azz_azza posted on 11-7-2014 11:38 AM
tmpt2 ni pergi x? Istanbul - Bursa - Canakkale - Troy - Selcuk - Pamukkale - Cappadocia - Istanbul ...
tak pergi..memang cover dalam town istanbul je..nak santai2 je..tak nak terkejar2..lagipun ni baru first time pergi secara back pack..so takut jugalah nak gi banyak2 tempat ni..cuma mungkin pergi izmir kot..tu tak sure lagi..
Setiap kali saya tiba di kota istanbul, hati saya tersentuh apabila teringat akan satu hadis, tentang janji Nabi Muhammad SAW tentang kota konstatinopel , yang akan ditawan oleh tentera Islam suatu hari nanti...selepas kira-kira 800 tahun, janji Rasulullah SAW benar-benar menjadi kenyataan, subahanAllah, maha suci Allah, benarlah janji-janji Allah dan janji-janji Rasul NYA ...
Dalam hadis lain Rasulullah SAW ada menyebut:
”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.” (Al Hadis)
Para Sahabat Rasulullah SAW, tabi’in dan tabi’ut tabi’in terus berusaha membuktikan sabda Rasulullah ini. Mereka berulang kali mengadakan ekspedisi untuk menaklukkan Konstantinopel. Tercatat dari kalangan Sahabat ra. Sayidina Abu Ayyub Al-Anshari ra. yang ketika itu telah berusia lebih 80 tahun ikut berusaha menagih janji Rasul tersebut. Beliau syahid di medan perang dan dimakamkan di dekat tembok benteng Konstantinopel. Dari kalangan tabi’in ada Ibrahim bin Ad-ham rh. yang datang ke sana untuk membuktikan janji Rasulullah dan beliau pun syahid.
Ternyata janji Rasulullah itu baru terbukti 800 tahun kemudian di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh dari Dinasti Usmaniyah. Dengan jatuhnya Konstantinopel, jatuhlah seluruh wilayah Kekaisaran Romawi Timur ke tangan Islam.
Ayah Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad telah mendapat kabar dari Syeikh Syamsuddin Al-Wali bahwa anaknya yang baru lahir itu yang akan menepati janji Rasulullah (lihat Kisah Teladan - red). Karena itu beliau telah mempersiapkan Muhammad Al-Fateh sejak kecil dengan diserahkan didikan agamanya pada Syeikh Syamsuddin dan didikan militernya pada panglima-panglima Turki yang paling berpengalaman hingga pada usia 19 tahun beliau telah siap menggantikan ayahnya menjadi sultan. Pada usia 21 tahun beliau memimpin pasukannya untuk menaklukkan Konstantinopel dan terbuktilah hadis di atas: Konstantinopel takluk!
Istanbul kota yang dijanji dalam hadis
KEMASYHURAN kota Istanbul menjadikan ia salah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dilawati.
ISTANBUL kota yang pernah dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW yang dahulunya bernama Konstantinopel. Di Istanbul, Turki baru-baru ini telah diadakan pertemuan antarabangsa mengenai al-Aqsa dan bumi Palestin.
Tidak kurang 50,000 orang dari segenap penjuru dunia menunjukkan simpatinya pada al-Aqsa dengan menghadiri Persidangan al-Quds di kota bersejarah Istanbul.
Dalam hadis Rasulullah SAW diriwayatkan dengan maksud: “Abdullah bin Amru bin al'As berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba Baginda ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibuka) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: "Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel).” (riwayat Imam Ahmad)
Hadis lain juga ada yang menyebutkan secara jelas tentang jatuhnya kota Konstantinopel ke tangan umat Islam yang bermaksud: "Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya." (riwayat Imam Ahmad)
Setelah sekian lama berita gembira mengenai kejatuhan Konstantinopel ke tangan Islam diberitahu, namun tidak juga kunjung tiba walaupun generasi sahabat telah meninggal dunia dan diikuti generasi tabi'in.
Tetapi pada akhir pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kota Istanbul akhirnya jatuh juga ke tangan Islam, sebagai bukti kebenaran hadis Rasulullah SAW
Post time 15-7-2014 04:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semasa saya di istanbul, saya ada ke Eyüb, ke masjid di mana disemadikan jasad Abu Ayuub al Ansari. Meremang bulu roma rasanya bila trrpikir yg kita sedang menziarah makam sahabat rasulullah yg syahid ketika cuba membuka kota konstantinople
Post time 18-7-2014 07:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
siti1108 posted on 16-7-2014 04:13 PM
eyub tu belah asian site ke? boleh ke masuk dalam kawasan makan? ingat nak pergi situ..nak ziarah ...
Eyyub masih di europe side. Dari istanbul boleh naik feri atau bas utk ke sana. Tambang sama 3 lira. Kalau guna istanbulkart lagi murah. Bas & feri ambik kat eminonu. Sama dgn tmpt naik bosphorus cruise tu tapi feri lain lah.
Masa saya pegi aritu, saya naik bas & balik naik feri. Feri lalu kat selat golden horn. Cantik sgt sbb saya lalu masa sunset.
Semasa di sana saya sempat solat dlm masjid tersebut. Pastu saya naik cable car ke Pierre loti. Kat atas tu sambil2 minum apple tea & mkn gozleme (pancake turki) dpt tgk pemandangan selat golden horn. Cantik sgt. Tambang cable car juga 3 lira
Post time 18-7-2014 07:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
no.20 posted on 16-7-2014 04:24 PM
wah...lamanye pergi....blh share baper kos semua? tgk pikir nak guna agen or pergi sendri
Saya pergi 14 hari. Laluan seperti yg saya tulis aritu. Flight qatar airways masa tu rm 2173 return. Total kos dlm 5K tak masuk soping. Boleh nak murah lg kalau duduk kat dorm & tgk season jgk. Masa saya pegi tu dah nak masuk peak season & saya tak duduk dorm sbb pegi berdua dgn suami
azz_azza posted on 18-7-2014 10:00 AM
hihi... plan mmg nk g sgt ni...tp kena tgk keadaan gk... cuti x menentu...
hihihi..samalah..ikutkan member plan nak gi 2017..so bolehlah kumpul duit lebih sikit..dapatlah cover semua2 tempat yang forumer kat sini semua pergi..tapi sebabkan dia dah tak sabar sangat..memang buat kerja giler gi hujung tahun ni juga..huhuhu sampai dah book cuti awal2..huhuhu..tapi tak taulah dipermudahkan atau tak..
kuncisaya posted on 18-7-2014 07:36 AM
Eyyub masih di europe side. Dari istanbul boleh naik feri atau bas utk ke sana. Tambang sama 3 lir ...
oo ya ker..so kira sama tempat dengan tempat nak naik cruise ya..erm boleh masukkan dalam tentatif ni..thanks ya kuncisaya..betul2 membantu info awak ni..siap dengan transport dan price lagi..thanks alot..
Post time 18-7-2014 07:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
siti1108 posted on 18-7-2014 02:29 PM
oo ya ker..so kira sama tempat dengan tempat nak naik cruise ya..erm boleh masukkan dalam tentatif ...
Sama2. Mana2 yg saya boleh tolong, insya Allah saya tolong.
yer, sama tmpt nak naik cruise tp bhgn lain. Jgn risau, tanya jer sesapa kat situ, bgtau nak pegi eyyub, nanti dia tunjukkn tempat bas atau feri/bot. Aritu saya tanya tourist information centre kat tgh2 tu.
Kalau dr sultanahmet, naik tram turun kat eminonu utk pergi tmpt cruise tu.