|
[Tempatan]
Tragis, 6 Maut Kebakaran Rumah Kedai
[Copy link]
|
|
Innalillahhiwainnailaihirojiun....tak sanggup nk baca smpi hbs. .sedih sgt...puncanya apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnyaaa..bagusnya laa hai cr rezeki..mintak 5 hengget je pun dh cukup..suci dh niat dorg nk bantu family kumpul duit xmau sshkan mak pak..semoga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman aminn |
|
|
|
|
|
|
|
Tgok air muka pun mcm baik2 jer arwah adik2 ni. Semoga ditempatkan dlm.golongan yg beriman. Msa cuti dimanfaatkan buat kerja nk tlg kluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 12-12-2018 01:28 PM
2 mayat adik-adik neh keadaan nya tak lah rentung tinggal abu ke apa.
masih fizikal mereka sempur ...
Yang masa satu adik badik? Tgk bin cm lain lain |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SweetShera at 12-12-2018 03:32 PM
innalillahiwaiinailaihiraajiuun..sedihnya..tiba2 air mataku mengalir...
muda2 dah bekerja nak bantu keluarga...boleh agak mrk ini dari keluarga yg sederhana...takziah untuk keluarga mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnyaaa.baguslah cari duit sndiri...sedihnua baca... |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah
sedihnya baca taksedar mengalir air mata |
|
|
|
|
|
|
|
tak mampu nak tengok pic2 ahli keluarga mangsa..takziah diucapkan..semua anak2 yg baik.. majikan tu pun org baik2 jgk..bagi peluang budak2 ni kerja.. semoga ahli keluarga mangsa tabah..
anak pergi dulu dari dorang..klu aku tak taulah mcm mana nak hadap.. |
|
|
|
|
|
|
|
al fatehah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalilah... kesian family derang |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca... org susah semua ni... mak remaja yang umur 19 tahun tu kerja kat tempat kitar semuala ja...
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 yg baik..miskin dan taknak myusahkan ibubapa. Syurga tempatmu |
|
|
|
|
|
|
|
Punca letupan sehingga 6 maut sah daripada bunga apiOleh Muhammad Apendy Issahak danZahratul Mat Arip dan Farah Suhaidah Othman
[email protected]
IPOH: Polis akan memanggil pemilik syarikat mempunyai lesen membekalkan bahan letupan yang terletak bersebelahan premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini esok bagi membantu siasatan.
Ia berikutan siasatan mendapati punca letupan dan kebakaran rumah kedai dua tingkat itu disebabkan daripada bahan letupan yang dipercayai bunga api, berdasarkan keterangan saksi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman, berkata siasatan mendapati pemilik premis yang menjalankan perniagaan pengatur cara majlis, dan syarikat membekalkan bahan letupan berhampiran, adalah pemilik berbeza.
Menurutnya, polis sudah mengenalpasti pemilik syarikat membekal bahan letupan terbabit dan akan menyiasat hubungannya dengan pemilik premis yang maut.
Katanya, punca yang menyebabkan bunga api itu meletup masih disiasat dan jumlah sebenar bahan letupan yang terdapat di premis berkenaan tidak diketahui tetapi dipercayai dalam jumlah yang banyak.
“Kita pasti ada kecuaian dan salah laku jenayah bagaimana bahan letupan itu boleh berada dalam premis yang terbakar sedangkan premis berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan bahan letupan.
“Polis bagaimanapun sudah merakam keterangan saksi kejadian iaitu pemandu syarikat berkenaan berusia 50an.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saksi itu dilihat berada di lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan diri namun cedera di bahagian tangan,” katanya pada sidang media Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.
Yahya berkata, bedah siasat keenam-enam mangsa tamat kira-kira jam 3.30 petang tadi iaitu selepas lebih enam jam proses berkenaan dilakukan.
“Punca kematian kesemua mangsa disebabkan kesan kebakaran tubuh antara 80 hingga 90 peratus dan terdapat kesan belerang bahan letupan letusan bunga api.
“Bagaimanapun laporan penuh bedah siasat akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.
Menurutnya, identiti kesemua mangsa sudah diperoleh berdasarkan maklumat daripada keluarga yang yakin mangsa terbabit dalam kejadian itu.
Yahya berkata, empat daripadanya adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu yang baru sehari bekerja sambilan di premis berkenaan manakala seorang lagi mangsa sudah agak lama bekerja dan seorang lagi adalah majikan yang juga pemilik premis.
“Mayat mangsa belum pasti boleh dituntut lagi kerana perlu proses pengecaman dulu dan ada beberapa dokumen yang perlu diselesaikan pihak hospital, namun dijangka tiada masalah untuk tuntut hari ini,” katanya.
Dalam kejadian 1.54 tengah hari semalam, enam mangsa maut susulan letupan dan kebakaran di sebuah premis rumah kedai.
Lima sahabat yang bekerja sambilan di premis berkenaan adalah Ahmad Faizal Aminuddin, 16; Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohd Kamari, 16 dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19.
Majikan mangsa dikenali sebagai P Thiagarajan, 40, turut terkorban yang mana keenam-enam mangsa dilaporkan rentung dan identiti kesemuanya masih belum dapat dikenal pasti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah. Sayu hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah sedihnye..moga syurga la tempat mu wahai anak2 yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah sedihnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|