|
[Jenayah]
Mahkamah Singapura membenarkan ibu Nagaentran berpegangan tangan sebelum digantung
[Copy link]
|
|
Dkt singapore keluar oku card xjln..lain la kat malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Wisma Putra telah bantu Nagaenthran sejak dalam tahanan
Manzaidi Mohd Amin -
27 April 2022
KUALA LUMPUR – Nagaenthran K Dharmalingam, tahanan warganegara Malaysia yang menjalani hukuman bunuh di Singapura pagi tadi telah dibantu oleh Wisma Putra sejak dia dalam tahanan.
Wisma Putra berkata, ia melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah mengikuti rapi perkembangan kes itu sejak tertuduh ditahan pada 22 April 2009.
Suruhanjaya Tinggi telah menjalankan tanggungjawab sewajarnya dalam memberikan bantuan konsular kepada Nagaenthran sepanjang berada dalam tahanan bagi memastikan hak dan kebajikannya sentiasa terpelihara.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifudin Abdullah sekali lagi mengutuskan surat kepada rakan sejawat mereka di Singapura minggu ini, sebagai usaha memohon kerajaan negara itu menimbang dan meringankan hukuman yang dikenakan ke atas Nagaenthran.
“Surat itu turut menyatakan keterbukaan kerajaan Malaysia untuk berbincang dengan kerajaan Singapura bagi melaksanakan Program Pemindahan Banduan Antarabangsa di antara Malaysia – Singapura,” kata kenyataan itu.
Pada 29 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Singapura menolak percubaan tertuduh untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar hukuman matinya.
Hukuman mati terhadap Nagaenthran akan diteruskan pada tarikh ditetapkan selepas lima hakim turut menolak permintaannya untuk menangguhkan hukuman, sementara dia mencari panel pakar psikiatri bagi menilainya.
Nagaenthran, yang kini berusia 34 tahun, ditangkap dengan heroin diikat pada pahanya dari Malaysia ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada April 2009 ketika berusia 21 tahun.
Malah, pada November 2021, Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri telah menghantar surat pertama kepada kerajaan Singapura.
Pada Disember lalu pula, Yang di-Pertuan Agong juga telah mengutus warkah kepada Puan Yang Terutama Presiden Republik Singapura bagi meringankan hukuman ke atas Nagaenthran.
“Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan di atas maklum balas yang telah dikemukakan oleh kerajaan Singapura dan menghormati sistem perundangan negara itu.
“Dalam masa sama, kerajaan Malaysia juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan Singapura atas bantuan diberikan sepanjang tempoh tahanan dan perbicaraan Nagaenthran.
“Jemaah Menteri juga sedia maklum akan pelaksanaan hukuman mati yang telah dilaksanakan ke atas tertuduh,” kata kenyataan itu.
KLN berterima kasih atas penglibatan pertubuhan serta organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berusaha supaya pelaksanaan hukuman mati ke atas Nagaenthran dapat dikurangkan, selain inisiatif untuk memansuhkan itu.
Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Nagaenthran dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada ahli keluarga beliau. – MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm manala perasaan mak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas singapore.sbb ada prinsip dan integrity |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga.
13 tahun dalam penjara, cukup masa yang diberikan untuk dia merayu. Di Malaysia pun, ramai yang mati di tali gantung adalah kerana dadah. Semoga kita semua ambil pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepot replied at 27-4-2022 10:16 AM
memang dia bersalah ke kena khianat ye?
kasih ibu cmtu la utk ank.
Memang dia bersalah, dia bawa masuk dengan ikat di peha kiri dia. Dia mengaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 27-4-2022 02:18 PM
pengajaran buat semua...x kira kau OKU @ IQ rendah @ educated ke apa....KATAKAN TIDAK PADA DADAH!!!! ...
kita tak tahu bila kita akan kena mcm ni
bnyak dahkea di singapurni semua mati digantung
takda kompromi walau kita tak tahu sekalipun/oku/diplant pihak ketiga etc
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak semua dapat nikmat sebelum mati, tangan digenggam ibu yg mengandungkhen tau...ko sendiri nanti dah tentu tentu takda chance sebab org tua ko dah mendahului ko...ibu yg memuntahkheun ko kedunia...dia juga yg beri ko lambaian terakhir utk perjalanan ko seterusnya...
[youtube]CaHUnZHCyis[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibarat slogan anak jiran aku yg umur 3 tahun...
LOW CRIME DOES NOT MEAN NO CRIME..
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 27-4-2022 11:00 AM
Ikat kat betis dadah tu. Bukan kene khianat. Dia mengaku pehtu tak mengaku kalo tak silap.
Camne detect ye? Ingatkan scanner yg kita lalu tu detect metal je. Sepanjang travel iolls tak pernah jumpa polis letak anjing kt tepi kaunter tu. Iolls bukan taik dadah btw curious |
|
|
|
|
|
|
|
Lembam2 pun tahu scotch tape smack kat peha. Memang hundred percent kena gantung. Klu orang yang tape kan
pun kau boleh tahu kan. Lembam apa nya...sihat jer cross border berkali kali siap ada kerja kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls suka je pengedar dadah ke tokan dadah ke kena gantung mati. Aman dunia tanpa penagih dadah. Kalau penagih dadah kena gantung pun bagus jugak sebab biasanya selalu jadi tegar |
|
|
|
|
|
|
|
matbad replied at 27-4-2022 09:51 AM
No kompromi. Klau kt sini lps sbb kesian
Kat sini $$$ adalah king... |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 27-4-2022 04:01 PM
Wisma Putra telah bantu Nagaenthran sejak dalam tahanan
Manzaidi Mohd Amin -
27 April 2022
naseb baik gomen singa sane tetap tegas dgn keputusan dorg wpn gomen malaysia offer mcm2. kalau dibawak blk ke sini, peluang nk terlepas tu tggi sgt |
|
|
|
|
|
|
|
The Lion has slayed the Dragon.
|
|
|
|
|
|
|
|
okey ,tq sbb saya baru folo cite dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
setori_mori replied at 27-4-2022 09:20 PM
Camne detect ye? Ingatkan scanner yg kita lalu tu detect metal je. Sepanjang travel iolls tak pern ...
Me tumpahkan teh ye…..ada machine scanner yg leh scan badan org… nampak la semua kat dalam…. Boleh Control nak tengok baju dalam atau dgn takde baju dalam sekali pun…. Boleh adjust d scanner…. Even yg smuggle masuk dadah dlm dubur sekalipun boleh nampak…..hahahahaha everytime mak lalu machine itu terasa macam dibogelkan lak…. Tapi yg tahu tahu la machine apakah itu….boleh choose lagi nak tengok badan org dalam ada color ataupun black n white cam xray…. |
|
|
|
|
|
|
|
anikarma replied at 28-4-2022 03:52 PM
Me tumpahkan teh ye…..ada machine scanner yg leh scan badan org… nampak la semua kat dalam…. Bo ...
Okayyyyy tak tahu wujud. Moga abg imi kat situ tak prevert |
|
|
|
|
|
|
|
setori_mori replied at 28-4-2022 04:04 PM
Okayyyyy tak tahu wujud. Moga abg imi kat situ tak prevert
Pervert bkn prevert mcm prefer |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-4-2022 04:49 PM
Pervert bkn prevert mcm prefer
Halahhh halahhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|