|
37# rdzaccess
adooyyaaiii.. penat la baca citer ko... aku rasa macam baca hikayat la plak.....bahasa ko ni banyak dalam buku Hikayat Hang Tuah... |
|
|
|
|
|
|
|
Wa bestnya citer boya...
Macam cito sang kancil pulak boyo takut kobau..
Dulu masuk zoo ada bapak bengang je dongan anak dio sobab jorit kuek kuek "Bapak Boya"
Buayo Puchong yang femes dulu dongar eh ado limo jari ko lobih lupo lak den..
Ado member jumpo orang mancing ikan. Bila tanggalkan baju eh nampak kosan gigi. Bilo tanyo dia jawab, "Pakcik tengah mancing lepas tu ada buaya datang nak ngap pakcik alhamdulillah masa menjerit kesakitan tu tangan pakcik tekan sebelah mata dia jadi dia lepaskan" Agak eh buto mato nyo jadi kalau tengok boyo mato sebolah atau pakai patch macam lanun ingek la cito ni.. wakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
40# twins
yang ni susah sket...
die ikut kepala sendiri je... haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
42# tdpp2006
haha.. tak butenye... tapi sebab tu je tempat paling lembut kat body buaya, sebab tu medah sakit dan die lepaskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
40# twins
yang ni susah sket...
die ikut kepala sendiri je... haha..
pawangBuaya Post at 5-3-2010 11:38
maknanya kalau jenis2 buaya darat ni nak kena 'sifu segala pawangbuaya' la kut baru boleh tunduk ekkk..... |
|
|
|
|
|
|
|
3- Maut makan telur buaya di sangka telur tuntung ( kisah orang )
Masa aku cuti sekolah rendah dulu, aku gi mancing ngan dua pupu dan satu pupu aku.
Port kami kebiasaannya di sebelah tebing di sebelah kanan jambatan jika menghala ke Permatang Pasir, NS.
Masa tu kami cuma berbasikal ajer lantaran jarak dari rumah atok aku kurang lebih 2 km cuma.
Kami hanya berminat untuk memancing udang galah ajer.
Maka menyusuri tebinglah kami mencari tempat yang sesuai.
Dengan keadaan tebing yang lembab dan lembut, kepayahan berjalan tidak kami hiraukan.
Sekali kali kai terperosok ke dalam pasir lumpur sehingga ke takat lutut. Namun ia bukannya menjadi persoalan lantaran telah biasa dengan keadaan yang sedemikian malah lebih terbiasa lagi ketika itu.
Dalam pada seronok memancing tuh kedengaran riuh bunyi percakapan yang menghilangkan konsentrasi dalam memandang air yang berputar putar berwarna coklat seakan memukau.
Suara sekumpulan budak India, heboh menggamatkan suasana.
Melalui depan aku selamba jer dengan hentakan kaki yang menyebabkan terjadinya lubang lubang kecil yang tidak menstabilkan permukaan tanah.
Mereka juga memancing tapi riuh dengan cerita mereka yang ntah apa apa ntah...
Aku kemudian bergerak ke dalam lagi menjauhi jambatan dan duduk di satu bungkah pasir yang dilitupi rumput.
Kelihatan semak semak di sebelah kiri yang agak tinggi dan rumput sungai bercampur baur di antaranya.
Aku menyalahkan budak India tuh kerana aku tak dapat seekor udang pun walaupun terdapat tarikan.( Biasalah masa tuh aku bukan pandai pancing udang pun...)
Tetiba sekali lagi riuh....dan kelihatan beberapa lagi budak India menyusuri tebing dan kali ini di belakang ku.Mereka membongkok diantara celahan semak dan rumput dan juga beberapa pohon senduduk.
Kemudian aku lihat mereka beramai ramai berjalan menuju ke jambatan.
Melintasi aku sambil menggendung beberapa butiran putih.
Aku menegur mereka dan bertanya apa yang mereka dapat dan jawapan mereka adalah beberapa biji telur tuntung sambil beberapa dari mereka menunjukkan mimik muka seolah olah selepas makan mi kari.
Sememangnya ada tuntung di situ dan kemunculannya kerap di sungai ini.
Setelah agak petang aku pun memulakan perjalanan pulang menyusuri tebing sungai dengan perlahan.Bunyi burung dan ungka riuh sekali mungkin mencari tempat lepak untuk malam yang akan menjelang tiba beberapa jam lagi.
Aku sampai di sisi jambatan dan ku lihat budak budak India sedang merebus sesuatu di dalam periuk yang mungkin mereka bawa.
Aku lantas mendapatkan basikal tua atok aku, mencampakkan joran ke tepi semak dan mula mengayuh.Sempat juga aku pandang mereka yang kedapatan dua tiga orang sedang menghirup isi telur tuntung dengan lahapnya.
Selang 3 hari aku ke rumah sepupu aku di Rumah Murah Linggi.
Pada petangnya seperti biasa makcik makcik lepak di tepi tangga yang menuruni ke jala=n utama.Aku pun join jugak dan juga sepupu aku yang ramai.Maka digossipkanlah aku ngan cewek cewek yang mereka berkenan ( selalunya anak mereka ).
Maka keluarlah cerita anak India seramai tiga orang mati di hospital dan yang lainnya masuk wad kecemasan.Mereka mengatakan bahawa mereka ada termakan telur buaya.
Anak India nih ada yang duduk di Rumah Murah Linggi dan ada yang tinggal di Pekan Pengkalan Durian dan sudah tentu cerita mereka yang hanya sekadar mengambil berat akan cerita sahaja kerana mereka mengenali ayah ibu budak India nih...
Sejak dari itu hingga kini aku tak berminat untuk mendapatkan telur yang terbitnya dari tanah walaupun telur penyu.
Adanya.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apo bezo eh dukun dongan bomoh ek??.. sobab pawang ni ado kono mengono dongan alam iolah pawah pokok pawang buaya pawang harimau dalam bahaso inggeris digolar geomancer... |
|
|
|
|
|
|
|
Pawang nih bagi aku adalah macam orang dulu kata " pandai "...
Macam pandai kayu, pandai besi...kira pakarlah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rdzaccess at 8-3-2010 00:51
2- Di baham buaya di hadapan isteri ( kisah orang )
Pada petang tuh ( sebaik saja selepas tengahari ) maka ujan pun turunlah dengan lebatnya..
Seperti kebiasaan jalan di antara menuju ke jambatan Sg. Linggi di penuhi air.
Pada mulanya deras air yang mengalir dan hanya menampakkan jambatan yang berada agak ke atas dari muka bumi.
Setelah lewat petang maka air pun surutlah walaupun di bawah jambatan masih lagi deras kelajuan air sungai.
Di sebelah tebing , oleh kerana kedapatan semak semak dan pokok pokok renik yang hidup subur maka air hanyalah bergenang cuma.
Walau bagaimanapun jalanraya yang menuju ke jambatan dan juga menyambungi pekan masih tidak kelihatan.
Hanya lautan air sungai cuma.
Kenderaan lain sememangnya tidak melalui jalan ini ketika hujan lebat sebegini.
Ini adalah lumrah dan mereka yang sering berulang alik atau menggunakan jalan ini secara rutin tahu akan keadaannya.
Maka dijadikan cerita setelah agak lewat kira kira jam 6 petang gitu maka lalulah sepasang suami isteri dengan menunggang sebuah skuter vespa.
Apabila tiba di gigi air yang mencecah jalan maka mereka pun berhentilah.
Si suami adalah sorang tentera dan baru habis bertugas dan menjemput isterinya dari sebuah rumah saudara yang berkebetulan melalui jalan ke kem trendak.
Setelah vespa ditongkat, dia menghisap rokok sambil memerhatikan air yang lalu perlahan.
Si isteri hanya memerhati sekeliling dan mungkin berharap bahawa mereka akan dapat melalui jalan untuk pulang kerana hari menjadi semakin lewat.
Setelah agak beberapa lama maka si suami membuang puntung rokok dan memasang yang baru.
Sedang dia menekup api agar tidak padam ditiup oleh angin matanya tetiba melirik ke satu pancangan kayu yang berada di tepi jalan.
Ketika itu air dah mula menyurut dan adalah sedikit kegenangan air di atas jalan.
Pancang kayu bergerak gerak yang menunjukkan bahawa ianya adalah satu tajo ( atau taut atau pancing yang ditinggalkan begitu rupa yang kemudiannya akan di ambil hasil kailan kemudian).
Si suami pun meminta si isteri menunggu berdekatan ngan skuter vespanya sementara dia pergi mendapatan tajo tersebut. Mungkin ada rezeki telahannya, sekurang kurangnya seekor ikan baung yang agak besar.Bolehlah dibuat lauk bila sampai ke rumah nanti.
Maka isterinya melihat saja suaminya berjalan menuju tebing jalan untuk mendapatkan tajo tersebut.
Setelah hampir, si suami pun membongkok untuk mencabut batang kayu tajo tersebut.
Sedang ia memegang batang kayu itu tetiba satu kocakan yang amat kuat disertai ngan hamburan air meledak mengelilingi tubuh suaminya.
Setelah tenang si isteri dapati bahawa suaminya telah ghaib tiada nampak lagi.
Tergamam si isteri tidak dapat berkata apa apa atau pun tak tahu apa yang perlu di buat.
Dia hanya memerhatikan ke tempat tersebut semacam merenung.
Tidak lama kemudian sampailah segerombolan penduduk kampung untuk pergi ke Pekan Linggi.Beberapa orang melihat si isteri menunggu di sebelah skuter vespa yang di letakkan di tengah tengah jalan.
Beberapa penunggang sahaja melintasinya sambil hanya memndang sekilas cuma.
Namun ada juga beberapa pemuda berhenti apabila mengenali akan skuter vespa tersebut.
Mereka berhenti dan bertanya ke mana si suami.Si isteri hanya menunjukkan tempat terakhir suaminya kelihatan.
Maka tidak lama kemudian berkerumunlah penduduk kampung datang ke tempat itu dan beberapa orang yang saudaranya membawa isteri itu pulang dan beberapa orang kampung mencari dengan menggunakan mata sahaja kekalau ada terjumpa bekas terbaru.
Sehingga kini tiadalah di ketahui akan ke mana perginya dia bersama sama dengan buaya tersebut ( mengikut pengamatan penduduk kampung )
Adanya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ade dah mcm baca buku sasteralah pulak....sambung lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm baca buku cerita dulu2 lak..... |
|
|
|
|
|
|
|
binatang pon ade instinct...die pon ade sifat penyayang.....tau berterima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
ko org bukak YT search pawang buaya lawa gila .... |
|
|
|
|
|
|
|
4- Bapa aku minta buaya timbul setelah di minta oleh rakannya ( kisah aku )
Pada satu ketika dulu, bapak aku membawa aku gi mancing - aku tak tau kat mana...
Tapi yang aku ingat dalam samar samar tuh , sungainya lebar,...air deras di tengah tengah,...ada lengkukan di sebelah kiri dari aku duduk kuranglebih 75 meter gitu jaraknya, bertebing agak tinggi ( kalau jatuh ,pasti tak leh naik atas semula ) airnya agak keruh sikit...
Dan aku leka ngan sekor ikan baung yang ada dalam kumbu yang baru bapak aku dapat.
Oleh kerana jauh jugak air sungai dari permukaan tebing maka bapak aku tak masukkan kumbu tuh dalam air.
Aku memegang duri ikan baung dan ianya meronta ronta.Kemudian aku lepaskan.Pastu aku tarik misai dia....sampai ternganga mulut ikan tuh.Begitula aku bermain main ngan ikan baung tuh...
Bapak aku dan Pakcik Mahmud melabuhkan pancing masing masing ke dalam sungai.
Sesekali aku perhatikan tali pancing terik tegang.Mungkin di hanyutkan arus sungai.
Sesekali kedengaran Pakcik Mahmud menyentap dan merungut rungut.
Aku masih lagi leka ngan ikan baung.Perutnya ku cucuk ngan jari...lembut kurasakan dan licin...
Kemudian aku mendengar Pakcik Mahmud berkata kepada bapakku....
Katanya " Bang tak der pun udang menarik... "
Bapakku hanya diam. Menumpu perhatian. Bapakku kemudian menggulung kekili...membubuh umpan cacing yang baru dan membaling semula ....dia menarik perlahan...kemudian membiarkan tali hanyut di bawa arus...
"Kalau ada buaya banyak udang nih..." sambung Pakcik Mahmud setelah diam seketika dan kemudian menyambung semula " Saya tak pernah tengok buaya secara dekat...kalau dia ada timbul bolehlah tengok.." kata katanya yang celupar membuatkan bapak ku memandang kepadanya, yang duduk di sebelah kanan...
" Betul kau nak tengok buaya Mud?.," tanya bapakku...
Pakcik Mahmud hanya mendiamkan diri memberi tumpuan ke arah tali pancingnya....
"Yalah...bang kalau dia timbul..."
Perbualan mereka menarik perhatian ku...Playar ( ragum )yang aku pegang ku biarkan saja menyepit lembut di duri sisi ikan baung.Aku memandang mereka.
Aku lihat bapak ku seperti berkata sesuatu tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya...
Agak agak beberapa minit air membuak buak dari sungai betul betul di hadapan Pakcik Mahmud.
Kemudian muncul seperti akar kayu yang separuh tenggelam...perlahan lahan ianya naik ke permukaan dan menampakkan sepenuhnya badannya....
Seekor buaya timbul betul betul di hadapan Pakcik Mahmud dan dia memandang ke arah buaya itu tanpa bergerak dan ku kira tidak berkelip pun.
Buaya itu timbul sehingga menampakkan akinya yang empat dan ekornya melawan arus sungai yang deras...
" Ha....kau tengoklah sepuas hati kau " kata bapakku.
Setelah agak lama maka Pakcik Mahmud pun berkata " Dahlah tu...nanti di libasnya batang pancing, susah jugak " sambil menggulung kekili.
"Ha...yalah..." sambut bapakku.
Dengan katanya yang sebegitu, buaya itu pun terus masuk ke dalam air dengan kocakan yang kuat.
Bapak aku menggulung kekilinya dan Pakcik Mahmud telah pun mencambut sambungan batang jorannya tetapi perbuatannya terhenti apabila melihat bapakku yang tadinya menggulung kekili kini melontar semula umpannya ke dalam sungai bebetul di atas tempat buaya tadi timbul.
Seketika kemudian bapakku menarik kekili dan di hujungnya terdap[at seekor udang galah yang besar.
Pakcik Mahmud menyambung semula batang jorannya dan membubuh umpan semula dan melontarnya ke dalam sungai dan sekijur cuma dia pun menarik pancing dengan seekor udang galah terkait pada kail.
Begitulah mereka seorang demi seorang menarik pancing tanpa henti dan aku kemudiannya duduk di antara mereka menghulur kumbu ke kiri dan kanan untuk dimasukkan udang galah ke dalamnya.
Kami sampai di rumah selepas Isya' dan setelah mandi dan solat berjemaah maka kami pun menghadapi hidangan makan malam berlaukkan udang galah yang amat sedap dan manis.
Sehinggakan mak aku, sejak hari itu tiadalah lagi gemar akan makan udang galah kerana disebabkan terlalu asyik memakannya sehingga mak aku muntah dan pening sebab lazatnya udang galah tersebut....
Adanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
5- Berenang menyeberang sungai yang banyak buaya ( kisah aku ) |
|
|
|
|
|
|
|
ko org bukak YT search pawang buaya lawa gila ....
dinotunder Post at 8-3-2010 16:45
YT tu pebende? |
|
|
|
|
|
|
|
5- Berenang menyeberang sungai yang banyak buaya ( kisah aku )
rdzaccess Post at 10-3-2010 01:48
aik? aloh.. citer la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|