CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pawangBuaya

pawang buaya punye cerita...

[Copy link]
Post time 11-3-2010 09:14 AM | Show all posts
peh saspen.. sambung la copek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2010 12:03 PM | Show all posts
Bro rdz,
citer yg best..
bila nak sambung?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 09:43 PM | Show all posts
5- Berenang menyeberang sungai yang banyak buaya ( kisah aku )

Pada satu malam tu....
Aku, bapak aku, Pakcik Mahmud dan Pakcik Sudin berjalan meredah dalam kegelapan malam.
Aku berjalan terkedek kedek lantaran telah beberapa kali aku melanggar kaki bapak aku yang berjalan di hadapan.
Pakcik Sudin di hadapan sekali diikuti oleh bapak aku dan yang belakang sekali Pakcik Mahmud.

Cara mereka meredah kegelapan malam di dalam hutan ini adalah dengan hanya suluhan lampu dari belakang yang dibiayai oleh Pakcik Mahmud.
Ku perhatikan bahawa sesekali suluhan menerjah ke hadapan dan sesekali di tengah tengah.

Begitulah sehingga sampai di satu tebing sungai.
Dalam kelam malam aku melihat sinar kilauan air sungai disuluhi oleh lampu suluh pada mulanya dan kemudian dari cahaya bulan.

Kami berhenti dan segala barang yang dipikul dan dijinjing diletakkan sekumpul.
Aku hanya berdiri seolah olah menjadi jaga kepada peralatan perburuan dan juga pancing.

Mereka kemudian mengeluarkan parang memasing dan mula menuju ke arah yang berlainan.
Kedengaran bunyi parang dipalu.
Seketika kemudian aku lihat mereka membawa beberapa batang buluh dan menghimpunkannya di gigi sungai. Sungguh cekap dan sepatah kata pun tidak kedengaran malah apa yang aku pelik benar adalah mereka tidak merokok walhal semua mereka adalah perokok.

Dengan cekapnya mereka mengikat susunan buluh dengan menggunakan akar kayu dan juga pohon yang melilit.
Aku juga pelik kerana mereka bekerja seolah olah macam hari siang yang terang, nampak saja apa yang mereka lakukan.

Maka siaplah rakit tiga tingkat daripada buluh.
Barangan peralatan dibubuh di tengah tengah dan aku diangkat juga bersama sama dan didudukkan di tengah tengah.

Kemudian aku melihat Pakcik Sudin pergi ke gigi sungai di mana terdapat sebatang pohon.
Dia pun mula menakik dahan pokok untuk membuat pendayung.
Bapak aku berjalan ke kiri rakit dan agak jauh lalu memacakkan sepuntung buluh sepanjang 3 kaki di tepi tebing, betul betul mencecah gigi air sungai.

Kemudian mereka berkumpul.Berdekatan aku..
Pakcik Sudin kemudian aku dengar berbisik.
"Bang, kapak jatuh dalam sungai"
Aku lihat bapak aku berdiri  dan diikuti oleh Pakcik Sudin.
Bersama mereka menuju ke tepi sungai.
Dalam keremangan malam aku perhatikan apa yang mereka lakukan.
Bapak aku terus meredah masuk ke dalam sungai dan terus menyelam.
Agak lama juga di mana aku kira walaupun kini aku masih tidak boleh menyelam selama dia menyelam walaupun aku boleh bertahan selama satu minit di air sejuk.

Kemudian aku lihat bapak aku timbul dan kemudian Pakcik Sudin pulak menyelam.
Seketika cuma dan dia bangun sambil mengangkat tangan menunjukkan sebilah kapak yang dipegangnya.

Setelah itu, mereka bertiga menolak rakit ke tengah sungai dan ketiga tiganya berenang menolak rakit tersebut. Aku berada di atas rakit keseorangan.

Setelah agak beberapa lama maka kami pun sampailah ke seberang tebing.
Ketiga tiga mereka naik ke darat, mengambil semula barangan peralatan dan mula berjalan menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak ketahui.

Apabila mula melangkah Pakcik Mahmud menyuluh ke seberang tebing...dan suluhannya seperti mencari sesuatu dan akhirnya aku lihat bahawa dia menyuluh batang buluh yang dicacakkan oleh bapak ku.
Batang buluh bergerak gerak lalu tercabut dan jatuh ke atas tanah.
Seketika itu juga Pakcik Mahmud menyuluh ke arah air sungai.
Beberapa biji cahaya pantulan kelihatan. Air sungai yang agak tenang tadi berkocakan.
Aku lihat dan amati di mana suluhan Pakcik Mahmud maka aku gerun bila memandang beberapa ekor buaya yang besar berenang ke sana ke sini mencari sesuatu.

Setelah sampai di satu tempat, kesemua kami berhenti sebentar.
Ketiga tiganya mengeluarkan rokok dan menyedut dalam dalam melepaskan geram atau gian ,...aku tak tahu....

Maka berceritalah bapak aku....
" Kau ni memang tak gunalah Din"....
"Aku nyelam gitu lama cari. Bila aku seluk ke bawah, ada batang kayu pulak...aku raba raba bawah batang kayu tu tapi tak jumpa pun...Kau pulak kejap jer dah jumpa...nasib kau memang baik lah...."

"Aku saja jer Bang Din ( nama bapak aku pun ada Din jugak )"
"Aku tau ada buaya bawah tuh saja nak tengok cam maner Abang Din buat"
Kata Pakcik Sudin.

" Hah...bila aku seluk bawah kayu tuh, aku dah rasa kejap turun kejap naik, perut buaya...
Lagipun bila aku nyelam jer ada bunyi berdesing nyaring, ...pastu aku nak kena kan kau...nyata kau nasib baik"
Kata bapak aku...

Lalu mereka bertiga ketawa...Aku cuma tersengih..
Batang buluh yang di cacakkan oleh bapak aku tuh gunanya untuk mengunci buaya.
Apabila buluh itu tercabut maka kunci itu pun terbuka ( sebab itulah bapak aku tak cucuk dalam dalam kalau tidak matilah buaya semua tu tak makan).

Kalau tak sekapal dan berilmu tinggi macam mereka, dinasihatkan dengan keras jangan nak buat lawak macam mereka ~ nahas nanti ~

Adanya.....

~ ~ ~ Aku pernah ke Zoo Melaka pada satu ketika dulu dan anak aku ada komplen kat aku bila tak ada kelibat buaya yang berdekatan dan hanya terdapat 2 ekor jer ngah releks di seberang kolam....

"Papa,...mana buaya tak der pun..."
"Nanti papa panggil..." balasku...
Maka aku pun membaca sesuatu dan kutiupkan ke arah kolam buaya...
Tau tau beberapa ekor buaya timbul ngan perlahan berdekatan ngan kami dan juga yang sedang santai pun mula berenang ke arah kami....
Beberapa orang pengunjung pun berhenti seketika kerana dapat melihat buaya dengan dekat...
Setelah ramai orang yang berkumpul kat tepi kolam tu, aku menarik tangan anak aku untuk pergi dari situ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 10:10 AM | Show all posts
63# rdzaccess


ko baca doa apa bro...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:16 AM | Show all posts
Pagi itu jam sembilan cuaca tenang.
Cerita akan satu kejadian akan berlaku telah meniti dari bibir penduduk kampung yang tinggal di Kg. Permatang Pasir, Linggi, Pengkalan Kempas dan juga sehingga Air Molek ,Melaka.
Memasing membereskan kerja pada pagi itu dan pada petangnya mereka semacam sepakat untuk berkumpul di jambatan kayu yang merentangi Sungai Linggi yang terletak di antara Kg. Permatang Pasir dan Pekan Linggi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:22 AM | Show all posts
Maka harapan mereka agar tiadalah hujan pada petang itu...
Maka pada masa itu aku masihlah tiada lagi akan kejadian...
Cerita ini aku dengar dan dibuktikan oleh bapak mertua abang aku dengan kehadiran gambar buaya tersebut yang diambil oleh Cina kedai gambar yang turut turun memeriahkan suasana.

Kelihatannya seorang budak sedang menunggang seekor buaya yang besar dengan kaki yang tidak mencecah tanah walaupun ku kira budak tersebut berumur kurang lebih lima belas tahun....gitu....

Dan aku dapat lagi melihat foto akan buaya ini disimpan oleh saudara yang berdekatan dengan rumahnya di mana busys ini ditupangkan mulutnya dengan kayu dan seseorang berdiri ditepinya dan adalah ku kira jarak di antara bukaan rahangnya setinggi pinggang orang tuh...

Maka di ceritakan bahawa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-3-2010 10:30 AM | Show all posts
best best....!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:45 AM | Show all posts
best nyer kisah bro RD.....
nak citer lagikkkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 12:32 PM | Show all posts
best citer bro rdz tu..
bila nak sambung?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 03:01 PM | Show all posts
<sambil beberapa dari mereka menunjukkan mimik muka seolah olah selepas makan mi kari.>
aku tak bole blah bace ayat atas ni...kelakar tak hingat...wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:43 PM | Show all posts
Maka diceritakan bahawa......
Petang itu maka waktunya pun sampailah....

Berkumpullah penduduk sekitar dari beberapa daerah yang dekat dan yang jauh dan juga yang pernah menggunakan Sungai Linggi sebagai mata pencarian atau pun hobi dan juga yang ingin tahu betapa hebatnya Sungai Linggi....

Jalan dari kedua dua arah di tutup.
Suara dari mereka yang hadir kedengaran di sana sini.
Terdapat juga beberapa bas henti henti dan juga lori di letakkan di tepi jalan.
Maka lengang lah kedai kopi tiam yang berada di Pekan lantaran tauke pun ikut sama berkumpul..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:44 PM | Show all posts
Kemudian sesusuk tubuh kerdil berjalan melalui jambatan dari arah Pekan ke seberang sana.
Semua mata tertumpu padanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:46 PM | Show all posts
Semua pemerhati terdiam seketika.
Tubuh kerdil itu kemudiannya sampai di seberang san jambatan dan kemudian hilang di celah celah orang ramai yang berkumpul.
Mereka kemudian mengeluh dan perbisikan berlanjutan pula....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:22 PM | Show all posts
Tidak berapa lama kemudian setelah lenyapnya tubuh kerdil itu...
Tersisip di celah orang ramai seorang perempuan yang agak berumur menuju ke arah seberang sana jambatan dengan sebelah tangan menampung tempat pembakaran kemenyan.
Dia berhenti di tengah tengah jambatan dan kelihatannya asap kemenyan berkepul kepul naik tetapi tidak tinggi kerana ditiup angin.
Tangannya mengibas ngibas asap kemenyan ke arah memudik sungai.
Mulutnya berkumat kamit membaca mentera..
Agak lama juga dia berbuat begitu,...mungkin panjang ayat menteranya...

Kemudian dia bersuara " Hai penghuni sungai!!....( pastu tu ntah apa yang dia cakap aku tak tau ( sebab empunya cerita pun tak tau jugak ))...Timbullah engkau,...datang ke marilah engkau,...aku pesan sesuatu pada engkau...."
Lebihkurang macam tu....

Selang beberapa lama maka air sungai menjadi keruh.
Terlihat akan garisan garisan air terbit dari dalam sungai.
Dari sebelah sini jambatan dan juga dari sebelah sana...

Terlihat kemudiannya buih buih halus dan kasar terbit berjalur timbul dari dalam sungai.
Semua penonton terdiam.
Rokok terhenti dari hisapan.
Mulut terhenti dari kunyahan.
Mata terhenti dari kerdipan.
Muka tertumpu ke arah sungai...

Berpuluh puluh ekor buaya timbul di permukaan dan menuju ke tepi tebing sungai.
Ada yang besar.
Ada yang kecil.
Ada yang panjang.
Ada yang yang pendek.
Ada yang bersih.
Ada yang berlumut.
Ada yang gemuk.
Ada yang kurus.

Penonton yang mulanya terdiam kemudian bergerak gerak tidak senang.
Ada yang berdatang hampir dan ada yang bergerak jauh.

Buaya buaya itu kemudian berkumpul di tepi tebing sungai yang berlumpur.
Bertindan tindan dan bertimpa timpa..seperti mereka ini ketakutan dan akur akan pesanan.
   
Perempuan itu kemudian berjalan dan turun melalui jalan denai yang ada di situ menghadap kesemua buaya yang ada di tebing.
Selamba jer dia seolah olah buaya buaya itu seperti batang balak yang terdampar...

Kemudian di serunya lagi setelah itu...
" Aku berpesan kepada yang berbuat salah tinggal di sini dan yang tidak boleh pulang"

Maka beberapa ekor buaya yang kecil memulakan tindakan, bergegas masuk kembali ke dalam air dan berenang ke hulu sungai.
Beberapa ekor buaya jejulung agak dalam kepayahan untuk memusingkan badan kerana tersangkut muncungnya pada badan buaya katak yang gemuk gedempul.

Buaya tembaga seperti kesukaan terus ajer menggelungsur dengan lajunya mengakibatkan kocakan yang amat kuat pada air sungai.

Di atas jambatan pun tak kurang hebatnya berlari ke sana ke sini kerana jarang sekali dapat menonton peristiwa yang sebegini.

Akhirnya tinggallah seekor buaya di atas tebing ti dak bergerak.
Perempuan itu menghampiri agak dekat dengannya dan berkata...
( Tak tau apa yang dikata kerana tak dengar )

Perempuan itu kemudian mengambil mayang kelapa ( yang di bawanya )
dan mula mengibas bermula dari ekor bawa ke kepla buaya itu.
Kemudian perbuatannya di ulangi lagi.
Kemudian di ulangi lagi...

Setelah beberapa kali, kedengaran suara menguak dan badan buaya terhenjut henjut.
Mulut buaya terbuka dan terpancutlah lendir yang banyak.
Setelah itu terpancut pula sebelah tangan.
Kemudian di ikuti dengan sebelah kaki.
Kemudian diikuti dengan cairan lendir.
Penonton yang berdekatan menutup mulut dan kemudian hidung dan kemudian berlari pergi dari situ dan setelah agak jauh termengah mengah mereka kerana kepayahan bernafas.

Kemudian perempuan itu kedengaran berkata..." Engkau bersalah dan aku kena hukum engkau..."

Kelihatan kemudian ada air jernih meleleh bergenang dan membasahi ke sebelah matanya.
Matanya kelihatan redup tidak bercahaya.
Penonton sepi bersama dengan kesedihan.

Dua orang anggota polis kemudian turun ke bawah dan mendapatkan perempuan itu dan bercakap cakap dengannya.
Kemudian perempuan itu naik semula dari tebing.( Pastu tak tau mana perginya )
Dengan senjata yang diberikan kuasa maka kedengaran dua das tembakan bergema.
Maka tamatlah kekejaman sang rangkak yang kini telah menjadi sejarah peradaban dunia.

Penonton pun beramai ramai turun untuk melihat buaya yang amat di geruni itu secara dekat.
Ada yang mengambil kesempatan bergambar.
Buaya ini terlalu tua sehinggakan terdapat hanya beberapa batang gigi sahaja yang ketinggalan apabila rahang mulutnya ditupangkan dengan kayu.

Dagingnya diambil oleh seorang tauke restoran cina kulitnya diambil oleh seorang tauke cina yang lain.
Mana mana anggota badan manusia yang ada dibungkus dan di bawa ke Hospital Seremban.
Selebihnya aku tak tau gi mana.

Kalaulah aku ada semasa tu, yang aku inginkan adalah airmata buaya tersebut.

Adanya....
Gambar tu mungkin ada kagi kot...di sebuah rumah di Lorong Jati, Kg. Permatang Pasir...rumah Pak Long Yasin ( arwah ) seorang yang aktif dalam Pengakap satu masa dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 09:11 AM | Show all posts
bro RD....welcome....thread antu close encounter dah update ke blom????? by the way ...cite buaya atas ni....kalau aku ade situ pon...mesti amik video .....takpon amik gmbr.....bkn sng oooo nak tgk buaya dtg berpuluh2 ekor kat sungai....bukan cam taman buaya ke ape .... air mata buaya...nak buat ape ek???
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 09:13 AM | Show all posts
sian plak dgn buaya yg kena tembak tu..... tapi nak buat camne...die dah mkn org tapi perlu ke tembak die???(tak tembak kang die mkn lagi...huhuhuhu) diluah mati mak...ditelan mati bapak la kirenye ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2010 12:41 AM | Show all posts
sian plak dgn buaya yg kena tembak tu..... tapi nak buat camne...die dah mkn org tapi perlu ke tembak die???(tak tembak kang die mkn lagi...huhuhuhu) diluah mati mak...ditelan mati bapak la kirenye ...
siape_aku Post at 19-3-2010 09:13

buaya yang dah penah merasa daging manusia dengar cerita perlu dibunuh.. sebab die akan jadi ketagih... die akan sentiasa memburu orang... macam vampire la lebih kurang.. ni orang cakap la.. betul ke tak aku tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 09:16 AM | Show all posts
ya betul. sbb daging manusia adalah daging nombor 2 paling sedap di dunia ini. manis dan padat dagingnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:10 AM | Show all posts
ya betul. sbb daging manusia adalah daging nombor 2 paling sedap di dunia ini. manis dan padat dagingnya...
zairizain Post at 21-3-2010 09:16


daging nombor 1 daging aper ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 01:09 PM | Show all posts
daging nombor 1 daging aper ?
twins Post at 22-3-2010 10:10




tu la tu...daging no 1 daging sape ????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.574039 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list