|
MANCHESTER UNITED~kaloh pon dok atas lagi ke..huhuhu
[Copy link]
|
|
pagi esok MU lawan MC... camner agak nyer:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
pagi esok MU lawan MC... camner agak nyer:pompom:
seTEGAP Post at 27-1-2010 03:38 PM 
takde camne camne eh, dah konpom bungkos dah, line up 1st team manu memang takleh lawan line up team b siti  |
|
|
|
|
|
|
|
Pertarungan Tevez, Neville di Old Trafford
LONDON: Tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana sudah jelas pergeseran di antara Carlos Tevez dengan Gary Neville pasti menjanjikan saingan hangat dalam perlawanan separuh akhir kedua, Piala Liga membabitkan Manchester City dengan Manchester United, hari ini.
Penyerang Argentina itu yang meninggalkan United untuk beraksi bersama City musim lalu, menjaringkan kedua-dua gol membolehkan kelabnya menang 2-1 di Eastland pada perlawanan pertama.
Bagaimanapun, isyarat 'diam' oleh Tevez yang ditunjukkan kepada Neville, dibalas isyarat lucah daripada pemain United itu lalu mencetuskan perang mulut.
Tevez menyifatkan Neville sebagai 'pengampu' dan 'bodoh' ketika temuramah bersama radio Argentina kerana menyokong keputusan pengurus United, Alex Ferguson yang tidak mahu berbelanja untuk mengekalkannya pada musim panas lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif City, Garry Cook mendakwa City akan menjadi kelab terbesar dunia dan perlu sedia berani untuk menggugat penguasaan United di laman sendiri walaupun ia mengundang risiko.
Sejurus itu, Ferguson mendakwa Tevez seharusnya dibuang padang kerana mengasari Wes Brown.
Polis turut melakukan beberapa tangkapan sebelum dan ketika perlawanan pertama minggu lalu dan pegawai tambahan dikerah untuk mengawal Old Trafford apabila United terdesak untuk menghapuskan defisit dan menempah perlawanan menentang Aston Villa pada final di Wembley.
Ia menjadi detik terbaik untuk United merobek keyakinan tinggi pasukan City yang semakin menghampiri piala pertama yang amat bermakna buat mereka selepas kali terakhir mendakap kejuaraan pada 1976, beberapa minggu selepas pasukan diambil alih oleh Roberto Mancini. |
|
|
|
|
|
|
|
'Tiada sebab untuk tinggal United'
MANCHESTER: Biarpun menerima banyak tawaran lumayan daripada kelab lain, bintang Manchester United, Wayne Rooney menegaskan dia tidak bercadang meninggalkan Old Trafford.
Penyerang England itu kini berada pada prestasi terbaiknya musim ini dengan ledakan 19 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk empat ketika United menang 4-0 ke atas Hull, Sabtu lalu, bagi membolehkan juara bertahan itu melonjak ke persada liga.
Sentuhan gol Rooney cukup penting buat United selepas ketiadaan pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Old Trafford sebelum musim bermula untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Real dan pencabar utama dalam liga domestik, Barcelona dikatakan berminat mendapatkan Rooney tetapi pemain berusia 24 tahun itu berkata dia gembira untuk kekal bersama Red Devils.
"Spekulasi akan berlaku setiap kali kelab utama memperkatakan mengenai anda. Tapi, ia memang seronok apabila anda menjadi tumpuan mereka.
"Tapi, sudah banyak kali saya katakan, saya adalah pemain United dan masih gembira di sini. Saya harapkan kami mampu memenangi gelaran lagi musim ini," katanya dalam laman sesawang rasmi kelab itu.
Menurut Rooney, skuad itu mampu mencipta sejarah memenangi liga sebanyak empat kali berturut-turut selepas tiga musim menjuarainya.
"Saingan musim ini lebih sengit dan mungkin paling menarik buat penyokong berkecuali. Kami sekarang berada di atas dan harap ia akan kekal sehingga akhir musim." - AFP
bagus2..jadila lejen!  |
|
|
|
|
|
|
|
sediakan pompom untuk Rooney pagi nih :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
2nd half mantap..4-5-1 menjadi kali nih..fak tevezz n bellamy xdak leher.. |
|
|
|
|
|
|
|
wa ingat menciteh tu hebak sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
kelab besar macam mengyu pon mau berebut piala murahan neh?? kasik kat aston villa je la... |
|
|
|
|
|
|
|
menang plak, tak bergerak la gerakan anti-ggf aku |
|
|
|
|
|
|
|
superb game smlm gigeh haku bgn tgk..man of the match haku nk bg kat Scholes great passing, shooting, dpt kawal tgh dgn baik..
vds dpt slmtkan shoot dr micah kat hujung corner gol..wol klass
rooney hero gol last menet..nani ok la tp kurang kemas
overall hebakkk..glory2 man united..best dgr lagu ni pasang kat stdium  |
|
|
|
|
|
|
|
MU bencana tanpa Rooney'
Dia bukan sekadar penyerang, dia seorang juara: Ancelotti
COBHAM (England): Carlo Ancelotti yang tampak tertekan selepas Chelsea kehilangan status pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kini melancarkan perang psikologi ke atas pencabar, Manchester United dengan mengatakan peluang lawan itu akan terhapus andai Wayne Rooney tercedera.
Pengendali berbangsa Itali itu beranggapan tanpa penyerang England itu, kekuatan barisan dari Old Trafford itu akan hilang kerana Chelsea akan lebih kuat dalam situasi itu.
Ancelotti yakin persembahan cemerlang Rooney ketika ini sekadar membuktikan betapa pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson terlalu bergantung kepada pemain berusia 24 tahun itu mencari gol dan mata pasukan.
“Tanpa Rooney ia pasti sukar (untuk memenangi liga). Dia penyerang terbaik di Manchester United, salah satu penyerang terbaik di dunia,” kata Ancelotti.
“Rooney, bagi saya, pemain menakjubkan. Dia bukan sekadar penyerang, bukan sekadar penyudah, dia seorang juara, pemain bertaraf dunia.
“Dia beraksi untuk pasukan. Saya pernah melihat dia bermain di sayap kiri tahun lalu dan turun ke bawah untuk membawa pasukan bertahan. Dia pemain sebenar bola sepak dan saya peminat utama Rooney.”
Rooney sudah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan dan menekankan kepentingannya kepada United dengan jaringan empat gol pertama dalam kerjaya menentang Hull, Sabtu lalu, menjulang juara bertahan itu ke tangga teratas liga.
Perpindahan pra-musim Cristiano Ronaldo ke Real Madrid membolehkan pengurus United, Ferguson mengembalikan Rooney kepada peranan selaku penyerang utama dan penggempur England itu memberi pulangan kepada pasukan dengan rentetan prestasi cemerlang. - AFP
anceloti feminat rooney rupanya  |
|
|
|
|
|
|
|
MU bencana tanpa Rooney'
Dia bukan sekadar penyerang, dia seorang juara: Ancelotti
COBHAM (England): Carlo Ancelotti yang tampak tertekan selepas Chelsea kehilangan status pendahulu Liga Perdana ...
cak! Post at 28-1-2010 03:51 PM 
pasni real bid rooney plak 100million, guna runi utk dptkan si rooney ni.....bertambah sukala glazer dpt duit....
|
|
|
|
|
|
|
|
Whoa..Cam ada harapan jek MU nak dapat carling cup!! :pompom:
Aston villa xde arr kuat mana pun rasanya kan? Tapi dia ada kat mana2..FA cup dia dah nak msk round 5, Barclays dia tangga ke-7..Carling gi final!!
Whoa..Tak boleh pandang rendah ngan Aston neh!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
MU bencana tanpa Rooney'
Dia bukan sekadar penyerang, dia seorang juara: Ancelotti
COBHAM (England): Carlo Ancelotti yang tampak tertekan selepas Chelsea kehilangan status pendahulu Liga Perdana ...
cak! Post at 28-1-2010 15:51 
Tak lama lagi mesti real madrid kebas ...Arghhhh!!! :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|