CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

[Dunia] Kren Tumbang di Makkah. Summary Tragedi page 1 Update

  [Copy link]
 Author| Post time 14-9-2015 01:24 AM | Show all posts
Kami amat merasa kehilangan emak - Nor Baizura Badri



GAMBAR kenangan Jemaah Haji, Rusiah Suar (tengah), bersama keluar di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum berangkat ke Makkah. - Foto Yahya Zainuddin.

SUNGKAI: "Kami sekeluarga reda pemergian mak dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman." Demikian kata Nor Baizura Badri, 27, anak ketiga kepada Rusiah Suar, 56, seorang daripada lapan jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kejadian tren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu.

Katanya, dia terlalu sedih dengan berita malang itu kerana dirinya dan kakaknya, Nor Haizan, 34, tidak pernah berpisah dengan ibu mereka. "Kami amat merasa kehilangan emak," katanya. Beliau berkata, pada jam 5 petang tadi rumahnya dikunjungi oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH) diketuai oleh Timbalan Pengarah TH Perak bersama Pengurus Tabung Haji Slim River serta tiga pegawai yang lain. Katanya, namun beliau berasa pelik dan tertanya-tanya apabila rombongan sama sama datang semula ke rumahnya jam 8 malam.

"Ketika itu kami sedang menonton televisyen untuk mendengar sidang akhbar oleh pihak TH dan kehadiran rombongan daripada TH (ke rumah) menyebabkan kami sekeluarga mula risau. "Pihak TH kemudian memaklumkan kepada kami bahawa ibu kami meninggal akibat tercedera ketika kren tumbang dan ketika itu kami semua tidak dapat menahan kesedihan.

"Pihak TH turut memaklumkan semua urusan pengebumian jenazah akan diuruskan oleh pihak TH di sana dan berharap kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya. Nor Baizura berkata, ibunya menjadi ibu tunggal selepas bapanya, Badri Saliman meninggal dunia lapan tahun lalu dan sejak itu dia dan kakaknya tidak pernah berpisah dengan ibu mereka. Arwah meninggalkan seorang lagi anak iaitu Nor Haryati, 31, dan anak tiri, Khairulnizam, 44, serta enam cucu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 01:27 AM | Show all posts
anyway..redha tuh redha la jugak..
tapi haruslah kematian itu ada pembelaan...
kena la ada pihak bertanggungjawab..

jangan jadik macam kapal MH17 ari tu
mati sajork hagham takde sapa nak mengaku....
tungguler hasil siasatan yg tatau bila nak sudah...

ke mati kat mekah ngan mati kat ukraine tu skema pahala syahid lain2 chuolsss????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 01:29 AM | Show all posts
Syukur abah selamat - anak Abdul Muluk



IPOH: "Saya sudah hampir mahu menangis tadi kerana terlalu gembira, saya bersyukur teramat sangat kerana abah selamat," kata Abdullah Mubarak Abdul Muluk, 28. Beliau anak kepada Abdul Muluk Ishak, 71, jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu, tetapi disahkan selamat.

Abdullah Mubarak berkata, beliau mengakui gementar ketika menonton siaran langsung sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebentar tadi.

"Saya begitu 'suspen' dan gementar terutama ketika Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyerahkan telefon bimbit kepada Menteri yang saya sangka (abah) macam dah tak ada (meninggal dunia) tetapi rupa-rupanya Menteri umumkan abah ditemui di penginapan jemaah Thailand dan selamat.

"Saya lega malah naluri saya sebelum ini kuat mengatakan abah tak ada apa-apa," katanya ketika dihubungi dari sini malam tadi.

Abdullah Mubarak berkata, berita gembira itu juga menyusul selepas ahli keluarga bersama penduduk sekitar rumah mereka di Taman Pantai Wang, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, mengadakan solat hajat di Masjid Al-Kariah Kampung Sungai Batu bagi memohon bapanya dan jemaah lain yang hilang selamat ditemui.

"Ini mungkin berkat solat hajat yang diadakan tadi memohon pertolongan Allah SWT," katanya. Katanya, sehingga kini beliau belum dapat menghubungi ibunya, Embon Ibrahim, 57, bagi berkongsi kegembiraan itu.

"Saya sudah cuba menghubunginya tetapi gagal," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 01:32 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-9-2015 01:35 AM
atekome replied at 14-9-2015 12:45 AM
Btul tuh..pusing satu dunia tk sma ngn nikmat p mekah..laen sgt even ms bt umrah..ketenangan hanya ...

Awak rasa macam tu sebab awak terlalu fokus apa yang awak suka lakukan.

Tapi awak pernah ke pusing satu dunia melihat ke indahan alam dan melihat kesan kesan sejarah yang mana diluar fikiran awak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 12-9-2015 10:33 PM
Senior iols dan wifenya kat tempat keja iols bertolak ke Mekah hari. Weols panggil dia uncle. Semoga ...

Aamiin.. Mudah2an...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:25 AM | Show all posts
Pergi Mekah tu baik, keliling dunia termasuk pergi Eropah pun baik. Dua-dua insyaAllah dapat pahala kalau niat pun baik, so toksah gegaduh k kengkawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah dah takziah utk keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkypinkylady replied at 13-9-2015 11:11 PM
Yup. Bnd simple je kot. Jenuh la dok pusing2 smpi terkehel dok bergaduh knp pergi mekah? X bole ke ...

So elohim=tabung haji?
Ke tabung haji ada direct line dgn elohim?

Sah2 la tabung hsji yg pilih siapa yg holeh pergi haji. Jangan nak bohong elohim hantar kad jemputan dgn poslaju pelbagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 06:19 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-9-2015 12:20 AM
kaka miss..baru dapat tahu tadi mak cik ni dah meninggal...innalillah

tu ler mommy .. i baru jer selak selak pages terkini ...
inalillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:21 AM | Show all posts
pinkypinkylady replied at 14-9-2015 12:26 AM
Kan2? Kdg2 yg suka provok ni konon2 g travel europe best gilaaaaa la sgt belum pnh smpi pun tmpt2  ...

kengkadang yang suka berporem mengikut emosi dan proboke ni ... sebab tu jer ler cara deyols melepaskan perasaan ... emosi yang terpendam ... sama sama ler kita mendoakan agar jiwa mereka turut tenang
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 14-9-2015 06:19 AM
tu ler mommy .. i baru jer selak selak pages terkini ...
inalillah

Innalillah...
M cik ni mak pada kenalan me...
Pegi dengan suami..
Masa hr kejadian dia nak kuar awal skit ngan kawan2..kata nak solat asar...lepas kejadian tu ayahnya memanag duk tunggu2 tak balik2..last2 dapat tahu  meninggal ngan kawan2 yang lain jugak..

Sorg kawan me pon ada di sana juga..Alhamdulillah dia selamat... tapi dia kata .ribut mmg kuat sangat2...yang dalam masjid tu pakat nangis n takbir...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 14-9-2015 06:21 AM
kengkadang yang suka berporem mengikut emosi dan proboke ni ... sebab tu jer ler cara deyols melep ...

Kaka miss sib baik hewan tu xde jengah2..kalu tidak harus lagi panjang thread ni meleret berjela2..dgn miss dngan me  pakat kena banned habis..hihihihihi

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 terfikir pulak apa khabar saudara stinger yg kata laba kononnya tgh beribadah di mekah..sudah balik ke belum.. ke ditimpa kren jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:36 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-9-2015 06:25 AM
Innalillah...
M cik ni mak pada kenalan me...
Pegi dengan suami..

ciankan ... pergi berdua ... tapi akhirnya balik sorg ...
pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian ...
insya Allah .. mereka akan ketemu juga di jannah nanti ...

teringat mocik iols yang pi wat haji thn 1988 ... meninggal kat Tanah Suci ... kami sekeluarga menerima berita tersebut ngan hati yang redha ...

ada view beberapa bidio kejadian kat face book. Yang paling scary tu ... tyme kejadian crane tu jatuh dan menghempap para jemaah ... percikan darah ya Allah ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:38 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-9-2015 06:27 AM
Kaka miss sib baik hewan tu xde jengah2..kalu tidak harus lagi panjang thread ni meleret berjela2. ...

kalo mamat tue ada ... mmg hanyut arr teruih trid nie ... mau ngan iols sekali kena potong tacang ... sebab iols mmg tak leh ler kalo mamat tue ada ... mmg ringan jer jari ni nak menaip benda benda tak elok dab mencarot carot ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 14-9-2015 06:36 AM
ciankan ... pergi berdua ... tapi akhirnya balik sorg ...
pasti ada hikmah disebalik setiap kejad ...

Sedihnya..itulah kan org kalu nak gi mekah ni minta maaf..byr segala hutang2..manalah tahu xbalik sini dah...

Last dulu rasa tragedi yg sadis rasa yg pasal terowong tu... pastu adalah kebakaran n banjir tapi rasanya macam xlah tragis macam ni...

Moga mereka dan kita ni tergolong dalam hambaNya yg beriman kan kaka..insyaallah..amin3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 14-9-2015 06:38 AM
kalo mamat tue ada ... mmg hanyut arr teruih trid nie ... mau ngan iols sekali kena potong tacang  ...

Kan..harus...layankan ajer...
Org nak sgt cari pasal..bring it on...
Eh orang ke dia tu?
Hihihihi..

Spidey dah cantas habis2... jengah hujung jambul jer pon kiok terus..baru mukadimah dah kena banned.. aman skit ci ni... sedara dia ada gak me nampak.mungkin insaf kot tuan haji tu...asal dia xkacau me sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:50 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-9-2015 06:41 AM
Sedihnya..itulah kan org kalu nak gi mekah ni minta maaf..byr segala hutang2..manalah tahu xbalik  ...

tu ler mommy ... kita mampu merancang ..eventually Allah yang menentukan segalanya ...

iols believe, kerajaan arab saudi dah buat yang terbaek untuk para jemaah biler tibe musim haji ... tetapi akhirnya ada jer incidence incidence yang tak diingini berlaku. mmg iols setujuk, kalo incidence tu disebabkan kecuaian ... boler jer proceed ngan tindakan yang sewajarnya sebagai lesson untuk masa depan. Tapi bagi kerajaan arab saudi yang menjadi tuan rumah untuk merai dan melayan tetamu Allah seramai 2 juta saban tahun, ianya merupakan satu cabaran yang teramat besar kepada deyols untuk mempastikan keselesaan dan keselamatan tetamu Allah ni. kita yang wat open house sehari jer ngan tetamu seramai 30-40 orang pun dah kalut nak mengurus semuanya ... ni kan pula nak melayan tetamu seramai 2 juta orang ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 14-9-2015 06:50 AM
tu ler mommy ... kita mampu merancang ..eventually Allah yang menentukan segalanya ...

iols be ...

Betullah kaka...
Nak uruskan berjuta2 org datang bukan senang...
Nak bagi selesa lagi..nak bagi muat lagi..macam2lah..
Tgk video tu pon memang dasyatlah..n mungkin xsangkalah benda tu nak terpelanting dipukul ribut gtu skali...

Betullah macam kaka ckp..kena jugak siasat..n kalu ada di mana2 yg xbetul harap nasib para jemaah yg jadi mangsa daptlah pembelaan.. apa2 pon ini ketentuan Allah jugak..harap ahli keluarga semua sabar n tabah dalam menghadapi semua ni..insyaallah ada hikmah semua ni...me yakin mereka ni orang2 yg terpilih..ada sbb Allah pilih mereka.. insyaallah sbb tu sbb yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga pihak arab saudi bagi pampasan kepada mangsa. Kalau beri USD1 juta seorang pun celah gigi aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.095323 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list