CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
Post time 6-11-2014 02:37 PM | Show all posts
aku tak faham apa kaitan menjalankan ujian DNA sejak 1994..tapi dapat PhD tahun 2000. nak tunggu ada PhD ke baru boleh buat ujian DNA?

PhD ajar orang nak jadi independent researcher bukan soal pengalaman menjalankan DNA. sekurang2 dia dah ada kelayakan menjalankan ujian DNA ada degree dalam bidang berkaitan dah cukup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 02:37 PM | Show all posts
d'zeck posted on 6-11-2014 02:29 PM
mesti mak bapak you tak penah
belikan spenda untuk you
masa kecik2 dulu, kan

sian macai... macai always macai
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:42 PM | Show all posts
tu la,
sebelum kesian kat orang
pandang dulu kiri kanan

kan dah malu sendiri
bila orang tau dia tak penah pakai
spenda sejak kecik



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:43 PM | Show all posts
2.26pm: Mahkamah bersambung semula.

Kelihatan bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali dan anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen hadir mengikuti perkembangan kes.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:44 PM | Show all posts
apa,

keling ram kata
nak buat ujian DNA kena
ada PhD dulu?

pfftt

aiyoyo

ini keling ada lesen puguam
ka tada ka?



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:49 PM | Show all posts
2.30pm: Sangeet Kaur pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada dalam dubur Saiful, tetapi “Lelaki Y'.

Sangeet membangkitkan perkara sama, iaitu polis tidak melihat Anwar memberus gigi menggunakan berus gigi yang diberikan.

Peguam bela berkata demikian ketika pihak pendakwaan merujuk kepada testimoni polis bahawa Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2014 03:00 PM | Show all posts
Penyokong Anwar Harap Mahkamah Putuskan Keputusan Pada Khamis

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 11:57 AM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]

   
PUTRAJAYA: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap nasib Ketua Pembangkang dalam rayuannya terhadap hukuman penjara  lima tahun di atas kesalahan meliwat akan diketahui pada Khamis.

Mereka yang masih menanti prosiding pada hari ketujuh itu tetap mengadakan perhimpunan tanpa permit di luar perkarangan Kompleks Istana Kehakiman.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa ketika berucap di hadapan kumpulan itu berkata, pihaknya mahu penantian mereka berhubung nasib masa depan politik Anwar dapat diketahui segera.

"Kita tak mahu lagi ia ditangguhkan. Perbicaraan ini sudah berlarutan sejak minggu lalu," katanya di sini, Khamis.

Kumpulan itu yang kebanyakkannya memakai pakaian berwarna hitam berkumpul secara aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi.

Bagi yang beragama Islam, kumpulan itu dilihat duduk sambil membaca surah Yassin dan berdoa supaya Anwar dibebaskan.

Prosiding hari ini menyaksikan pasukan pembelaan mula menyampaikan hujah balas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 03:01 PM | Show all posts
Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Dijangka Pada Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 12:09 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]




PUTRAJAYA: Prosiding rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kemungkinan akan berlarutan sehingga Jumaat.

Wakil peguam pembelaan, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya memerlukan lebih masa untuk memberi hujahan balas berhubung beberapa perkara penting yang dibangkitkan pasukan pendakwaan.

"Saya berharap akan habiskan hujahan saya sebelum tengah hari.

"Lepas itu ada lagi tiga penghujahan. Kita harap hari ini (Khamis) boleh habis atau selewat-lewatnya pagi esok," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan semasa prosiding berhenti rehat pada pukul 11 pagi Khamis.

Ramkarpal memulakan penghujahan balas pihak pembelaan pada prosiding pagi ini yang masuk hari ketujuh.

"Pembelaan telah bermula dengan penghujahan. Saya menyentuh mengenai keterangan saintifik dan DNA. Saya akan sambung selepas ini," katanya.

Sebelum ini pihak pendakwan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah banyak membangkitkan mengenai DNA Anwar yang diperoleh daripada lokap untuk dipadankan dengan profil 'Lelaki Y' yang ditemui pada tubuh pengadu, Mohd Saiful.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2014 03:03 PM | Show all posts
Anwar Mungkin Didakwa Hina Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 2:37 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]



  
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah yang bersidang mendengar rayuan terakhir kes liwatnya selepas beliau mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan menjadi alat kerajaan.

Ketua Pendakwaraya rayuan kes liwat tersebut, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Jabatan Peguam Negara sedang menilai kenyataan Ketua Pembangkang itu sebelum meneruskan prosiding di mahkamah.

"Saya cadangkan supaya kita tak campur aduk prosiding ini, agar ia berjalan dengan lancar.

"Tetapi Peguam Negara berkata perkara ini harus dikemukakan kepada mahkamah sebab menjadi tugas Jabatan Peguam Negara membangkitkan perkara ini supaya mahkamah dapat dilindungi.

"Sama ada kita akan ambil tindakan undang-undang...kita akan fikir balik selepas prosiding ini," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.

Terdahulu ketika prosiding rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh berlangsung, Muhammad Shafee memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Ketua Pembangkang itu telah menghina mahkamah tersebut ketika bercakap kepada media, Selasa lalu.

Memetik laporan portal propembangkang, Malaysiakini  dan portal berita, Malay Mail Online, Muhammad Shafee menyatakan, kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membayangkan Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan merupakan alat kerajaan untuk memaksanya bersara.

"Beliau serang mahkamah. Beliau kata saya tidak akan bersara, tetapi beliau kata lagi, kalau beliau bersara mungkin mahkamah akan buang kes ini.

"Ini seolah-olah beliau menyarankan bahawa mahkamah, kerajaan dan pihak pendakwaan bersekongkol...bahawa mahkamah tidak adil dan tak ada integriti," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:07 PM | Show all posts
bluemenx posted on 6-11-2014 02:49 PM
2.30pm: Sangeet Kaur pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada d ...

Y for yennadeyy

semua empat orang peguam bekap ketum
pun yennadeyy

oleh itu lelaki Y adalah ketum

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:10 PM | Show all posts
2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi tidak berfungsi.

Katanya, mahkamah oleh itu harus menolak keterangan mengikut keadaan dan menerima keterangan langsung.

Sangeet berkata, terdapat dua orang anggota polis menjaga sel itu tetapi tidak dipanggil sebagai saksi dan mencadangkan sampel itu mungkin datang daripada mereka.

Katanya, sampel itu diperoleh melalui cara tidak adil jika mahkamah memutuskan menerimanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:14 PM | Show all posts
kedua dua pihak sedang putar belit...x payah layan. tengok apa kenyataan yg pasti sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:18 PM | Show all posts
bluemenx posted on 6-11-2014 03:10 PM
2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi  ...


Jika sampel itu diperolehi melalui cara tidak adil,
Eloklah Anwar secara sukarela menyerahkan sampel DNAnya untuk dianalisis bagi menentukan sama ada sepadan atau tidak dengan
DNA air mani lelaki Y yg ditemui dalam dubur sepol...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:20 PM | Show all posts
3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia mendorong mereka menggunakan cara yang boleh dipertikai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:22 PM | Show all posts
sementara itu Peguambela Ramkarpal Singh memberitahu bahawa DNA lama boleh dikesan dari fosil dinosaur tetapi bukan dari dubur. Ini kerana katanya, DNA akan mula mereput dalam tempoh 70 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:29 PM | Show all posts
bluemenx posted on 6-11-2014 03:20 PM
3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia m ...

Yg peliknya, kenapa anwar tak mahu bagi,
bukan mintak air maninya, cuma mintak rambut, mintak darah untuk dianalisi DNAnya,
sama ada sepadan atau tidak dengan DNA air mani yg ditemui pada sepol....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 03:38 PM | Show all posts
3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbicaraan benar apabila ia pada mulanya tidak mengakui bahawa tiga barangan yang diambil daripada sel – iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala.

“Tanpa barang-barang ini, ia tiada sebarang kaitan dengan Anwar dan ini membawa kepada persoalan siapa sebenarnya 'Lelaki Y',” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:51 PM | Show all posts
Eh ramai sunguh tanya napa anwar taknak bg DNA dia. Marilah kita kembali ke tahun 1998 di mana Anwar ada bagitau taknak bagi DNA sb nanti di salah guna. Bayangkan kalau DNA Anwar di salah guna, di tabur pada semua mangkuk tandas...maka ramailah rakyat Malaysia tampil membuat laporan polis di liwat kerana ada kehadiran DNA Anwar pada dubur mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:54 PM | Show all posts
bluemenx posted on 6-11-2014 03:38 PM
3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbi ...

senget kaur nak kata
sampel DNA diambil secara tak adil pulak ka

abis dah mintak cara baik
tak nak bagi

ambil sisa ketum selepas bermalam kat lokap je la alternatifnya

jijah pun satu,
patutnya jangan la subahat lebih2 sangat

apa salahnya tolong kutip rambut
suami kat bantal, serah cara elok

ini soal
antara kebenaran dengan kebathilan,

jadi
tak timbul pun isu sampel diambil secara tak adil
sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 03:56 PM | Show all posts
rashiman posted on 6-11-2014 03:29 PM
Yg peliknya, kenapa anwar tak mahu bagi,
bukan mintak air maninya, cuma mintak rambut, mintak dar ...

saya rasa isu pokok dia kita tak de bank DNA dan tak wajibkan setiap rakyat dan sape ada visa masuk Malaysia masuk dalam pengkalan data DNA. kalau orang pro si tertuduh ni maybe akan kata takut disalahguna. tapi kalau dah diwajibkan tak timbul isu ni dan hanya pihak yang berintegriti je boleh uruskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.486368 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list