CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BabeYSHa

MISTERI GADIS GHAIB TIAP KALI SENJA

  [Copy link]
Post time 29-10-2010 02:40 PM | Show all posts
Reply 763# vandal

oooo.. patut laa...

saka laa ni.. saka 'jin bodo'..


hahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 02:57 PM | Show all posts
Reply 763# vandal



aku seyes jd blur baca semua ni..
bila aku bc ko nyer statement buat aku tergelak plak..heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:04 PM | Show all posts
betul2 SATU MALAYSIA kena tipu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:05 PM | Show all posts
hiik...hik..hik...   ...kekadang mals nak campur hal org lelaki berdebat... ...
ilahkhatibrani Post at 29-10-2010 13:45



   betul tu ilah.....kenkadang rasa macam kanak2 ribena pulak kan? gaduh sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:06 PM | Show all posts
betul2 SATU MALAYSIA kena tipu.....
timah77 Post at 29-10-2010 15:04


kesian Jin.. tak pasal2 kene fitnah.. dorang mesti cakap "Jin punye manusia"..
heheheheee...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:06 PM | Show all posts
Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar.

KUALA TERENGGANU - Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sana, semalam.

Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar.

Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu.

Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 03:11 PM | Show all posts
ntah2 yang duit dan batu hilang tu..si balqis ni amik x?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:11 PM | Show all posts
Reply 762# unekspekted
agak2.. ringtone dorang pakai ape?? pempuan mengilai??  lagu cindai??

kahkahka ...
unekspekted Post at 29-10-2010 14:38


itu ringtone lamer...mana ada kelasss...

sekarang dah pakai ringtone lagu baru; "Kekanda Adinda - Monoloque & Atilia"

Dinda kerja siang,
Kanda kerja malam,
Bilanya nak bertemu~
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam mukaaa~~

Teeeett...teeeett.....*Mesej dari Jin Merapu*; "Yo, Balqis...Jom Lepak..."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 03:14 PM | Show all posts
mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning..


pemimpin2 Kultus Jin tak nak comment ker?? bende pelik dan ajaib ni..

hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:16 PM | Show all posts
Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.
moskau12 Post at 29-10-2010 15:06


gerak hati la sangat....................
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:18 PM | Show all posts
“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu.

Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,"


Istane bunian kot.. hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:21 PM | Show all posts
mane Ketua2 Kultus Jin ni.. menyorok ker.. xde yg nak comment pun...

hahahahhaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:28 PM | Show all posts
Reply  hantukiller



hahahahaaa... statement yg paling bangang aku dengar dalam minggu ni..
...
unekspekted Post at 29-10-2010 14:05

sapa yg bangang, jin atau manusia yg percaya kakinya dah tak bertulang? wakakakaka

Buktikan le secara scientific mana ' hilang ' nya tulang kaki ko?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:29 PM | Show all posts
kenang2 balik berita sebelum nih;

Bunyi letupan ketika gadis 'ghaib' dirawat


Wartawan, jurugambar Berita Harian lalui pengalaman ngeri

JERTIH: Suasana sunyi tiba-tiba digemparkan dengan bunyi kuat seperti runtuhan sesuatu yang berat ke lantai, mengejutkan ahli keluarga dan tetamu yang berjaga supaya gadis mengalami gangguan misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini tidak ghaib lagi pada malam kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, bomoh serta Wartawan dan jurugambar Berita Harian yang berada di rumah Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang melalui kejadian misteri sejak dua bulan lalu turut mendengar letupan itu.
Bunyi runtuhan kira-kira jam 10.30 malam itu adalah antara kejadian pelik sepanjang semalaman di rumah gadis itu, termasuk melihat kelibat makhluk halus serta sejenis objek besi yang tiba-tiba jatuh ke ruang tamu rumah.

Sejak mengalami gangguan misteri itu, Siti Balqis, anak sulung daripada empat beradik itu sudah ghaib daripada pandangan ramai di rumahnya sebelum ditemui di pelbagai tempat dalam tempoh antara enam hingga tujuh jam kemudian di siling rumah, atas pokok manggis, tanah perkuburan, rumah tinggal dan mesin pembancuh simen.

Malam kelmarin, setengah jam selepas sesi rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional selesai pada kira-kira jam 10 malam, suasana hening digemparkan dengan bunyi letupan seperti atap runtuh di sebuah bilik. Apabila semua di rumah itu bergegas ke bilik berkenaan, didapati tiada apa yang berlaku.

Wartawan dan jurugambar, Aswadi Alias merasa seram dengan kejadian itu, tetapi mereka tetap memberanikan diri dan terus bersama ahli keluarga dan jiran menjaga Siti Balqis yang berbaring di ruang tamu rumah.
Menjelang dinihari keadaan bertambah sunyi dan kedinginan malam ditemani pula dengan pelbagai bunyi yang menyeramkan. Secara tiba-tiba kira-kira jam 2 pagi, seketul logam berukuran 12 sentimeter tiba-tiba melayang dan jatuh ke tengah ruang tamu rumah.

Bagaimanapun, mujurlah objek logam itu tidak terkena sesiapa walaupun ia jatuh tidak jauh daripada sekumpulan wanita yang turut sama berjaga tidak jauh dari gadis itu.

Malah sebelum logam itu jatuh, Aswadi mendakwa melihat sendiri objek berbalut kain putih melayang di depannya sebelum ia terjatuh di sisi sekumpulan wanita terbabit.

"Memang saya berasa seram sejuk dengan kejadian itu dan tidak lama kemudian beberapa bahagian badan terutama tangan dan kaki kebas dan badan saya seperti demam," kata Aswadi yang kini demam dan diberikan cuti rehat selepas pulang dari Besut, pagi semalam.

Bagaimanapun, usaha kami untuk mengambil gambar objek berkenaan tidak kesampaian kerana sebaik saja objek itu jatuh ke ruang tamu, seorang adik Siti Balqis segera mengambilnya dan mencampakkannya ke luar rumah.

Melihat ketakutan semua hadirin, ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, mengingatkan kami supaya tidak bimbang kerana baginya, bunyi pelik dan jelmaan pelbagai objek di rumah itu adalah perkara biasa sejak kejadian misteri menimpa anaknya dua bulan lalu.

Sementara itu, mengulas usaha mengubat Siti Balqis, Norizan berkata, mereka sudah mendapatkan lebih 100 bomoh dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk merawat penyakit misteri anaknya tetapi setakat ini keadaan kesihatan anaknya tidak berubah.


Samada wartawan tu pandai2 buat cerita, atau bomoh tu buat pertunjukan silap mata yang best

udah 100 bomoh datang rawat, alih2 polis jugak yang setelkan kes...

Lepas ni kalu ade saper2 yang terhilang, tak yah gi bomoh...lapor polis, senang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:31 PM | Show all posts
Reply 772# mosti


   
meeeeemang KONFIM..!!!! tak yah cek mangkuk2 bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by vandal at 29-10-2010 15:33

Agak2 korang, aper la sebenarnyer yang ader dalam balang2 nih...??




Punyer la byk 'Jin' yang ditangkap, alih2 polis jugak yang dapat cari balik Balqis...

Abih tu, yang dalam balang2 tu, 'Jin' siapa...??

Atau bomoh buat silap mata skali lagik...??

P/S: telur dalam balang plastik tu kalo buat goreng lagi bagus....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply 680# rozzelle


rasanya schizophrenia pun berkaitan alam mistik kot.. cuma dari istilah perubatan dikatakan schizophrenia.. tapi kalau dari sudut rawatan alternatif, punca schizophrenia mungkin berkaitan dgn jin..

termasukla berbagai lagi jenis penyakit psychiatry/psychology seperti OCD dan bipolar disorder..

cuma dalam perubatan takde istilah "hantu"....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:37 PM | Show all posts
sapa yg bangang, jin atau manusia yg percaya kakinya dah tak bertulang? wakakakaka

Buktikan le  ...
hantukiller Post at 29-10-2010 15:28


itu dia.. ketua kultus jin dah bersuara...

so.. ko kan hebat dalam hal2 halau jin ni.. cube ko 'halau' yg melekat kt kaki aku ni.. boleh???


nak tengok jugak.. ko ni ori ke temberang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:38 PM | Show all posts
Reply 781# vandal


   

hhhiiiiiihiiii.....
hmmm................................aku punya gerak hati selama ini pun betul..
memang bomoh2 sumer ni kuat menipu....satu persen pun aku tak percaya...
menipu jer sumer tu...

nasib lah aku dilahirkan untuk menjadi manusia yg percaya pada Lillahitaala......
Amin..mudah2an Allah menetapkan pegangan aku....ya Allah, Engkau bukakanlah
pintu2 hati manusia yg mudah percaya pada unsur2 syirik ini semua...
Mudah2an mereka tidak terus disesatkan oleh syaitan2...
Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply 781# vandal

aku tak bleh tahan tengok muke2 confident dorang.. hahahahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.093033 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list