CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

MISTERI LEBUHRAYA KARAK: Urban Legend -MERGED

  [Copy link]
Post time 20-6-2011 03:10 PM | Show all posts

MISTERI LEBUH RAYA KARAK...

ISAH KARAK.....

Sebenarnya Karak ada dua jalan,satu jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)
Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu…Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..
Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.
Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)

Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).



MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..
Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.



1.
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2.
Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3.Volkswagen kuning..
selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….
4.Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.


Usaha mengangkat



Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!)

  


Jalan Lama Karak
1.
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).


Jalan Lama Karak



2.
Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.
Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..
4.
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.
mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
6
.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 03:13 PM | Show all posts
selama aku berulang alik naik bas ekspress belajar di kelantan di laluan karak.. tak pernah pun alami benda2 misreri..syukur alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:15 PM | Show all posts
ISAH KARAK.....

Sebenarnya Karak ada dua jalan,satu jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi  ...
lengkuas8883 Post at 20-6-2011 15:10



   Haaaa..topik yang menarik aritu baru masuk tv3 berkenaan misteri Karak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:31 PM | Show all posts
aku ni antara pengguna lebuhraya karak...hari2 berulang keje ikut karak highway ni...tp aku rase km yg aku lalu ni antara yg ok kot...amin....moga2 trus selamat dr apa2 kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 03:38 PM | Show all posts
Thread pasal lebuhraya karak ni mcm dah ada....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 04:12 PM | Show all posts
yg ptg citer Karak cam Haprak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2011 04:32 PM | Show all posts
i masa kecik2 dulu selalu dgr kakak i cite pasal cite No6 tu.....
kakak i cite husb dia kena dgn hantu jepun.....
tp cite tu mmg femous la masa i kecil2 dulu....
betul ker tidakk i pun???????
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 04:47 PM | Show all posts
nape tak sambung kat thread karak yang dah ade tu je?

http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 04:49 PM | Show all posts
err..
bear cuma penah dgr pasal volkswagen kuning dgn hantu mkn org tu je..yg lenlain tak pernah lak dgr..huhuhu...seramm
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 04:50 PM | Show all posts
selalu ulang alik dr kl ke bentong.. so far alhamdulillah x pernah jd apa2 sbb elak balik waktu malam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 05:35 PM | Show all posts
nape tak sambung kat thread karak yang dah ade tu je?
jaa139 Post at 20-6-2011 16:47


Aku dah baca tread tu tpi nmpaknya tajuk dan isi penceritaan kat tread ni lebih panjang...walaupun tjuk hmpir sama tapi pengisian langsung x sama.. ape2pun up to u all..aku kust 4 sharing, xnak bc kat cni pun xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 05:54 PM | Show all posts
ni seme cam urban legend jer dah.. volkswagen kuning tu banyak negeri dia jelajah rasanya.. wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 05:54 PM | Show all posts
i pon selalu ulang alik jalan ni..so far mmg x de apa2 la...
cuma pengalaman kwn2 ada la..masa tu dia nak balik KL dari Pekan...
dalam pukul 2 - 3 pagi camtu...dia kata sunyi sgt2..pastu nampak satu kain putih melayang lalu depan kereta..panjang kain tu...
Ayah dia drive masa tu..dah baca macam2...bila dah lepas kwsan tu baru la ayah dia tnya kat umi & kat dia nampak ke benda tu..dorang kata nampak..tp i yg dengar ni rasa seram gak la..
dah la selalu balik kg ..mmg kena melalui jalan tu...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 06:03 PM | Show all posts
ms kemalangan dasyat yg melibatkan FRU truck tu aku sefamily balik dari piknik kat janda baik seingat aku (ms tu kanak kanak ribena lagi) - mmg jenuh tunggu diaorg bagi clearance nak lalu situ... al-fatihah buat semua yg terkorban..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:25 PM | Show all posts
banyak rupanya kisah lebuhraya karak ni.
dulu aku selalu lalu ikut jalan karak lama, tapi tak pula rasa apa2 sebab tak tau misteri yg ada kat situ. skang ni dah tau, naik juga bulu roma bila nak masuk jalan karak lama
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:45 PM | Show all posts
baru je lalu karak 2hari lepas..nyaris xcident sbb lori tetiba je mengelak lori lain yg benti tgh jalan...ada x sesapa yg rajin layan youtube? ada somebody upload gambar pontianak yg didakwa dijumpai di km47 kalau xsilap...ada sesapa boleh sahkan video tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 11:54 PM | Show all posts
good story/info bro.................
tambah la lagi............
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 07:32 AM | Show all posts
citer pasal FRU ni - salah sorg mangsa adalah pakcik member aku... member aku citer.. sebelum eksiden dia tukar tempat dgn kawan dia, dia bg kawan dia duk tepi tingkap..
so bila exksiden, dia meninggal tapi kawan dia selamat sebab dapat kuar dari tingkap..
and tahun kemalangan ni terjadi dikatakan menggemparkan negara dan lagu ekamatra waktu tu - pusara di lebuhraya di haramkan untuk dimainkan di radio waktu tu.

waktu tu ada dlm 5 bangkai kereta boleh dilihat di luar balai polis gombak... kesemuanya remuk teruk, total lost

permulaan karak ni klo dari kl - ialah jalan lama kl - bentong - katjalan nilah yg team the others pergi balai polis lama tu klo korg terus lagi ada kuil dan terus lagi baru smpi kat tmpat kes van terjunam yg pergi antar bini dia kerja mcdonald tu, salah sorg rela yg bertugas membantu utk naikkan van tu adalah pakcik guard yg sama jaga mimaland (sebelum sampai ke skem). pakcik tu cteer mmg betul dia jumpa dgn keadaan mayat tu macam tu dan bini dia taknak percaya mula2...

klo korg terus lagi samapi ke genting sempah, petronas , jalan dia akan jadik lagi bersimpang siur maut punya dan jadik lagi sunyi dan sempit... skg dah ada highway baru so byk lori je yg nak elak jem ikut jalan ni... kat jalan ni gak aku dgn member aku pernah kena harung dengan kabus kuning... dalam 2-3 minit baru kabus tu ilang tp kitorg truskan gak jalan takut klo berhenti karang ada plak yg menyergah...

pas terowong barulah masuk highway karak klo terus lagi nt smpi kat simpang yg dekat dgn genting tu kat sini simpang ni kira bahaya (klo datang dari arah pahang) curam dan simpang tajam. mak aku selalu akan igtkan berhati2 bila lalu sini sebab dia dulu waktu kerja kat temerloh slalu ulang alik dan tgk eksiden kat situ (tempat eksiden bas pelancong thai)

pas dr situ dah bermula dah highway yg volswagen dan penunggang motor kepala tengkorak. yg simpang jalan lama tu menuju ke pekan karak.. simpang lagi satu dia direct je... mak aku dulu klo drive dia akan pecut je trus selagi tak smpi mentakab dia takkan berhenti.

lupa nk cakap dari petronas tu kan boleh pergi janda baik, janda baik tu pun tak kurg juga hebatnya.. tahun 1985 ada kapal terbang ringan terhempas.. dorg dapat jumpa mayat juruterbang berminggu2 dalam hutan - tak salah dekat2 dgn kg new zealand tue...

pokoknya karak ni fames kerana terdapat byk kes yg dasyat2
lagipun tgk lah .. benda ni dapat menara tinjau di sepanjang karak.. so dia bleh la tgk dari atas bukit (casino genting)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 08:40 AM | Show all posts
Aku dah baca tread tu tpi nmpaknya tajuk dan isi penceritaan kat tread ni lebih panjang...walaup ...
lengkuas8883 Post at 20-6-2011 17:35



oooo...kiranya ni skop lebih luas lah erk...ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:06 AM | Show all posts
citer pasal FRU ni - salah sorg mangsa adalah pakcik member aku... member aku citer.. sebelum ekside ...
surfinv Post at 21-6-2011 07:32



    Penunggang motor kepala tengkorak??? ishh..biar betul, yang pasal penunggang kepala tengkorak ni aku xtaula plak.. Tapi klau diikutkan banyak lagi sumber verbal yang boleh dikongsikan untuk tatapan kalian. Klau disingkap balik, memang banyak kejadian2 misteri dan pelik yang terjadi di kawasan tersebut.  Memang misteri...

    Sebenarnya aku jgak pernah kena semasa memandu dari Kelantan nak balik ke KL dan setelah sampai di Genting Sempah dalam pukul 4 pagi betul2 melalui highway depan Petronas aku yang memandu laju time tu nyaris2 terbabas kerana lorong yang dilalui salah..Padahal aku rasa aku memang ikut lorong yang betul..Memang nampak jalan tu lurus. Namun nasib baik aku target masuk terowong, klau tak...hmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.090576 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list