|
KISAH PARA NABI,SAHABAT,TABIIN,WALI ALLAH,ULAMA',PEMIMPIN
[Copy link]
|
|
KISAH 23
Seorang jiran Abu Bakar as-Siddik r.a adalah Yahudi.Setiap hari Yahudi tersebut mengumpulkan sampah dan membuang ke rumah Abu Bakar.Namun Abu Bakar tidak pernah marah,apa lagi mengherdik Yahudi tersebut...
Abu Bakar mengumpulkan sampah dan membakarnya,malah menjemput Yahudi tersebut makan minum di rumahnya.
Bertahun berlalu,timbul kehairanan dalam jiwa Yahudi tersebut.Mengapa lelaki itu tidak pernah marah,malah melayan aku dengan baik?
1 hari yahudi bertanya Abu Bakar
"Wahai Abu Bakar,aku amat hairan dengan sikap kamu...aku tidak pernah melakukan kebaikan kpd kamu,namun kamu sering melakukan kebaikan kepadaku..."
"Islam yang mengajar aku...."jawab Abu Bakar
Lantas Yahudi itu memeluk Abu Bakar sambil menangis,kemudian mengucap syahadat memeluk islam...............
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 24
Pada satu zaman,seorang Raja telah memanggil ulama' agar bersetuju dengan fatwanya iaitu diharuskan mengambil harta rakyat untuk dijadikan sumber ketenteraan negara.Majoriti ulama' bersetuju ,namun tidak Imam Nawawi rahimullah...
Raja yang marah,memanggil Imam Nawawi dan bertanya mengapa beliau tidak bersetuju.
Imam Nawawi rahimullah berkata " Wahai Khalifah....rakyat hanya mempunyai harta yang sedikit,cukup untuk bekalan mereka.Jika kamu mengambil harta mereka,apa lagi yang tinggal?Lihatlah istana kamu,gaji -gaji pegawai-pegawai kamu..."
Raja tersebut amat marah dengan Imam Nawawi.Penasihat menyuruh Raja memenjarakan Imam Nawawi...
namun Raja itu berkata " aku amat malu dengan Imam Nawawi.....dia adalah ulama' yang paling terkenal dengan sifat rendah diri dan tawadduk..apa kata orang kalau aku penjarakan dia...."
Akhirnya,Raja tersebut membatalkan hasrat merampas harta rakyat setelah berfikir dengan mendalam kata-kata Imam Nawawi....................
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 25
Dalam 1 peperangan,seorang tentera Islam cedera parah dan menjerit kehausan...seorang serikandi perang mengambil air lalu mahu meminumkan tentera tersebut...tiba-tiba terdengar jeritan seorang tentera lain dan tentera tersebut menyuruh serikandi memberikan lelaki itu dahulu.
Pabila serikandi mahu meminumkan tentera kedua yang parah,terdengar pula keluhan seorang lagi tentera,dan ia meminta serikandi memberikan lelaki tersebut dahulu.
Begitulah berterusan hingga sampai kepada lelaki ketujuh.Apabila serikandi itu mahu memberikan air kepada tentera pertama tadi,ia sudah meninggal dunia....begitulah yang kedua,ketiga hinggalah yang ketujuh......................
Akhirnya ketujuh-tujuh tentera yang cedera parah dan kehausan tidak sempat merasa air yang di tangan serikandi itu...........
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 26
Nabi saw pergi ke Thaif dengan Zaid bin Harisah untuk berdakwah,namun bukan sahaja penduduk Thaif tidak menerima dakwah,malah membaling batu hingga Nabi saw berdarah dan pingsan.
Pabila Nabi saw tersedar,turun Malaikat Jibril dan menyampaikan pesanan Allah swt agar Nabi saw memohon apa sahaja agar penduduk Thaif mendapat pengajaran.
"Kamu mintalah apa sahaja..adakah kamu mahu Allah swt terbalikkan bumi,turunkan banjir besar seperti umat Nabi Noh...."
namun Nabi saw mengangkat tangan dan berdoa
"Ya Allah..Engkau Maha Penyayang dan Pengasih...ampunkanlah mereka kerana mereka itu golongan jahil.........."
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 27
Hasan dan Husin r.a masih kecil dan menjadi cucu kesayangan Nabi saw.Pabila Nabi saw solat dan mereka bermain di atas belakang badan Nabi ketika sujud,Nabi saw tidak akan bangun selagi mereka tidak puas.Begitulah penyayang Nabi saw...
Pada 1 hari Hasan dan Husin melihat lelaki tua mengambil wuduk dengan tidak sempurna,iaitu basuhan tangan tidak sampai ke siku..
Lantas Hasan menyuruh Husin mengambil wuduk dengan cara salah sbgmana lelaki tersebut dan Hasan menegurnya.Lelaki tua tersebut perasan tingkah laku mereka dan menyedari kesalahan dan terus mengulangi wuduknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 28
Seorang wanita tua amat rajin ke masjid....bukan sahaja untuk solat berjemaah tapi rajin membersihkan masjid.
Wanita itu datang awal dan membersihkan sampah dan kotoran.
Pada 1 hari Nabi saw perasan sudah lama x melihat wanita itu dan bertanya para sahabat..
"Dia dah meninggal dunia............"khabar sahabat r.a
"Mengapa kalian tidak memberitahu aku?"balas Nabi saw...
Lantas Nabi saw meminta para sahabat r.a menunjukkan kuburnya dan Baginda saw menunaikan solat jenazah.........
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 29
Pada suatu malam Umar al-Khattab r.a sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka."
Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis" Perempuan: Kerana mereka lapar" Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?" Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini."
UmarMenangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"
Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."
Umar balik ke kota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam"
Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"
Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini"
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 30
Seorang wali Allah sedang menunaikan solat....ketika ia membaca satu ayat Quran yang bermaksud
"Seperti itulah azab; dan azab akhirat adalah lebih besar jika mereka tahu."
ia pingsan dan rebah meninggal dunia............................
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 31
Allahyarham Tun Ghaffar Baba adalah seorang pemimpin yang amat merendah diri.Ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ,beliau pernah ditanya bagaimana beliau meninggalkan kuasa,status dan gelaran yang direbutkan orang lain,beliau menjawab
"Saya sukakan kehidupan biasa,memandu kereta sendiri dan boleh berhenti di tepi jalan makan rojak di bawah pokok".
al-Fatihah.......................
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 32...
Insya-Allah bersambung.............
inilah kali pertama aku menziarahi perkuburan perajurit negara....
al-Fatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 32...
Imam Sayuthi rahimullah terkenal dengan fakih ilmu Hadis.Namun akibat hasad dengki ramai manusia,beliau terpaksa keluar dari Mesir kerana tidak tahan dengan pelbagai fitnah.Sebagai alim yang berpegang dengan Quran dan hadis ,fatwa beliau tidak disenangi pegawai2 kerajaan yang zalim.Beliau dipukul dan dihina oleh manusia jahat dan zalim.
Namun kerana sayangkan tanah air,Imam Sayuthi pulang ke Mesir.
Di sebuah daerah lain,orang ramai mahu menguji ilmu Imam Sayuthi kerana beliau terkenal dengan karamah.Mereka bertanya apa akan terjadi kepada pemimpin daerah itu kerana pemimpin itu terkenal dengan kezaliman dan kejam.Lantas beliau rahimullah menjawab bahawa pemimpin itu akan mati dibunuh dan akan digantikan dengan si fulan bin fulan.
Maka dikhabarkan kepada pemimpin akan ramalan Imam Sayuthi,marahlah pemimpin itu dan memerintahkan Imam Sayuthi dibunuh.Namun dengan karamah Imam Sayuthi,pegawai-pegawai polis tidak dapat mengesan Imam Sayuthi.Setelah 40 hari pemimpin itu dibunuh dan digantikan dengan orang lain yang lebih adil dan amanah.
Imam Sayuthi rahimullah meninggal dunia pd 911 Hijrah di Kaherah Mesir.
al-Fatihah....................
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 33
Imam Jalaluddin adalah seorang ulama' yang terkenal di Melaka.Tuan GuruJalaluddin Abdul Wahid nama penuh beliau.
Seorang lelaki amat sedih kerana sudah 9 tahun berkahwin namun masih belum mempunyai anak.
Lantas,dia bertemu dengan Tuan Guru dan menceritakan masalahnya.
Lantas dijawab Tuan Guru "saudara..ia adalah masalah kecil...Itu maknanya Allah swt amat rindu kepada kamu dan mahu kamu sering berdoa...kamu hanya banyakkan berdoa siang dan malam ,perlu konsisten ".
Lelaki itu pulang dan tidak lagi memikirkan masalahnya.ia hanya berdoa siang malam....dengan rezeki Allah,ia berjaya mendapat 9 orang anak....
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 34
Imam Ahmad bin Hambal rahimullah telah pergi ke bandar dan tanpa pengetahuan sesiapa.Beliau kemudian tidur di masjid.Seorang penjaga yang melihat beliau rahimullah tidur,menghalaunya kerana lelaki itu tidak mengenali Imam Ahmad.
Seorang lelaki yang kebetulan melihat peristiwa itu mengajak Imam Ahmad tidur di rumahnya dan Imam Ahmad bersetuju.
Kelihatan lelaki itu seorang yang amat jujur dan sering istighfar dalam melkaukan apa sahaja.Apabila ditanya Imam Ahmad mengapa ia lakukan sedemikian,lelaki itu menjawab
'Aku selalu beristighfar kerana aku dapati yang dengan istighfar, Allah akan makbulkan apa sahaja hajat aku. Akan tetapi ada satu hajat yang sampai sekarang Allah belum makbulkan, iaitu untuk berjumpa dengan Imam Ahmad Ibnu Hambal'.
"akulah Ahmad bin Hanbal.........."jawab Imam Ahmad rahimullah...
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
MasyAllah ..
amat berkesan .. dengan penjelasan yang amat ringkas dan tepat ..
sekali gus memberi impact pada pembaca macam ana ..
sekali lagi .. syukran akhi .. alhamdulillah ..
good keep it up !!
short and sassy .. well done ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 35
Qarun adalah pemuda miskin di zaman Nabi Musa a.s.Satu hari Qarun berjumpa Nabi Musa dan memohon agar Allah swt memberi kekayaan.
"Qarun...aku takut kamu berubah sikap..."kata Musa a.s
"Tidak.....aku akan menjadi manusia sgbmana hari ini..."balas Qarun.
Dengan izin Allah swt,Qarun menjadi saudagar dan hartawan kaya raya.Apabila Nabi Musa a.s memerintahkan Qarun untuk membayar zakat,Qarun menjawab
"Ini semua harta aku dan milik aku....semuanya ku miliki keprana kepandaian yang aku miliki..mengapa perlu aku keluarkan zakat..'
Jawab Qarun angkuh.
Kerana sikap sommbong dan angkuh,Allah swt binasakan Qarun.
Firman Allah swt dalam Quran :
“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).”
Dan jadilah orang-orang yang kemarin mencita-citakan kedudukan Qarun itu. Berkata: “Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)’.”
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 36
Seorang lelaki badwi sedang berehat di kebun....Datang seorang lelaki bertanya mengenai pelbagai jenis buah.Lelaki itu datang dari kota dengan pakaian yang cantik dan indah,sedangkan badwi itu compang camping...
"Tuan..mengapa Tuan bertanya mengenai buah?"
Jawab lelaki dr kota " Saya adalah seorang alim dari kota dan sedang meneliti pelbagai tafsiran dalam Quran dan hadis.Allah swt dan Nabi saw menyebut pelbagai jenis buah dan tumbuhan,namun banyak yang saya tidak ketahui.Setelah bertanya ramai orang,mereka meminta saya berjumpa dengan Tuan.."jawab lelaki itu merendah diri...
"owh...................."balas badwi itu.
P/s : Badwi adalah golongan yang tinggal di gurun pasir.Mereka mendapat rezeki dengan menternak haiwan dan menanam pelbagai sayuran,tumbuhan dan buahan.
Antara Hadis saw mengenai buahan :
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم | مَثَلُ الْمُؤمِنِ الَّذِى لا يَقْرَءُ الْقُرآنَ مَثَلُ الاتْرُجَّةِ رِيْحُهَا طَيِّبٌ | وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤمِنِ الَذِى لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ | لا رِيحَ لَهَا وَطَعْمَهَا حُلْوٌ | وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ القُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رَيحُهَا طَيِّبٌ | وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ لَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ | لِيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ | Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya : | Bersabda Rasulullah s.a.w. : | "Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah | (sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak. | dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma | tidak berbau tetapi rasanya manis | Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi | baunya wangi tetapi rasanya pahit | dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah | (sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit | Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 37
Juha al-Kufi adalah seorang wali Allah namun sering melakukan perbuatan aneh dan kontroversi.Beliau terkenal dengan suka bermain gitar.Juha terkenal dengan pelbagai kisah lawak dan lucu.
Pada satu hari seorang jiran mendengar Juha menjerit kesakitan..
Jiran bertanya :"kamu kenapa Juha?"
"jubah aku terjatuh..."balas Juha
"Jubah jatuh pun kamu berteriak?"balas jirannya
"Bodohlah kamu ni...aku pakai jubah dan jatuh bersama jubah ..tentulah aku sakit!"balas Juha...
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 23
Seorang jiran Abu Bakar as-Siddik r.a adalah Yahudi.Setiap hari Yahudi tersebut mengumpulkan sampah dan membuang ke rumah Abu Bakar.Namun Abu Bakar tidak pernah marah,apa lagi mengherdik Yahudi tersebut...
Abu Bakar mengumpulkan sampah dan membakarnya,malah menjemput Yahudi tersebut makan minum di rumahnya.
Bertahun berlalu,timbul kehairanan dalam jiwa Yahudi tersebut.Mengapa lelaki itu tidak pernah marah,malah melayan aku dengan baik?
1 hari yahudi bertanya Abu Bakar
"Wahai Abu Bakar,aku amat hairan dengan sikap kamu...aku tidak pernah melakukan kebaikan kpd kamu,namun kamu sering melakukan kebaikan kepadaku..."
"Islam yang mengajar aku...."jawab Abu Bakar
Lantas Yahudi itu memeluk Abu Bakar sambil menangis,kemudian mengucap syahadat memeluk islam...............
salam
yang ini pun .. ada keberkesanan nya ..
moga kita hidup berbilang bangsa ..
menunjokan good example pada bukan islam .. insyAllah
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|