|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36
[Copy link]
|
|
mamajiah posted on 25-9-2013 10:08 AM
hah....
terpotong jari ke???
tertikam mamat putera sesat ke???...
hehehhe...sabar mamajiah...jom sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutku. Bisanya rasa di jari telunjukku yang sebelah kiri ini akibat hirisan pisau ke atasnya. Aduh, jari akulah, bukan bawang. Kenapalah mamat tuan putera ni suka sangat sergah-sergah aku? Memang masa di sekolah dia dulu tak belajar pasal nilai-nilai murni agaknya. Sudahlah tu, minah kalut dipanggilnya aku. Ada juga yang makan senduk ni karang.
“Eh… Alamak, a…a..aku minta maaf. Aku lupa yang kau ni suka terkejut. Eh… Darahlah…” Seriau juga Adli melihat jari gadis itu berdarah. Menitik-nitik darahnya. Rasa bersalah mula menyerbu dirinya kerana menyergah gadis itu tadi. Mujurlah dia tidak mabuk darah.
“Kau tak apa-apa ke? Dalam tak luka kau? Mari aku tolong…” Adli jadi kaget. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Kelihatan gadis itu menuju ke singki. Dia membuka pili paip dan meletakkan jarinya yang terluka di bawah pancuran air paip itu. Berkerut muka gadis itu menahan kesakitan.
“Mari...aku tolong kau..” Adli cuba mendekatinya. Gadis itu masih tidak menjawab sebarang pertanyaan Adli. Adli berdiri kaku di sebelah gadis itu yang masih lagi berdiri di depan singki tersebut. Alahai...kesian pula Adli melihat gadis itu yang berkerut mukanya. Barangkali sedang menahan kesakitan. Itulah, terlajak perahu boleh juga diundur, ni terlajak laku…susah jadinya. Rasa sesal kian menghimpit dirinya.
Darah semakin banyak yang keluar. Aduh… Pedihnya luka aku ni sampai rasa macam nak menggigil badan menahan bisanya. Hampir semput nafasku menahan kesakitan yang berdenyut-denyut ini. Apa yang perlu aku buat untuk hentikan pendarahan ni?
Tiba-tiba, aku mendapat satu akal. Dengan pantas aku berlari menuju ke peti sejuk. Ku ambil seketul air batu. Aku mengambil beberapa helai tisu untuk mengalas jariku yang terluka. Ku tekapkan air batu itu ke jari tersebut. Alhamdulillah, darah aku berhenti mengalir juga akhirnya selepas beberapa ketika. Aku melihat luka di jariku. Dalam juga lukanya. Memang pisau di rumah ibu ni semuanya tajam-tajam belaka. Ibu rajin mengasah pisaunya. Kata ibu, pisau kalau tak ‘lut’ tak ada gunanya jadi pisau…
Last edited by wipers81 on 25-9-2013 10:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mamajiah posted on 25-9-2013 10:08 AM
hah....
terpotong jari ke???
tertikam mamat putera sesat ke???...
terjawab sudah dalam sambungannya mamajiah
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Kau ni kenapa? Aku tanya kau dari tadi, kaubuat tak tahu saja. Yang luka tu tangan, bukan telinga kau. Ke kau dah jadi pekak? Urat jari kau bersambung dengan urat telinga kau ke hah?!” Geram juga Adli dengan sikap endah tak endah gadis itu. Ingat dia ni tunggul kayu ke? Dari tadi lagi Adli berdiri di sini. Adli kelihatan resah. Orang kalau dah bersalah memang macam tu reaksinya. Serba tak kena jadinya. Hangin semacam saja. Ni siapa yang buat salah???
Aku memandangnya atas bawah. Jengkel aku rasa. Aku dahlah tengah sakit, sesedap rasa saja dia nak mengata aku. Tak tahu ke dia, yang pedihnya tangan aku ni sampai nak cakap pun tak boleh. Rasa macam nak toreh saja jari dia bagi luka dia sama dengan aku. Rasa sendiri macam mana sakitnya?
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya cuba memadamkan rasa amarah yang sedang mula hendak menyemarak dalam hati. Aku beristighfar di dalam hati. Jangan amalkan. Marah itu adalah amalan syaitan. Nafas ku hembuskan semula dengan perlahan. Aku memejamkan sebentar mataku untuk mencari sedikit ketenangan sebelum membalas semula kata-kata mamat putera ni.
"Sabar...sabar…sabar, " kataku dalam hati.
“Tuan, saya bukannya sengaja tak nak jawab soalan tuan tadi. Saya minta maaf. Sekarang saya dah okey. Jadi tuan nak apa dari saya?” soalku kembali pabila aku sudah dapat bertenang. Aku memandang ke arahnya. Nampak sangat tergambar riak muka bersalah di wajahnya.
“Hah…dengar pun. Aku ingatkan dah jadi pekak tadi. Aku tanya, jari kau macam mana? Banyak sangat darah yang keluar. Kalau serius sangat, jom aku bawa kau ke klinik?”
Biar betul mamat putera nak bawa aku ke klinik? Aku silap dengar ke? Aku menampar lembut pipi kananku untuk memeriksa sama ada aku ni sedang bermimpi di siang hari ke?
“Mulalah, nak perli aku tu!! Tak payah nak tampar-tampar pipi kau tu. Kau di alam nyata sekarang. Agak-agaklah kalau nak perli aku sekalipun wahai minah kalut oi...”
Last edited by wipers81 on 25-9-2013 02:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 25-9-2013 10:33 AM
terjawab sudah dalam sambungannya mamajiah
...
sambung2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Terasa mahu saja dihamburkan tawanya. Sempat lagi minah kalut ni buat lawak pula. Tapi ego tetap ego. Kena jaga. Jatuh saham kau nanti. Tak naklah nanti, minah ni perasan pula. Tapi comellah pula bila minah ni buat macam tu. Rasa macam nak cubit je pipi gebu dia tu. Baru Adli perasan, betapa licinnya muka minah kalut ni. Nak nampak jerawat walau sebiji pun susah. Eh…sempat lagi kau belek muka dia, Adli.
“ Terima kasih banyak-banyaklah tuan. Takpe, luka saya ni bukanlah teruk mana pun. Jauh dari perut. Kalau takde apa-apa, saya nak sambung semula kerja saya. Oh ya, kalau nak sangat tolong saya, tolong belikan plaster untuk luka saya ni ya.” Hahaha… Rasakan. Sebab kau yang bagi jari comel aku ni terluka. Aku kembali menyambung kerjaku. Malas nak hadap muka dia lama-lama. Sakit di jari boleh aku tahan lagi, tapi sakit dalam hati…..
“ Amboi, berlagaknya. Takpe, aku belikan kat kau. Ingat, kalau benda ni sampai ke telinga ibu aku, siap kau.” Katanya lalu berlalu pergi meninggalkan gadis itu. Eleh, macamlah aku ni kaki mengadu. Aku mencebik mulutku. Apa, ingat aku ni budak-budak ke? Jatuh sikit mengadu. Kena pisau nak mengadu. Entah-entah, dia yang suka mengadu kot. Anak tunggallah katakan. Tak baik sungguh perangai kau ni Yana.
Kelihatan mamat putera berlalu meninggalkan aku di dapur. Aku kembali keseorangan. Barulah tenang rasa hati aku. Kehadiran dia menyesakkan jantung dan nafas aku sahaja. Inilah dialog paling panjang yang berlaku antara kami selepas seminggu. Macam mana dia boleh ada kat dapur ni tadi? Ah…malaslah nak fikir lagi. Buat tak reti sajalah. Bisa juga jari aku ni….
*********************
Setelah berhempas pulas selama hampir sejam setengah untuk menyediakan hidangan tersebut sambil melawan kepedihan di jariku, akhirnya nasi tomato aku siap. Alhamdulillah. Ingat selalu ucap syukur ke hadrat Illahi jika berjaya melakukan sesuatu. Pesanan ni tak berbayar tau. Bertuah betul tuan putera tu. Ada ke sekotak plaster dia belikan untuk aku. Perlilah tu. Kan ke membazir namanya. Aku nak tampal kat mana lagi kalau dah sampai sekotak ni? Macam nak bagi jari aku ni luka selalu pula. Sabar sajalah aku dengan dia ni. Ikhlas ke tak dia ni?
Aku kemudiannya menghidangkan hasil masakan aku di atas meja. Nampaknya, ayah angkatku juga telah pulang. Aku memanggil ayah dan ibu serta putera sesat. Kena jugalah pelawa dia.
Last edited by wipers81 on 26-9-2013 09:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 26-9-2013 09:43 AM
Terasa mahu saja dihamburkan tawanya. Sempat lagi minah kalut ni buat lawak pula ...
as slm.
best cara penceritaan..tp kalu boleh..sy mohon..xyah lah dikawinkan Lily & Adli..
kliche sgt..balik2 kena kawin ala2 paksa gitu...sbb terhutang budi..
kat tv pun byk sgt dah kisah mcm nih..
bg lah thrill skit...si Lily tu pandai...ngapa dia xfurther study..improve kan diri..
xkan keja dia asyik nak masak je kat rumah mak angkat dia tu..dia muda lagi..
jauh di sudut ati ni..sy nak dia bertemu jodoh ngan sebaik2 lelaki..
may be Fahim ke..or abg sepupu dia tu..
sori kalu komen terlampau..tp tu yg sy rasa ler... |
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 30-9-2013 08:50 AM
as slm.
best cara penceritaan..tp kalu boleh..sy mohon..xyah lah dikawinkan Lily & Adli..
kliche ...
hehehehe...mmg akan ikut yg klise tapi saya cuba garapkan kelainan. tpkan miss mama, ending dia akan jadi lain. tengoklah nanti dan adakah Lily akan berterusan menjadi milik Adli. jom kita nantikan. saya akan masukkan entri yang baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Lily, kenapa jari kamu tu berbalut?” soal ibu sebaik dia duduk di kerusi di sebelah ayah. Berkerut dahi Sabariah melihat jari telunjuk kiri gadis itu. Tadi elok saja jari tu. Ni mesti ada apa-apa yang terjadi ni. Duga Sabariah dalam hati. Dia memandang wajah anak lelakinya. Sabariah perasan riak tidak terkejut di muka anaknya itu. Jangan-jangan, kerja si Adli?
“ Ha’ah...Lily. Kenapa dengan jari kamu itu?” soal ayah pula.
Aduhai… kenapalah tiba-tiba rasa sebak bila ada yang mengambil berat akan diri aku ni. Aku cuba mengawal rasa sebak itu. Jika ia semakin merebak, bimbang kalau air mataku akan gugur. Namun, semakin aku cuba mengawal, semakin penuh pula kolam air mataku ini. Lalu, tumpahlah juga air mataku. Semua mata memandangku.
“ Eh...kenapa dengan kamu ni Lily. Sakit sangat ke jari tu? Jomlah, ayah bawa kamu ke klinik.” Risau juga dia kalau teruk kecederaan di jari gadis itu. Sabariah bingkas bangun dan mendapatkan anak angkatnya itu.
“ Maaf, ayah ibu. Lily takde niat nak buat semua orang risau. Sebenarnya, Lily rasa terharu sangat dengan perhatian yang ayah dan ibu berikan. Terasa diri ini disayangi dan dihargai.Terima kasih banyak-banyak pada ayah dan ibu kerana sudi memberi Lily peluang untuk menumpang kasih sayang bersama keluarga ini. Tak tahu bagaimana Lily nak balas kebaikan ayah dan ibu.” Sungguh, aku rasa sangat bahagia dengan perhatian yang mereka berikan. Bayangkanlah, luka aku yang sekecil ini pun macam-macam yang mereka tanya sebabnya. Lagipun, memang perhatian yang mereka berikan pada aku sebelum ini sangatlah banyak. Sedangkan dari saat aku mengandung hinggalah saat aku melahirkan, mereka memberi tumpuan penuh pada aku. Bahagianya jika mereka ini adalah keluarga kandungku.
Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Syukur Ya Allah. Walaupun aku hanyalah anak angkat, kau temukan aku dengan mereka yang baik hati ini. Sebab itulah, sangat susah untuk aku melukai perasaan mereka. Biarlah aku berkorban untuk kebahagiaan mereka. Niat mereka yang baik padaku akan aku balas dengan kebaikan juga. Sekarang merekalah keluargaku.
“ Lily…Lily, ingatkan apalah tadi. Hesy kamu ni….buat ibu risau saja. Bertuah betul.” Sabariah menepuk lembut bahu anak angkatnya itu. Akhirnya, terhambur gelak dari pasangan suami isteri itu.
Last edited by wipers81 on 30-9-2013 10:07 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Adli memandang wajah gadis yang dipanggil minah kalut itu. Terselit sedikit rasa cemburu dihatinya terhadap gadis itu.
"Ayah, ibu… dia hanyalah anak angkat sahaja." Jeritnya dalam hati. Eh… kau ni Adli. Kau kan dah besar panjang. Lagipun, perkara kecil macam ni pun nak cemburu ke? Apa kes?
“ Alah ayah, ibu…luka sikit je. Takkan itu pun nak kecoh…lainlah kalau jari tu hilang.” Sedikit nada cemburu kedengaran. Mengada!! Sambil matanya terarah ke wajah gadis ituyang duduk di sebelah kirinya. Dijelingnya gadis itu.
Ekeleh, mamat putera ni. Nak cemburu pula. Sabar sajalah aku, macam kanak-kanaktadika dah perangai orang tua ni. Aku mencebikkan mulutku.
“ Hai Adli, cemburu ke? Tapi Lily,macam mana tangan kamu boleh luka ni? Musykillah ibu….kamu terkejut apa-apa keLily?” soal Sabariah kehairanan. Siapboleh balut dengan plaster lagi. Dekat mana Lily dapat plaster tu?Sebab, dalam rumah dia tiada benda alah tu. Hatinya kuat mengatakan memang Adlipunya kerja.
“ Eh, mana ada ibu. Lily yang takberhati-hati tadi. Lagipun jangan tak tahu, pisau di rumah ibu ni semuanya tajam. Alah,luka sikit saja ibu. Janganlah risau..” Hadui..kenaberdalih lagi. Takkanlah aku nak kata kat ibu angkatku begini…. “anak ibu punyapasallah…”
“ Betul ni Adli, kamu tak terlibatsama?” Sabariahterus mengasak anaknya yang diam tidak berkutik itu. Lain macam saja riak mukaanaknya itu.
“ Apa pula Adli?Kan Lily dahberitahu ibu kenapa. Takde kena mengena dengan Adli okey. Sapa suruh dia cuaisangat…” Selambasahaja jawapan yang keluar dari mulutnya. Rasa berdosa tetap ada dalam diriAdli. Nak buat macam mana. Lebih baik didiamkan sahaja. Tanpa banyak soal, diamencedukkan nasi tomato yang di masak oleh gadis itu ke pinggan milik gadistersebut.
“ Nah tuan puteri, makan. Kau naklauk apa, biar aku yang cedukkan untuk kau?” Diacubauntuk mengalihkan perhatian ibunya. Tidak mahu ibunya berterusan mengasaksoalan demi soalan mengenai penyebab jari gadis itu terluka. Adli dapat melihatgadis itu menunjukkan reaksi terkejut dengan perlakuannya. Inilah cara aku nakminta maaf tahu.
“ Er…takpelah saya ambil sendirinanti lauk tu. A..abang Adli makanlah.” Macamdi alam mimpi pula aku ni. Sampai gagap jadinya. Fuh….wahai dunia, puterakayangan sesat ni beri layanan istimewalah kat aku. Dengan bermurah hati, diasendukkan nasi kat akulah….hehehehe. Siapa tak terkejut kalau tengok lagakbersahaja dia tu. Orang tengah rasa bersala lah katakan…
“ Sudah, mari makan. Perut ayah dahlapar ni. Dari tadi asyik hidu bau masakan kamu ni Lily. Mana nak kenyang kalauasyik hidu bau sahaja….” Kata Hamka. Tersenyumdia melihat telatah dua orangmuda di hadapannya ini.
“ Makan banyak-banyak Lily. Ibutengok kamu tu makin kurus pula. Nah, ambil lauk ayam ni…makan…” LaluSabariah meletakkan seketul ayam dalam pinggan anak angkatnya itu. Lekasebentar dia memerhatikan wajah mulus gadis itu. Nampak cengkung wajahnyasekarang. Risau pula dia jika anak angkatnya itu mempunyai masalah tetapi hanyadipendam sahaja. Diaperasan, anak angkatnya itu semakin kurus sekarang. Ada masalah ke anak angkatnya itu? Atau, dia sedangmemendam rasa tak puas hati dengan perkahwinan ini? Semuanya persoalan ituhanya berlegar dalam kepalanya sahaja.
Sabariah merasa bersalah pula terhadap gadisitu kerana seperti memaksa dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Namun, keranasayangnya pada gadis itu melebihi segalanya, dia terpaksa. Sempat lagi Sabariahmenjeling ke arah anak bujangnya yang duduk di hadapannya itu. Dia tahu, kalauAdli ada buat salah, reaksi itu akan ditunjukkan olehnya. Harap-harap,tak serius sangatlah luka di jari gadis itu……….
Last edited by wipers81 on 8-10-2013 04:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 30-9-2013 09:52 AM
hehehehe...mmg akan ikut yg klise tapi saya cuba garapkan kelainan. tpkan miss mama, ending dia ak ...
ye ke..ok lah mcm tu...mesti saspen...
xper...sy sabar menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 30-9-2013 10:18 AM
ye ke..ok lah mcm tu...mesti saspen...
xper...sy sabar menunggu
ye kak. saya pun kurang gemar, mula2 tak suka lepas tu dia punya romantik adegan...alahai. romantik sikit2 udah le
pst....cerpen2 saya dah baca
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambung wahai wipers81 ???
Rindu nak tahu perkembangan Lili Dayana @ Yana @ Lili.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi.. nak lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
BAB 36
Nampaknya, ketenangan aku memang sudah benar-benar di bawa pergi akhir-akhir ini. Rasanya setiap nafasku dipenuhi dengan kesesakan untuk menggapai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai kerenah tuan putera dalam rumah ini. Perangainya semakin hari makin… argh!! Rasa macam nak menjerit sahaja.
Hari ini, kebetulan ayah dan ibu keluar membeli barang keperluan untuk majlis perkahwinan kami yang berbaki dua hari sahaja lagi. Abang Wahid dan kak Mariam juga turut pergi bersama. Mereka baru sampai dari Segamat semalam. Setiap detik yang berlalu sangat mendebarkan hati aku. Kekadang terfikir olehku, betulkah keputusan yang aku buat ini? Rasa seperti mahu sahaja aku larikan diri dari semua ini. Tapi ke mana hala tuju aku? Pulang ke kampung? Adakah mereka akan menerima aku kembali sedangkan pemergian aku pastilah menerbitkan satu sinar cahaya pada keluargaku itu.
Liana… macammana agaknya dengan keadaan kau? Adakah kau bahagia? Maklong, Paklong, abang Eddy dan kak Ika. Bagaimana dengan mereka semua? Pak Uda, Mak Uda... masih bencikahkalian dengan adik?? Atuk... air mataku mula terbit. Ku seka dengan pantas. Tangan kananku mula mengocak air kolam ikan yang terdapat di laman rumah ibu. Kelihatan di dalamnya, sang ikan sedang berenang-renang dengan tenang. Kan senang jika hidup jadi ikan. Hanya berenang, tak payah nak fikirkan masalah duniawi macam aku ni. Oh, mak, bapak. Adik rindukan kalian. Wardah dan Muhammad, lamanya kalian tak jenguk ibumu ini.
Air mataku mula menuruni wajahku. Tidak tertanggung rasanya rindu di hati ini terhadap mereka. Abang Iman? Perlukah dia untuk aku ingati. Ammar pula, hmmm… layakkahdia untuk aku kenang? Keluarga mertua aku? Bagaimana agaknya merekasekarang? Kalau boleh menjerit, rasanya dah lama aku menjerit di sini untuk melepaskan apa yang terbuku di hatiku selama ini.
Azreena, Zaki… kenapalah lambat sangat korang nak datang? Tak tahu ke korang bahawa aku tengah terseksa di sini? Terseksa dengan kerenah lelaki itu. Aku kian hanyut melayani perasaan di tepi kolam ikan ibu….
Last edited by wipers81 on 23-10-2013 05:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
adli xtau kan lily tu janda dan pernah beranak?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 23-10-2013 09:18 PM
adli xtau kan lily tu janda dan pernah beranak?
|
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi.. sikit sgtla.. hehehe.. sambung lagi ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
bile nak sambung lg wipers
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|