CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

[Tempatan] 'Saya Hendak Menyentuh Anjing'

[Copy link]
Post time 20-10-2014 07:02 PM | Show all posts
lavaMilo posted on 20-10-2014 06:58 PM
so kenapa hanya anjing sahaja disamakan oleh Allah s.w.t dgn sifat orang yg mendustakan ayat al qu ...

bro kena tahu gak Allah mengangkat darjat anjing ashabul kahfi sebagai salah seekor anjing yang masuk syurga

bro pulak tak tahu lagi masuk ke tak, ANJING tu bro.. ANJING dijanjikan surga bro....

anjing, babi bagai tu cuma hina di mata manusia saja bro

di sisi Allah, kita sama je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 07:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:10 PM | Show all posts
bagi peminat bangyong yang sentiasa mengikuti setiap komen dan reply dari bangyong, korang tentu tahu dulu bangyong minat Dr Maza, kan??

haaaa, benda ni khilaf je geng... jangan perbesarkan lagi beb.... ok gua nak mandi lu

https://www.facebook.com/DrMAZA

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya.

Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:13 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 20-10-2014 07:08 PM

haaaaa....ni baru betui...kalau tanya sensorang...kamu takut dan fobia ngan Harimau tak?..kompom semua angkat tangan...so...jom kita kempen pegang harimau macam pempuan ni buat...harap2 dah pegang harimau dlm Zoo tu...sebab dah hilang fobia....jumpa rimau kat luar...jangan lah lari tak cukup tanah......panggil lah helo helo kitty...meh aku nak pegang ko kejap...ada berani?..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Presa1200 posted on 20-10-2014 06:20 PM
so hidup ko x berlandaskan halal haram ke?
abis berlandaskan ape? nafsu?

hahaha. kau faham maksud semata? faham? faham makna norma hidup? faham makna kesopanan? faham? tak faham jgan berlagak mcm faham dan kau sorg je betol.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 07:22 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 20-10-2014 06:26 PM
pada saya educate pet woner tu dulu pengurusan najis anjing ketika bawa anjing luar

not until  t ...

bkn owner anjing je, semua pet owner pn sama gak. ade jiran yg suap kucing liar ari2 smpai berpuluh2 ekor dtg mkn pastu dah abis mkn bersepah lah taik kat merata tmpt org, dpan rumah pn tak kemas dah jd sarang kucing abis berbau busuk tp owner yg baik ati tu buat xkesah je.

dog owner pn sama, kalo dah tau anjing dia tu menyalak tak henti2 kat org yg lalu lalang baik simpan dlm rumah je. kalo org jepun bwk anjing bersiar2 mmg diaorg akan bwk bekas utk kutip najis. kita rakyat mesia je x buat gitu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:30 PM | Show all posts
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%209.htm

Tokoh-tokoh Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.

Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis kecuali mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 07:33 PM | Show all posts
pelik la isu ni rasanya tetiap tahun ada

isu recycle je ni, jadi perdebatan kerana isu ini adalah isu KHILAF

cer isu macam makan babi ka berzina ka, ada tak perdebatan yang meleret sampai beratus tahun?? takde kan? sebab para ulama dah bersepakat

nampak tak camna yahudi nak melalaikan ummah islam??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:36 PM | Show all posts
kalau still nak mengharamkan, tak da masalah.... its your choice

tapi janganlah salahkan kami yang ikut pendapat tidak mengharamkan anjing ni.. jangan label yang bukan-bukan.. jangan jadi hollier than thou sangat dalam isu yang memang ketara khilaf nih

lain la kalau kami kata wajib beristinjak guna air macam abang lava cakap, yang tu maybe boleh korang bangkang.... tapi ada korang sound lava?? takde kan? hipokrit tak kat situ???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi sikit2 agenda yahudi..sikit2 agenda pembangkang.

Kekdahnya benda yang memang tak haram dlm islam tu semua agenda non-muslim lah kan?

So macam mana tu? Elaborate sikit. Benda yang tak haram dalam islam merupakan agenda yahudi utk memesongkan islam malaysia. Huraikan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:39 PM | Show all posts
tapi memang acara camni tak perlu buat open to public kot

memang, bagi yang tak setuju, akan rasa macam kena provoke, kena hina dll

sepatutnya memang betul lah kena jaga sensitiviti

masyarakat melayu memang taboo sangat dengan anjing ni, sama skeptikalnya dengan isu cina lap bontot pakai tisu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 07:13 PM
haaaaa....ni baru betui...kalau tanya sensorang...kamu takut dan fobia ngan Harimau tak?..kompom s ...

Rasanya dekat zoo memang ada program mcm ni kan? Kecuali tak meluas ja. Tapi it's not a problem sebab harimau pada umah melayu malaysia bukanlah binatang yang haram.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:40 PM | Show all posts
tekoyong posted on 20-10-2014 07:36 PM
kalau still nak mengharamkan, tak da masalah.... its your choice

tapi janganlah salahkan kami yan ...

saya rasa isu pokok disini yg diperbincangkan ialah kempen pegang anjing tu...kita wajar ke tidak...isu haram dan halal pegang anjing tu saya rasa majoriti dah sepakat dah tak haram..cuma perlu disamak ja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tekoyong posted on 20-10-2014 07:39 PM
tapi memang acara camni tak perlu buat open to public kot

memang, bagi yang tak setuju, akan rasa ...

Maybe kalau tak di war-warkan sgt ok kut. Tapi akan ada orang ambil pic dan ajak geng2 dia hencap ramai2 juga.

Isu sensitivitiu umah melayu ni pun sbb terlalu berpegang pada ajaran nenek moyang. Kalau ilmu tu meluas sikit tak wujud sensitiviti ni. Tu yang organizer ni cuba buat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:43 PM | Show all posts
Orix posted on 20-10-2014 07:17 PM
hahaha. kau faham maksud semata? faham? faham makna norma hidup? faham makna kesopanan? faham? tak ...

kalo hidup x tumpu kat halal haram semata, maknanye bersangka buruk kat org tu ok lah kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 07:43 PM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 07:40 PM
Rasanya dekat zoo memang ada program mcm ni kan? Kecuali tak meluas ja. Tapi it's not a problem se ...

memang harimau tak haram....tapi apa yg ingin saya sampaikan ialah..kempen pegang anjing ni apa tujuannya?...tujuannya jangan fobia ngan anjing kan...so...pegang lah harimau plak..supaya jangan fobia dgn harimau....ada harimau tu baik je..dia jumpa kita dia jeling lepas tu dia blah je..nak2 dia baru lepas sendawa makan babi yg baru ditangkap...itu yg saya cuba nak sampaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:44 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 07:40 PM
saya rasa isu pokok disini yg diperbincangkan ialah kempen pegang anjing tu...kita wajar ke tidak. ...

betul uncle an

saya sendiri terkejut adanya program sebegini

tapi saya sendiri tak sempat pegi sebab terlajak tidur sampai ke tengahari

sepatutnya tak dibuat terlalu terbuka, dekat taman pulak tu

siap ada yang bergambar pastu post kat fesbuk... ianya seolah-olah nak provoke dan tunjuk diri tu urban sangat....

simpan untuk diri sendiri la.. kalau yakin apa yang kita buat tu betul, tak perlu nak tunjuk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Presa1200 posted on 20-10-2014 07:22 PM
bkn owner anjing je, semua pet owner pn sama gak. ade jiran yg suap kucing liar ari2 smpai berpulu ...

Betul. Pet owners perlu di educate. Tapi orang kita pula kalu pet owners yang salah maka yang dihukum is the pet. Binatang yang kurang akal yang diracun, dipanah, dipukul. Sedangkan manusia pun suka kencing merata-rata.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 07:47 PM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 07:44 PM
Betul. Pet owners perlu di educate. Tapi orang kita pula kalu pet owners yang salah maka yang dihu ...

exactly, sbb tu kat negara mat salleh ari2 ade kucing yg mati kene racun antifreeze. pet owner kene berhati2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063507 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list