CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-8-2007 02:42 AM | Show all posts
Tiba -tiba Makcik ( Mak mertua abang aku) menyampuk.
"Eh, anak lah buat"
Mungkin mereka ada pergi berjumpa dengan perawat yang lain dan perawat tu yang buat sendiri semuanya)
Aku terus menempelak " Eh, tak boleh Mak Cik , saya orang lelaki, belum kahwin pulak, tak boleh"

Aku tak tau lah kalau korang, ( lelaki jer ya...sorry) tapi masa tu aku naive.
Tempat sakit dia adalah di pangkal peha.Dah membengkak sehingga nampak urat biru( walau pun dia hitam manis) dan kemerahan di sekeliling. Ni aku dapat lihat apabila aku memejamkan mata sebelumnya.

Maka kedua ibu bapa dia pun pergilah, aku memandang abangku ~ geram.

Apabila mereka telah kembali, mereka mengajak ku makan, mungkin makan malam.
Pas tu kami bercerita; aku ngan kehidupan ku di Kuala Lumpur dan aku banyak bertanyakan keadaan di sekitar kampung.

Kemudian kami pun pulanglah ke rumah.
Ke esokkan harinya aku pun mula menuju jalan pulang.
Lebihkurang jam 7 pagi. Perjalanan ku bermula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 02:47 AM | Show all posts
Dalam perjalanan aku singgah di pekan untuk beli rokok. Kedai runcit di sebelah kedai pemungut getah. Maka ada satu Pak Cik tu tengok motor aku.
Dia datang dekat, memandang2 aku dan motor aku.

Pas tu dia tanya " Motor jenis apa ni?"
"Kawasaki" jawab ku pendek.
"Berapa dia punyer giar?" tanya pak cik tu lagi.
"Enam" balasku.
Dia mengangguk kan kepala kemudian membalas,
" Lebih dari kereta"
Aku diam.
Pas tu dia tanya lagi "Berapa harga?"
Aku jawab" Dekat tiga puluh ribu"
" Lebih baik beli kereta" katanya sambil berlalu.
Aku : ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 02:54 AM | Show all posts
Aku kemudiannya meneruskan perjalanan pulang...
Perjalanan ku lancar dan aku amat enjoy sekali.
Tiada lah aku terkejar nak cepat. Releks aje bawak. Ikut kelajuan kereta yang di hadapan. Steady ajer.

Hinggalah sampai di satu tempat tu yang macam aku perasan bahawa aku kena tolak pada malam tu.

Aku sematkan dalam hati jauh2. Bukan tempat ni... bukan tempat ni...

Motorsikal ku pulak macam memberi tahu bahawa perasaan ku adalah salah.
Enjin makin lama makin kurang power, dan akhirnya....
Kena tolak lah aku lagi gamaknya...hissshh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 03:05 AM | Show all posts
Aku turun dari motor. Bertenggung di sebelah dan mengeluh. Jauh ni... Panas nih...Leceh ni...Berat ni...
Tak de pulak kenderaan yang lalu, padahal tengahari buta tuh...
Maka bertolaklah aku dengan segala kepayahan macam satu dunia punya masalah kat aku...
Dahlah badan aku kecik, panas terik, dengan jaket kulit lagi. Habislah tapak kasut "SIDI" aku.
Dalam aku mengenang nasib diri maka adalah turun bukit sikit....
Fuhhhh... lega...
Aku berhenti kejap. Pasang rokok dan hisap.
Bila dah ada tenaga, selalunya bila habis sebatang rokok, Aku pun menolak motor dengan kuat.
Motor menggelungsur agak laju sikit dan aku pun melompat naik.
Angin menolak muka ku dan terasalah sejuk sikit walaupun berpeluh.
Agak2 beberapa meter aku terpandang buat kali pertamanya pemandangan yang sememangnya aku tak nak tengok...
Apa lagi kalau waktu malam...

Aku pun terus tekan button start dan enjin mengaum dengan kuat.
Gear satu, dua ,tiga, empat lama sikit sampai habis throttle dan lima pun cam tu jugak...
Siapa lah punya tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:50 AM | Show all posts

Reply #584 rdzaccess's post

agaknya memang semua post bro rdz ni membuatkan haku tertanya2...

apa pemandangan yang tak nak tengok tu? ada awek seksi ke kat tepi jalan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 08:40 AM | Show all posts
kena tgu rdzaccess's masuk nti... jwp nya senin br dapat baca....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #586 nagaijau's post

hahaha...rilek2.....sabar tu kan separuh daripada iman....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:02 AM | Show all posts
alahaiiiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 11:39 AM | Show all posts
alahmak.. isnin la baru dapat bace sambungan cite ni.. laaahaaaiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by alaa at 10-8-2007 11:39 AM
alahmak.. isnin la baru dapat bace sambungan cite ni.. laaahaaaiiiii...


okla tu.. bule baca sekali harung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 12:40 PM | Show all posts

Reply #590 lily_kama's post

tapi nasib baik jugak xde internet kat umah...
kang aku xkemas n masak kat umah nun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by lily_kama at 10-8-2007 11:52


okla tu.. bule baca sekali harung..



ok gk la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:36 PM | Show all posts
aku tak kira hari apa rdzaccess nak  sambung cerita dia...janji dia akan sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 10-8-2007 01:36 PM
aku tak kira hari apa rdzaccess nak  sambung cerita dia...janji dia akan sambung.....


tul.. x kisah la ari apa.. janji ada sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 04:02 PM | Show all posts
aku pun dh  melekat kt benang ni...kalau sehari x singgah...tertanya2 aku apa kesudahannya......mmg best....!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 06:29 PM | Show all posts
Selingan (6)



Masa aku di Kampung nenek aku sebelah mak aku di N.Sembilan ada satu peristiwa.
Ketika itu ada pasar gesel. Dari rumah nenek aku ke pasar tersebut adalah lebih kurang 2 Km.
Kami ( sedara dan sepupu aku~6 orang sumanyer) berjalan kaki saja pergi.
Walau pun agak gelap bermula jam 8 malam namun oleh kerana menyusuri jalan raya itu tidak menjadi hal.
Setelah sudah dan pasar gesel tu dah nak tutup maka kami pun berjalan pulang sambil mengunyah kundasang yang kami beli.

Sampai dah jalan masuk ( jalan tanah) menghala ke rumah nenek.
Di selekoh di bawah pokok mata kucing ( besarnya 3 pemeluk kalau sekarang) kami ternampak samar-samar satu benda putih.
Sedara aku dah tak nak meneruskan perjalanan. Semuanya perasan dan tertengok benda tu.
Oleh kerana aku mempunyai kemahiran berjalan dalam gelap ( di mana aku dapat mengelak taik lembu yang bersepah bertaburan kat atas jalan) maka aku pun dengan cara  terpaksa dan memberanikan hati dan diri, pergi mendapatkan benda putih yang duduk kat bawah pokok tu.

[ Last edited by  rdzaccess at 10-8-2007 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 06:32 PM | Show all posts
Dengan berpandukan anak mata untuk melihat agar dapat mengelak taik lembu, aku menghampiri benda putih tu.
Ianya tak tinggi, agak2 separas keala lutu ajer ( ketika itu)

Agak2 dah sampai 5 kaki, aku memperlahankan langkah.

Aku tenung benda tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 06:33 PM | Show all posts
Keadaan sunyi sesekali adalah bunyi cengkerik tanah yang sayup kedengaran.

Aku melangkah lagi....menjeling ke kiri dan kanan....

Tiada siapa pun berada dekat dengan ku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 06:34 PM | Show all posts
Jarak 3 kaki lagi maka akan sampai lah aku kat benda tu..

Ia tak bergerak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 06:37 PM | Show all posts
cepat la sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048083 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list