Sarimah Ibrahim Bakal Bertunang Dengan Tungku Nadzimuddin
KUALA LUMPUR, 11 SEPT 2014: Setelah 9 bulan mengenali hati budi masing-masing, akhirnya Sarimah Ibrahim,36, dilamar oleh Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42. Tunku Nadzimuddin merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
Memilih 27 September sebagai tarikh keramat, majlis rasmi pertunangan mereka akan diadakan secara di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.
“Dia lain dari kawan-kawan yang saya pernah kenal sebelum ini. Dari segi budi bicara, cara, penampilan dan pemikirannya. Itu semua penting untuk saya.
“Cuma dia yang berani untuk bersama saya dan seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya,” kata Sarimah yang juga seorang penyampai di Mix.fm.
Tentang persiapan, Sarimah dan Nadzimuddin, atau lebih mesra disahut Jamie inginkan majlis pertunangan yang mematuhi adat resam dan mengikuti budaya kedua-dua belah keluarga.
“Persiapan sudah banyak dibuat dan kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami untuk mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa.
“Hanya doa yang diharapkan kepada para peminat agar segalanya berjalan lancar antara mereka berdua. Seperti sedia maklum, ini adalah perkahwinan kali kedua buat kami berdua. Jadi kami berharap perkahwinan ini adalah yang kali terakhir.
Tunku Nadzimuddin yang kini mengusahakan perniagaan dalam bidang pelaburan pernah menuntut dan menetap di United Kingdom dari tahun 1985 sehingga 1996.
Kedua-dua Jamie dan Sarimah dipertemukan buat pertama kalinya sejak 9 bulan lalu di sebuah majlis makan malam seorang kenalan.