|
alah.... dilla.. tak habis.... betul2 dengki kat kitaorang nie.. kang kita bakor je bog nie nanti...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
sorry sya nak sambung ni...gi lunch tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
“Mestilah Minah boleh sediakan. Siapa yang datang?” terus aku bertanya dan ingin menutup perasaan malu juga. Tetapi rasa itu cepat hilang bila perasaan ingin tahu menghambat. Aku tak dapat kawal tingkah ku bila terjenguk-jenguk melihat. Macamlah kau boleh nampak dari dapur Minah oii..
“Badariah!” Haji Din menjawab dan aku terkedu. Terus aku diamkan diri. Rasa lain bila Haji Din menyebut nama yang satu itu. Memang sejak berkahwin, nama itu tidak pernah aku dengar tetapi bila ayat Mak Su mula kedengaran ditelinga aku pagi tadi, perasaan tidak enak bertandang. Berdebar-debar semacam.
“Aminah Amia!” tangan Haji Din melayang-layang depan aku.
“Saya!” jawab ku serba salah. Termalu lagi dengan sikap aku sendiri.
“Sediakan satu cawan iya?” pinta Haji Din sekali lagi. Aku hanya mengangguk sebelum Haji Din berlalu.
“Ohh..iya…nanti saya jadi Imirgresen Aminah Amia, passport kena hidup selalu tau.” Haji Din berkata sambil mengenyit matanya. Aku yang tak mahu senyum kembali tersenggih dengan usikan Haji Din. Sengaja nak mengenakan akulah tu. Bila teringat permintaan Haji Din segera cawan kucapai dan piring ku letak sekali. Dengan cepat langkah aku atur menuju keruang tamu.
“Kenapa Abang Din balik tak cakap dengan Bad. Kalau mak tak beritahu pasti Bad pun tak tahu.” Aku terdengar nada suara perempuan seakan merajuk dengan Haji Din.
“Abang tak sempat nak beritahu. Ini pun, ingat nak balik esok ke sini tetapi isteri abang nak ajak balik juga hari ini.” Aku sempat tersenyum pada Haji Din ketika meletakkan cawan tersebut. Pandangan aku jatuh pada seorang perempuan yang berbaju kurung berwarna kuning cair kosong. Bertudung kuning hitam dan tampak manis sekali. Wajah yang bujur sirih dan sebiji tahi lalat atas bibir. Umur dalam lingkungan baya Alang.
“Aminah Amia, mari saya kenalkan. Ini Badariah anak Mak Su yang nombor tiga.” Haji Din memperkenalkan kami. Aku segera menyalami Badariah dan melemparkan senyuman mesra. Tetapi terkejut dengan aksi Badariah yang tidak senyum walau segaris. Aku pujuk hati ini. Mungkin perempuan didepan aku ini mahal senyuman tetapi mempunyai hati yang baik.
“Jemput minum Badariah.” Aku mempelawa perempuan yang bernama Badariah itu untuk menjamah air kopi dan kek coklat. Aku duduk di sebelah Haji Din dan mengadap Badariah. Syukri dan Syahrul dah lama hilang.
“Abang Dinnnn…abang kan tahu Bad tak minum air kopi.” Renggekan Badariah membuat pipi ku tiba-tiba merah.
“Alamak abang terlupalah.” Haji Din ketawa tetapi wajah Badariah cemelut pula.
“Dulu Kak Zaida tahu saja apa kegemaran Bad. Air kopi ni macam orang kampunglah.” Sengaja Badariah berkata demikian untuk memanaskan hati ini. Aku cuba menahan rentak yang macam nak menari rancak ini.
“Badariahhhh…”lembut Haji Din berkata. Aku hanya diam.
“Minah buatkan air lain iya. Badariah nak minum apa?” aku beristifar banyak-banyak dan moga ALLAH kuatkan kesabaran aku.
“Minah!!! Essshhh….eshhh…Nama kampunglah.” Ejek Badariah. Aku hanya membisu. Bahang kepanasan bagaikan mahu mempengaruhi perasaan.
“Nama saya Aminah Amia.” Aku cuba tersenyum dan membetulkan tanggapan Badariah. Bagi aku apa saja nama yang diberikan tidak menjadi persoalan. Asalkan peribadi mengukur sifat dan kehendak diri kita dimata orang lain.
“Iyerlah! Tetapi tak glamour langsung.” Cebik Badariah. Aku termangu dengan sikap Badariah terhadap aku. Kenapa begini layanannya sedangkan kami tidak pernah berjumpa. Adakah baginya aku merampas Haji Din? Selama tujuh tahun Haji Din tidak mengisi hatinya dengan perasaan seorang wanita, kenapa kini baru ada yang menyinggah setelah Haji Din memilih aku sebagai pendampingnya. Adakah itu salah satu kemungkinan yang ada dalam hati Badariah.
“Saya tidak perlu nama yang glamour Badariah. Cukuplah dengan nama Aminah Amia yang arwah ibu saya berikan sejak saya lahir. Saya lebih takut kalau-kalau saya nanti glamour dengan dosa bila di hitung di akhirat nanti.” jujur aku menjawab. Wajah Badariah dah bertukar menjadi Hulk Hogen tapi aku hanya menyampaikan apa yang pernah diajar oleh Haji Din. Tak malu berselindung tetapi salah ke kata-kata aku bila Badariah mendengus?
“Abang Dinnn…”renggek Badariah pada suami aku pula.
“Badariah! Abang tak suka Bad kutuk isteri abang okey.” Haji Din menegur dalam rentak yang tenang. Semakin masam muka Badariah.
“Abang ni, masa dengan Kak Zaida tak ada pula begini.” Rungut Badariah sambil tangannya menarik-narik kain alas meja. Haji Din mengeluh.
“Kalau boleh abang tak mahu Badariah bandingkan Kak Zaida dengan isteri abang sekarang. Abang tak mahu hal ini dibangkitkan.” Tegas Haji Din. Aku resah bila Haji Din dah bertukar nada. Jadi sebelum keadaan menjadi panas lebih baik aku beredar sementara. Aku tidak mahu air muka Badariah jatuh depan aku.
“Haji Din, Minah ke dapur nak buat air sejuk iya?” pinta ku dan Haji Din tersenyum lantas mengangguk. Aku terus meninggalkan Haji Din dan Badariah menyambung bicara.
“Siapa yang datang Kak Long?” Angah terus bertanya sebaik saja melihat aku membancuh air fresh orange di dalam jug.
“Badariah!” jawab ku sepatah. Aku masih memikirkan sikap Badariah terhadap aku. Apa sebenarnya yang Badariah mahu? Aku tidak mahu hubungan Haji Din dan sepupunya itu keruh atas kehadirannya. Kalau boleh aku mahu Haji Din tersenyum sahaja dan tidak bermuka tegang.
“Kalau si Bad ada cakap apa-apa yang menyinggung hati Kak Long, abaikan saja. Bad dan Kak Zaida tu adik beradik angkat jadi bila Along bercerai dengan Kak Zaida memang Bad marah sangat. Jadi Kak Long jangan ambil hati tau.” Entah bila Kak Ngah ada disebelah aku. Bahu aku ditepuk lembut dan aku membalas dengan senyuman. Iya! Aku harus kuat berhadapan dengan orang sekeliling bila sudah menjadi isteri kepada Sharifuddin Shawal. Itu tekad ku. Aku menyusun gelas dan jag didalam dulang dan mula hendak melangkah.
“Kak Long! Banggakanlah Along dan jangan pandang sesiapa.” Suara Kak Ngah lembut berpesan sebelum aku melangkah. Aku mengangguk dan terus menatang dulang dan maju kehadapan.
Haji Din tiada diruang tamu. Hanya Badariah yang kelihatan. Aku meletakkan dulang tersebut sambil tercari-cari kelibat Haji Din. Tertinjau kat luar tetapi kelibat Haji Din masih tidak kelihatan. Kemana perginya Haji Din? |
|
|
|
|
|
|
|
“Jemput minum Badariah.” Sekali lagi aku mempelawa setelah memenuhi gelas tersebut dengan air yang berwarna oren itu. Tanpa segan Badariah terus mencapai gelas yang siap tertuang.
“Air apa ni? Tawar meleseh?” bentak Badariah dan meletakkan gelas itu secara kasar. Terpercik air dari gelas tersebut akibat dihentak dengan kuat.
“Tawar?” tanya ku pelik. Sebelum aku membawa ke depan tadi, aku sudah merasai air
tersebut. Manis-manis buah seperti yang di pesan Haji Din setiap kali aku menghidangkan air atau makanan.
“Iya! Tawar! Kau ni tahu ke tidak buat air? Kalau tak pandai ke dapur jangan gatal nak berlaki.” Sinis Badariah berkata. Aku terkedu dengan kata-kata Badariah. Siapa sebenarnya meminang atau dipinang? Aku melepaskan keluhan dan kembali menguasai perasaaan. Aku tidak akan biarkan syaitan menguasai pemikiran aku dan yang penting tidak menjatuhkan maruah Haji Din suami ku.
“Maaflah Badariah, suami saya dah berpesan supaya setiap kali saya menyediakan hidangan biar ikut dengan kesesuaian diri. Jadi saya mengurangkan kandungan gula supaya kesihatan awak sebagai tetamu kami terjaga.” Aku membalas sambil tersenyum dengan kata-kata Badariah. Sedikit tak terguris. Aku bukan mendabik dada tetapi lebih teruk dari ini sudah di lalui dengan ibu tiri aku. Sedikit sebanyak aku berterimakasih dengan mak tiri aku yang melayan aku dengan kasar selama ini. Dari pengalaman itu, aku teguh melayan perangai Badariah pula yang sengaja mencari kesalahan aku. Selagi aku boleh bersabar, aku akan bersabar. Bukan susah sangat nak buat. Tahan dari marah dan berkata-kata yang menguris hati manusia yang berada depan aku ini.
“Ingat sikit, kau tu ambil bekas orang. Kau ingat kau boleh berlagak dengan muka suci kau tu.” Badariah bagaikan berusaha untuk mengajak aku bergaduh dengannya.
“Astaqfullahhhh….Minah tidak pernah memandang Haji Din sebagai bekas orang dan tolong jangan jatuhkan maruah suami Minah iya. Itu amaran dari Minah.” Aku mula bertegas bila diri Haji Din pula terlibat sama. Tidak pernah berdetik dihati ini yang Haji Din adalah bekas orang lain sedangkan aku adalah yang kedua dalam hidupnya.
“Wah! Berani kau nak sound aku?” Badariah semakin naik nada suaranya.
“Maaf! Minah tidak berniat hendak memberi amaran pada Badariah. Lagipun Badariah adalah sepupu kepada Haji Din suami Minah. Tetapi jika nama Haji Din diperlekehkan, Minah tidak teragak-agak untuk bertindak.” Aku masih cuba mengawal keadaan.
“Berlagakkan kau ni. Tak sedar perempuan kampung!” Badariah dah merah muka. Benteng kesabarannya dah nak retak agaknya.
“Maaf Badariah, saya lahir di Kuala Lumpur. Sebuah bandar yang pesat membangun, jadi perempuan kampung tak sesuai dengan saya.” Aku masih memaniskan muka. Tanyalah apa yang nak tanya oh Badariah, Minah sedia menjawab.
“Huhh! Memang dasar perempuan berlagak. Macam bagus sangat. Menyampah!” Badariah memeluk tubuhnya dan mengomel sendirian tetapi masih aku dapat mendengarnya. Aku tidak mahu menjawab. Biarlah Badariah menyerang dan aku akan bina benteng agar serangannya tidak mengenai hati aku langsung. Tiba-tiba Badariah tersenyum. Dari muka cemerlotnya dah bertukar ke semanis madu.
“Dah minum?” suara Haji Din kedengaran dari belakang dan aku berpaling melihat Haji Din tenang memandang aku. Patutlah muka toya Badariah bertukar menjadi muka tauhu. Lembik semacam. Haji Din dah keluar dari bilik Umi rupanya.
“Bad dah minum pun Abang Din. Sedap air ni, pandai isteri abang Din buat airkan.” Sengaja Badariah menyindir aku.
“Air yang isteri abang buatkan memang sedap. Tak ada siapa pun boleh challenge tau. Itu yang buat abang sentiasa termimpi-mimpikan Aminah Amia.” Haji Din mengusik dan aku menjeling dengan gelagat Haji Din yang melabuhkan tubuhnya disebelah. Sekilas aku memandang Badariah yang mencebik muka. Hah! Ambik kau. Tak perlu aku melawan, Haji Din pula memangkah pilihan raya untuk aku.
“Tengok Umi ke? Umi tengah buat apa?” sengaja aku bertanya Haji Din dengan nada yang manja.
“Errrmmm…saya jenguk Umi sekejap. Tertidur rupanya lepas solat tadi. Patutlah tak keluar bilik.” Terang Haji Din.
“Jadi Haji Din kejutkan Umi ke?” aku masih dengan nada yang lembut. Haji Din dah resah. Sesekali rambutnya diraup kebelakang. Aku nak tergelak kerana aku tahu Haji Din pasti berperang dengan perasaannya. Sengaja aku melunakkan suara kerana hendak membuat Badariah sedar yang Aminah Amia adalah isteri kepada Sharifuddin Syawal dan bukanya Zaida.
“Tak kejut pun, kasihan pula. Biarlah Umi berehat.” Luah Haji Din dan pandangannya masih dengan aku dan tidak pada Badariah.
“Bad nak baliklah.” Mungkin hendak menarik perhatian Haji Din, Badariah bangun. Haji Din yang duduk disebelah aku terus memandang Badariah yang sudah berdiri.
“Awalnya, duduklah dulu.” Haji Din ambil bahasa. Aku dah tersenyum. Jahat kau Minah.
“Bad ada kerja nak buat, abang datanglah rumah malam ini. Bad masak lauk kegemaran abang. Makan malam dirumah Bad yeh!” pinta Badariah bersungguh-sungguh.
“Insyallah.” Haji Din menjawab selamba. Aku masih kekal dengan senyuman. Nak tengok sejauh Badariah memainkan peranannya.
“Alahhhh…..abanggggggg…dah lama abang tak rasa masakan Bad. Datang tau.” Gedik Badariah pula. Aku pula yang naik menyampah.
“Insyallah, abang sebenarnya dah suruh Aminah Amia masak sambal tumis kegemaran abang. Nanti tiada siapa pulak yang nak makan.” Jujur Haji Din menerangkan. Angin Badariah bertambah tetapi bijak dikawal amarahnya depan Haji Din.
“Sampai hati abang Din cakap macam itu. Dulu masa dengan Kak Zaida, abang selalu makan kat rumah Bad.” Renggek Badariah. Haji Din dah pandang aku. Malas aku nak
campur.
“Bad! Kan abang dah beritahu. Jangan diungkit kisah lalu.” Haji Din berkata lagi tetapi kali ini wajahnya sudah mula hendak berubah riak.
“Habis! Abang tak mahu datang rumah Bad.” Bagai anak kecil Badariah membentak.
“Okey, nanti abang tanya dengan Kak Long ni dulu.” Haji Din memandang aku lagi bagaikan memohon pertolongan dan menepuk tangan ku berulang kali.
“Apa kata malam ini Haji Din bawa Minah pergi rumah Mak Su. Lagipun pagi tadi Mak Su dah pesan suruh datang rumah diakan?” aju ku pada Haji Din dan serta merta senyuman terukir dibibir Haji Din.
“Jadi Aminah Amia nak pergi rumah Mak Su lah?” tanya Haji Din. |
|
|
|
|
|
|
|
“Errmmm…kita ajak Umi, Kak Ngah, Alang dan adik-adik pergi sekali. Pasti meriah.” Terang ku dan serta merta Haji Din mengenggam jari jemari aku untuk melahirkan rasa terimakasihnya pada aku.
“Bad! Nanti malam kami datang.” Ujar ku pada Badariah yang masih tegak berdiri memandang kami dengan pandangan meluatnya. Dengan terpaksa Badariah mengangguk dan terus meminta diri. Aku dan Haji Din menghantar hingga ke muka pintu utama. Teragak-agak langkah Badariah. Mungkin berharap Haji Din menahannya dari pulang kerumah kot.
“Kirim salam dengan Mak Su iya Bad, insyallah malam nanti kami sampai.” Sempat Haji Din berpesan. Aku hanya mengangguk dan Badariah terus masuk kedalam kereta tanpa melambai. Bagus sangat sopan santun yang dibanggakan oleh Badariah itu sebagai gadis kampung. Itu memang layak di gelar gadis kampung. Apalah yang hendak diperlekehkan tentang gadis kampung atau bandar. Kalau didikan sempurna, insyallah akan cantiklah rupanya tetapi kena tengok juga perangai orang yang menerimanya. Andai keras hati dan mahu menang saja dalam setiap apa yang dibuatnya tidak berguna juga kalau didikan itu sempurna dimata kita. |
|
|
|
|
|
|
|
“Termenung! Ingat siapa ni?” Haji Din mencuit hidung ku yang sedang leka termenung dibirai katil. Haji Din mengambil tempat disebelah ku sambil tersenyum memandang. Entah bila lelaki itu masuk kedalam bilik ini. Setelah Badariah berlalu pulang, aku terus masuk ke dalam bilik sementara Haji Din keluar menyertai Syukri dan Syahrul yang berbual di luar rumah. Di dalam bilik, aku duduk termenung. Tiada apa yang boleh aku lalukan kerana dalam tidak mengendahkan kata-kata Badariah, sedikit ada juga terusik. Badariah seakan mahu membandingkan aku dan Zaida dan adakah Haji Din begitu?
“Aminah Amia sakit ke?” Haji Din terus meletakkan tangannya didahi ku.
“Tidaklah!” jawab ku dan menarik jari jemari Haji Din dari terus melekat didahi jendol aku ini.
“Habis sejak saya masuk tadi Aminah Amia asyik termenung saja. Tak pernah pun begini sebelum ini.” Lembut Haji Din berkata menjadikan aku dalam keadaan serba salah. Lelaki ini amat ambil berat perhal diri aku. Matanya tahu saja bila aku berada dalam keresahan. Tetapi takkan aku hendak berbicara tentang saudaranya yang baru aku kenali tadi. Tidak sopan aku rasa.
“Sebelum ini isteri saya tidak pernah merahsiakan apa-apa sahaja dari saya. Jadi saya berharap Aminah Amia tidak buat begini pada saya iya.” Pinta Haji Din lagi sambil jari jemarinya melekap dengan jemari ku. Sebak aku dengan kata-kata yang lahir dari bibir Haji Din. Terlalu mendalam kasihnya pada aku.
“Kalau Minah cakap, Haji Din jangan marah iya?” luah ku serba salah.
“Tidak sayang, tidak sesekali.” Janji Haji Din bertambah sebak aku.
“Pernahkah Haji Din membandingkan saya dan Zaida?” senafas aku terus meledakkan apa yang ada dalam fikiran aku tadi. Lama Haji Din terdiam. Aku hanya menanti jawapan dari Haji Din. Terasa lambat waktu berlalu dan dada terasa berdebar bagaikan menanti keputusan peperiksaan macam dulu.
“Arhhhh….” Haji Din meraup rambutnya beberapa kali. Agak berat Haji Din hendak memberi jawapan pada pertanyaan aku. Dari perlakuannya pasti ada terbit tentang hal ini. Sayu dan terasa hati mula menyelubungi perasaan. Lantas aku bangun perlahan-lahan untuk memberi ruang pada Haji Din mencari satu jawapan yang sejak tadi aku persoalkan.
Belum beberapa langkah, tubuh aku dipeluk dari belakang. Aku terdiam. Tenggelam tubuh ku yang kecil dalam kesasaan tubuh Haji Din. Panas.
“Kenapa isteri saya tidak percaya dengan saya ermmm..? Kenapa mahu berfikir sedemikian sedangkan saya tidak pernah membandingkan isteri saya Aminah Amia dengan orang lain? Mengapa isteri saya Aminah Amia tidak memberi peluang kepada saya untuk menerangkan sesuatu dan tega meninggalkan saya sendirian di dalam bilik kecil ini?” Haji Din terus bertanya sambil mukanya dilekapkan dibelakang kepala ku. Terasa deruan nafasnya di bibir telinga. Erat pelukannya membuat aku kelu tanpa dapat berbicara. Lama aku terdiam.
“Jangan seksa saya begini Aminah Amia. Dengan diam begini akan buat saya tertanya-tanya beratkah kesalahan saya pada isteri saya Aminah Amia.” Pinta Haji Din sungguh-sungguh. Aku kalah dalam rajukan ku sendiri.
“Maafkan Minah, Haji Din!” lantas aku memusingkan tubuh dan memeluk Haji Din. Iya! Kenapa aku perlu tinggalkan Haji Din dibilik ini sedangkan hanya satu kesangsian saja yang aku timbulkan.
“Jangan ada sangsi dalam fikiran itu Aminah Amia. Saya tidak sanggup kalau Aminah Amia tinggalkan saya.” Keluhan dari Haji Din menjadikan aku penangis. Terasa kerdil kerana membuat hati Haji Din terguris.
“Minah tak pernah berniat demikian. Jauh sekali untuk meninggalkan Haji Din cuma…” agak berat untuk aku berkata.
“Cuma apa sayang?” Haji Din merenung mata ku yang basah.
“Badariah!” lemah aku berkata. Helahan nafas yang berat terpaksa aku lepaskan untuk mencari ruang untuk kembali tenang.
“Inilah yang saya bimbang dan itulah sebabnya saya tidak mahu Badariah mengungkit hal saya yang lalu. Saya tidak mahu ia menguris perasaan Aminah Amia saya.” Terang Haji Din dan kembali menarik aku dalam pelukannya.
“Minah dah cuba untuk tidak fikir benda ini semua tetapi kata-kata Badariah buat fikiran Minah bercelaru.” Terang aku secara jujur sambil bersandar didada bidang Haji Din. Airmata dah berhenti tetapi bekasnya tetap ada.
“Baiklah, apa yang buat fikiran isteri saya ini bercelaru sehingga kini?” tanya Haji Din lantas meletakkan dagunya diatas kepala ku. Pendek kau Minah!
“Minah cuma tertanya-tanya perbandingan antara Minah dan bekas isteri Haji Din dulu. Terukkah sangat Minah ini jika dibandingkan dengan Kak Zaida sampaikan Badariah tidak suka dengan Minah?” aku mendongak mencari anak mata Haji Din.
“Bukan begitu sayang. Saya harap Aminah Amia saya akan ingat akan kata-kata ini sehingga akhir hayat kita.” Haji Din tersenyum memandang aku.
“Kenapa pula mesti ingat?” dalam lurus aku bertanya.
“Iyalah, saya mahu isteri saya percayakan dengan kejujuran saya.” Pinta Haji Din sambil jari telunjuknya membelai bulu mata aku yang panjang ini. Sehingga aku terkelip-kelip dan lelaki itu terus ketawa.
“Okey!” aku menurut perintah.
“Dalam hati saya tidak pernah terfikir untuk membandingkan Aminah Amia dengan bekas isteri saya yang dahulu. Setiap makhluk ALLAH ada keistimewaannya tersendiri dan kita sebagai hambanya tidak boleh hendak membuat pembandingan antara satu sama lain kerana jika kita berbuat demikian samalah juga kita membandingkan kuasa ALLAH kepada hambanya. Jadi saya tidak mahu isteri saya Aminah Amia memikirkan atau menyimpan kekeliruan ini lagi. Apa yang penting, kasih sayang saya pada isteri saya Aminah Amia yang telah menjadi pendamping saya dan tidak akan berbelah bagi untuk selamanya. Saya tidak mahu berpaling melihat kisah lama dan berharap benar isteri saya juga begitu. Boleh Aminah Amia isteri saya buat begitu untuk saya?” Haji Din masih merenung ku dengan pandangan yang redup. |
|
|
|
|
|
|
|
“Errmmm…insyallah tetapi…” aku rasa sangsi dengan diri sendiri.
“Ermmm…kalau begitu kita tak perlulah kerumah Mak Su. Saya tidak mahu perasaan Aminah Amia saya terganggu lagi.” Haji Din mula merencana dan mengubah rancangan yang asal. Aku terdiam. Haji Din bagaikan dapat membaca gerak fikiran aku.
“Minah tak rasa kalau kita tak pergi rumah Mak Su adalah rancangan yang baik.” Luah ku dan tangan bermain dengan butang baju Haji Din.
“Dan membuat hati Aminah Amia menjadi celaru juga bukan rancangan yang baik juga.” Haji Din mencuit hidung aku pula.
“Ermmm…tak mengapalah. Minah rasa kita patut pergi sebab menolak jemputan orang adalah sifat yang tidak baik sedangkan kita mampu untuk memenuhi permintaan itu. Minah ingin menjadi kuat dengan apa saja dugaan dan Minah pasti Haji Din tidak akan biarkan Minah kecundang. Betul tak?” tanya ku pada Haji Din dan senyuman lebar terukir dibibir Haji Din.
“Saya bangga kerana isteri saya Aminah Amia telah menjadi hak mutlak saya dan kerana sifatnyalah membuat kasih sayang saya bertambah dari sehari ke sehari.” Pujian Haji Din membuat pipi aku memerah. Terasa kebas. Malu diangkat sebenarnya.
“Jadi rancangan masih diteruskan. Betul tak?” tanya ku pada Haji Din.
“Aminah Amia bersedia untuk meneruskan rancangan asal?” aku pula ditanya.
“Yup, dengan Haji Din sebagai bayangan Minah.” Senyum ku dan Haji Din terus memeluk aku lantas mengangkat aku menjadikan tubuh aku tergantung dalam pelukannya. Terjerit-jerit aku bila Haji Din berpusing-pusing sambil memeluk aku dan menjadikan kaki aku tidak dapat menginjak lantai. Bertapa pendeknya kau Minah.
Sampai dirumah Mak Su kami disambut oleh keluarga itu dengan perasaan yang gembira. Banyak lauk yang Mak Su masak. Umi dah tersenyum dengan kesungguhan Mak Su dan Pak Su melayan aku dan Haji Din. Iyalah adat pengantin bertandang kerumah saudara dan pasti kedatangan kami disambut meriah.
“Makanlah Aminah, jangan malu-malu. Mak Su masak ni special untuk kamu berdua. Beriya-iya Mak Su kamu masak. Tak bagi orang lain campur.” Terang Pak Su sambil menghulurkan bekas nasi pada Haji Din yang duduk disebelah aku.
“Mana si Badariah ni? Tak turun-turun?” keluh Mak Su yang menatang mangkuk besar yang masih berasap.
“Mandilah tu. Kejap lagi turunlah dia.” Pujuk Pak Su.
“Tak mengapalah Som. Biarlah Si Bad tu berehat. Penat agaknya memasak tadi.” Umi pula memujuk.
“Penat apanya, balik saja dari rumah Kak Ngah tadi dok bergayut saja. Apa pun tak boleh buat.” Runggut Mak Su. Umi hanya tertawa mendengar runggutan Mak Su berkenaan anak daranya itu.
“Dah ada pakwe, pastilah bergayut saja.” Usik Haji Din untuk memeriah suasana. Aku tersenggih walau dalam hati ada debaran bila Haji Din menyebut nama Badariah.
“Pakwe! Huh! Tak pernah dengar pun. Entah bila nak bawa balik calon agaknya. Umur dah lanjut. Risau hati orang tua budak-budak ni bukannya tahu.” Runggut Mak Su lagi. Semakin berdebar hati ini.
“Berapa umurnya Badariah tu Som?” Umi tercanggak-canggak mengira.
“Dekat dua puluh enam, setahun tua dari si Suzana.” Sahut Pak Su. Wow! Tua sedikit dari Alang rupanya. Tapi perangai macam budak-budak.
“Adalah tu Mak Su, mungkin belum masak lagi kot sebab itu dia tak bawa balik lagi.” Kak Ngah menyampuk.
“Apa yang masak Kak Ngah?” Alang yang sedang mendukung Elina masuk bersama Syukri dan Syahrul. Abang Naim juga masuk sama. Ehsan dipimpinnya. Mereka tadi melepak di ruang tamu sementara Mak Su menyediakan meja hidangan. Dirumah ini hanya Mak Su, Pak Su dan Badariah saja yang ada. Anak-anak yang lain ada yang sudah berumahtanggan dan duduk berasingan.
“Tak ada apa-apalah. Menyampuk je cakap orang.” Marah Kak Ngah. Aku hanya mendiamkan diri disebelah Haji Din. Tak rasa nak mencampuri kerana aku tak tahu hujung pangkal kedudukan cerita.
“Tengok Aminah ni, muda-muda dah ada yang berkenan.” Luah Mak Su sambil tersenyum. Aku dah segan bila diri ini pula dijadi tajuk perbualan. Sempat aku kerling ke Haji Din dan lelaki itu tetap tenang.
“Ini kes lain. Yang kes orang itu, orang dah berkenan dan suruh kita mintak pada mak bapak Aminah Amia ni. Kes Badadiah ni mungkin dah berkawan tetapi belum sampai seru.” Umi cuba membela Badariah dan bertambah memerah pipi ku. Benarkah Haji Din yang berkenan dengan aku terus meminta Umi meminang. Menurut mak pula, Kak Kirah yang dipinang tetapi dia tak nak dan transfer ke aku pula.
“Entahlah Kak, macam-macam budak-budak ni.” Keluh Mak Su lagi dan ada suara-suara yang menyampuk tetapi amat sipi ditelinga ku kerana aku sibuk memikirkan kata-kata Umi tadi. Tiba-tiba ada suara yang memberi salam. Pak Su keluar untuk melihat siapa yang datang tadi. Kelibat Badariah kelihatan dari atas dan terus menuju ke ruang tamu dan kedengaran suara bising orang berbual.
“Asalamualaikum!” suara wanita memberi salam dan aku mengangkat wajah itu melihat.
Seorang wanita yang bertudung biru cair berbunga-bunga memberi senyuman pada kami. Kak Ngah memandang aku. Alang juga. Umi juga. Syukri dan Syahrul terus keluar. Aku termangu. Kenapa semua orang pandang aku iya?
Tiba-tiba aku terasa tangan kiri aku digenggam dibawah meja. Aku pandang Haji Din tetapi lelaki itu masih selamba. Pandangannya hanya kehadapan mengadap Umi. Tiada sebarang riak. Aku cuba meleraikan kerana takut yang ada sekeliling ini tahu apa yang Haji Din buat tetapi terasa semakin erat pegangan Haji Din. Hanya suasana yang tiada suara. Semua orang bagaikan tergamam melihat kehadiran wanita tadi disamping Badariah yang tersenyum lebar. Siapa wanita tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
tengkiu sya bagi n3 banyak2... tapiiiiiii tak cukup gak ler... nanti sambung lagi yepp.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye..ye..yeah..
nak speku... mesti zaida tu.....
tol x? |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyer biskut kepala lutut time ujan2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu perempuan tu zaidah.....memang muka seposenlah
dok dtg tgk keluarga ex file awak |
|
|
|
|
|
|
|
Aminah adalah pakaian yg sesuai untuk Abg Haji Din..........
Tentu Badariah dan zaida terbakar hangus....
Walaupun minah masih budak tapi senang dibentuk dan mendengar kata |
|
|
|
|
|
|
|
mesti si Zaida yg datang nie.... mula seposen.... menyesal lah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai kak Adilla...
kenapa stop kat suspen nie... confirm la x leh tdo hari nie..
duk teringat kat minah & hj DIn nie..
akak... buat jiwa x tenteram sungguh nie...
Bengang nya ngan Bad.. budget glemer la nama dia tu...
eeeee... geram naya...:@:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Puas sangat .. TQ Dilla. Tak sempat nak pasang kayu api nak bako... |
|
|
|
|
|
|
|
zaida la tu ye????
xmalu ke dgn bekas mak mertua tu?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|