CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Pengasuh Taska perlu miliki diploma seperti di negara maju

 Close [Copy link]
Post time 12-10-2016 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke maksud menteri tu diploma in childcare?
Sbnrnya bisnes taska ni bukan bisnes menguntungkan pun. Staff turnover tinggi sb gaji rendah. Kalau nak gaji tinggi kena la naikkan upah jaga budak2 tu.
Some more taska tu sendiri takde aktiviti yg menarik. Pagi mandikan, bg makan, tgk tv, main lps tu tghari lunch tidur dan ptg main tgk tv shj. Itu jelah diorg tiap hari. Pengasuh pun bosan, bila budak2 buat perangai mula la naik angin. Klu budak muda, asyik la mengadap hp je.

Cuba bagi kreatif sket. Mybe kementerian bole buat plan pembangunan sahsiah dan program utk taska implemen pd budak2 tu.
Tak dinafikan budak2 ni lasak dan nakal. Bole nampak di playground. Ya rabbi..terjerit2, tolak budak, panjat tempat yg bahaya, dh mcm budak hyper, histeria bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 08:45 AM | Show all posts
gaji pun kena kasi level diploma jugak la...ni setakat 600 baik jual nasik lemak ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:39 AM | Show all posts
dewimalam78 replied at 12-10-2016 08:14 AM
Bukan ke maksud menteri tu diploma in childcare?
Sbnrnya bisnes taska ni bukan bisnes menguntungka ...

well dewi dah mmg tu jah keja bebudak...makan..main...makan...berak/kencing ..main lagi..

negara omputeh sana mana ada nursery/tadika yg force bebudak age below 7 utk study bagai nak rak ni..
cuma kat nusantara jer (termasuk Msia) yg dok paksa gegila baby/toddler/kids ni study mudy memacam..

gila la aku tgk taska dok force toodler study ABC..123..bla..bla..
tapi mmg job sebagai pekerja Taska mmg sgt tak best koz hari2 dok bergelumang dgn kencing/berak budak dan jerit pekik anak2..
Dan lg parents yg nak kos jagaan yg murah...tapi demand memcm..

now ni..memana pun pekerja taska majority indonnnnn mari...
tah vaksin ke tak si indon tuh...
dan lagi pengasuh di rumah pun..indon dah slowly monopoly sektor ni...

kat area sg merab ni..walo sebelah border jer dgn bandar elit putrajaya bersepah indon pendatang haram dok jaga anak org tempatan..
habis diangkutnya suku sakat dari indon dok amik job mengasuh...
sg merabkan byk kilang..sony la..denso la..anak2 pekerja kilang ni la depa dok jaga..
siang mlm jaga anak org...masyuk ko...tak kurang 10K/mth..

yg aku heran tuh...
org gomen pun pulun letak anak jugak kat indon tuh...

aku nak buat repot la...sesapa tau cemana nak repot PATI yg berlambak kt sg merab ni..?
aku dah repot polis sekali...ko tau polis ckp apa..? ni bukan keja kami..ni IMI punya job..
boleh camtu???



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:21 AM | Show all posts
Wahh. Syarat nak ada diploma pulak. Maknanya yuran akan naik lah ni? Takkan lepasan diploma nak gaji seribu.

Takpayah lah nak banding negara luar sangat... Bak kata Sonaone dalam lagu Negaraku - 'Ni kan negara kite, buat je cara kite'

Peace
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:47 PM | Show all posts
ade je yg baik kan, yg ok tu kekalkan lah, so yg bru nk hired tu cer cuba cri yg diploma, zmn skrg pon bdk2 xnk memilih, asl ade keje je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I setuju je. Tapi bukan lah diploma. Sijil pun takpe. Asalkan tau basics in child caring. Bukan senang nak jaga anak orang. Makan, kebersihan, perkembangan semua kena jaga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 12-10-2016 08:14 AM
Bukan ke maksud menteri tu diploma in childcare?
Sbnrnya bisnes taska ni bukan bisnes menguntungka ...

Rasanya proper taska perlukan ruang yang besar, ada own playground dan space untuk budak2 keluar bermain. Sekarang banyak taska tumah kedai je. Takde space kat luar.

Kalau tengok negara maju, most taska memang banyak main kat luar sebab lagi bagus untuk perkembangan otak budak2. Panjat pokok lah, main pasir lah. Seronok je tengok
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 04:57 PM | Show all posts
bagus itu cadangan.. dip nk ke gaji RM1000 ke bawah?  kerja msuk kol 7 blik kol 5petang... basuh berak kencing.. mampu ke dorg bertahan? kalu bayar ikt gaji dip.. berapa pulak aku nk caj mak pak budak...satu orang? tadika bg aku ok ler... taska.. ber huhu mk pak kalau taska caj mahal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 05:00 PM | Show all posts
Edited by obses_budak at 12-10-2016 05:10 PM
fleurdelis replied at 12-10-2016 01:26 PM
Rasanya proper taska perlukan ruang yang besar, ada own playground dan space untuk budak2 keluar b ...

kalu mcm tu yuran bulanan pun besarrrr juga.... Contoh:
1:3 (seorang pengasuh: 3 kanak-kanak di bawah satu tahun),                                         yuran contoh :   RM 400.00x3          =     RM 1200.00
1:5 (seorang pengasuh : lima kanak-kanak berumur satu tahun hingga tiga tahun)                                    RM 350.00x5          =     RM 1750.00
1:10 (seorang pengasuh : 10 kanak-kanak berumur tiga tahun hingga empat tahun).                                 RM 300.00x10        =     RM 3000.00


Jumlah               = RM 5950.00
Gaji  Pengasuh je   dah  RM 2700.00 (RM900x3) (kalau ad dip tk kan nk bg gaji SPM)
Bil-bill               
Makan-makan2 lagi
lagi besar tempat lagi mahal sewanya.. nk mantain lagi.. tk kan nk upah pekebun...
masaalahnya nya orag kata taska untung.. untung celah mana.. nk tempat selesa... besar dan gah... kos semua mk ayah kene tangung tau dengan kos jagaan anak2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2016 05:25 PM | Show all posts

Bakal bebankan pengusaha taska, ibu bapa


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Langkah kerajaan mengenakan syarat memiliki sekurang-kurangnya Diploma Dalam Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu dilihat semula kerana dibimbangi akan membebankan pengusaha dan ibu bapa.

Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya, Husna Abdul Rahaman berkata, menggaji pengasuh lulusan diploma akan menyebabkan pengusaha menanggung kos operasi yang tinggi dan perkara itu akan memberi kesan terhadap kenaikan yuran kanak-kanak.

Katanya, perkara tersebut akan memberi kesan secara langsung kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak lebih daripada seorang selain daripada berdepan situasi kos sara hidup yang tinggi.

“Langkah kerajaan ini merupakan satu usaha murni dalam naik taraf bidang asuhan kanak-kanak sama seperti negara maju lain. Namun, untuk melaksanakannya pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk di pihak pengusaha, pengasuh mahupun ibu bapa.

“Apabila syarat ini dilaksanakan kelak, pengusaha terpaksa membayar gaji minimum pengasuh sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan dan terpaksa menaikkan yuran Taska berikutan kos operasi yang tinggi. Ini akan membebankan ibu bapa yang mungkin terpaksa membayar sekitar RM400 hingga RM500 sebulan untuk menghantar anak ke Taska,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim semalam yang mahu pengasuh bagi setiap taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang berdaftar di bawah kementerian itu memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Kata Rohani, langkah itu diambil bagi memastikan pengasuh berpengetahuan luas dalam bidang berkenaan selain mampu mencapai kualiti yang diperlukan dalam mengasuh kanak-kanak yang berusia di bawah tiga tahun.

Dalam pada itu, kata Husna, pelaksanaan syarat tersebut boleh dilaksanakan kerajaan tetapi perlu dilakukan secara berperingkat dan memberikan lebih masa kepada pengusaha-pengusaha taska untuk mencari guru-guru yang bersesuaian.

“Kementerian berkenaan perlu memberikan kami tempoh sebelum melaksanakan syarat ini. Contohnya, mengenakan syarat mewajibkan Setiap pengusaha dan penyelia supaya mempunyai diploma. Langkah ini lebih relevan daripada terus ke peringkat lebih bawah,” ujarnya.

Sementara itu, Husna berkata, walaupun pengasuh di kebanyakan Taska hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi mereka dihantar bagi mengikuti Kursus Asuhan Permata bagi memberi pendidikan berkenaan bidang asuhan kanak-kanak.

“Kebanyakan pengusaha mengeluarkan modal sendiri menghantar setiap pengasuh mengikuti kursus dalam bidang asuhan kanak-kanak. Ini bagi memastikan mereka menguasai bukan sahaja praktikal malah teori dalam bidang ini” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
obses_budak replied at 12-10-2016 05:00 PM
kalu mcm tu yuran bulanan pun besarrrr juga.... Contoh:
1:3 (seorang pengasuh: 3 kanak-kanak di b ...

Sorry ye maybe tak clear apa yang i cuba sampaikan. I tak maksudkan taska persendirian. I meant to say government should provide places like this for nursery/kindy. Kalau tengok negara maju, taska dia mostly public kindy/nursery di mana parents tak perlu bayar banyak pun sebab gov subsidised. Kat msia taska gov kemas je la kan? Or permata or those yang dekat dengan pejabat kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fleurdelis replied at 12-10-2016 05:54 PM
Sorry ye maybe tak clear apa yang i cuba sampaikan. I tak maksudkan taska persendirian. I meant to ...

Setujuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 12-10-2016 11:51 PM

Tengah tengok Datuk Rohani di televisyen. Tahniah Datuk, sekecil-kecil perkara seperti definisi rogol yang menyebabkan seorang suspek pedofilia terlepas sedikit masa dahulu pun Datuk perhalusi.

Lepas ni bukan setakat diploma, rekod jenayah semua bakal pengasuh pun boleh akses melalui jkm. Banyak juga penambahbaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
fleurdelis replied at 12-10-2016 05:26 AM
Rasanya proper taska perlukan ruang yang besar, ada own playground dan space untuk budak2 keluar b ...

lagi seronok kalau cikgu taska tu macam adik beradik senronse. takut bapak budak tak nak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
katowjo replied at 12-10-2016 03:36 AM
pointnya..parents yang asal kampung ni dah dididik percaya apa mullah kata..

konon kalau anak r ...

Tipikalll melayu suni sgttttt dgn ayat 'semoga jd anak yg soleh bsr nanti balas jasa mak bapak' . Bela anak pun tak ikhlas. Sembahyang pun sbb nak pahala. Takde apa yg ikhlas. Klu kaperrr dia wish anak dia dpt ramai kawan bermain have fun bla bla bla takdenya demand itu ini utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 11:08 PM | Show all posts
ibu bapa kalau nak mutu pengasuh yg baik perlulah bersedia membayar lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I kalau dapat reski anak harus confirm gerenti I minta cuti tanpa gaji bertahun2..kalau ikut suami dia minta berhenti kerja terus..kasihanya la I pada mak2 yg murah rezeki banyak anak tapi dah siap beranak bagi orang lain pegang jaga coz nak cari duit..anak tu membesar dgn pengasuh kasihan..kalau I ada anak haruslah dia mbesar depan mata daku ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.631340 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list