VanRizwan This user has been deleted
|
Penjara Pudu
Sesapa tahu tak website with info on Penjara Pudu? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku ade baca utusan die cite pasai penjarak pudu |
|
|
|
|
|
|
|
mok nik rasa dah tak ada website mengenai penjara pudu nie sebab Penjara Pudu di ibu negara dipindahkan ke Semenyih, Selangor bagi membolehkan tapak itu dibangunkan sebagai kawasan komersial . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TUGU PERINGATAN NEGARA
![](http://img.photobucket.com/albums/v605/jofizo/macam2/tugu.jpg)
Bagi menghargai jasa-jasa pahlawan yang terdiri daripada anggota tentera, polis dan mereka yang terkorban untuk memelihara kedaulatan, agama, bangsa dan tanah air. Kekentalan jiwa, semangat juang dan sumbangan tenaga yang mereka curahkan dalam memerangi anasir-anasir subversif dan petualang negara memanglah tiada bandingannya. Menyentuh mengenai semangat patriotisme, rakyat yang setia perlu mempunyai perasaan cintakan tanah air serta semangat sanggup berkorban demi negara yang perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa.
Untuk memperingati jasa-jasa perwira sama ada yang telah terkorban atau yang masih meneruskan perjuangan moral, maka Tunku Abdul Rahman Putra telah mengistiharkan 31 Jul 1961 sebagai tarikh keramat memperingati Hari Pahlawan sempena tamatnya tempoh darurat di negara ini.
Sebelum ini sebuah tugu telah didirikan berhampiran dengan stesen kereta api, selepas Perang Dunia Pertama berakhir bagi tujuan memperingati para pejuang yang gugur semasa peperangan tersebut. Perbarisan ringkas diadakan di sisi Tugu Peringatan ini pada setiap 1 Nov setiap tahun. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, nama nama pejuang yang terkorban telah di tambah pada tugu bagi memperingati pergorbanan mereka sehingga digantikan dengan Tugu Negara yang ada sekarang. Tugu Peringatan Negara terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur dengan keluasan 12 ekar yang mempunyai satu kumpulan tujuh lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali ganda saiznya dengan orang biasa yang terletak di atas satu asas yang bujor di tenggahtenggah pulau dalam sebuah kolam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tugu ini dibina dengan tujuh patung gangsa yang melambangkan kemenangan pasukan keselamatan menghadapi musuh. Reka bentuk tugu ini diilhamkan oleh seorang pengukir berbangsa Amerika, Felix De Weldon dan siap dibina pada awal tahun 1966. Asas Tugu Peringatan yang disalut dengan batu pejal berkilau berwarna zamrud daripada Sweden sebagai Lambang Persekutuan Tanah Melayu . Manakala tulisan jawi di sebelah kanan dan tulisan berbahasa Inggeris di sebelah kiri berbunyi 揗emperingati perwiraperwira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dan kebebasan. Moga-moga Allah cucurkan rahmat ke atas mereka |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v605/jofizo/macam2/tugu2.jpg)
TINGGAL KENANGAN...Tugu Peringatan yang
tercatat nama-nama pejuang yang terkorban semasa
Perang Dunia Pertama dan Kedua |
|
|
|
|
|
|
|
Pada 10 Dis 1960, Tunku menerima sepucuk surat daripada Felix de Weldon dan mengirimkan lukisan rekabentuk bagi tugu yang difikirkannya menunjukkan rupa tujuh patung. Tunku telah meminta supaya 24 orang askar dan polis daripada pelbagai keturunan memakai pakaian uniform meronda hutan untuk memilih antara mereka untuk menyediakan satu set gambar berwajah sebuah tugu. Jemaah Menteri bersetuju iaitu perbelanjaan bagi patung-patung dibayar dengan derma orang ramai ditambah dengan wang kerajaan dan disyorkan dibina di kemuncak sebuah bukit kebun bunga iaitu tapak Istana Hinggap Negeri Sembilan.
Pada 31 Jan 1961, Duta Besar Tanah Melayu dan Felix de Weldon telah menandatangani satu perjanjian di Washington bagi membentuk sebuah tugu peringatan di Tanah Melayu. Tunku telah menulis surat kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri menyatakan hasratnya hendak mendirikan sebuah tugu peringatan untuk memperingati kemenangan kuasakuasa demokrasi dan menaikkan semangat yang bukan sahaja menjadi kemenangan orang-orang kita bahkan juga akan menjadi galakan bagi keturunan-keturunan masa hadapan.
Bersatu padu dan bersama-sama berasa bangga dengan negara, mempertahankan demokrasi dengan menentang orang yang hendak menafikan maruah asasi manusia dan berbakti kepada negara sebagaimana orang-orang yang telah mengorbankan diri mereka untuk kebebasan Tanah Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v605/jofizo/macam2/tugu1.jpg)
POTRET...salah satu gambar
anggota pasukan keselamatan yang
dipilih untuk diukir oleh pengukir |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tanggal 31 Jul 1961 ialah Hari Ulang Tahun yang pertama bagi pengistiharan rasmi menamatkan darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam ucapan pengistiharannya itu, Tunku menyatakan peristiwa ulang tahun yang pertama ini nampaknya menarik perhatian khas kepada satu projek yang sangat dicintai iaitu membina sebuah Tugu Peringatan Negara untuk memuliakan semua orang yang gugur atau menderita dalam masa darurat. Beliau menyifatkan kerja yang menaikkan semangat ini sebagai satu tugu kebangsaan orang ramai yang didirikan dan belanjanya dibayar oleh mereka bersama-sama dengan kerajaan.
Pada awal tahun 1966, Bank Negara menerima kutipan derma daripada orang ramai yang berjumlah $1,254,004.22. Pada waktu itu juga diputuskan Batu Peringatan yang dibina bagi penghargaan jasa orang-orang yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua yang pada masa itu terdiri dekat stesen kereta api patut dibongkarkan dan didirikan semula pada tapak tugu yang sedia ada sekarang. Dalam masa yang sama, kerja-kerja menempa tujuh buah patung gangsa itu telah disiapkan di Rome dan proses penghantarannya ke Tanah Melayu sedang giat dilaksanakan. Tujuh buah patung gangsa ini tiba di Port Swettenham dengan kapal M.V. Express pada Jun 1965. Felix de Weldon telah datang ke Kuala Lumpur dalam bulan Jul dan Ogos 1965 untuk menyeliakan sendiri kerja memasang patungpatung di tapak yang disediakan. Pelbagai cadangan di buat bagi mengelokkan lagi seluruh kawasan tugu iaitu kolam, balai ketibaan, batu peringatan dan taman bunga. Upacara perasmiannya disempunakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 8 Feb 1966. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v605/jofizo/macam2/tugu3.jpg)
PROSES...kerjakerja
mengangkat
p a t u n g - p a t u n g
pembinaan Tugu
giat dijalankan
Pada tanggal 31 Jul setiap tahun, upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara menjadi acara rasmi sebagai symbol penghormatan kepada pahlawan-pahlawan yang telah dahulu terkorban demi mempertahankan negara dari terus dijajah dan memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan bagi mempertahankan kedaulatan negara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|