CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

[Tempatan] Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH

[Copy link]
Post time 10-3-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 10-3-2021 04:33 PM
Ya sebab kalau old testament di bible i baca cam sama jer nabi Kristian dan Islam. So i assume Tuh ...

Memang tuhan yang sama pun, kalau dalam quran memang direct atau indirectly tuhan orang Yahudi, Nasrani & islam adalah tuhan yang sama... Dah nabi pun nabi yang sama jugak... Cuma ajaran je berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 10-3-2021 04:37 PM

sejak lobai dh pegang kerajaan islam dh tak terancam..

atau lobai sebenarnya yg mengancam islam?

Kerajaan Melayu Islam sekarang, nak satukan semua orang Melayu Islam...... supaya senang dia nak kencing semua secara berjemaah nanti.

Tak nampak lagi ke?

1. Gandakan jumlah cabutan nombor ekor.
2. Carlsberg Tiger arak tetap jalan macam biasa.
3. Genting kasino dibenar buka sebelum banyak premis lain.
4. Rumah urut masih bersepah di KL.

Saya tambah lagi.

5. Sekolah swasta Cina dapat peruntukan lebih.
6. Pelajar-pelajar UEC dapat biasiswa.
7. Pengerusi pihak berkuasa pelabuhan-pelabuhan strategik semua Cina.
8. Pengerusi pihak berkuasa ruang udara pun Cina.
9. RUU355 tak jadi.
10. Hudud tak nampak bayang bayang langsung.

Yang terkini...... bukan Islam pun boleh guna kalimah Allah!

Hip hip hooray!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 04:38 PM | Show all posts
salimrock replied at 10-3-2021 04:31 PM
teringat ex- awek wa yg beragama kristian...

Jadinya bang salim x mampu bawak awek ke jalan yg diredhoi lah..yakni agama islam
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 04:48 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 10-3-2021 04:38 PM
Jadinya bang salim x mampu bawak awek ke jalan yg diredhoi lah..yakni agama islam

bila ko kenal seseorang insan secara mendalam , bagaimana dia menyangi  keluarganya, sanggup hantar byk duit gaji pada keluarganya... aku rasa serba salah kalao aku 'murtad' kan anak orang kristian itu..

dia pun seorang penganut kristian yg warak, hampir setiap ahad dia pergi gereja, malah pernah ajak aku ke gereja bersama, tp takut pulak tiba2 dia suruh paderi akad nikah kan kitorang dgn upacara kristian,  

aku cakap aku belum bersedia...

dia pun cakap kalo betul2 nak nikah, dia sanggup masuk islam sebab itu lah yg ada dlm perlembagaan.

bg dia , dia teteap percaya adanya Tuhan, takde masalah nak convert dr kristian ke Muslim

tp member aku pula bercinta dgn Jepun, aethiest , lagi susah nak convert, apa cara sekali pun dia tidak mahu terikat dgn mana2 agama, tidak percaya adanya Tuhan , hanya mengamal kan adat istiadat turun temurun dr Jepun..

aku pn tak tau macam mana percintaan diorang skrg, boleh smpai ke jinjang pelamin ke tak...



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 04:48 PM | Show all posts
aku rasa Atheist tidak akan sebut oh God..Oh My God
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Orennn replied at 10-3-2021 01:45 PM
Nasib baik berlaku di zmn parti pejuang  bangsa (baca penunggang) umno dan parti pejuang agama ( jug ...

Lol. Khenzsssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan yang kukuh dan bijaksana tahu menghuraikan kekusutan

undi betul2 pru 15 nanti tuan2 puan2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:23 PM | Show all posts
dizekni replied at 10-3-2021 05:04 PM
Kerajaan yang kukuh dan bijaksana tahu menghuraikan kekusutan

undi betul2 pru 15 nanti tuan2 puan ...

sebenarnya pada pndpt aku wahai saudara ku dizek
terdpt kelucuan akn apa yg sdang berlaku dlm anutan kristian di malaysia mahupun seluruh dunia

asal kitab injil yg kini mereka gelar gospel mahupun bible itu adalah dlm bahasa aram atau bahasa suryani atau syria lama yg dituturkn Nabi Isa dlm menyampaikan syariat Allah kepada penduduk nazareth

perkataan Tuhan dlm bahasa aram adalah Elah

kenapa mereka kristian2 ini tk nk kekalkn penggunaan bahasa aram.. bukankah dengan memelihara penggunaan bahasa aram sebagai bahasa wahyu syariat Allah kepada orang2 nazareth dpt memelihara wahyu2 dan syariat tanpa wujudnya tangan2 nakal yg mengubah isi kandungan kitab injil itu

takkanlah injil yg bermaksud berita baik itu bercerita pasal "meremas puting"?

malahan lg

perkataan injil itu juga adalah bahasa arab

ttpi nama kitab wahyu syariat Allah kepada orang nazareth yg diutuskan Nabi Isa kepada adalah Awongaleeyoon.. mengapa harus org kristian di malaysia guna perkataan injil iaitu bahasa arab?

kenapa mereka nk guna bahasa arab ye saudaraku dizek?

mungkin mereka sebenarnya suka akn bahasa arab

aku harap wahai saudaraku dizek

dngn tersampainya pandangan aku yg begitu kritis ini

aku tidak digelar sebagai salafi mahupun wahabi kristian kerana aku cuba membawa pengikut2 syariat Allah yg disampaikan Nabi Isa ini ke jalan yg benar dan tidak sesat akibat modifikasi agama oleh tangan2 raja2 putih eropah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 05:26 PM | Show all posts
najib888 replied at 10-3-2021 03:56 PM
Tudia!! Ngan istilah solat dan Baitullah pun depa sakau!

malu apa bang jibku

itulah kehebatan bahasa arab

org kristian malaysia pun nk guna bahasa arab

itu menunjukkan betapa indahnya bahasa arab

kasihan penganut2 kristian malaysia ini

mereka sepatutnya menggunakan bahasa suryani lama atau bahasa aram utk mengekalkan kesucian kitab Awongaleeyoon mereka yg mngndungi syariat2 Allah yg disampaikan oleh Nabi Isa

malangnya

habis dah diinngeris, diromankn

malah dimelayukan dan diindonesikan

masakah wujudnya cerita meremas puting didalam kitab bible mereka

ittew
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts


Konfem dia gugel Allah kat Wikipedia..  Kat situ kabo istilah tuhan untok ereb jahiliah pon Allah.  So bukan boleh korek kubor nabi pon nak tanye..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 10-3-2021 03:56 PM
Tudia!! Ngan istilah solat dan Baitullah pun depa sakau!

Baitullah kristian kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 10-3-2021 04:36 PM
sejak lobai dh pegang kerajaan islam dh tak terancam..

atau lobai sebenarnya yg mengancam islam?  ...

Sajat Paling kesian dibawah pemerintahan PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by notM at 10-3-2021 05:55 PM
tumpanglalu74 replied at 10-3-2021 05:30 PM
Konfem dia gugel Allah kat Wikipedia..  Kat situ kabo istilah tuhan untok ereb jahiliah pon Alla ...


Kagum la Sheols.....my idola

Entah berapa banyak rayuan dia dah dengar...mesti hati kering juga..tapi Ada sifat keibuan jua
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yang tergedik2 nak tukor God jadi Allah tu paham2 je la nak cari pasal.  So aku punye ruling pulak U must find a solution for the greater good of all the people living in an, duhhh, Islamic country.  Regardless of Wikipedia.  Trying to steal the term they use to call their god is juz blatant disrespect.  When U have a minority challenging what had been the norm among the majority, U should juz apply some common sense & protect the minority & tell them to stop stirring the pot.   
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang jgn tersalah sembah Allah (kristian/kapir) plak. Allah (kristian) tu jesus tau..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
i pnh duk sarawak 5 tahun.. kawan kawan iban i ckp ngn i dia ckp nk g church sembahyang,takde plak ckp nk solat. . nk berdoa kpd tuhan.tiada pula ckp Allah..yg penting kita Islam n bersyahadah kiblat mekkah baitullah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 06:43 PM | Show all posts
dizekni replied at 10-3-2021 05:04 PM
Kerajaan yang kukuh dan bijaksana tahu menghuraikan kekusutan

undi betul2 pru 15 nanti tuan2 puan ...

dah baca ni ?
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menyokong inisiatif ini dan menyeru orang ramai untuk menandatangani petisyen Kes Mahkamah Iki Putra: Pertahankan Shariah dan Pindakan Perlembagaan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes ini bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah syariah yang tersedia ada lantaran akan melumpuhkan langsung sistem jenayah di Malaysia. Kita perlu mempertahankan Enakmen Jenayah Syariah dan mendesak untuk tidak diganggu-gugat sistem ini dan jika tiada tindakan, undang-undang ini bakal lumpuh selama-lamanya.

Berikut adalah link petisyen:
[color=var(--blue-link)][url=https://l.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fchng.it%2FZK42zJPc%3Ffbclid%3DIwAR337lEc6ZH6J9gcgT__PL94Q-IUGEZeYd7BioQub_-jROUheXCQ6ZYk0BE&h=AT1KGlk3m_HD4X7ZThZ07-4r-GS4NmzIkTXlDgKUDUWnkiEfUybsJSyy7lNoDSNQwFb_I3tiWw3nTDTA0Vvk47shDw8FssREUMTEVPeDUyIDpemWA9LTgyJM6K87DRInws1Y9oR1Yw&__tn__=-UK-R&c[0]=AT2LArhu7LyyBwRfr3aEwhy30IBf9BKa8wA_SP4frbjDJmn17g-gejSpltBKfHAlvQD6tZYXUtSPOLUenXE65MZZutdBnDMKWYjpYkWWM2ImMCBVRMROlkiNgi6GNeDbmDrMncRax_CgIQaEzDpG_1sWpPqf_QCVOY_FwZFapGNbjJY]http://chng.it/ZK42zJPc[/url]


KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN

1. Kami merujuk kepada PETISYEN PEGUAM berkenaan implikasi keputusan kes Mahkamah Persekutuan Iki Putra v Kerajaan Negeri Selangor (“Kes Iki Putra”) yang pada masa ini telah mendapat ratusan sokongan peguam-peguam.

2. Berdasarkan kepada petisyen di atas, kami percaya dan berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Shariah yang tersedia ada sayugia melumpuhkan langsung sistem jenayah Shariah di Malaysia. Mahkamah Persekutuan telah mengambil pendekatan yang berlainan dari keputusannya sebelum ini dan ini bakal menutup ruang gubalan Enakmen jenayah Shariah negeri-negeri di Malaysia yang sudah diamalkan sekian lama. Kami mahu keadaan ini diperbetulkan.

3. Di dalam kes tersebut, Mahkamah telah sebulat suara menentukan bahawa, walaupun negeri mempunyai bidangkuasa luas untuk menggubal undang-undang Shariah menurut “perintah agama” Islam, tetapi bidangkuasa ini tidak boleh menyentuh apa-apa perkara berkenaan “undang-undang jenayah”/ “criminal law” kerana perkara “criminal law” adalah dalam bidangkuasa Persekutuan.

4. Mahkamah telah mengambil takrifan yang luas bagi maksud “criminal law” untuk bidangkuasa persekutuan. Apa-apa peruntukan undang-undang yang membawa kepada hukuman misalnya denda atau penjara boleh disifatkan sebagai “criminal law”.

5. Apabila Mahkamah mengambil pendekatan yang seluas begini, maka ia akan bertindih dengan banyak peruntukan jenayah Shariah kerana peruntukan jenayah Shariah juga bersifat kepada penghukuman seperti penjara atau denda. Yang lebih menekan adalah apabila Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang jenayah Shariah tetap terbatal walaupun tidak wujud undang-undang jenayah sivil selagimana isi kandungan/ “pith and substance” undang-undang Shariah menyentuh perkara “criminal law”.

6. Ini jelas mempunyai implikasi yang terlalu luas. Tiada lagi ruang untuk mengharmoni dan menyelaraskan undang-undang jenayah sivil dan Shariah yang tersedia ada. Pindalah macam mana cara pun enakmen jenayah Shariah, selagi mana isi kandungannya menyentuh “criminal law” ia tetap terbatal.

7. Selain itu, kes Iki Putra ini juga menghasilkan kelompongan di mana tiada badan samada persekutuan atau negeri yang boleh menggubal jenayah Shariah di negeri-negeri. Kita ambil contoh kesalahan berjudi yang jelas haram di sisi agama Islam. Selama ini, Enakmen jenayah Shariah memperuntukkan perjudian sebagai satu kesalahan bagi seorang muslim yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Ini jelas bertindih dengan hal kesalahan perjudian yang termaktub di bawah bidangkuasa “Criminal law” di bawah Perlembagaan. Maka jika kita mengikut keputusan kes Iki Putra, peruntukan perjudian Shariah bakal dibatal jika dicabar di mahkamah kelak dan negeri-negeri akan tiada lagi kuasa menggubal kesalahan perjudian bagi orang Islam sahaja. Ini juga boleh terpakai untuk kesalahan-kesalahan lain seperti minum arak, zina dsbg.

8. Masalahnya bidangkuasa Parlimen pun terhad. Menurut Fasal 74 Perlembagaan, Parliamen tidak mempunyai bidangkuasa menggubal perkara dalam senarai negeri termasuklah undang-undang jenayah bagi orang Islam, kecuali untuk Wilayah Persekutuan. Jadi kalau kita ikut kes Iki Putra, bukan sahaja negeri-negeri tidak boleh menggubal kesalahan berjudi bagi umat Islam, Persekutuan pun tidak boleh juga kecuali di Wilayah Persekutuan. Bukankah ini satu keadaan yang sungguh “absurd”? Tidak mungkinkan Perlembagaan diolah oleh penggubal perlembagaan supaya tiada seorang pun yang boleh menggubal sedemikian?

9. Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami berpandangan dan percaya kes Iki Putra ini menggugat sistem jenayah Shariah yang diamalkan selama ini dan bakal melumpuhkannya selama2nya.

10. Kami, sebagai rakyat Malaysia jelas, dari sebelum 1957, bahawa umat Islam tertakluk kepada dua undang-undang. (“Duality of Laws”) Satu undang-undang sivil dan satu lagi Shariah. Walaupun ia menimbulkan keadaan di mana satu perbuatan itu salah kepada muslim dan tidak salah kepada bukan muslim dan dengan itu diskriminatif, ini adalah apa yang diminta diamal oleh umat Islam dari sebelum merdeka lagi. Umat Islam mahukan mereka tertakluk kepada “social order” atau “personal law” Islam dan tiada masalah dengan diskriminasi ini. Mereka tidak mahu disamaratakan dengan bukan Islam dalam hal ini. “No equality of law”.

11. Amalan “duality” ini termaktub di dalam Perlembagaan. Fasal 8 Perlembagaan kita menuntut kesamaratan di mana “everyone is equal before the law” dan tiada diskriminasi berdasarkan agama  dibenarkan.  Tetapi prinsip ini tidak mutlak. Prinsip kesamarataan ini diberi pengecualian selagimana diperuntukan sebaliknya di dalam Perlembagaan. Dan Jadual 9 Perlembagaan dengan jelas membenarkan setiap negeri menggubal undang-undang jenayah Shariah yang terpakai untuk orang Islam sahaja yang jelas bertentangan dengan konsep kesamarataan.

12. Masalah utama kita adalah golongan yang mahu samaratakan kita. Cabaran demi cabaran dibuat di mahkamah untuk samaratakan umat Islam. Mereka ini tidak faham sejarah dan kompromi-kompromi Perlembagaan yang kita sepakati selama ini. Dan yang sedihnya Muslim yang terlibat tidak faham implikasi mencabar cara begini. Akhirnya seluruh sistem perundangan jenayah Shariah bakal runtuh.

13. Sebagai rakyat Malaysia kita bantah kesamarataan ini. Umat Islam di sini mahu melaksanakan hak beragama mereka supaya tertakluk kenapa “duality of laws” dan kita hormati kehendak dan tradisi ini. Rata-rata umat Islam mahu amalan yang lama ini dikekalkan dan permintaan ini tidak langsung menyentuh hak bukan Islam.

14. Oleh kerana keputusan mahkamah ini menyentuh Perlembagaan kita, maka kita tiada pilihan untuk mendesak Perlembagaan dipinda. Kita mahu undang-undang jenayah Shariah yang tersedia ada dipertahankan. Kita mahu Perlembagaan kita dipinda kepada keadaan sebelum keputusan kes Mahkamah Iki Putra.

Dengan itu, kami yang dinyatakan di bawah ini, menyokong penuh petisyen untuk mempertahankan bidangkuasa jenayah Shariah dan meminda Perlembagaan seperti yang dicadangkan di atas.

[color=var(--accent)][url=https://www.facebook.com/hashtag/pertahankanshariah?__eep__=6&__cft__[0]=AZWg6RtEK5zdAL0hGLleFluFArTMniVoUotQc6Wckpt7HKeHWJDADWjQhK_r6mXtv2GDic_7oljS9jKGa3dT5u8d5PxlxQB4XTnbCn81gW_Sow6xTxubghw50RZ8EHlCHag9d1Eh5GqiJBcp7GCmpxAr&__tn__=*NK-R]#PertahankanShariah[/url]
[color=var(--accent)][url=https://www.facebook.com/hashtag/pindaperlembagaan?__eep__=6&__cft__[0]=AZWg6RtEK5zdAL0hGLleFluFArTMniVoUotQc6Wckpt7HKeHWJDADWjQhK_r6mXtv2GDic_7oljS9jKGa3dT5u8d5PxlxQB4XTnbCn81gW_Sow6xTxubghw50RZ8EHlCHag9d1Eh5GqiJBcp7GCmpxAr&__tn__=*NK-R]#PindaPerlembagaan[/url]





Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:48 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2021 06:49 PM

Dalam konteks ini saya menyokong kenyataan Tuan Zainul Rijal, PPIM - i go for those yg berilmu dalam bidangnya - bukan jenis yg i rasee , I rase - sebab they can see far ahead the implication - dan bukan berwenang letak pendapat bersifat relativism tanpa ilmu.lelebih yg libatkan aqidah dan implikasi tak langsung.


Penghakiman Mahkamah Tinggi hari ini membenatkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan pendidikan agama itu (bukan merujuk kepada Allah, Baitullah, Kaabah dan solat yang difahami oleh umat Islam) merupakan salah satu dari titik-titik hitam yang telah tertumpah ke atas perjuangan memartabatkan perundangan Islam dalam negara ini. Walaupun terdapat syarat dikenakan iaitu penafian hanya untuk orang Kristian dan  lambing salib mestilah diletakkan di hadapan kulit buku, ia sangat mengejutkan umat Islam arusperdana.


Sehingga kini saya masih belum mendapat akses kepada penghakiman penuh keputusan tersebut, oleh yang demikian saya tidak dapat memberi komentar kepada penghakiman itu. Walaupun begitu penghakiman mahkamah tinggi ini dilihat bertentangan dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Titutar Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri.  Mahkamah Tinggi perlu menjelaskan kenapakah ia tidak mengikuti ‘precedent’  Mahkamah Persekutuan tersebut.

Pihak-pihak di dalam prosiding mahkamah tinggi tersebut mestilah merayu terhadap keputusan hari ini ke mahkamah yang lebih tinggi lagi. Selepas satu-satu kes cabaran terhadap perundangan syariah dibuat.  

Sebagaimana dalam laporan media, penghakiman dilaporkan sebagai menjamin hak perlembagaan untuk mengamal agama seseorang yang dikatakan disekat oleh keputusan Menteri.  Hakim Mahkamah Tinggi dilaporkan berkata mahkamah membenarkan deklarasi yang dipohon kerana pemohon  dijamin hak samarata dan kebebasan beragama. Ironinya beberapa minggu lepas apabila Mahkamah Persekutuan  memutuskan seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak berperlembagaan dan tidak sah tiada pula diulas hak orang Islam mengamalkan agamanya untuk tidak  mengamalkan persetubuhan luar tabie dan tanggungjawab beragama mencegahnya.

Penghakiman mahkamah tinggi ini perlu diteliti dan dikaji kesannya. Setakat ini undang-undang sekatan dan kawalan pengembangan agama bukan Islam berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan telahpun ada di semua negeri di Malaysia selain Pulau-Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Pulau-Pinang pula memasukkan kesalahan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam di dalam seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang. Negeri-negeri yang mempunyai undang-undang tersebut telah memperuntukkan kesalahan menggunakan kalimah-kalimah tersebut sebagai suatu kesalahan jika ia disebarkan kepada orang Islam bagi merujuk kepada agama bukan Islam.


https://www.facebook.com/ZainulRijal/
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa korang rasa bila ternampak buku bertajuk, "MARI MENGENALI ALLAH" tapi penulisnya
adalah Paderi Kristian kesukaan makngah erk?

X rase terhina ke teww
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 10-3-2021 04:31 PM
teringat ex- awek wa yg beragama kristian...



Yang aku baca2 dan tgok video, org kristian yg anggap yesus tu tuhan adalah kristian yg x faham bible dia sendiri,
Tapi entahlah maybe ada kristian dlm ni yang boleh menjelaskan yang sebenarnya, sebab aku pon ada soalan kat diorang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052976 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list