|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 27
[Copy link]
|
|
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 13 Disember 2020, terdapat sebanyak 416 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 225 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat iaitu Kluster Wisma Saberkas di Sarawak, Kluster Sauh dan Basung di Sabah serta Kluster Auto di Selangor. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 191 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok (103 kes), Kluster Seruling (93 kes) dan Kluster Rumah Merah (78 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER HUJUNG PASIR
Kluster ini berkaitan dengan tempat kerja dan melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82138) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER LESTARI
Kluster ini berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi yang melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang di Selangor serta daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74963) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER DESA IDAMAN
Kluster berkaitan dengan keagamaan ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78315) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAPAK BINA RIMBUN
Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 206 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER TANJUNG SURIA
Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan dua (2) buah kilang. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 8,480 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KUALA
Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di negeri Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78483) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini |
|
|
|
|
|
|
|
Perincian 1,229 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Selangor: 435 kes
228 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Suria (20 kes) dan Kluster Lestari (14 kes);
116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 333 kes
166 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
103 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 131 kes
84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 105 kes
100 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 103 kes
62 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Desa Idaman;
36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 29 kes
23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Rimbun;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 28 kes
27 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kuala; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Pulau Pinang: 26 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Terengganu: 12 kes
10 kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: Tujuh (7) kes
Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hujung Pasir;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perlis: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-12-2020 12:36 PM
Chocotop rulezzz dulu & selamanya
Ni bekpes ubi kayu sambal Ramly + cheese. .nom nom...
Td beli ais krim..dlm bekas nestle 3 flavour tu..
Ramai yg dh aim..takut mlm ni dh kenduri |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:01 PM
Bandaraya DT semalam lewat petang x bergerak.. Hahahaha.. Tu reporters yg memeriahkan highway Air ...
Aik, akk x blk mlk?
Mmg jem.. tiap kali hujan mesti jem..dgn time org pergi & blk keje..
Ptg td pun byk kete..
Org mlk dh start dok umah blk..weekend dh x leh g jenjln |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 13 Disember 2020 jam 12.00 tengahari.
Pertambahan 613 kes discaj direkodkan hari ini.
Pertambahan 435 kes baharu hari ini (433 tempatan dan 2 luar negara). Butiran kes baharu adalah seperti berikut:
DAERAH GOMBAK (45 KES)
Batu - 30 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Bergejala - 5 kes
Saringan Kontak OKT (Kluster Penjara Jalan Harapan) - 6 kes
Saringan Kontak Rapat - 17 kes
Saringan Pekerja (Kluster Penjara Jalan Harapan) - 1 kes
Kuang - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Rawang - 13 kes
Saringan Kontak (Kluster Dang Mutiara) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) - 9 kes
Setapak - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
DAERAH HULU LANGAT (75 KES)
Ampang - 13 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 2 kes
Beranang - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Cheras - 9 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja - 4 kes
Hulu Langat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Kajang - 12 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Semenyih - 36 kes
Saringan Kontak PATI (Kluster Hentian) - 34 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Import A (Indonesia) - 1 kes
Import A (Singapore) - 1 kes
DAERAH HULU SELANGOR (5 KES)
Serendah - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Ulu Bernam - 3 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) - 1 kes
Ulu Yam - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
DAERAH KLANG (166 KES)
Kapar - 37 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Lestari) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 12 kes
Saringan Pekerja - 13 kes
Saringan Pra-Prosedur (Kluster Lestari) - 1 kes
Saringan Survelan HCW - 1 kes
Saringan Swasta -1 kes
Klang - 129 kes
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Bergejala (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Andalas) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Lestari) - 8 kes
Saringan Kontak (Kluster Seruling) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 12 kes
Saringan Kontak Rapat (HCW) - 3 kes
Saringan Pekerja - 12 kes
Saringan Pekerja (Kluster Seruling) - 85 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan SARI - 1 kes
Saringan Survelan HCW - 2 kes
DAERAH KUALA LANGAT (22 KES)
Bandar - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Tanjung Dua Belas (1) - 10 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 6 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pra-Kemasukan Wad (Kluster Teratai) - 1 kes
Telok Panglima Garang - 11 kes
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
DAERAH KUALA SELANGOR (25 KES)
Api-Api - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) - 2 kes
Batang Berjuntai - 10 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) - 7 kes
Ijok - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Seruling) - 2 kes
Jeram - 6 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) - 1 kes
Kuala Selangor - 2 kes
Saringan Kontak (kluster Malawati) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 1 kes
Tanjung karang - 3 kes
Saringan Pekerja - 2 lokal
Saringan Pekerja (Kluster Seruling) - 1 kes
DAERAH PETALING (75 KES)
Bukit Raja - 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 3 kes
Saringan Pra-Penerbangan - 1 kes
Damansara - 38 kes
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 19 kes
Saringan Kontak Rapat - 11 kes
Saringan Pekerja - 6 kes
Petaling - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Seruling) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Tapak Bina Muda) - 1 kes
Sungai Buloh - 26 kes
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 2 kes
Saringan Pekerja - 2
es
Saringan Pekerja (Kluster Tapak Bina Muda) - 19 kes
Saringan SARI - 1 kes
DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)
Pancang Bendena - 1 kes
Saringan Pra-Penerbangan - 1 kes
DAERAH SEPANG (21 KES)
Dengkil - 18 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Andalas) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Seruling) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 12 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Swasta -1 kes
Labu - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
#Elak3SAmal3W
#BersamaHentikanWabakCOVID19
#SihatMilikSelangor |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:01 PM
Bandaraya DT semalam lewat petang x bergerak.. Hahahaha.. Tu reporters yg memeriahkan highway Air ...
Share resepi roti..hihihi
Suka jugak baking2 ni..tp skrg..alahai |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:08 PM
Kitorng kalau masuk kedai barangan baking ni memang happy sangat. Since semalam x ramai org, menamba ...
Bestnye..klu dpt yg sekepala..mmg blh buat bisness |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah ngap yg Walls eskrem batang- durian, taro, jagung & kelapa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:17 PM
Akak x tahu apa yg dibincangkan oleh suami dan anak berdua sepanjang diaorg balik Melaka semalam. Tp ...
Nk bg senang anak akk study online tu..
Insyaallah ada rezeki lain utk umah |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 13-12-2020 03:26 PM
yo yo kaka bu!! how are u? lama tak masuk porem sbb busy cuti2 penang..
Agak dh..tiba2 hilang dr radar.. dh lama berkurung ye.. hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:30 PM
Congrats Burn!
Congrats to me too! Selai pun x beli.
Tapi semalam pulak nyopping perkakas dan ...
Bestnye..klu dekat dh minta..hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 13-12-2020 03:05 PM
Hahahaha. Kaben dah buktikan kaben insofffff
Wah.. amazing..
Tahniah..
Home stay dh siap ke deco |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:35 PM
Seminggu ni cik tam ni duduk mengiau aje kat rumah. Dok gesek2. Akak keluar nak siram pokok jadi ter ...
Carikan le jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 13-12-2020 03:45 PM
Pi dok membeli barang lepas breakfast semalam, dah lapar. Otw balik rumah, singgah makan kat warung ...
Oh..ingat akk ikut blk.. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 13-12-2020 03:47 PM
Hi semua.. jemput makangg
Nape semua share gambau sedap2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 13-12-2020 06:11 PM
hari tu yg jatuh tu, i x give up so today tgk dia segar balik... my lettuce... pls grow big!!!
Wah..moga cepat gemok..meriah tu |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 13-12-2020 06:14 PM
hehehe ulam raja, pegaga, lidah buaya... hehehehe... ada ni ulam raja segar tp xtau cemana nak pat ...
Ulam raja petik pucuk ye shj..
Klu dh berbunga, tunggu kering, pastu taburkn bunga kering tu utk biji benih..byk nnt |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-12-2020 06:19 PM
Bekpes semalam...soto, lontong & talam tokio...
Meriah mknn sb |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki orang belanja 
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 13-12-2020 06:41 PM
Ni adik ipar dari melaka ada balik umah MIL.. tnya dia psl fish ball mak cik legend dia x tau.. tp ...
Oh ye ke.. x pernah g.. kt durian tunggal pun lagend jugak capati dia..tp buka ptg2
Klu pg2 org suka g mkn kt dpn kings hotel tu..jln nk ke bkt katil |
|
|
|
|
|
|
| |
|