CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-9-2013 12:46 PM | Show all posts
ADA NI....sekejap ada hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2013 02:13 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             “Maaf ibu, Lily nak naik ke bilik, nak solat. Lily minta diri dulu..”

              Terus sahaja aku berlalu meninggalkan mereka semua. Dalam hati ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bagaimana rimasnya aku dengan semua ini. Tiada niat di hatiku untuk bertindak agak biadap sebegini terhadap ibu. Sungguh aku rimas dengan semua ini. Namun, aku juga tidak menyalahkan ibu. Kasihan ibu, adakah biadap tindakan aku ini? Terasakah dia dengan tindakan kurang sopan dariku. Maafkan Lily ibu…. Andai ibu tahu apa yang Lily rasa sekarang…ah…lebih baik aku solat dahulu. Moga aku mendapat ketenangan selepas menunaikannya.

              “Sudah, makan bihun tu cepat. Lepas ni, mari kita masuk ke dalam. Kamu berdu anak tidur sini ke malam ni?”

              Sabariah tidak ambil hati langsung dengan perlakuan anak angkatnya itu. Dia tahu, gadis itu masih belum dapat menerima kehadiran Adli dalam hidupnya. Biarlah, lama-lama nanti dia okeylah. Salah dia juga kerana terlalu gopoh sedangkan gadis itu baru sahaja pulih jiwanya akibat luka yang sangat dalam.

              “Abang Adli tak kisah ke kalau saya tumpang tidur di rumah abang malam ni?” soal Zaki kepada jejaka itu.

             Nampak macam tak sombong saja anak ibu ni. Orangnya pun boleh tahan segak. Hmm…nampak macam sepadan pula lelaki ini dengan sahabatnya Lily Dayana. Eh… kau biar betul Zaki. Tak ingat ke yang Fahim tu dah berapa lama menunggu Lily Dayana. Hampir terlupa dia pada Fahim…. Tapi, kalau dah jodoh kan.

            “Eh, apa salahnya. Zaki boleh tidur dalam bilik abang. Banyak benda kita boleh sembangkan nanti. Adli minta diri dulu ibu….”

            Adli juga berlalu pergi meninggalkan mereka dengan tergesa-gesa. Niat di hatinya mahu mengejar minah kalut itu. Mudah-mudahan sempat. Dia tidak boleh menerima perilaku gadis itu tadi. Baginya, agak biadap! Dia perlu cepat supaya gadis itu tidak terlepas. Sedikit bengang Adli jadinya dengan insiden tadi.

********************










Saya sekarang sedang dalam proses membetulkan karya saya. saya sedang cuba mengolah dari penggunaan aku kepada dia (LILY). sesiapa pun boleh menjadi Lily


Last edited by wipers81 on 19-9-2013 11:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 04:09 PM | Show all posts
gigih aku membaca dr awal hehehe..... byk dugaan dlm hidup lily
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 04:37 PM | Show all posts
cikit nye wipers

wan more pliss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 08:23 PM | Show all posts
mazz2009 posted on 18-9-2013 04:09 PM
gigih aku membaca dr awal hehehe..... byk dugaan dlm hidup lily

tq mazz2009
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 08:25 PM | Show all posts
yoozara posted on 18-9-2013 04:37 PM
cikit nye wipers

wan more pliss

ala kesian. bak kata oghang penang....sabaq na
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 12:00 PM | Show all posts
nape sikit sangat, lama dah tunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 12:04 PM | Show all posts
budgetMommy posted on 19-9-2013 12:00 PM
nape sikit sangat, lama dah tunggu...

ok..ok...tunggu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2013 12:08 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Hei…kenapa kau biadap sangat dengan ibu aku hah?!! Mana pergi adab sopan kau, mengata aku tapi perangai kau lebih teruk...”

            Nasib baik dia sempat memintas gadis itu di tangga. Dicengkam lengan gadis itu. Berang juga dia dengan kebiadapan gadis itu dan bertambah geram bila melihat reaksi bersahaja dari gadis itu.

           “Apa ni...sakitlah tuan!! Biadap apanya? Saya bangun dengan hormat dan siap minta izin lagi tau. Tuan jangan nak sibuk boleh tak? Tepilah saya nak lalu ni…”

           Berang aku kerana dia semakin berani menyentuh aku pula. Boleh pula dia halang aku di tangga ni. Ibu pun tak kata apa-apa, dia pula yang lebih-lebih.

         “Apa masalah kau ni hah?! Aku nak, kau pergi minta maaf pada ibu aku. Sekarang!”

         Adli cubamengawal nada suaranya. Sedaya upaya dia meneran suaranya supaya tidak kedengaran oleh ibu dan yang lain di luar. Memang perempuan ni nak kena ajar dengan aku.

         “ Saya buat salah apa…tuan boleh tak tolong jangan kacau hidup saya. Rimas tahu tak!! Apa, dah takde kerja lain ke tuan nak buat selain mengacau hidup saya?”

          Tak makan saman betullah manusia ni. Ada juga yang kena dengan aku nanti.

           “Heii…kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Kau sedar tak yang kau tu cuma…..aduh! Weiii…kau ni memang nak kena. Jaga kau..!!!”

            Bengang gila Adli. Berani sungguh minah kalut ni menendang kakinya. Lepas tu, dia lari pula. Kuat pula tu. Aduh…tak sangka pula, nampak saja lemah lembut. Tapi, boleh tahan juga tendangan minah kalut ni. Terasa sengal kaki Adli saat ini. Makan batu ke dia ni?

           “Eh…kenapa dengan kamu ni Adli? Apa kamu buat kat sini?”

           Pelik!Tadi rasanya Sabariah seperti terdengar orang sedang bertengkar. Tapi, dia melihat hanya Adli sahaja di tangga. Itu pun, sedang mengerang kesakitan sambil menggosok kaki kanannya. Apahal pula dengan anak bujang aku ni?

           “Ssss…takde apa-apa ibu. Adli terlanggar tangga ni hah. Kalut sangat tadi. Adli naik dululah ibu. Kejap lagi Adli turun semula…”

           Terus sahaja Adli memecut naik menuju ke biliknya.

Last edited by wipers81 on 19-9-2013 12:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:58 PM | Show all posts
over lak mamat sengal nie
mmg suke buat semak je
dendiam sudah la

wipers cambung agi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 01:25 PM | Show all posts
yoozara posted on 19-9-2013 12:58 PM
over lak mamat sengal nie
mmg suke buat semak je
dendiam sudah la

wokey


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 01:26 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            Niat mahu mengejar minah kalut terbantut dengan kehadiran ibu. Takpe, kau tunggu hari pembalasan dari aku wahai minah kalut.

**********************

             Usai mengerjakan solat Asar, aku mengambil buku Yassin lalu membacanya. Hati akuperlu ditenangkan. Entah apa gundah-gulana yang sedang melanda hati aku ini? Sejakbeberapa hari ini, hati aku tak tenang. Aku asyik teringatkan keluarga dikampung. Apa khabar agaknya mereka di sana? Hampir setahun aku tidak mendengar khabar mereka. Atuk…sihatkah dia? Liana….bagaimana dengan kau kak? Maklong, Paklong, Pak Uda, Mak Uda dan yang lain. Argh….betapa aku rindukan mereka. Bapak, emak, Nur Wardah dan Muhammad…rindunya aku pada mereka semua………..

            Sambil menahan sendu, ditambah dengan lelehan air mata. Akhirnya aku berjaya menyudahkan bacaan ku. Ya, itulah mukjizat Al-Quran. Sedikit ketenangan dapat ku perolehi. Walaupun usai membaca Yassin, aku masih berteleku di atas sejadah. Merenung ke arah sejadahku. Hanya duduk, melayan perasaan seketika.  
              Sedangdi luar pintu bilikku……..

            “ Apa yang abang Adli buat kat depan pintu bilik Yana tu? Oo…ngendap Yana ek…”

             Zaki kehairanan sebaik melihat perlakuan Adli yang tercongok di depan pintu bilik Yana. Itu yang laju saja langkahnya dihayunkan menuju ke arah abang Adli. Punyalah leka abang Adli hinggakan dia berdiri di sebelah jejaka itu pun tidak diperasan.  

            “ Eh…takde apa-apalah Zaki. Saja nak periksa pintu ni kuat lagi ke tak…hehehe”

             Adli hanya tersengih. Cuba‘cover line’. Malu dia kerana ‘tertangkap’ oleh Zaki. Hehehe….

             “Ada-ada ajelah abang Adli ni. Yana memang selalu mengaji bang. Suara dia pun sedap. Kalau abang Adli nak tahu, dulu masa di sekolah rendah selalu dia jadi wakil sekolah dalam pertandingan mengaji. Selalu menang...”

            Zaki mula menceritakan sedikit tentang sahabatnya.


Last edited by wipers81 on 19-9-2013 01:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:05 PM | Show all posts
dah ada N3. terima kasih,
tetap menunggu tuk next N3..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 02:55 PM | Show all posts
budgetMommy posted on 19-9-2013 02:05 PM
dah ada N3. terima kasih,
tetap menunggu tuk next N3..

terima kasih kerana masih setia menanti. hadiah buatmu dan teman yang lain. terima kasih kerana terusan menanti dengan penuh kesabaran setiap entri saya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:10 PM | Show all posts
takde n3 ke wipers rini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 09:30 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            Masa di sekolah rendah dulu, memanglah mereka sekelas. Tapi, dia tidak begitu rapat dengan Yana. Dia tahu, Yana malu dengannya sebab tersebar satu sekolah gossip yang mengatakan Yana sukakannya. Pada awalnya, dia hanya tergelak bila mendengar tentang hal itu. Tapi itulah, kalau dari dulu dia cuba menambat hati Yana, mungkin gadis itu tidak merana sekarang. Hai Zaki, kau merepek apa ni? Mana kau nak letak Azreena tu? Kau jangan Zaki, kena ‘fire’ dengan Azreena nanti baru kau tahu. Semua itu kisah lama. Janganlah dikenang lagi.

          “Eh….abang Adli, saya turun dululah. Nak tolong ibu siram pokok-pokok kat laman dia tu. Saya minta diri dululah ya. Pssst...jangan lama sangat berdiri kat sini. Nanti, jatuh hati pula kat Yana tu..”  Lantas, Zaki mengeyitkan mata pada Adli dan kemudian dia berlalu turun. Adli hanya tersengih dengan usikan Zaki itu.

            Bukan apa, Adli terdengar suara orang sedang mengaji sebaik dia keluar dari biliknya. Setelah diamati, suara itu datang dari arah bilik minah kalut tu. Itulah yang membuatkan kakinya ringan sahaja melangkah ke bilik minah kalut ni. Merdunya suara dia mengaji. Adli terpegun seketika di hadapan pintu bilik gadis itu. Tenang rasa jiwa bila mendengar bacaan ayat suci itu dari mulut gadis genit itu. Tak sangka, dia pandai mengaji. Patutlah ibu menyuruh aku kenal gadis ini dengan lebih dekat. Banyak lagi perkara yang perlu dia tahu mengenai gadis ini.

            Sudah hampir dua minggu dia pulang ke sini. Bermacam perkara yang dia lakukan untuk cuba mendekati gadis itu. Tetapi, seperti ada sesuatu yang menghalang. Elok sahaja nak buat baik, pasti ada sahaja kejadian yang tidak diingini berlaku hingga menyebabkan pertengkaran antara mereka. Adli perasan penerimaan gadis itu yang agak kurang senang dengannya atau mungkin dia juga selalu berkasar dengan gadis itu. Walaupun Lily suka melawan kata-katanya, tapi sebenarnya dia suka.

           Sebab itulah, dia sengaja mencari pasal dengan gadis itu dengan tujuan gadis itu akan berbicara dengannya. Dia akui, comel juga minah kalut tu. Gadis itu memang pandai menjaga diri seperti yang ibu katakan. Hingga hari ini, tidak pernah dia melihat walau sehelai rambutnya. Hatinya semakin ditarik-tarik untuk lebih mengenali Lily Dayana. Tangannya menyentuh pintu bilik gadis itu. Diusap perlahan pintu tersebut. Hai Adli, tak dapat tuan pintu pun jadi. Teruk sangat angau Adli ni.

           “ Opocot...kau!!”  Terkejut gila aku sebaik pintu bilikku dibuka. Macam nak luruh jantung aku ni melihat tuan putera berdiri depan pintu bilik aku. Apa dia nak? Nak balas dendam pasal aku tendang kaki dia tadi ke? Aku menarik nafas. Cuba bertenang. Aku mengigit bibir bawahku. Keningku bertaut. Mujur aku tidak ada sakit jantung. Aku mengurut perlahan dadaku yang berlapikkan tudung labuhku itu.

           “Maaf…aku takde niat nak buat kau terkejut. Aku lalu kat sini tadi, manalah tahu kau tiba-tiba saja bukak pintu ni…aku turun dulu...”

           Laju kakinya melangkah meninggalkan gadis itu. Dia pun sebenarnya terkejut bukan kepalang. Nasib baik tak berjangkit penyakit melatah minah kalut tu dengan dia. Adli tersengih bila teringatkan kelaku dia sebentar tadi di hadapan pintu bilik gadis itu. Nasib baik takde orang nampak. Kalau tak, malu dia…..



Last edited by wipers81 on 23-9-2013 09:35 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 10:05 AM | Show all posts
salam...
...
sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 10:21 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 34



            “ Lily, ada sesuatu yang ibu nak bincangkan dengan kamu. Boleh tak?”  Sabariah merasakan inilah saat yang sesuai untuk menyatakan hasrat hatinya ketika mereka berdua sedang minum petang di laman rumahnya. Suaminya dan abang Hamdan merangkap pemandu mereka telah keluar dari pagi lagi. Manakala Adli pula, keluar bertemu rakan-rakannya. Mungkin malam nanti baru balik agaknya.

            “ Eh ibu ni, sejak bila pula nak kena minta izin dulu ibu. Apa yang ibu nak bincangkan? Macam penting saja..” jawabku.

             Dari tadi aku tengok ibu serba tak kena duduknya. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Atau tak sihat ke ibu?

             “ Ibu nak tanya Lily sikit pasal abang Adli kamu tu. Dah dekat sebulan abang Adli kamu balik ke sini. Apa pendapat Lily tentang dia?”

              Sabariah ingin mengetahui tentang anak bujangnya dari kaca mata gadis ini.

              “ Apa maksud ibu? Hai ibu, takkanlah anak ibu sendiri pun ibu tak kenal? Kenapa perlu tanya Lily pula? Peliklah ibu ni…hehehe” Aku tergelak kecil. Memang pelik aku dengan perangai ibu hari ini. Tiba-tiba sahaja tanya tentang anaknya pada aku…

             “ Memanglah dia anak ibu. Tak salahkan kalau ibu nak tanya pendapat Lily tentang dia. Hesy…senang cerita macam nilah. Lily setuju tak kalau ibu nak jodohkan abang Adli dengan kamu?” Kan senang kalau berterus-terang macam ni. Habis cerita. Lega rasa hati Sabariah bila dapat meluahkan pertanyaan yang terbuku dalam hatinya sekian lama.

             Aku terpempam seketika! Hampir terkeluar biji mata aku ni kerana terbeliak sebab terkejut sangat dengan apa yang dikatakan oleh ibu. Biar betul ibu angkat aku ni?? Macam mana nak satukan kami, sedangkan tiada langsung perasaan kasih terbit dalam hati aku dan aku yakin bahawa tuan putera kayangan tu pun sama juga. Alamak, macam mana aku nak jawab dengan ibu ni. Bimbang kalau jawapan aku akan mengecilkanhatinya nanti. Keadaan aku di ketika ini, umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Last edited by wipers81 on 23-9-2013 10:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 10:56 AM | Show all posts
lily tak payah la trime..hehe
wat sakit jiwa & raga je nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 11:14 AM | Show all posts
lily kn terima adli ke? cr org lain jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060974 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list