|
Originally posted by ayahjoe at 9-1-2009 09:05 AM
Akak dok area mana?
saya tolong jawab..akak pikacun duduk kt melaka kot hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 9-1-2009 09:44 AM
saya tolong jawab..akak pikacun duduk kt melaka kot hehehe...
Sin...mlm nih kita berdua jer atau ader yg lain nak join? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayahjoe at 9-1-2009 10:12 AM
Sin...mlm nih kita berdua jer atau ader yg lain nak join?
dah takde orang naik join..kita dua orang jer kot |
|
|
|
|
|
|
|
apa salahnya berdua,u olls kan mmg couple yg sesuai |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 9-1-2009 09:44 AM
saya tolong jawab..akak pikacun duduk kt melaka kot hehehe...
Ayahjoe, hussain dh tolong jawabkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cybernova at 9-1-2009 12:18 PM
apa salahnya berdua,u olls kan mmg couple yg sesuai
Amboi2 nova...hehehehe yup couple ke jalan Nya.....insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4106 ayahjoe\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4108 ayahjoe\ catat
Surabaya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cybernova at 9-1-2009 03:48 PM
Surabaya
Wah.....dok katner? Jambatan Merah? Ponorogo? Ataupon student UNAIR? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 9-1-2009 12:10 PM
dah takde orang naik join..kita dua orang jer kot
Mesti Husain dgn ayahjoe tengah pekena Teh TERIK dan Roti canai.
Apalah yang dibualnya pasal Umrah ni..
Seronoknya kalau ingatkan Husain n Ayahjoe tak lama lagi nak pi Umrah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Sudais asks Muslims to rally behind Palestinians
Arab News
MAKKAH: In his Friday speech yesterday, Imam of the Grand Mosque Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais appealed to international bodies to take steps to ensure an immediate cease-fire in Gaza and condemned state-sponsored terrorism against innocent people.
揙n behalf of all Muslims in the world we call on the international community and other organizations to immediately stop this Zionist terrorism, |
|
|
|
|
|
|
|
Nikmat menjadi tamu Allah
"Ya Allah, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamuMu!
Terima kasih kerana mengkabulkan hajat kami.
Sesungguhnya tiada nikmat yang paling membahagiakan melainkan dipilih menjadi tamuMu Ya Allah!''
Teringat akan kata-kata yang saya lafazkan kala berdoa selepas selesai melakukan Tawaf Wida' (selamat tinggal) dan solat sunat berhampiran Makam Ibrahim sebelum melangkah perlahan-lahan sambil melambai-lambai ke arah Kaabah sebagai tanda selamat tinggal.
Saat itu amat menyayat hati. Sebak, sayu, pilu dan hiba meruntun-runtun di jiwa. Berat rasa kaki hendak melangkah meninggalkan Rumah Allah dan Masjidil Haram. Berkali-kali saya mengesat air mata yang laju mengalir ke pipi.
Lalu teringat saya akan kata teman-teman yang telah ke sana, pergilah untuk merasa nikmatnya. Dan benar sekali, nikmatnya telah saya rasai selepas 15 hari menjadi tamu Allah baru-baru ini.
Ketika menyiapkan catatan ini, air mata saya masih mengalir kerana terlampau sebak - kenangan berdoa di depan Kaabah bermain-main di mata.
Hanya setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana mengizin dan memudahkan perjalanan umrah saya dan suami.
Alhamdulillah... sebaik mendarat di KLIA saya mula merasakan kerinduan yang teramat sangat - rindu menatap Kaabah dan sujud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Masih terngiang-ngiang azan yang berkumandang setiap kali masuk waktu solat.
Terpandang wajah bapa yang menunggu di luar lobi ketibaan antarabangsa air mata saya deras mengalir. Saya meluru memeluknya.
Terpandang wajah mak, saya menangis sepuas hati. Ketika melihat wajah dua anak lelaki saya yang memandang ke arah kami saya tidak lagi mampu bersuara melainkan memeluk erat kedua-dua mereka. Ketika ini wajah dua anak perempuan saya yang tidak ikut sama menyambut kepulangan kami mengganggu emosi saya.
Di luar balai ketibaan kakak, adik-adik, ipar duai dan anak saudara sedia menunggu. Menjadi anak pertama yang menjejak kaki ke Tanah Suci tentunya merupakan satu rahmat buat keluarga kami khasnya kedua-dua orang tua saya.
Lalu teringat saya akan kata-kata ustaz Ali yang menjadi Mutawwif kami, jika ke tempat baik, maka baiklah yang akan kita peroleh. Tepat sekali kata-katanya itu sebab banyak perkara yang saya pelajari ketika berada di Mekah al-Mukaramah dan Madinah al-Munawarrah.
Bukan setakat keberkatan hidup di dunia dan akhirat, malah kisah tentang hidup manusia yang diciptakan Allah turut menjadi iktibar.
Seorang kenalan lama berpesan, jika hendak ke sana dengarlah cerita yang baik-baik sahaja, dan elak mendengar yang negatif.
Katanya, setiap orang diberi dugaan yang berbeza mengikut susun atur kehidupan yang telah mereka lalui. Yang penting, bertawakal dan berdoa agar kehadiran kita diterima oleh Allah, seelok-eloknya serahkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa dan raga - berbuat amal sebanyak mungkin, jangan membazir waktu dan berdoa apa sahaja, insya-Allah akan diperkenankan Allah.
Ramai yang memberi cadangan, pandangan dan nasihat. Namun hati melekat kepada pesanan bapa dan mak agar saya dan suami bertawakal, berdoa dan mohon Allah mempermudahkan segala urusan ibadah setibanya di Tanah Suci. Alhamdulillah termakbul segalanya.
Sebaik menjejak kaki di Madinah, saya merasa ketenangan yang amat sangat. Terasa jiwa begitu kosong tenang dan selesa.
Berulang-alik ke Masjid Nabawi dan saat menziarah Makam Rasulullah dan kesempatan masuk ke Raudah pasti akan terpahat dalam minda sehingga nafas terakhir.
Bukan sekali dua saya dapat solat dan berdoa di situ, tetapi berkali-kali, itulah nikmat yang Allah kurniakan kepada saya sambil menyaksikan keajaiban hakmilik Allah nan satu serta kebesaran Nabi Muhammad SAW.
Ketika melakukan ziarah wida' (selamat tinggal) di Makam Rasulullah SAW sebelum berangkat ke Mekah, sekali lagi kesedihan meruntun.
Saat tibanya di Bir Ali untuk bermiqat, saya merasakan satu ketenangan yang tidak terucap dengan kata-kata, lambaian Kaabah semakin dekat.
Ketika tarbiah Labai kallah hum malabai di dahului Mutawwif Ustaz Ali berkumandang, suasana di dalam bas menjadi hening. Saya perhatikan kiri kanan, depan belakang, ramai yang mengesat air mata.
Semasa beramai-ramai berjalan menghala ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah wajib kami semua mendapat kekuatan yang bukan sedikit, malah setiap langkah dirasakan semakin laju.
Ketika ini saya dan suami menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT sambil bertaubat dan memohon keampunan. Tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali melakukan Saei berjalan ulang-alik antara Safwa dan Marwah terasa begitu mudah.
Selesai bertahlul (bercukur) - masing-masing mengesat air mata dan berpelukan tanda bersyukur hajat telah dimakbulkan Allah SWT.
Hari-hari berikutnya berlalu dalam ketenangan. Lapang dada, lapang jiwa, siang atau malam, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berlalu tanpa disedari.
Malah setiap kali berjalan ke masjid saya menjadi lebih insaf melihat percaturan hidup manusia termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ada yang tempang, kudung tangan dan kaki malah ada yang hanya mengheret-heret tubuh di atas jalan meraih simpati. Jika diikutkan hati memang melimpah air mata namun kekuatan hati dan jiwa perlu didulukan. Anak-anak kulit hitam yang meraih simpati itu rupanya menjadikan laluan itu sebagai tempat mencari rezeki.
Seperti kata uztaz Ali, di Mekah apa-apa sahaja boleh berlaku dan boleh dilihat. Terpulang kepada gerak hati untuk membuat keputusan. Ini juga sebahagian daripada ujian yang harus ditempuh.
Kerenah penjual wanita yang ligat menjaja tetapi melarikan diri ketika pegawai penguatkuasa datang menarik perhatian saya.
Turut menguji kesabaran tingkah laku wanita keturunan Afrika penjual jagung makanan burung merpati yang sering memaksa sesiapa sahaja membeli.
Begitulah indahnya kota Mekah - keindahan yang menyimpan seribu satu makna dalam hidup seorang manusia sambil menilai diri sebagai hamba yang taat di sisi Allah SWT dengan kekuatan rohani dan jasmani.
Seperti disebut oleh ustaz berulang kali, Allah menjanjikan pahala 100,000 kali ganda kepada setiap kebajikan dan ibadah yang dilakukan sepanjang berada di Kota Mekah.
Sama ada simpati, telus atau memang niat untuk membantu semuanya terletak di tangan kita. Yang penting nawaitu.
Sesungguhnya Ya Allah, terima kasih kerana menjemput kami ke RumahMu! Terima kasih kerana melindungi kami dan memberi kesihatan yang baik sepanjang perjalanan itu. Tiada lain yang hambaMu pohon melainkan segala amalan yang telah dilakukan akan diterima olehMu.
Di depan pintu No.1, pintu utama King Abdul Aziz Masjidil Haram, saya terkedu memandang Masjidil Haram. Air mata berlinangan di pipi. Kali ini saya membiarkan sahaja... tidak daya lagi untuk menyapunya.
Namun saya bersyukur. Ketika melangkah meninggalkan masjid, suasananya sudah seperti musim haji. Bertali arus jemaah India, Pakistan, Indonesia dan China keluar masuk.
Jauh dii sudut hati, saya tanamkan doa, mudah-mudahan dalam masa terdekat kami akan sampai lagi ke sana, kali ini untuk menyempurnakan Rukun Islam Kelima, mengerjakan hati.Insya-Allah.
Kemanisan yang saya kutip, ada saatnya ketika merindukan seseorang, kita ingin menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya di alam nyata. Namun realitinya, kerinduan itu tidak sama dengan rindu menjadi tamu Allah.
Menutup kata, salam rindu buat semua rombongan Umrah Andalusia 20 Oktober 2008 terutama Hanim dan Shafei, Mazleena dan suami, anak-anaknya Aida dan Amir sert Mak Dak, Kak Fatimah dan suami, Shikin, Bibah, Kak Zu, Faezah, Ana dan lain-lain yang tidak dapat saya sebutkan nama mereka satu persatu. Semoga Allah berkati pertemuan kita di kota suci. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4113 aziefa's post
off topic jab
Azi..seruan menarik...tapi kita semua tahu Fatah dan Hamas pun tak dapat bersatu...ini kan pula negara Arab lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dengan muka bersih di muka pintu rumah kita...
Apa yang kita lakukan...
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat2 dan lantas mempersilakan baginda mmasuk ke ruang tamu kita...
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah s.a.w sudi menginap beberapa hari di rumah kita...
Baginda tetap tersenyum... ...
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah s.a.w menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkannya dahulu video tersebut ke dalam...
Baginda tetap tersenyum... ...
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa
Barangkali kita akan memindahkan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD yang ada di ruang sampaing dan kita meletakkannya di ruang tamu...
Baginda tetap tersenyum... ...
Bagaimana bila kemudian Rasulullah s.a.w bersedia menginap di rumah kita...
Barangkali teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu2 barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah s.a.w
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak2 kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah kerana kita lupa dan lalai mengajari anak2 kita...
Baginda tetap tersenyum... ...
Barangkali kita menjadi malu apabila anak2 kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers dan Ninja Turtles
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat...
Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w
Baginda tetap tersenyum... ...
Belum lagi koleksi buku2 kita dan anak2 kita...
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak2 kita...
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak2 kita...
Ke mana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita...
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid
meskipun azan berbunyi...
Baginda tetap tersenyum... ...
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan TV...
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran...
Baginda tetap tersenyum... ...
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang sentiasa lewat di hadapan rumah kita...
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita...
Betapa senyuman Baginda masih lagi di situ...
Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan...
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita...
Ataukah dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu....
Maafkan kami Ya Rasulullah....
Masihkan Baginda tersenyum....
Senyum pilu, senyum sedih, dan senyum getir....
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...
Ya Allah,betapa rindunya diriku pada Mu dan pesuruhMu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 9-1-2009 10:15 PM
Mesti Husain dgn ayahjoe tengah pekena Teh TERIK dan Roti canai.
Apalah yang dibualnya pasal Umrah ni..
Seronoknya kalau ingatkan Husain n Ayahjoe tak lama lagi nak pi Umrah..
haha..berbuah pasal umrah..wah..wah makcik tahu aje kami tgh berdating....
hehe...
Alangkah indahnya hidup ini
kalau dapat bersua dengan MU..
Alangkah indahnya hidup ini
kalau ku dapat ikut sunahMU..
alangkah indahnya hidup ini
kalau ku dapat hidup di zaman Mu
alangkah indahnya hidup ini
kalau ku dapat hidup di rumah mu..
Ya..Rasululullah...
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajah mu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli ala Muhammad
Ya rabbi Solli Alaihi Wasallim
Alangkah indahnya hidup ini
andai dapatku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 9-1-2009 11:56 PM
Al-Sudais asks Muslims to rally behind Palestinians
Arab News
MAKKAH: In his Friday speech yesterday, Imam of the Grand Mosque Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais appealed to international bodie ...
Semoga ALLAH hapuskan penderitaan rakyat palestin dan semoga ALLAH balas pengorbanan mereka dengan Jannatul Firdaus..
Semoga ALLAH turunkan bala...kehancuran..penderitaan..penyeksaan..taufan sebagaimana yang ALLAH turunkan kepada bani thsamud kepada masyarakt israel yg dahagakan darah orang islam..
Semoga terhapus kaum yahudi ini didunia ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 10-1-2009 07:04 AM
http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif
Di depan pintu No.1, pintu utama King Abdul Aziz Masjidil Haram, sayaterkedu memandang Masjidil Haram. Air mata berlinangan di pipi. Kaliini saya membiarkan sahaja... tidak daya lagi untuk menyapunya..
Air mata mengalir tanpa dipinta..memohon rahmatNYA kerana kealpaan dan kesalahan lalu...maka air mata seego-ego lelaki akan tumpah jua..mengingatkan kebesaran Tuan empunya dunia dan seisinya....ALLAH... |
|
|
|
|
|
|
| |
|