CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ashaz_77

Cerita2 seram dari seberang tambak... (NEW: Cik Pon!! Pg.23, #570)

  [Copy link]
Post time 15-12-2010 05:20 PM | Show all posts
err sipukk google tadi..keluar riben  takpelah..dah tulis kat situ petak2...so kapur ba ...
siputsedut Post at 15-12-2010 17:12



    yup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 05:46 PM | Show all posts
hehehe ade pengalamn tolong kapan kn arwah nenek.. pon br tau kapur barus kaler kunen...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 02:34 AM | Show all posts
Terimakasih banyak banyak lah tuan rumah dan tuan puan penyumbang cerita seremm dari Singapore. Terimakasih kerana cerita anda telah membuatkan saya tak tidor malam -- digangu antu dlm tidor. Bila baca ayat alquran dlm mimpi suara jadi parau!! payah nak buka mata, sebut Allah huakbar pun jadi payah dan bila keluar parau ya amat.

Tapi cerita dlm board ni mcm sambal belacan. Makin pedas meleset makin dimakan!

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 10:07 AM | Show all posts
mane shaz?lama abg xnampak dia?????
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 05:03 PM | Show all posts
Seronok baca kisah2 Syaz
Cerita la lagi Syaz
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 11:17 AM | Show all posts
assalamualaikum..

finally..abis gak mbca dlm debaran selama 3 ari bturut2, smbil membayangkn yg bukan2..
spt kwn2 yg lain..asal bnyi hp ke, org buzz kt ym ke..opocot makk..(padan muka aku..)
dh tau diri penakut lg mau mbca ctr2 seram..

dh nk tdo mlm pun teringat2 tp wat x tau sdh..hihihi..klu diri ini yg mengalami sbgtu ntah le
xtau mna rupa kojol trs kot...minta d jauhkn la smua tu

anyway congratz kt smua..i njoy reading waiting 4 new entry..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2010 08:17 PM | Show all posts
dah khatam pun thread ni, best, bile shaz nk sambung lg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 07:42 PM | Show all posts
manelah si shaz ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2010 10:51 AM | Show all posts
assalamualaikum kpd semua,

maaf sesangat kerana dah lama tak update cerita disini. Shaz betul2 tengah sibuk dengan tugasan sampai nak mengarang balik cerita kawan shaz (dia baru bercerita dengan shaz) pun tak sempat.

Pagi ini baru selesai mengarang cerita nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 10:59 AM | Show all posts
Kisah ini diceritakan oleh kawan shaz (siti). ia berlaku kira2 3-4 tahun yg lalu di sebuah chalet di singapura.

Chalet yg disewa oleh keluarga dan makcik siti adalah sebuah bungalow 2 tingkat. Ia mempunyai 4 bilik tidur, 2 diatas dan 2 dibawah. Ada dapur tersendiri dan dibenarkan utk mengadakan BBQ juga diluar halaman rumah itu. Di siang hari, pemandangan disana sungguh cantik, dgn bungalow berhadapan dgn pantai. tetapi apabila malam menjelma, lain pulak jadinya...

Oleh kerana ada 2 famili (seramai 12 org) mereka bahagi-bahagi lah bilik2 yg sedia ada. siti dan sepupu2nya dapat bilik pertama/kedua ditingkat bawah, manakala ibubapa mereka bersama adik siti yg masih kecil tidur ditingkat atas. Malam makin menyelinap dan angin dingin dihembus sayup2 ke dalam rumah (halus-halusan gitu ). selepas satu org masuk tidur, yg lain pun menyusur kemudian. Siti dan sepupunya Aishah, yg terakhir masuk ke dalam bilik mereka. masa melangkah masuk ke bilik, siti tiba2 merasa seperti ada sesuatu yg memandang ke arahnya, lalu dia pusing utk melihat tetapi tiada sesiapa di belakangnya (aishah didepannya). Aishah, yg pelik melihat perangai siti pun berkata, "Kau tengok apa tu? Oh tingkap lupa nak tutup lah. jom kita tutupkan."

Rasa seram terus mencengkam siti, tapi dia beranikan diri utk menemani aishah utk menutup jendela2 yg terbuka luas. Tiada apa2 yg berlaku semasa mereka menutup tingkap2 itu tetapi apabila mereka sampai ke tingkap terakhir yg bertentang arah dgn pantai, siti terpandang sesuatu di atas pokok berdekatan dgn mereka... macam ada kain putih berkibaran mengikut arah angin tapi ia tidak berganjak dari pokok tu. "agaknya tersangkut di dahan," kata Siti dalam hati untuk menenangkan fikiran nya yg tak tentu arah kerana ketakutan dan terus menutup jendela itu. Aishah tidak nampak kain itu dan Siti tidak memberitahunya apa-apa walaupun meremang bulu romanya. lalu mereka masuk ke bilik...

Jam sudah menunjukkan 1.30 pagi. Aishah telah lelap tidur dari 20 minit yg lalu disebelah Siti. Siti cuba melelapkan mata tapi tak berjaya. Setelah dia membelek-belek handphone nya, baru lah rasa ngantuk dan tertidur juga. Pada pukul 3 pagi, tiba-tiba Siti terjaga kerana rasa badannya disepak sesuatu... Aishah lah agaknya pasal memang dia tidur nakal. masa nak melelapkan mata kembali, dia terasa pulak di pergelangan tangan kirinya digenggam! (dia tidur menyerong ke kiri), dia sangka perbuatan Aishah tapi tiba-tiba dia teringat yg aishah tidur disebelah kanan nya! Lalu dia pun membuka mata untuk mendapat kepastian. Terpekik Siti dibuatnya apabila dia terpandang 2 mata merah dihadapannya, berwajah hodoh dan berpakaian serba kotor dan berbau hanyir! Benda itu memegang tangan siti dgn kuat dan mahu medekatkan dirinya dengannya. Muka nya semakin hampir dekat dgn siti apabila dengan sekelip mata benda itu hilang seperti mana ia menjelma!

Aishah dan 2 sepupunya yg lain (tidur satu bilik) terjaga dek jeritan siti dan pada masa yang sama adik siti yg kecil (umur 4 tahun - ditingkat atas) turut menangis sekuat-kuat nya! Dah tak tentu arah dibuatnya, dengan siti dan adiknya yg menangis terisak-isak kerana ketakutan. Mujur bapa dan pakcik siti tahu mengubatkan mereka. Apabila selesai membaca ayat2 suci al-quran dan disapukan air bacaan itu ke muka mereka, baru lah semangat mereka pulih. Tak ditanya apa yg telah terjadi dan terus mengemaskan barang2 untuk pulang pada saat itu juga (dah pukul 4.30 pagi).

Mengikut cerita adik siti pada esok hari, dia ternampak lembaga serupa seperti yg mengacau siti itu terbang masuk dari lantai ke atas sambil merenung padanya! mana tak budak itu terperanjat dan takut! kalau shaz agaknya dah lama pengsan woohh!

Siti pulak pada masa tu ada tanda bentuk jari yg panjang gitu (3 jari aje) di pergelangan tangan kiri nya, mcm lebam. nasib baik lah lembaga itu tidak ikut mereka pulang ke rumah!

p/s: rumah bungalow chalet itu mmg keras tempat nya tapi kata org kadang2 ok, takde gangguan langsung... ikut mood 'dia' agaknya... iiisshhh!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 11:06 AM | Show all posts
akan shaz update lagi cerita pada masa terdekat ni ye... harap bersabar seketika dan terima kasih kerana menjenguk rumah shaz ni...

ni pun masih tengah sibuk jugak, curi tulang kejap! hehehe...

Rindu pada forumers semua tau...

see ya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:09 AM | Show all posts
yes!!! lama sungguh tungguh shaz update citer..muncul juga akhirnya

memang seram bila dia face to face..udah ler hodoh, berbau lak tu
ketot yang baca pun terasa meremang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 01:34 PM | Show all posts
TT bleh bgtau tak area mana nenek tu merangkak???
seram weh... kang balik memalam, terbyg2 lak nenek tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 02:27 PM | Show all posts
yes!!! lama sungguh tungguh shaz update citer..muncul juga akhirnya

memang seram bila di ...
ketotmerah Post at 22-12-2010 11:09



Hi KM! Sori kerana lama menunggu...

Shaz yg mendengar cerita dari siti pun mcm terbayang-bayang lembaga tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 02:30 PM | Show all posts
TT bleh bgtau tak area mana nenek tu merangkak???
seram weh... kang balik memalam, terbyg2 l ...
lipsofanangel Post at 22-12-2010 13:34



hmmm... estet perumahan yg dekat dgn Jln Kayu tu... tak tau nak sebut nama tmpt nya ke tak...
adeehhh... ckp pasal jalan kayu pun dah teringat balik nenek merangkak tu! alamak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 03:41 PM | Show all posts
Reply 574# ashaz_77

tak pe..lama pun tetap tunggu gak
thanks for update new story
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 09:54 PM | Show all posts
Reply 575# ashaz_77


    ooo, mujur la bkn kawasan lips stay.. x pernah sampai pun area tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:26 AM | Show all posts
Selamat pagi semua!

harap shaz akan dapat meluangkan masa untuk menceritakan lagi kisah2 seram pada hari ini atau esok... insya-allah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:33 AM | Show all posts
Selamat pagi semua!

harap shaz akan dapat meluangkan masa untuk menceritakan lagi kisah2 seram ...
ashaz_77 Post at 24-12-2010 09:26



   
hai kakak shaz.... apa khbr? lama x update cerita baru? busy ke?





p/s: cantique avvy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 09:39 AM | Show all posts
hi adek ais!

ader, akak dah update cerita baru tu kat post #570... nanti karang bila free i will update again... hehehe

p/s: pasal avvy.. hehehe biasalah peminat kucing katakan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059656 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list