|
Knights posted on 26-9-2013 05:40 PM 
tetapi masa itu mana la nak tahu harga nak naik. masa itu bulan 5. naik bulan 9.
kalau ko biasa ikuti perkembangan semasa ko xkan tertipu dgn lakonan puak2 bn..
kalau malas sgt pn kat ci ni dh berbuih puak2 pr ni bgtau dlu...tp offer geng2 pr
utk kehidupan yg lebih baik hanya dipandang sepi 43% rakyat malaysia..
malangnya bencana yg datang terkena sekali 57% yg lain..
sgt menyedihkn la.. |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata rashiman......beli beras pakai duit brim ada belen lagi tawwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey posted on 26-9-2013 09:49 PM 
bak kata rashiman......beli beras pakai duit brim ada belen lagi tawwwwww
rm500 tu utk setahun beb...makan je nasi lauk garam ke kicap ke..jgn bising2 tau |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 dahulu lepas harga minyaknaik
Rasa menyesal gak undi bn
Tapi lepas dapat penerangan yang subsidi ni tak baik
Saya dah lega sedikit |
|
|
|
|
|
|
|
ogre posted on 26-9-2013 10:07 PM 
Mula2 dahulu lepas harga minyaknaik
Rasa menyesal gak undi bn
Tapi lepas dapat penerangan yang sub ... Mula2 dahulu lepas harga minyaknaik
Rasa menyesal gak undi bn
Tapi lepas dapat penerangan yang subsidi ni tak baik
Saya dah lega sedikit hahahahaha...ya awloh.......hanya di mesia
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 26-9-2013 09:06 PM 
kak lid kat gombak nih ada rumah PKNS dipanggil kondo banjaria court.. harga open rm199k....sekarn ...
..... sikit sikit pasal property acong ... acong..acong .. macam la pandai sangat dia tu .... 
.. ko citer kat kaklid ..kat bangi ni .. ada tak lagi rumah2 kos rendah atau flat murah utk golongan pendapatan rendah? apatment je cecah rm250k ... latest ..semalam peg pkns cakap ... akan keluar .. apartment rm400++ kat bangi .. kejadahnya .. apartment jer ... kebajikan laaaa sangat .....
kak lid tak pandai ekonomi .. almaklum orang sains tulin .... tapi tahulah juga .. yang orang pendapatan rendah dah tak boleh nak beli umah kat bangi ni ...
entah2 ... kalau bn menang dulu ..... masihada rumah2 kos rendah di-bina di sekitar bangi .. entah entah la kannnn ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik sampai RM4 seliter pun takpe. Moyang aku memang dah tinggal pusaka RM 15 billion pun buat bekal. |
|
|
|
|
|
|
|
Bateesta posted on 26-9-2013 10:22 PM 
kalaulah SEMUA RAKYAT MALAYSIA mcm pakcik di atas , nescaya malaysia dah lama maju dn mngkin ...
'kebaikan' la sangat

|
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey posted on 26-9-2013 10:09 PM 
hahahahaha...ya awloh.......hanya di mesia
saya menasihati kamu agar meluangkan masa 10 minit untuk membaca artikel yang dapat mengubah fikiran anda
Kurang subsidi: Baik untuk tempoh jangka panjang
5 September 2013
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services2
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KUALA LUMPUR - Bebanan kerajaan dalam menyediakan subsidi, dianggarkan sebanyak RM30 bilion setahun, tidak boleh dibiarkan berterusan dalam jangka panjang kerana langkah berkenaan akan menelan belanja yang besar kepada negara dalam banyak cara.
Peningkatan hutang dan defisit fiskal Malaysia akan mengurangkan daya saingnya manakala sentimen pelabur akan menjadi lemah, yang akan menjejaskan lagi penarafan antarabangsa ekonomi.
Selain itu, peningkatan hutang negara akan menghalang perlaksanaan projek-projek baharu dan boleh menjejaskan penjanaan pendapatan dan pewujudan peluang pekerjaan yang akhirnya menjadikan rakyat biasa Malaysia hidup dalam kesukaran pada masa akan datang.
Sekiranya program rasionalisasi subsidi ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh, akan terdapat lebih banyak lagi dana untuk pembangunan produktif seperti pengangkutan awam, sekolah, biasiswa, pembangunan masyarakat dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan.
Memang difahami, rakyat Malaysia akan merungut barang-barang akan menjadi lebih mahal sekarang.
Tetapi rakyat perlu menerimanya walaupun sukar dan menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan setelah pergantungan berlebihan ke atas subsidi hanya akan menjejaskan masa depan ekonomi negara.
Walaupun populis, memberi subsidi tidak boleh dibenarkan berlanjutan kerana ekonomi tidak mampu menampungnya dan disebabkan itulah program rasionalisasi subsidi perlu diteruskan.
Sebenarnya, kerajaan telah menangguh rancangan mengurangkan subsidi ini untuk memastikan kesan minimum terhadap keluarga dan supaya tidak membebankan rakyat, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan bertindak dengan betul dalam mengimbangi kepentingan awam, memastikan bahawa subsidi diberikan kepada mereka yang layak dan menghapuskan gangguan pasaran dengan keperluan untuk mengurangkan hutang negara.
Mengurangkan subsidi harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada Rabu merupakan satu langkah yang betul memandangkan subsidi bahan api terdiri daripada hampir separuh daripada pembayaran subsidi.
Perlu diingat bahawa 21.4 peratus, atau lebih daripada satu perlima perbelanjaan operasi dalam belanjawan negara adalah untuk pembiayaan subsidi, seperti bahan api, minyak masak, gula, tepung, beras, simen dan susu pekat.
Kerajaan kini menimbang untuk memperkenalkan semula RON92 bagi memberi pilihan kepada pemandu untuk petrol yang lebih murah.
Bagaimanapun, masalah logistik perlu diatasi seperti mempunyai pam berasingan dan tambahan tangki simpanan bawah tanah untuk RON92.
Mengurangkan subsidi adalah baik untuk ekonomi kerana langkah itu akan membuatkan pasaran ekuiti dan mata wang lebih menarik dan menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh dalam menangani defisit fiskal.
Moody's Investors Service yang memberi pujian kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak, berkata tindakan itu adalah langkah pertama dalam usaha pengukuhan fiskal Malaysia.
Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tiga minggu pada 3.25 hingga 3.26 selepas berada pada 3.33 selama beberapa bulan, menandakan kembalinya dana portfolio ke dalam pasaran ekuiti dan mata wang.
Keyakinan pelabur dan dana asing kini kembali tetapi secara perlahan-lahan setelah pelabur ekuiti membeli saham-saham terpilih yang mereka rasa pada harga yang menarik.
Kenaikan 20 sen dalam harga petrol dan diesel akan bermakna penjimatan sebanyak RM1.1 bilion untuk baki tahun ini dan RM3.3 bilion bagi tahun 2014.
Sudah tentu ini akan membantu kerajaan mencapai defisit belanjawan sebanyak empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar dan mengurangkan hutang negara.
Sebahagian daripada penjimatan itu akan membiayai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kumpulan berpendapatan rendah.
Ada yang menjangka jumlah BR1M meningkat kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah dan RM600 untuk individu bujang dalam tempoh lima tahun akan datang, daripada sekarang ini yang masing-masing pada RM500 dan RM250.
Selain itu, langkah menaikkan harga petrol dan diesel akan membantu membendung penyeludupan, terutamanya diesel, ke negara-negara jiran oleh rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab memandangkan bahan api negara ini adalah antara yang paling murah di rantau ini.
Ada juga yang mempersoalkan mengapa Malaysia, sebagai sebuah negara pengeluar minyak, tidak menggunakan rizab minyak sepenuhnya bagi penggunaan domestik dan dengan pengiraan mereka sendiri, petrol pasti akan menjadi lebih murah.
Menurut Petronas, terdapat tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti petrol dan diesel jika negara mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.
Minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.
Sebagai contoh, minyak Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga premium US$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding minyak mentah yang biasa dijual iaitu minyak Brent blend pada US$115.38 pada hari yang sama.
Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.
Petronas juga menyatakan bahawa harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah.
Secara menyeluruh, subsidi gangguan pasaran perlu dikeluarkan untuk memastikan ekonomi kekal cekap serta mampan dan penjimatannya disalurkan kepada perbelanjaan produktif yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ogre posted on 26-9-2013 10:36 PM 
saya menasihati kamu agar meluangkan masa 10 minit untuk membaca artikel yang dapat mengubah fikir ...
bila org cakap kamu kurang cerdik..kamu marah...kamu nafikan....ape pasal org2 macam kamu membeking kerajaan hanya pikir potong subsidi...potong lain cerita..duit tiris dalam kerajaan tiris juga.....lepas tu guna kanla ekonomi punya metafizik untuk menghalalkan tindak tanduk potong subsidi......kejadah tahi apa itu.....bila cerita nak jimat cermat...org tua org kampung org flat..org susah yang kerja jual nasik lemak ,,yang jual meniaga pasar malam....yang kerja guard yang kena tanggung...mana pergi anak nazri aziz yang beli banglow 7 juta...mana pergi bini perdana menteri beli bag tangan sampai ratus ribu....itu yang org marah....nak ampu kerajaan lantak kamu la ,,,,kamu makan gaji takdak sapa marah....tapi beragak la sket nak ampu pun
|
|
|
|
|
|
|
|
aku xhalal kn setiap sen duit aku yg menteri2 duk joli..aku bagai nk mampos cari duit..kije siang mlm tp last2 wat bayar duit minyak yg xspatotnye mahal..cam harommm je.bodo gile sape yg vote BN haritu |
|
|
|
|
|
|
|
Sqya dah lega bila harga minyak naik.... subsidi pada saya sebagai rakyat sangat tak bagus... sebab subsidi pada kroni2 umjo dan najib serta bini yg lebih utama saya perlu tanggung...amin... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak kisah kalu harga minyak naik. Aku sokong subsidi dihapus and GST diperkenalkan. Ini adalah utk kebaikan negara utk jangka masa yg panjang (Long term benefit). Aku sanggup bayar lebih....sebab aku mampu  |
|
|
|
|
|
|
|
~ Menepati Janji Membawa Harapan ~
MANIFESTO BARISAN NASIONAL PILIHANRAYA 2013
atau pun
Memungkiri Janji Memusnahi Harapan |
|
|
|
|
|
|
|
Jika Kerajaan membuat keputusan untuk teruskan kurangkan Subsidi dalam masa terdekat.. itu pendekatan kurang tepat.. Kerajaan perlu memikirkan kesan jangka panjang.. Pengurangan memang ada kebaikan tetapi perlu slowly 
Rakyat Malaysia ini cakap ja lebih.. berbuih mulot sana sini.. sebelom hendak kritik orang laenn.. pernah suluh muka depan cermin kaa?? Orang2 zaman dulu, hidop lagi susah..tapi depa tetap berusaha.. org2 dulu.. nk p kjer naek bus sesak turun kt Bangkok Bank tuu.. elok jaa.. sebab depa ada jati diri ..
Mulot dok cakap tak cukop duit la ap laa.. hujung minggu kalu.. jalan sesak gakkk.. smartphone toksah dok cakap.. makan sana sini.. bercoti sana sini.. (bukan sume laa) .. Pengurusan duit sundri pun failed.. ada hati mengata orang laenn..
Pak Menteri suh obah cara hidop.. jika dia pun tak obah.. ramai dok kutuk kata bodo.. tapi diri sundri pun sama ngn pak menteri bodo tuu... ada hati hendak mengata prrffghhh jerr
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes posted on 26-9-2013 09:24 PM 
Mohon xtendang kangkang pokjib nnt kak mah tendang uol balik
takkan boleh tendang kangkang abe jib..
dia ader ilmu kepit..
Last edited by karengkang on 26-9-2013 11:15 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
silencekiller posted on 26-9-2013 11:09 PM 
Jika Kerajaan membuat keputusan untuk teruskan kurangkan Subsidi dalam masa terdekat.. itu pendekata ...
setuju
minyak dibazirkan. bawak kereta berat berat. sedangkan boleh sahaja simpan barang barang dalam kereta di rumah. bila kereta berat, guna banyak. gatal nak isi minyak waktu siang walhal isi waktu malam lebih menjimatkan sebab kurang pengewapan. lepas tu selalu biarkan minyak nak abis baru nak refill. itu tidak bagus untuk kenderaan
makan kfc/mcdonald/fast food tiap2 minggu boleh pula. pantang ada cerita baru, terus pergi tengok wayang. gaya hidup sendiri tidak berubah, lepas itu complain kata tak ada duit
pantang ada epl, pergi mamak tengok bola sambil order teh ais/roti telur dan pelbagai lagi.
astro di rumah, pelbagai chanel dilanggan walhal tak tengok pun. pembaziran di situ
di rumah, elektrik lampu semua dibuka walau tiada penggunaan. peti ais selang sejam buka tutup buka tutup. buang elektrik lagi
rakyat malaysia ni nak bergaya sahaja. lepas itu complain duit tidak cukup
kalau gaji kamu itu cuma 2000, buat gaya macam gaji 2000
kalau gaji dah 3000, hidup macam 3000. bukan hidup macam 5000
yang 4000 pula nak hidup macam gaji 10000
sebab itu yang duit tidak cukup
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan pasal subsidi, sebabnya negara hutang menimbun-nimbun, PR dah bagitau Najib sebelum PRU belanja boros keluar duit serupa air terjun
Bila hutang sudah tinggi, rating ekonomi turun, orang luar tak yakin sama Malaysia, duit tak dak, berbelanja macam orang kaya, ringgit menyusut,
Sekarang Pok Jib bersama kuncu-kuncunya kena cari idea tambah duit bayar hutang ditambah supaya rating tak downgrade sekali lagi. Rating turun lagi kalau kita bayar minyak RM3 /liter la kot lepas ni.
Ini bukan pasal harga minyak naik, beban subsidi ke hapa, puncanya kerajaan Najib boros duit tak dak nak bayar hutang.
Ni dalam berita yg diletak kat atas
Peningkatan hutang dan defisit fiskal Malaysia akan mengurangkan daya saingnya manakala sentimen pelabur akan menjadi lemah, yang akan menjejaskan lagi penarafan antarabangsa ekonomi.
Selain itu, peningkatan hutang negara akan menghalang perlaksanaan projek-projek baharu dan boleh menjejaskan penjanaan pendapatan dan pewujudan peluang pekerjaan yang akhirnya menjadikan rakyat biasa Malaysia hidup dalam kesukaran pada masa akan datang. Sapa suruh sebelum PRU boros, membazir sana-sini, dicampur ketirisan merata-rata. Dari 2008, orang dah bagitau, jimat-jimat la duit tu, tak jugak, dia buat serupa bapak dia punya tabung.
Last edited by bit on 26-9-2013 11:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|