CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

[Tempatan] Air Crash Investigation - Where is MH370?

[Copy link]
Post time 17-2-2015 10:56 AM | Show all posts
illa replied at 17-2-2015 10:53 AM
pndai diaorg pilih pelakon, capt zaharie ala2 mysterious man gituh

pandai apa kalo wajah melayu
digantikan cina belaka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 10:57 AM | Show all posts
dah tgk semalam..
kebanyakkan yg diutarakan tu pon mmg dah dibincangkan pon kat sini..
termasuk la teori kapten hilangkan kapal terbang...

tapi hilang sehilang hilang nye.....  
selagi tak de bukti ... teori tinggal teori aja laaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ida88 replied at 17-2-2015 01:26 AM
Finally.lame menanti episode mh370
Teori last plg logik
Sedih andai teori tersebut  benar

Dikkk... tlg cite skit teori last tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 11:01 AM | Show all posts

Tak baik la panggil dia 'lehanat'... selagi dia seorang Muslim

Namun, apa kata penyokong-penyokongnya yang selalu telan percaya bulat-bulat semua kata-katanya?

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 11:09 AM | Show all posts
penyudahnya..

bunyi cengkerik je... krikk kriikk krikkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 10:46 PM | Show all posts
apa pendapat capt @kelana36
tentang segala teori yg dikemukakan
terutama yg terakhir tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2015 10:52 PM | Show all posts
Changa replied at 17-2-2015 12:12 AM
akak pun sedari dahulu syak benda sama until proven otherwise.



What make u think dia yg buat? Masalah rumahtangga yg kronik sampai hilang nafsu nak hidup?

But if really dia yg buat, i salute him for his knowledge & skills la. Sampai satu dunia dok cari tak jumpa2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 11:34 PM | Show all posts
juliez replied at 16-2-2015 10:52 PM
Mu mabuk ketum ker apa mek? Video yg i tempek tu nat geo punya la

Hahaha.  Agak kejam ayat kau kali ni.   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 11:41 PM | Show all posts
Edited by Changa at 17-2-2015 11:43 PM
juliez replied at 17-2-2015 10:52 PM
What make u think dia yg buat? Masalah rumahtangga yg kronik sampai hilang nafsu nak hidup?

...

entah la sis, bila fikir2 logika, itu jah la yg akak paling syak.
dan salah satu kemungkinan dlm docu itu pun itu salah satu kemungkinan yg mereka paparkan.tidak perlu fikir reason, kalau nak ikut logika reason, daddy bangi yg sembeih anak sendiri itu pun tak masuk akal, katanya syumul ahli mesjid lagi, memang dah kompom ahli sorga gitu.

akak syak jua, ujung flight itu tiada siapa yg masih hidup, ujung nya ala helio flight itu jah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 11:51 PM | Show all posts
theotherfriend replied at 17-2-2015 05:34 AM
Duh.
I m sure they hv scrutinized all d details n possibilities, tapi b7la hujung2nya dia sebut 'th ...

itu salah satu kemungkinan.
tiada apa yg konkrit.
kenapa tak nak meroyan dgn teori2 lain yg di paparkan? konsep pun sama jah salah satu kemungkinan yg terjadi terhadap pesawat itu.
segala kemungkinan itu bedasarkan limited data yg mereka ada, bukan nya berdasarkan flight recorder ke apa.
so tak perlu nak menggelupor sangat, jelas dah kot dalam documentary itu.
kalau mereka nak tuduh, baik mereka letak jah kemungkinan yg last itu jah, tak payah nak buat kemungkinan2 yg lain nya,
aiyoh choii!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku tak de sbb kaptemn sbb si kapten nk resign dan nk g etihad. Apasal nk g bawak flight junam masuk laut?. Dah tak tau nk conclude apa g fokus kat kapten lak. Rumah dia kat laman seri tu pun dah kosong katanya. Family dah pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnye tgk prog ni........nangis.......luka lama berdarah kembali....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Org malaysia sensitif dgn issue bunuh diri.. Thats why never being discussed publicly by government... Until ada bukti .. Although ramai yg syak possibility tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:12 AM | Show all posts
guesswho09 replied at 17-2-2015 06:46 PM
apa pendapat capt @kelana36
tentang segala teori yg dikemukakan
terutama yg terakhir tu?

pilots are trained to handle stress and pressure, bukan jenis yang cepat give up atau jenis bawak masalah ketempat kerja. Flying the plane itself akan membuatkan pilots lupa akan hal hal remeh atau domestic problem, sebab high level of concentration diperlukan setiap masa walau banyak mana experience level sekali pun, sebab setiap kali penerbangan adalah merupakan new assignment, bukan boleh ambil lewa walaupun dah biasa buat. Pilots juga sentiasa bersikap untuk menyelamatkan nyawa penumpang dan menyelamatkan pesawat sebab dah dilatih begitu sejak dari mula mula jadi pilot lagi. So kalau nak andaikan pilot tu sendiri yang membunuh penumpang penumpang dan crew nya, dan kemudiannya terbang berjam jam sehingga kehabisan minyak adalah tidak logik pada saya. Seseorang itu tak boleh bertukar menjadi pembunuh dalam sekelip mata. Kalau dia nak mati pun, kenapa mesti terbang jauh jauh berjam jam, sebab kalau orang nak bunuh diri, lagi lama tunggu lagi banyak benda yang dia terfikir, lagi bertambah waras pemikiran dia..
     Kalau mengikut theory dalam video ni, B777 tu kehabisan minyak dan menjunam ke dalam laut. Semestinya kelajuan semasa mencecah air dalam lingkungan 300 km/hr dan akan berkecai Tengok sahaja la MH17, no doubt it was shot down and broke up in air tapi bila impact the ground, berkecai gerus.  Jatuh ke air pada kelajuan begitu sama lah juga dengan jatuh ke atas solid rock, so berkecai la jugak. B777 ni almost 3 kali ganda saiznya dengan A320. So kalau QZ tu telah menghasilkan debris dan mayat bertebaran, apatah lagi MH370 ini. Satelite yang boleh nampak jarum dalam rumput pun tak boleh detect any debris.

    Ini pendapat saya lah, what really happened kena tunggu black box untuk pemgesahan punca kejadian yang sebenar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 17-2-2015 11:51 PM
itu salah satu kemungkinan.
tiada apa yg konkrit.
kenapa tak nak meroyan dgn teori2 lain yg di p ...

Jgn marah2 menjelang raya la kaka. Ampun maaf dipinta.

i got ur point, all r possibilities.

If he did it, he must b einstein.
satu dunia cari x jumpa.

Deep down, i really hope, bukan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 08:46 AM | Show all posts
ok...balik kije kang aku tgk..tq 4 the link
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 06:23 PM | Show all posts
MH370: National Geographic dedah teori baharu dalam dokumentari khas



KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dan misteri pencarian yang hampir memasuki tempoh setahun pencariannya mendapat perhatian pihak National Geographic untuk menghasilkan sebuah dokumentari khas, lapor portal Mirror.co.uk.

Dalam dokumentari tersebut, pembikin kandungan saintifik dan pendidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu mengetengahkan sebuah teori baharu.

Haluan penerbangan pesawat MH370 menurut mereka melalui rujukan pakar, telah sengaja dilencongkan oleh seseorang di dalam kokpit yang mahu membawanya ke Antartika.

Pengisian dokumentari itu juga mahu mendedahkan bahawa data satelit menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas hilang hubungan dengan pihak kawalan penerbangan.

Pakar-pakar penerbangan dipercayai melihat lebih jauh daripada bukti yang sedia ada dan membentangkan teori mereka sendiri dalam dokumentari berjudul ‘Malaysian 370: What Happened?’ tersebut.

Mereka percaya bahawa pesawat malang yang hilang pada 8 Mac tahun lalu itu telah membuat tiga lencongan selepas hilang dari hubungan, dan menuju ke arah Barat iaitu ke Antartika.

Salah seorang daripada mereka, Malcolm Brenner, memberitahu bahawa insiden itu telah menarik perhatian dunia dan dia sendiri tidak pernah mengalami pengalaman itu sepanjang kerjayanya selama 40 tahun.

Sementara itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai pencarian pesawat tersebut berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

“Perkara ini sangat menghairankan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini – bukan saja kerana misterinya, malah atas segala usaha besar yang dilakukan untuk mencarinya.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

Dokumentari ‘Malaysian 370: What Happenned?’ itu dijadual akan ditayangkan pada hari Ahad, 8 Mac nanti.

Walau bagaimanapun, ia hanya akan ditayangkan di AS manakala penonton di Malaysia dan seluruh Asia tidak dapat menyaksikannya.

Kandungan tersebut tidak lulus untuk tayangan di negara ini (Malaysia) kerana sifat kandungan yang melanggar sensitiviti pihak yang terlibat dalam insiden tersebut,” ujar jurucakap dari saluran National Geographic ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada 29 Januari lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

p/s Alaaaa. ingatkan ada ditayangkan di nat geo asia nanti...nasib baik dah tengok kat youtube...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 06:27 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 24-2-2015 06:23 PM
MH370: National Geographic dedah teori baharu dalam dokumentari khas

sebenar nya tiada teori baharu pun.
terori2 yg di utarakan sama macam semau possibilities yg telah di bincangkan selama ini
kecuali teori felda pprt sunni caprut pasal diego garcia mmg kompom la natgeo tak layan.

natgeo bukan taraf felda pprt sunni melayu hauk ini sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd pgi 1st day mh370 hilang, imam surau sek7 britau co pilot farid ade hubungi ayahnya dr russia.  Ktorg pun tertnya2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke xlulus tayangn di malaysia? Sbb nk jaga  sensitiviti kluarga mngsa???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.323574 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list