|
Originally posted by mok_nik at 19-6-2005 10:15 AM:
mungkin Bean silap baca kot :bgrin:
yang dihuraikan itu adalah beberapa perkara yang biasa dipraktikan dalam masyakrat kita yang antaranya meletakkan hantaran dan belanja yang mahal...
se ...
oh, thanks for the clarification. |
|
|
|
|
|
|
|
eh, bukan pertunangan elok ke kalau kasi tau. sebab, seorang lelaki haram kalo tackle tunang orang. so kena tau aku rasa.
yg disunnahkan, kalo kawin dihebah2kan.. kalo tunang kena sorok2, sbbnya takut2 kalo tak jadik, malu nanti.. itu lah gunanya adat merisik malah disyorkan juga dlm Islam.. lps risik, kalo dah tau org tu dah berpunya, kalo pinang jugak, barulah haram... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..dahla bersnding pon haram,berhias utk pandangan umum pon haram gak....so mmg betul2 xyah bersanding ler nie...:hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut PakMalau elok sanding (duduk atas pentas tu) untuk hebahkan pada umum yg kita dah kahwin (ini isteri aku, siapa kacau siaplah). Tapi mesti mengikut adab dan etika Islam (tiada dedah aurat, tiada tabur beras kunyit (kalau niat nak bagi makan semut OKlah mcm nabi Sulaiman tu), tiada sentuh lelaki pompuan yg bukan mahram, etc.. yg bertentangan dengan ajaran Islam).
Bagus sanding ni, boleh ambil gambar.. simpan buat kenangan... pakai cantik2, tapi jangan bazirkan duit, siapa yg datang atau lalu depan rumah jemput je (tak perlu undangan kalau buat OPEN). Panggil anak yatim atau orang miskin selain dari tetamu biasa. Gambar tu penting untuk jaga hati isteri sebab budaya sekarang macam tu. Sedih isteri kalau tak ada gambar (bila tua), itulah kenangan indah yg nak ingat sampai mati...Kita kena ikut trend semasa. Kalau ada duit lebih buat rakaman video pun OK gak...
Kalau nak buat VCD pun OK, boleh kontek PakMalau....[lawak je, PakMalau memang minat buat digital video recording dan buat video editing esp. ttg budaya dan fahaman pelbagai masyarakat] . |
|
|
|
|
|
|
aerith This user has been deleted
|
pak malau boleh buat vcd ker? alamak..lambat la plak  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aerith at 21-6-2005 12:37 AM:
pak malau boleh buat vcd ker? alamak..lambat la plak
Buat VCD, DVD tu dah biasa... selalu gak buat utk kawan2 yg kenduri kahwin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 5/12/2004 12:50 AM:
Buat VCD, DVD tu dah biasa... selalu gak buat utk kawan2 yg kenduri kahwin..
Waa...sumenye bernas cadangan pakcik nie...:ah::ah: best ar |
|
|
|
|
|
|
|
Buat VCD tu hobi PakMalau. Sejak 3 tahun lalu PakMalau dan digi Cam merupakan 2 benda utama yg tak boleh dipisahkan mcm Al-Quran dan ahlul-bait/sunnah yg tak boleh dipisahkan.
Selalunya nak ikhramkan kawan2, PakMalau rekodkan majlis-majlis penting macam Majlis Kahwin, Birthday, etc pastu buat editing dan produce VCD. Kos murah je, Blank CD tak sampai RM1 pun kalau beli banyak2. Selalunya diorg really appreciate, tengok member senyum pun PakMalau dah happy.
Bukan setakat bersanding, sepatutnya menyambut Ulang Tahun, Hari Jadi juga perlu diamalkan oleh orang Melayu. Itu satu cara untuk menghubungkan silatul-rahim kaum keluarga spt emak-bapak, adik-beradik, sepupu, etc. Kadang-kadang satu call/SMS dari sepupu yg jauh kpd kita dgn message "HAPPY BIRTHDAY, MAY ALLAH GRANT YOU HAPPINESS, ETC" pun terasa lain, nampak yg dia ingat kpd kita, rindu je nak jumpa, tambahlah kalau ada hadiah. Org melayu perlu di budayakan mengucap selamat hari jadi, selamat ulang tahun perkahwinan dan memberi hadiah, bukan setakat gf, bf je. |
|
|
|
|
|
|
|
Akum...
kalau aku, antara adat melayu yg dikatakan bercanggah dgn Islam, ialah kenduri arwah dibuat dgn membilang hari daripada hari pertama kematian, misalnye buat kenduri tahlil arwah selepas 40hari... tak silap aku, ada org bgtau aku tak elok bilang2 hari ni, kalau nak buat tahlil tu, just buat je, tak perlu nak specify 40 hari ke... tapi yg penting niat kena ikhlas...
sori ek kalau aku bagi pendapat yg agak bercanggah.. anyone can come on this matter.. Thanx...
Wsalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 21-6-2005 11:22 PM:
Akum...
kalau aku, antara adat melayu yg dikatakan bercanggah dgn Islam, ialah kenduri arwah dibuat dgn membilang hari daripada hari pertama kematian, misalnye buat kenduri tahlil arwah selepas ...
Bagi PakMalau membilang hari tu takada masalah sebab senang nak ingat, mcm dah jadi satu time table untuk org kampung utk buat majlis tahlil. Tak payah nak fikir time bila yg sesuai. Tapi jangan jadi satu PAKSAAN lak utk buat pada bilangan hari2 tu.. tak mampu/praktikal, tak yah buat.. seluk poket dulu.
Itu hanya budaya yg biasanya untuk memudahkan masyarakat BERSOSIAL disamping mendapat sedikit keredhaan Allah (sedekah), membantu simati (doa) dan menginggat mati. Bagus utk diamalkan tapi jangan menyusahkan keluarga simati. Sepatutnya keluarga terdekat yg organizekan majlis tu (esp. kalau mayat yg meninggalkan anak yatim) |
|
|
|
|
|
|
|
very good topik..tajuk jek dah gempak..baguih tapi sayang bercelaru.
Adat dan Islam..silap hari leh jadik buku masyur. Celaru pasal tadak mukadimah tadak pra kata takdok hala tuju.
pada saya pertama kene kenai apa itu ISLAM, then baru bleh rujuk btui dak?
APA ITU ISLAM menurut individu tu plak tentuk berlainan tapi paling tidak basic dia yang MAIN FOUNDATIONnya sama lah kan?
ada duk cite sanding fashion hindu..camna fashion laaa ni duk cam baju gown omputih seme tu haa..duk selit adat lama campur adat baru aaa camna?
topik ni jujur tapi terlalu luas..sebaiknya sapa yang lebih arif tuh duk mai tapau skit APA ITU ISLAM. Ramai kita sini bila cakap pasal islam, dah tak ingat bangsa sendirik, malah malu nak mengaku dia nya melayu, seolah wujud apa saya sebut BANGSA ISLAM. Ada ka bangsa Islam? Adat ni merujuk pada bangsa atau apa? So bila kita tau adat tu mengenai apa, ISlam itu apa, baru lah nampak hala tuju. Contoh..pakai serban tu arab pun pakai, banggali pun pakai, word serban pun dari perkataan turban. Islam pakai serban ka? Bangsa yang pakai serban btui dak? Adat menutup kepala untuk lelaki dari pandangan ISLAM tu baru skop topik cenggini. Tu pun dah cukup luas pada saya. Tapi pembuka topik sudah pun mengkhususkan pada skop pilihan seperti di citekan tuh..so itu lah hala kita SETELAH kenal dulu apa yang dikatakan ISLAM dan Adat tuh. Pandangan saya lah. ws. |
|
|
|
|
|
|
|
C&P : KAHWIN, ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN
Salam... Sila undi, dan berikan komen yang bernas. Terima kasih
Oleh : ROZMAL MALAKAN
Tarikh : 26 Oct 2005, 11:07 pm
KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan.Keruntuhan moral berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan 憄anas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 7-11-2005 05:34 PM
Salam... Sila undi, dan berikan komen yang bernas. Terima kasih
Oleh : ROZMAL MALAKAN
Tarikh : 26 Oct 2005, 11:07 pm
KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan beta ...
Rukun Nikah Kahwin dalam Islam.
Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah
Rukun Nikah
Calon suami (lelaki)
Calon isteri (perempuan)
Wali
Saksi
Ijab dan Kabul (akad)
Syarat-syarat calon suami (lelaki)
Bukan muhrim dengan bakal isteri
Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
Lelaki yang tertentu
Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi
Bukan dalam ihram haji
Tidak beristeri empat
Syarat-syarat calon isteri (perempuan) Bukan muhrim dengan bakal suami
Hendaklah bakal isteri itu tertentu
Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
Tidak di dalam ihram haji
Benar-benar perempuan (tidak khunsa)
Bukan isteri orang dan tidak dalam idah
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak sah nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi yang adil.
Syarat-syarat wali
Islam
Baligh
Berakal
Merdeka
Lelaki
Adil
Tidak cacat akal
Tidak dalam ihram
Tidak dari orang-orang yang muflis
Susunan wali Bapa
Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
Bapa saudara dari sebelah bapa
Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
Raja (pemerintah)
Syarat-syarat saksi
Islam
Baligh
Berakal
Lelaki
Merdeka
Adil
Boleh melihat (tidak buta)
Boleh mendengar (tidak pekak)
Mempunyai daya ingatan
Memahami bahasa yang digunakan ketika akad
Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)
Syarat-syarat Ijab dan Kabul
1. Syarat ijab:
Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat.
Tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan waktu yang terbatas dan tertentu (misalnya nikah kontrak).
Tidak dengan taklik.
Lafaz daripada wali atau wakilnya.
Contoh lafaz ijab: "Aku nikahkan dikau dengan ..... binti .... (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ...... (RM) tunai."
2. Syarat kabul:
Tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan kabul (lafaz akad).
Lafaz kabul (terima) tidak tertaklik.
Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
Hendaklah disebut nama isteri.
Lafaz kabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
Contoh lafaz kabul: "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai."
Sumber : www.keluarga.net.my
Tak sesusah mana pun.
teringat ayah aku waktu dia jadi wali dan wakil adik pompuan dia kahwin. Wakil laki tanya berapa hantaran. Ayah aku cuma kata , berapa nak bagi , bagi le , adik kita bukan dijual.
[ Last edited by anti_aktivis at 7-11-2005 06:08 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BTW , kita hidup bermasyarakat , ada konsep gotong royong waktu perkahwinan berlangsung. So macam macam permintaan dan persediaan dari sanak saudara. Yang mana tak perlu , kalau nak tolak , tolak le dgn cara berhemah. Dan jika terpaksa klu tak boleh tolak dan selagi tak melanggar syariat Islam , ikut le . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Manis7474 This user has been deleted
|
Bila Adat lebih penting dari Agama mcmnilah jadi...kekdg tu mak bapak tu yg ntah apa2..bila anak buat hal baru terhegeh2 malu.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya berbincang dgn rakan, seorang pensyarah ekonomi
dia agak kritis dgn adat istiadat perkahwinan, pesimis terhadap soal kahwin muda ~ takut tidak mampu utk menanggung tanggungjawab dsb
saya katakan adat Melayu kadang2 terlalu menyusahkan dan membebankan
kadang2 pengatin tidak mempunyai banyak permintaan, cukuplah dgn majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran
tapi yang biasa beria ialah mak bapa, makcik pakcik, pak menakan dan sebagainya
saya katakan pada rakan saya
apakah yang kita nak pelihara sebenarnya?
adat ke, atau kelestarian keturunan dan kemurnian agama
even adat pepatih sendiri mengatakan adat mesti bersandar pada agama
masalah sekarang, jika pelajar universiti, dewasa ini tidak mungkin dapat mengelak dari pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan
dan dengan usia remaja, untuk menolak perasaan kasih dan sayang adalah sesuatu yang agak mustahil, melainkan jika pelajat tersebut punya pendidikan agama. istiqamah, dan sudah semestinya dipelihara Allah dengan pemeliharaan dan rahmat dariNya
tetapi apa yang kita ada, adalah pelajar2 yang banyak dah korup dari segi moralnya
sistem nilai dah berubah
bagi mereka martabat akan jadi rendah jika tak de girlfriend/boyfriend
kalau dulu, masih ramai lagi malu2 utk menyatakan rasa sayang kepada pasangan masing2 tapi la ni bila ada couple yg dibawa ke court dah tak de segan silu lagi dah
environment ni membawa mereka kepada gejola nafsu yg tidak terkawal
dan apa yg terhidang depan mata, adalah segala yg pernah dilaporkan oleh edisi siasat, mastika, dsb
so, kita tak boleh nak nafikan lagi hal ni
kata saya, suruh jelah mereka berkahwin, jika hati dah suka, dan dah sampai syarat wajib mereka perlu berkahwin
dan dari situ kita berharap agar mereka belajar utk bertanggungjawab
kata kawan sy diaorg x mampu nak responsible lagi, belum matang
kata sy, apa solution dia, ke nak biar je diaorg wat maksiat
tapi bagi student, masalahnya ialah persediaan utk perkahwinan mengikut adat terlalu demanding, tidak tercapai utk melaksanakan semuanya.
sementelah bila tujuan mrk utk kepuasan nafsu, dan tidak lagi menjadi halangan dari pasangan sebab sekarang ni dah senang. mintak je dapat
utk apa lagi perkahwinan, dan pening2 kepala utk belanja kahwin dsb
sy terfikir, satu hari, bila adat istiadat ni dah tidak memainkan peranan lagi, perkahwinan dimudahkan spt amalan yg di ajar Nabi
adakah gejala sosial akan pulih sepenuhnya
atau bila kita tersedar bahawa adat2 ini membebankan, pada masa itu dah x berguna apa, sbb semua dah korup semuanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Terima kasih atas ulasan anti_aktivis, Manis7474 dan sakinahmawaddah. Terima kasih juga kepada yang telahpun mengundi.
Persoalan sering timbul adalah bagaimanakah ibu bapa; pakcik makcik; sepupu dua pupu; ipar duai; dan pak menakan menerima keputusan seperti "poll" ini?. Pipi yakin, bukan hanya dalam "poll" ini sahaja, malah di luar sana lebih ramai anak muda yang berkeinginan untuk berkahwin berfikiran sebegini. Namun begitu, terdapat segelintir anak muda yang telahpun "berkahwin" tidak mahu memikirkan lagi hal-hal perkahwinan seperti ini.
Ketakutan ibu bapa terhadap anak-anak mereka berkaitan tanggungjawab sejurus berkahwin sememangnya dihargai. Namun begitu, jika ketakutan ini menjadi satu "tradisi" maka; sehingga ke akhirnya (tidak tahu sehingga bilakah) pasti tiada keberanian menerima tanggungjawab. Mungkin juga pengaruh "drama swasta" memberikan kesan negatif kepada ibu bapa. Ya, tanggungjawab berumahtangga terlalu besar; berat; sulit; dan sukar. Bukan hanya tanggungjawab terhadap pasangan, malah tanggungjawab terhadap keluarga pasangan; saudara-mara pasangan; sahabat/rakan pasangan; dan sebagainya. Umpama bercantumnya dua buah negara yang masing-masing memiliki menteri-menteri; negeri-negeri; budaya; daerah; rakyat-rakyat yang berbeza-beza. Persoalannya, adakah tanggungjawab benar-benar sukar?; Tidakkah kita sepatutnya menerima tanggungjawab, dan bukannya melarikan diri daripada tanggungjawab?;
Ya, zaman sekarang semuanya semakin maju, semakin hebat, semakin canggih, semakin pantas; namun begitu adakah perkahwinan yang hanya dibuat secara "ketika ini" seperti kumpulan kugirannya, pelaminnya, khemahnya, baju berpasang-pasangnya, pergaulan bebasnya, glamournya, popularitinya; adalah walimatul-urus yang dituntut? Konteks di dalam artikel C&P di atas memberitahu kepada kita bahawa Rasullah s.a.w. menyuruh sahabatnya membuat walimatul urus dengan air dan tamar. Ya, berdasarkan taraf ekonomi di zaman Rasullah s.a.w. ; ekonomi kita ketika ini lebih baik. Tetapi, adakah hal-hal seperti hantaran, belanja kawin secara "advance" menjadi SYARAT UTAMA? Ya, kebanyakan yang diperhati ketika ini, menjadikan SYARAT UTAMA; bukannya disoal mengenai tanggungjawab berkeluarga tetapi disoal MAMPU ATAU TIDAK UNTUK HANTARAN!! Adakah ini dikira sebagai bidaah ? ; kerana mensyariatkan HANTARAN,dan apa-apa lagi syaratnya sebagai "rukun"? Bukankah dengan menunjuk-nunjuk seperti mendapatkan hiasan pelamin paling cantik untuk "menyerlahkan" lagi kedua-dua mempelai dikira sebagai RIAK? Tidakkan kita begitu hampir kepada Iblis yang riak? Ataupun kita lebih teruk daripada iblis?
Persoalan yang perlukan jawapan; Bukan kekasaran bahasa, tetapi pertanyaan yang jelas. Perlu dilihat semula Tujuan asal kita disarankan berkahwin.
fi amanillah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Manis7474 This user has been deleted
|
Ermmm...Alhumdulillah aku mak bapak ok..takde apa2 masalah..aku rasa kerajaan adakan kelas mcm kursus kawin tu..KHAS utk ibu bapa pengantin juga..kekdg tu..mak bapak yg degil tu pasal anak2 degil..lagi nak menyalahkan bebudak2 tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi yg belum kawin mungkin senang nak cakap, nak kawin simple2 je, tanak bazir, tanak itu tanak ini... tapi bila tiba harinya, mak bapak, adik beradik, sanak sedara, kawan2 mula la mintak buat itu buat ini... keluarga bakal isteri pon mintak macam2, nak tolak takut putus tunang... tunang plak, tak mau kalah dgn member2 dia yg dah kawin... selalunya tak mampu tolak... even adat bersanding pon, sebelum kawin punya la kata haram, tp akhirnya "terpaksa" naik pelamin jugak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buat apa tunang2 ???
zaman dulu bertunang nak mengenali masing2 kan??? byk yg match-made...
atuk aku dulu tak bertunang...terus jer...lagi susah ....zaman jepon WW2...
takut terlepas? "tunang orang tuh"...tunang boleh putus......skarang kawin boleh cerai...apa susah....
skarang ni dua2 pihak ada freedom...yang lelaki ada career, yang pompuan lulusan universiti pon ada career....apa susah
cerai berai pon ada financial freedom...yg suffer , anak2 lah
kawin atas nama cinta konon...kalau dah cinta tu pudar? nak buat apa??
kawin sebab pilihan mak bapak konon....kalau mak bapak dah mati...sebab apa lagi???
kalau ingatkan sebagai tanggungjawab...kerana Allah ....insyaAllah selamat
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|