CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abahmung

[Tempatan] Murid terkejut telefon pintar subsidi terbakar ketika kelas dalam talian

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2021 01:50 PM | Show all posts
Yes ni dia guna phone Alcatel kalaui tak silap. Spec hauk 1GB RAM 16GB ROM. Siriesly...ada lg spec phone camni in 2021..?? Phone Hawauwei tu pun lg ngetop..

Aku tak paham, bukan ke dulu Yes ni charge harga nokharom utk speed 1Mbps kat sekolah2 dulu? Dah kenapa still guna lagi Yes hanat ni in 2021?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan sebiji henpon letak rm 1000..yg sampai ke rakyat rm 400..lagi 600 kena sakau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:59 PM | Show all posts
aku cuba bersangka  baik...
bkn sernag2 fon nk meletup...

tgk2 la dulu faktor selain fon..
mungkin cara handling fon tk betul bersama dgn isu wiring kt rumah.... kadang2 fon mahal pun blh meletup kalau ada masalah cas...


tgk..ada lg tk fon yg meletup..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:10 PM | Show all posts
Kos Gomen byr. Sbb tu untung.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:17 PM | Show all posts
My Crush kerja dengan YES.. tapi phone dan Line utama dia gunakan bukan dari syarikat yang dia kerja
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:18 PM | Show all posts
tungkai replied at 16-6-2021 01:50 PM
Yes ni dia guna phone Alcatel kalaui tak silap. Spec hauk 1GB RAM 16GB ROM. Siriesly...ada lg spec p ...

Banyak sangat aduan.. sebab tu kontrak ditamatkan secara paksa.. sampai ada sekolah kena bayar bil akhir guna peruntukan utiliti sekolah sebab gomen tak mau bayar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju duit sepatutnya byk bg utk education. Nak nurture bebudak ni dr kecik, n kena dgn situasi skrg ni ha. Tp kedekut nak mampus ni perabis stok yes4g ngn jaga tengkuk kroni saja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:24 PM | Show all posts
tgk ehem2 kew smpai letop tu
sajatanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 02:38 PM | Show all posts
Kesian nasib yg betul2 susah ni..dpt barang kualiti teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:45 PM | Show all posts
tripleid replied at 16-6-2021 12:39 PM
gomen abahcow bagi hp murah kat marhaen b40..nmpak nau dah mark up harga kaw2 ngn kroni..hp cam hana ...

Kesian rakyat jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:40 PM | Show all posts
Sombongnya jawaban MB


Telefon kualiti rendah: Kalau dibagi sardin, takkan kita minta ayam - MB Perak
Annabelle Lee
Diterbitkan 16 Jun 2021, 4:10 pm
Dikemaskini 4:17 pm
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan negeri mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar, ekoran kritikan bahawa peranti yang diedarkan itu tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Dalam satu sidang media dalam talian tengah hari ini, dia menjelaskan bahawa telefon itu bukanlah dibeli menggunakan dana awam, sebaliknya merupakan sumbangan daripada Yayasan YTL.
Majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak telah meluluskan pengedaran itu selepas diberikan taklimat oleh pihak yayasan dan memutuskan bahawa model telefon itu sesuai digunakan untuk PdPR.
Telefon yang menjadi pertikaian dikenal pasti sebagai telefon model YES Altitude 3 yang dijual oleh YTL Communications.
Antara spesifikasinya ialah skrin 5 inci, resolusi 854x480 piksel, pemproses 1.3GHz, 1GB RAM dan 8GB storan.
Telefon itu diedarkan kepada pelajar daripada keluarga B40 di bawah inisiatif “Tuisyen Cikgu Saarani”, yang dinamakan bersempena nama Saarani.
“Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand (meminta itu dan ini) kan?
“Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.
“Itulah ceritanya. Jadi nak gambarkan bahawa telefon pintar itu diberi secara percuma dan kami menerimanya dan kami telah pun mengedarkan kepada pelajar-pelajar.
“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Yayasan YTL dan mengalu-alukan mana-mana lagi syarikat yang (mahu) berkolaborasi nak bagi sumbangan secara percuma kepada kerajaan negeri khususnya kepada orang miskin dalam apa juga bentuk bantuan untuk tujuan pelajaran,” katanya.
Tambahnya, kerajaan negeri telah menerima 13,000 telefon daripada 20,000 yang dijanjikan. Setiap peranti dilengkapi dengan pelan data internet selama 12 bulan.
Pejabat pendidikan daerah telah ditugaskan untuk menentukan pelajar yang akan menerima telefon pintar percuma itu.
Ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menaik taraf telefon pintar berkenaan agar lebih sesuai untuk keperluan kelas dalam talian, kata Saarani, buat masa ini, ‘lebih baik ada daripada tiada’.
“Lebih baik ada daripada tiada. Kalau tidak ada sumbangan Yayasan YTL ini, bermakna ribuan anak-anak B40 tidak ada satu peranti pun untuk mereka ikuti PdPR.
“Sekarang ada, dengan spesifikasi yang ada itu mencukupi untuk mengikuti PdPR. Jadi saya nasihatkan kepada kawan-kawan di sana, daripada tiada, lebih baik ada. Mulakan dengan apa yang ada.
“Kemudian biarkan datanglah kemudahan-kemudahan yang lain, Insya-Allah,” katanya lagi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud sebelum ini dilaporkan berkata bahawa spesifikasi rendah telefon berkenaan hanya sesuai digunakan bagi tujuan pembelajaran, namun setidak-tidaknya dapat mengelak ia disalah guna bagi tujuan seperti bermain permainan video.
Ahli Parlimen pembangkang seperti Steven Sim dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik kerajaan negeri Perak kerana tidak menyediakan peranti yang lebih berkualiti untuk keperluan pelajar.
MB tak bimbang
Ditanya apakah dia bimbang berkenaan insiden telefon pintar sumbangan YES Communications dikatakan terbakar ketika digunakan untuk PdPR, kata Saarani dia tidak berasa demikian.
Kejadian itu berlaku di Gombak, Selangor dan tidak mempunyai kaitan dengan program kerajaan negeri Perak.
“Daripada 100,000 telefon yang telah diedarkan seluruh Malaysia, hanya satu yang terbakar. Takkan itu kita nak jadikan dia sebagai satu punca untuk kita membuat siasatan.
“Di rumah saya pun saya beli banyak bulb (mentol) lampu. (Kalau) Satu terbakar, takkan saya nak marah syarikat itu,” katanya lagi.
Semalam, seorang wanita memberitahu Malaysiakini bahawa dia menyaksikan sendiri telefon anak saudara lelakinya yang diterima daripada sumbangan Jaringan Prihatin terbakar ketika mengikuti kelas dalam talian Isnin lalu.
Meskipun bersyukur tiada siapa tercedera dalam insiden itu, dia mengaku ketakutan akibat kejadian itu.
Kerajaan telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion, yang bertujuan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan peranti dan akses internet untuk PdPR.
YES di bawah YTL Communications merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang turut serta dalam program itu. Yayasan YTL turut mempunyai program “Belajar dari rumah” yang menyasarkan keluarga B40 yang memerlukan peranti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:19 PM | Show all posts
Hp yes ni memang.. bateri cepat panas.. takut nak guna…
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by depresio at 16-6-2021 09:55 PM

Yes tu kan kroni punya..
dulu kan cikgu2 dibagi telefon ni

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 16-6-2021 01:59 PM
aku cuba bersangka  baik...  
bkn sernag2 fon nk meletup...


Bc kt fb ramai share bateri gelembung mvm pau wei. Tunggu masa je nk meletup

Member aku dulu cikgu dpt n pon kes sama gak bateri melembung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Roan replied at 16-6-2021 02:18 PM
Banyak sangat aduan.. sebab tu kontrak ditamatkan secara paksa.. sampai ada sekolah kena bayar bil ...

Sbb masa tu tukar pn
Maszlee xmau guna yes. Sbb dpt byk aduan dari cikgu2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 16-6-2021 01:07 PM
Nk tau sape yg dpt supply fon ni dgn harga

Utk YES nie yg supply YTL. HP specs cap ayam dia bg dkt budak nmpk sgt nak clear kan stok yg tak laku.

Boleh baca post psl hp YES dkt FB
nama FB dia siang siang. Bagus dia punya komen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:22 PM | Show all posts
YES bodo ni hidup segan mati tak mahu jer...


sebab ada kontrak gomen & hubungan politik tu yg duk bertahan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 16-6-2021 11:04 PM
Utk YES nie yg supply YTL. HP specs cap ayam dia bg dkt budak nmpk sgt nak clear kan stok yg tak l ...

Ok i p jengah now. Thanks for sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061088 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list