bagi mengawal keadaan.


Sementara itu, Sharhan ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam tidak terkejut dengan kehilangan 14 biji permata yang disimpan di rumah gadis misteri itu kerana ia sememangnya untuk menguji keluarga Siti Balqis.


Sharhan berkata, batu permata yang disimpannya juga hampir dighaibkan oleh jin pada malam sama tetapi ia gagal dilarikan kerana sudah ‘memagar’ tempat simpanan batu permata dengan ayat suci al-Quran.


Katanya, dia sudah mengesyaki batu permata dalam simpanan keluarga terbabit akan hilang kerana jin yang menjaga Siti Balqis didakwa berdendam disebabkan gagal untuk melarikan Siti Balqis selepas kawasan rumahnya dipagar dengan menggunakan garam dan ayat suci al-Quran.

Sharhan mendakwa, beliau sendiri turut ternampak tangan jin berbulu sedang menarik bekas batu permata yang disimpan di rumahnya, tetapi gagal.


Malah, kata Sharhan beliau turut diugut oleh jin supaya tidak membantu mengubati Siti Balqis dan jika meneruskan juga, jin akan mengambil anaknya pula sebagai ganti kepada Siti Balqis.


Sementara itu, kira-kira 200 ahli Pergerakan Wanita Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, mengadakan majlis membaca surah Yasin beramai-ramai di rumah keluarga Siti Balqis semalam sebagai ikhtiar untuk menyelamatkan keluarga berkenaan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 08:40 AM | Show all posts
Malam tadi tunggu gak Rancangan Misteri Nusantara kalau2 ada keluar kisah Balqis ni tapi sayangnya tak ada pun keluarga
Mungkin tak lama lagi kot baru keluar kisah ni
Rupa2nya siaran Misteri Nusantara dah bertukar ke pukul 10.30 mlm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.131861 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list