CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
Post time 28-8-2013 12:54 PM | Show all posts
nak lagi.. x cukup nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2013 01:02 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

     
            “Ehem…siapa awak? Macam mana awak boleh ada dalam rumah saya ni?”

            Soal satu suara tiba-tiba. Aku terus berpaling dan tiba-tiba tersemburlah air kopi dalam mulutku ke arah tuan empunya suara itu. Aku kemudian menutup mulutku. Siapa pula lelaki di hadapanku ini? Terkebil-kebil matanya ku lihat menahan semburan aku itu..

            “Ibu…tolong ada......PENCURI..!!!!!!”

             Terus sahaja aku menjerit bagai dirasuk dan dalam masa yang sama membuka langkah seribu. Kecut perut aku sebaik melihat susuk tubuh lelaki yang aku tidak kenali itu. Tiba-tiba sahaja muncul. Aku berlari ke ruang tamu. Tidak tentu arah aku dibuatnya. Apa yang perlu aku lakukan di saat kecemasan seperti ini???

              “Eh…kenapa dengan kamu ni Lily? Dah macam orang nampak hantu saja budak ni. Kamu okey ke ni?” soal Mak Nah.

              Hairan dengan kelaku anak angkat majikannya itu. Terkejut dia apabila mendengar jeritan gadis itu sebaik sahaja dia masuk ke rumah majikannya. Cepat-cepat dia menerpa ke arah gadis genit itu.

              “Mak Nah tolong Lily. Tu...tu...dekat dapur ada sorang laki-laki yang Lily tak kenal. Lily tak tahu macam mana dia boleh masuk? Entah-entah pencuri agaknya. Cepatlah Mak Nah, ibu, ayah…cepatlah..dia ada di dapur tu…”

              Tergagap-gagap aku menuturkannya sambil memandang ke arah ayah dan ibu yang sedang melangkah masuk. Dengan pantas, aku menarik tangan ibu dan Mak Nah menuju ke dapur. Agak kalut langkah mereka mengikut langkahku.

               “Ya Allah, Adli!! Kenapa dengan muka kamu tu? Lah, macam mana kamu boleh mandi dengan air kopi ni?” Kata Sabariah sebaik tiba di dapur.

               Terus sahaja dia meluru ke arah anak tunggalnya yang sedang berdiri kaku di dapurnya itu. Dia dapat meneka siapa punya angkara. Dia cuba menahan tawanya.  Anak tunggalnya masih berdiri kaku. Kuat betul bau kopi pada anak tunggalnya itu. Minta-minta, sejuklah air kopi yang disembur kat kamu Adli. Macam-macam kerenah anak angkatnya yang sering menceriakan suasana rumahnya sejak akhir-akhir ini.

“              Lily….Lily. Hesy…budak bertuah ni. Kalau Lily nak tahu, ini abang Adli. Anak ibu kamulah. Bukan pencurilah Lily Dayana sayang oi. Ada ke patut muka hensem macam ni kamu kata pencuri….”












hahahaha....kesian kan


Last edited by wipers81 on 28-8-2013 03:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 02:51 PM | Show all posts
wipers81 posted on 28-8-2013 11:21 AM
kak sellie...macam mana.....watak baru akan muncul...

..LG BAGUIH ADA WATK BARU...

ALAMK CAPLOCKS LAK..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 02:56 PM | Show all posts
wipers81 posted on 28-8-2013 01:02 PM
“Ehem…siapa awak? Macam mana awak boleh ada dalam rumah saya ni?”

          ...

rasakn...sapa suruh x bg salam...cara tanya pun mcm hapa je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 03:07 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Terang Mak Nah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja budak Lily ni.

              “Hah, bukan pencuri ek. Alamak…manalah Lily tahu ni anak ibu? Er…minta maaf ya a..ab..abangAdli. Saya tak tahu siapa abang tadi? Ingatkan penyagak manalah tadi? Saya minta maaf abang. Saya betul-betul tak sengaja tadi.”

               Aku menelan air liur. Terasa pandangan tajamnya padaku menusuk tepat ke jantungku. Seram aku bila pandangan itu selesai aku tafsirkan. Pandangan yang bermaksud ‘kau memang sengaja nak cari pasal’. Agaknyalah tu. Matilah aku kali ni……

              “Adli, nasib kaulah nak. Salam perkenalan kamu dengan Lily bermula dengan semburan air kopi. Adli, inilah Lily Dayana. Anak angkat ayah dan ibu. Saja kami tak beritahu kamu hal ni awal-awal. Ingatkan nak buat kejutan untuk kamu. Tak sangka pula jadi begini….hahahaha…”

              Akhirnya terburai tawa semua orang. Hamka tidak menyangka akan terjadinya peristiwa lucu yang dicetuskan oleh anak angkatnya itu. Senak perutnya akibat ketawa yang terletus darinya. Adui…

               Anak angkatnya sekarang mudah terkejut jika ditegur dengan tidak kena gaya. Pernah sekali, dia hampir disiram dengan air paip ketika menegur gadis itu yang sedang menyiram bunga di laman rumahnya pada suatu petang. Mujurlah dia sempat mengelak. Nampaknya, Adli Zafri memang bernasib malang disembur dengan air kopi. Hampir keras perutnya mentertawakan anaknya itu.

               “Oh...inilah Lily. Adli Zafri Bin Hamka. Nice to meet you.”

                Dia menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Berkerut keningku kerana sedang memikirkan mahu menyambutnya atau tidak. Dia ni tak tahu hukum ke?

                “Maaf, bukan muhrim. Haram saya menyambutnya.”

                 Aku hanya menundukkan kepalaku sedikit. Harap-harap dia tak terasa. Kedengaran yang lain mentertawakan kami. Salah ke ayat aku tadi? Aku ada buat lawak ke???

                “No problem. Sorry, tak tahu pula ada ustazah dalam rumah ni. Saya naik dululah ibu nak tukar baju. Nak buat macam mana ibu. Baru saja sampai dah disambut dengan semburan perfume kopi tadi. Adli minta diri dululah ayah, ibu….”

                 Dia berlalu dan sebaik melintasiku, satu lagi jelingan yang lebih tajam dari tadi diberi padaku. Jelingan seolah-olah memberi amaran padaku. Sempat lagi perli aku. Aku hanya tersengih. Adakah normal tindakan aku ini?


Last edited by wipers81 on 28-8-2013 03:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 03:09 PM | Show all posts
   “Ibu…tolong ada pencuri..”

dialog ni tak rasa mcm die menjerit bagai dirasuk pon huhu...

Pencuri.
Pencuri..
Pencuri!
PENCURI!!
Pencuri

satu perkataan yg sama.. 5 tanda baca berlainan.. kan lain intonasi baca die tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2013 03:14 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 28-8-2013 03:09 PM
“Ibu…tolong ada pencuri..”

dialog ni tak rasa mcm die menjerit bagai dirasuk pon huhu...

ok..dah betulkan....tq cmf_conan...hehehhe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 03:16 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


           “Bukan ke minggu depan baru abang Adli balik ibu? Kenapa awal pula dia sampai? Kenapa ibu tak beritahu Lily awal-awal?”

           Bertalu-talu soalanku tujukan pada ibu selepas menolongnya menyusun barang-barang yang dibeli.

           “Memanglah kalau diikutkan minggu depan dia akan pulang. Sebenarnya, dia minta tukar waktu  flight awal sikit. Ibu lupa nak beritahu kamu sebab ibu dapat tahu pun malam semalam. Masa tu, Lily dah tidur. Ibu malaslah nak kacau Lily. Pagi tadi pun, ibu terlupa nak beritahu kamu.”

            Betul juga. Aku ni, memang jenis tidur awal.

            “Lily, ibu nak minta Lily masak hari ni boleh? Abang kamu tu suka makan lauk asam pedas. Lily kan pandai masak asam pedas. Boleh ya sayang?” pinta ibu.

            Aku memang tidak kisah kerana memang aku suka memasak. Tambahan pula, semua di dalam rumah ini memang suka akan masakan asam pedasku.  

           “Kalau macam tu, biar Lily sajalah yang masak hari ni. Ibu dengan Mak Nah rehat saja. Ni, karipap yang Lily dah goreng. Makan tau. Nanti Mak Nah hidangkan pada ayah dengan Pak Hamdan di luar ya.”

           Terus sahaja aku berlalu ke dapur menyiapkan tugasku. Biarlah Mak Nah berehat hari ini. Riuh kedengaran suara mereka sedang bersembang di laman. Apalah agakya yang disembangkan oleh mereka? Janganlah mereka mengungkit pasal peristiwa tadi.

          Hati aku sebenarnya masih tidak tentu arah ni. Walaupun luaran nampak tenang, tapi dalam hati hanya Allah S.W.T yang tahu bagaimana gundahnya aku. Macam-macam rentak sebenarnya. Sabar..Dayana…



Last edited by wipers81 on 28-8-2013 03:19 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2013 03:21 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Hampir satu jam aku di dapur, menyiapkan semuanya. Akhirnya, selesai juga semua tugas memasakku. Kata ibu, aku memang pantas dalam melakukan sesuatu kerja.

              Aku mula menghidangkan semua lauk pauk yang ku masak di atas meja. Hari ini, aku memasak lauk asam pedas ikan pari,. Aku juga turut menggoreng sayur kacang panjang dan kebetulan ibu ada membeli sedikit tempoyak lalu ku jadikan sambal. Makan bersama ulam timun. Kecur air liurku hari ini.

             Kebetulan pula semuanya adalah merupakan lauk kegemaranku. Mana tahan…..

             Aku bergegas mendapatkan ibu dan Mak Nah yang sedang bersembang bersama ayah dan di luar. Tak nampak pula kelibat Pak Hamdan? Sebenarya Pak Hamdan dan Mak Nah adalah pasangan suami isteri. Pak Hamdan adalah pemandu ayah. Mereka tidak mempunyai anak. Sudah hampir dua puluh tahun mereka tinggal bersama ayah dan ibu. Mereka juga yang mengasuh anak ibu itu sejak dari kecil lagi.

             Aku juga menyayangi mereka sebagaimana aku menyayangi keluarga angkatku. Mereka melayan aku dengan baik. Layanan yang mereka berikan membuatkan aku terasa seperti aku ini anak kandung mereka. Syukur kerana aku mengenali seluruh keluarga ini.

            “Okey ayah, ibu dan Mak Nah. Dah siap semuanya. Marilah kita makan. Lily dah lapar ni.” Ajakku.  

            Memang perutku sudah menyanyikan lagu keroncong. Mereka semua bingkas bangun dan berjalan bersamaku menuju ke ruang makan. Mak Nah mula mencedok nasi ke dalam pinggan yang ada. Kemudian, kelihatan kelibat Pak Hamdan masuk dan menuju ke arah kami. Aku melabuhkan duduk di sebelah Mak Nah. Memang kami selalu makan bersama seperti ini.

           “Lily, pergi panggilkan abang Adli kamu tu. Ajak dia turun makan. Lekas..”

            Gesa Sabariah. Saja disuruhnya Lily. Dia perasan, anak tunggalnya seperti kurang senang dengan kehadiran Lily ditambah pula dengan peristiwa tadi. Dia mahu anaknya lebih mengenali Lily. Dia memang sangat berkenankan Lily dan berharap agar Lily tidak hanya sekadar menjadi anak angkatnya, malah sebagai menantunya suatu hari nanti.

             “Baiklah ibu, Lily ke atas panggilkan abang Adli ya.”

            Aduh…kenapalah ibu suruh aku yang panggilkan. Nak tak nak, terpaksalah juga aku turutkan. Dengan berat hati, berat langkah dan berat segalanya aku menuju ke tingkat atas di mana terletaknya bilik ‘tuan putera’ dalam rumah ini.  


Last edited by wipers81 on 28-8-2013 03:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:26 PM | Show all posts
alahai.... sian pulak kakt lily or yana ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 10:25 AM | Show all posts
yoozara posted on 28-8-2013 09:59 AM
tiba2 blur hurmm
lamenya penderitaan yana
nape tak trus jek takdirkan yana jumpe fahim ( if fahim ...

ms yoozara, kalau saya buat macam tu.....xseronoklah. ala kita bglah yana rasa asam garam kehidupan sikit....hehehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 10:30 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 30



             Aku perasaan akan riak kurang senang yang terbit di wajahnya sejak bertemu kali pertama. Sudahlah pertemuan pertama diisi dengan insiden yang memalukannya. Aku masih berdiri kaku di hadapan pintu biliknya. Apa aku nak cakap pada dia ni? Aku menggaru tudungku, sedangkan yang gatal adalah kepalaku sambil menggigit bibirku.

             Tubuhku membelakangkan pintu biliknya. Jari telunjukku diketuk-ketuk perlahan ke dagu seperti orang sedang berfikir. Dalam hati masih berteka-teki, nak ketuk atau tidak? Kemudian, aku berpaling sambil mengangkat tanganku dengan gaya mahu mengetuk pintu, tetapi….

            “Auch….eh...apa ni! Sakitlah!! Kau ni kalau tak buat hal, tak boleh ke hah? Apa,kau ingat kepala aku ni, pintu ke?!!”

             Aku dijerkah oleh lembaga yang tiba-tiba terjengul dari pintu itu. Dia menggosok dahinya yang diketuk olehku. Manalah aku nak tahu dia ni tiba-tiba saja nak buka pintu? Nak melatah pun terbantut sebaik mendengar jerkahannya itu.

            “Ma...maaflah abang Adli, saya tak sengaja. Manalah saya tahu yang abang nak buka pintu ni.”

            Aku menelan air liur. Nasib baik Zafri di belakang namanya kalau Safari memang padan sangatlah sebab ada singa dalam Safari tu. Garangnya, mengalahkan singa saja. Atau dia ni dah telan seekor singa ke masa kat Sabah sana? Dia ni belajar kat Sabah ke kat Afrika?

           “Maaf, tak sengaja. Ayat tu sajalah yang kau tahu. Yang kau tersengih-sengih ni apa hal? Mengata akulah tu. Nak apa kau datang bilik aku ni?”

           Amboi ayat, ikut sedap mulut saja dia ni. Hai...macam tahu-tahu saja aku mengata dia. Nasib baiklah kau anak ayah dan ibu. Kalau tak….siaplah kena sembur dengan aku. Ei…menyampahnya aku dengan perangai berlagak dia ni.


Last edited by wipers81 on 29-8-2013 10:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 10:40 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Ibu panggil abang turun makan. Semua orang tengah tunggu abang.”

             Terus sahaja aku berpaling darinya sebaik selesai menyampaikan pesanan. Baru sahaja aku hendak memulakan langkah, lelaki itu mula bertindak di luar batasan. Aku tersentak, pabila terasa tangan kananku direntap menyebabkan langkahku terhenti. Fuh… nasib baik aku tak jatuh. Aku berpaling semula padanya.

            “Apa abang...abang! Bila pula aku jadi abang kau, hah?! Kau dengar sini. Mulai saat ini, aku nak kau panggil aku Tuan Adli. Tapi ingat, kalau depan ibu dan ayah baru kau panggil aku abang. Ingat, jangan sesekali kau cuba nak mengadu pada mereka kalau kau nak selamat. Faham!!”

            Tersentak aku dengan tindakannya yang pada aku sudah melampaui batasan. Berani dia sentuh tangan aku. Ada yang makan penampar aku juga nanti. Ingat aku takut ke dengan amaran dia tu? Tak boleh jadi ni…..

            “Tuan Adli Zafri Bin Hamka! Kalau nak warning saya sekalipun, tak boleh ke cakap elok-elok? Perlu ke nak pegang-pegang tangan saya ni? Apa, tak tahu hukum ke?  Tak pun, pergilah sekolah agama semula. Belajar balik bab fardhu ain. Cari kembali, ciri-ciri muslim dalam diri tuan tu.”

             Ku rentap kembali tanganku dari genggamannya. Terus sahaja aku beredar. Bengang aku! Kenapa agaknya aku harus bertemu dengan spesis kaum adam seperti ini lagi. Suka-suka hati saja menyentuh aku tanpa memikirkan hukumnya. Ei…meluatnya aku. Kan dah kena sembur dengan aku tadi. Padan muka. Rasakan!!!

             Adli Zafri terdiam. Tergamam dia jadinya!! Pertama kali dia kalah bila bertikam lidah dengan kaum hawa. Boleh tahan juga gadis ini. Pedas juga kata-katanya. Kecil-kecil cili api. Tak sangka, badan kecil tapi…

             Dia ingat, aku suka sangat ke nak pegang tangan dia. Macamlah dia tu cantik sangat! Muka pun ala-ala anak mami Penang.  Tapi, cara cakap macam orang selatan. Tak mengapa. Masa masih panjang lagi untuk dia lebih mengenali gadis genit ini. Jangan ingat dia akan mendiamkan diri. Adli pasti akan membalas kembali. Kau tunggu sajalah perempuan. Terasa tercabar egonya dengan tingkah laku gadis yang menumpang di rumahnya. Masa itu, baru kau tahu siapa tuan sebenar dalam rumah ini.


Last edited by wipers81 on 29-8-2013 10:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 10:47 AM | Show all posts
sambung lagi eik....ape nak dibuat si zapri aka safari tu
yana c'mon kene gagah tahan layanan safari
hwaiting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 10:51 AM | Show all posts
yoozara posted on 29-8-2013 10:47 AM
sambung lagi eik....ape nak dibuat si zapri aka safari tu
yana c'mon kene gagah tahan layanan safa ...

teruskan menunggu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 01:46 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


               “Mana abang Adli kamu Lily? Lama sangat kamu di atas, apa dia buat?”

               Hairan Sabariah bila melihat hanya Lily sahaja yang melangkah turun. Punyalah lama Lily di atas tu.

               Tak sempat aku menjawab soalan ibu kedengaran satu suara di belakangku….

               “Ada ni hah ibu. Bagusnya cara ajakan anak kesayangan ibu tu. Marilah kita makan, Adli dah lapar ni. Dah lama tak rasa masakan Mak Nah ni.”

               Amboi dia ni. Ada juga yang aku cilikan mulut dia dengan sambal tempoyak aku yang agak pedas ni. Lalu, dengan selamba ‘badak air’ terus sahaja dia melabuhkan duduknya di kerusi kosong sebelahku. Macam dah takde tempat lain ke dia nak duduk?

               Aku rasa sedikit tidak selesa dengan keadaan itu. Hanya mampu memaniskan muka kerana mahu menjaga hati ayah dan ibu. Mak Nah dan Pak Hamdan hanya tersenyum memandang ke arah kami. Sedang dalam hati…..bayangkanlah sendiri.

               “Lily, tolong cedukkan lauk asam pedas tu untuk abang. Sayur kacang juga ya.”

               Tiba-tiba nak bermanja dengan pula aku dia ni. Ingat aku ni apa? Isteri dia ke? Dengan hati yang kurang ikhlas aku turutkan sahaja. Sampai bergenang kuah asam pedas dalam pinggannya ku buat. Padan muka. Dengan muka selamba, aku meletakkan kembali pinggan di depannya. Makanlah kuah ni puas-puas.

               “  Amboi, sampai jadi laut dah pinggan abang ni. Nampak sangat macam tak ikhlas saja anak ibu ni.”

               Fuh…terasa panas saja rasa muka aku ni. Siapa sebenarnya manusia di sebelah aku ni? Ada kuasa psikik ke? Macam tahu-tahu saja aku memang tidak ikhlas tadi. Bahaya kalau ada orang yang macam dia ni. Seolah-olah boleh baca minda aku pula.

               “Sudahlah kamu berdua ni. Ibu ingat bila berjumpa, kamu berdua akan mesra. Ni sebaliknya pula. Kamu tu Adli, sebagai yang tua kenalah beralah sikit. Jaga-jaga Adli. Orang tua-tua kata kalau selalu bergaduh, lama-lama jatuh cinta pula nanti.”

               “Ye ke ibu?” terkeluar soalan itu dari mulut Adli.

                Dia mengerling sekilas gadis di sebelahnya. Dengan minah kalut ni? Jatuh CINTA??? Huh….kirim salamlah!!! Macam ni punya perempuan untuk dikahwini, dia sanggup  membujang sampai ke tua. Baik dia bercinta dengan iguana. Eh..kau ni Adli. Tu haiwan lah…..


Last edited by wipers81 on 29-8-2013 01:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2013 01:54 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Ish…ke situ pula ibu ni merepek. Mujur tak tersembur air yang aku sedang minum ni. Semua yang berada di meja makan itu ketawa serentak kecuali aku dan abang Adli. Pandangan kami bersatu. Namun tidak lama kemudian, kami menjeling antara satu sama lain. Tak hingin aku!! Sudahlah berlagak gila!!!

              “Sedapnya lauk yang Mak Nah masak ni. Rindunya dengan masakan Mak Nah. Memang terbaiklah Mak Nah.”

              Puji Adli sebaik sahaja menelan nasi yang disuapkan ke mulutnya. Walaupun merah menyala nasi dalam pinggannya dengan limpahan kuah asam pedas itu, namun dia hairan? Mengapa tak pedas pun lauk ni? Laju saja dia menyuap suapan yang seterusnya tanpa menghiraukan gadis di sebelahnya yang sedang merenung tajam ke arahnya.

               “Kalau kamu nak tahu, lauk hari ni bukan Mak Nah yang masak. Tu, yang dekat sebelah kamu tu. Dialah yang masak semuanya hari ni.”

               Amboi, panjangnya muncung Mak Nah menghala ke arahku. Lelaki di sebelahku dengan spontan juga berpaling ke arahku. Aku terkedu dengan renungan tajam darinya. Kami saling bertentang mata saat ini. Gugup jadinya aku.

               “Kalau kamu suka, makanlah banyak sikit Adli. Hari-hari ibu akan suruh Lily masakkan untuk anak ibu ni. Makanlah, lepas ni jangan lupa pula rasa karipap pusing ni.  Lily juga yang buat.”

               Saja Sabariah berkata begitu. Dia mahu anaknya menerima kehadiran Lily. Dia mahu anaknya tahu mengapa dia memilih gadis ini untuk dijadikan suri hidup anak tunggalnya itu.

             “Baiklah ibu, nanti Adli makan.” Ringkas sahaja jawapan darinya.

             Tidak dinafikan, memang masakan gadis itu sedap. Namun, kerana egonya yang meninggi itu sebolehnya dia mahu menidakkannya. Apalah yang istimewa sangat tentang minah kalut ini? Terasa tebal telinganya mendengar pujian yang diberikan oleh ibunya dan juga Mak Nah terhadap minah kalut itu. Rasanya gelaran minah kalut sangatlah sesuai untuk gadis itu. Memang sesuai sangat!

            “Adli, nah makan karipap ni. Rasalah sebiji.”

            Sabariah meletakkan sebiji karipap ke pinggan anaknya setelah melihat pinggan anaknya itu licin. Berselera sungguh dia melihat anak bujangnya itu menikmati hidangan hari ini. Dia tersenyum melihat anak yang amat dirindui itu. Mak Nah dan Lily telah lama bangun meninggalkan mereka tiga beranak di situ.


Last edited by wipers81 on 29-8-2013 01:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 02:43 PM | Show all posts
lalalalala...saba ye yana
rase kalo buleh tekeh ngan kuali layan kan je
mamat cenggitu sgt le menyampes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 02:48 PM | Show all posts
yoozara posted on 29-8-2013 02:43 PM
lalalalala...saba ye yana
rase kalo buleh tekeh ngan kuali layan kan je
mamat cenggitu sgt le men ...

haduih....senak perut akak gelak...lawak ar yoozara ni.......


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 02:57 PM | Show all posts
wipers81 posted on 29-8-2013 06:48 AM
haduih....senak perut akak gelak...lawak ar yoozara ni.......

eeii betol pe kaka..org ceni patut layan kuali, mangkuk, periuk belanga jek
TLDM sesangat ...meluat tahap gunung brapi smpai kuar lava

fuhhh control blk ph anger ..cool down



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.150631 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list