Apabila seseorang itu berbuat atau berubah atau mendekatkan diri ke arah kebaikan ataupun melakukan ibadah atau mengamalkan sunnah maka orang kita akan menggelar dan memanggilnya orang alim, ustaz, ustazah, berlagak, tunjuk pandai dan berbagai lagi kata pujian berbunyi sindiran dan retorik.
Memuji tidaklah salah tetapi cara pujian itu walaupun kedengaran baik namun sesetengah orang merasa rimas dan tidak suka dengan gelaran tersebut. Terkadang pujian-pujian itu bukan memberi galakan tetapi ada kalanya menjatuhkan mental seseorang.
Apalah salahnya kita beri galakan, sokongan atau ucapan tahniah kepada mereka. Orang yang berbuat kebaikan bukanlah asalnya orang yang baik. Mungkin orang itu berasal dari latar hidup yang jahil atau buruk. Kemudian kita memuji begitu dan tanpa diduga senyap-senyap dia makin jauh dari kebaikan kerana merasa tersindir dan tidak layak.
Perubahan seseorang ke arah keburukkan atau menjauhi kebaikan mungkin berpunca dari sikap kurang matang, gurauan, dan sindiran kita sendiri. Hati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata. Lidah lebih tajam dari mata pedang.
Sekiranya kita cemburu dengan kejayaan orang lain maka itu adalah perkara biasa. Manusia normal akan cuba bersaing secara sihat untuk memperoleh kejayaan yang sama.
Tetapi sekiranya cemburu kita membawa kepada cubaan menjatuhkannya supaya kita pula berpeluang mendapat kejayaan atau kita gembira melihat kejatuhan orang lain maka ketahuilah bahawa itu merupakan PENYAKIT HATI.
negara kita adalah negara yg paling awal sekali menghulur bantuan semasa bencana tu
sumbangan dari segi makanan perubatan dan sokongan moral.
cuma xde la membina semula perkampungan. Sbb tu xde nama kg negara kita kat sana
camtu, takde la aktiviti lepak-lepak tepi pantai... tengok sunset.. hehe. kalau sebut pasal Acheh teringat novel Hafalan Shalat Delisa.. berdasarkan kisah benar mangsa tsunami... (tari ada tak tengok filemnya?).
hehe...x tau le, sbb kita pun x berpeluang nk masuk kaw pantai selepas jam 6 ptg di sana.
kalau ada yg degil tu...sila tanggung sendiri kalau kena tangkap oleh polis syariah.
kalau sebut pasal Acheh teringat novel Hafalan Shalat Delisa.. berdasarkan kisah benar mangsa tsunami... (tari ada tak tengok filemnya?).
x tgk filem tu, lala ada tgk ke
mesti best kan citer ni