CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

KISAH PARA NABI,SAHABAT,TABIIN,WALI ALLAH,ULAMA',PEMIMPIN

[Copy link]
 Author| Post time 12-1-2013 04:37 PM | Show all posts
KISAH 38

    Imam Abdul Aziz bin Baz rahimullah (November 21, 1910 – May 13, 1999)

adalah Mufti Arab Saudi.Beliau buta sejak kecil namun berjaya hafaz Quran ketika usianya 10 tahun.Sebelum dilantik menjadi Mufti,beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Madinah dan Universiti di Riyadh .(antara yg sempat berguru dgn beliau ,DS Hadi Awang yg belajar di situ tahun 70an ).Aku x sempat sebab  aku belajar tahun 90an....

     Beliau rahimullah mempunyai karamah.Tanpa tongkat,beliau ke kelas tanpa bantuan orang celik.Ketika mengajar,beliau tahu mana pelajar yang mencatit nota atau tidak.Pernah seorang pelajar disuruh berdiri,namun pelajar itu hanya menggerakkan kerusi seakan mahu menipu beliau dan beliau berkata "kenapa kamu tidak bangun?"


Ketika menjadi Mufti ,seorang lelaki memberitahu bahawa ayahnya meniggal dunia dan tidak boleh disembahyangkan kerana darah di kepala bercucuran tanpa henti.Walaupun sudah dibalut dengan kain,ia masih menitis keluar.

Beliau rahimullah menyuruh lelaki itu menuangkan air sebanyaknya di kepala agar air menjadi lebih banyak dan ia menghilangkan titisan darah,sambil org ramai menunaikan solat jenazah...

al-Fatihah............




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2013 04:45 PM | Show all posts
KISAH 39

  Bilal bin Rabbah r.a adalah lelaki kulit hitam dan merupakan hamba abdi.Abu Bakar .ra yang membeli beliau setelah kasihan melihat Bilal didera dan diseksa oleh tuannya kafir.Setelah membeli Bilal,Abu Bakar as-Siddik memerdekakannya.

1 hari berlaku pertengkaran Bilal dan temannya.Temannya berkata "Kamu ni anak orang hitam,sedarlah diri sikit..."

Lantas Bilal dengan tangisan menemui Nabi saw dan mengadu...Nabi saw amat marah dan memarahi lelaki yang menghina Bilal.

"Tiada kelebihan bangsa arab dan bukan arab,tiada kelebihan bangsa bukan arab dan bangsa arab melainkan takwa".

Lelaki yang menyesal kemudian menelungkupkan mukanya ke tanah dan berkata "aku akan menelungkupkan mukaku ke tanah sehinggalah Bilal memaafkan aku..."

Lantas Bilal r.a memaafkannya...

Bilal bin Rabbah r.a adalah antara 10 sahabat yang dijanjikan masuk Syurga....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 04:54 PM | Show all posts
kISAH 40

    Imam Ghazali  rahimullah adalah bangsa Parsi,seeprti  sahabat Nabi saw,Salman al-Parsi yang terkenal dengan cadangan membina parit dalam perang Khandak.Ketika Imam Ghazali  masih menuntut ilmu dalam perjalanan bersama-sama orang lain,namun di tengah jalan ada perompak menahan kenderaan mereka dan menyuruh kesemua penumpang memberikan semua harta benda,wang yang ada.

Imam Ghazali yang membawa pelbagai nota pengajian dalam bungkusan kain tidak mahu memberi.

"Apa itu?kenapa kamu tidak mahu beri?"tanya ketua perompak.

"Aku tidak akan berikan!ini adalah harta paling berharga yang aku miliki........."balas Imam Ghazali.

Ketua perompak itu marah dan merampas dari tangan Imam Ghazali.Apabila dibuka,terlihat cebisan kertas-kertas ada tulisan pelbagai nota pengajian.

"Apalah guna kamu menjadi penuntut ilmu jika hanya bergantung kepada nota-nota ini....."kata ketua perompak sambil  ketawa..

Lantas perompak memulangkan semula...

Selepas kejadian,Imam Ghazali insaf dan tidak pernah bergantung dengan nota.Semua ilmu yang dipelajari ,dihafal dalam kepala..


Imam Ghazali adalah penulis hebat dan beliau rahimullah berjaya menulis 400 buku dalam pelbagai bidang ilmu termasuk falsafah ,ekonomi dan agama.


Beliau meninggal dunia pada 1111 Masehi di Iran............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 05:03 PM | Show all posts
buku karangan Imam Ghazali...berbilion umat islam telah membacanya....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 05:12 PM | Show all posts
KISAH 41

Insya-Allah bersambung.....

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013

simpan duit 50 sen sehari.....................

Mungkin aku di sana jk umo panjang............JOM SIMPAN WANG!!!







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 05:14 PM | Show all posts
NorAddin posted on 12-1-2013 04:12 PM
salam

MasyAllah ..

WSLM..

syukran................



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2013 08:31 AM | Show all posts
KISAH 41

   Abdullah Ibnu Omar al-Khattab r.anhuma ,ketika masih remaja mengikuti Nabi saw menunaikan solat malam....
Selepas al-Fatihah,Baginda saw membaca surah  Al-Baqarah,.Abdullah  menyangka Nabi saw rukuk,namun tidak.Nabi saw menyambung pula surah 'Ali `Imran,An-Nisa',al-Maaidah....Kemudian rukuk Nabi
saw sepanjang berdirinya,kemudian iktidal,kemudian sujud sepanjang berdirinya...

                  Begitulah panjangnya Nabi saw menunaikan solat malam....................




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 08:33 AM | Show all posts
KISAH 42

     1 hari Nabi saw pulang dari pelbagai urusan agak lewat.....lantas memberi salam...namun tiada jawapan....setelah beberapa kali
memberi salam,namun masih tidak dijawab isteri kesayangan Aisyah r.a.

  Nabi saw membuat keputusan untuk tidur di luar rumah.......................



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2013 08:35 AM | Show all posts
KISAH 43

   Sahabat r.a bertanya kpd Aisyah r.a,apa yang dilakukan Nabi saw di rumah...

Jawab Aisyah "Nabi saw biasa melakukan pelbagai kerja termasuk menjahit sendiri pakaian,menjahit kasut,malah menguli tepung hingga putih di mukanya.............."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 08:39 AM | Show all posts

KISAH 44

    1 hari Nabi saw memuji Khadijah r.a di depan Aisyah.Pujian bertali-tali menyebabkan Aisyah r.a cemburu dan mengeluh....."balik-balik cerita Khadijah..balik-balik perempuan tua itu disebut..."

Nabi saw amat marah dan bersabda ;

“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan … darinyalah aku mendapatkan keturunan.”


Lantas Nabi saw keluar rumah beberapa hari kerana merajuk dengan sikap Aisyah r.a dan Abu Bakar as-Sididik r.a memujuk Baginda saw agar pulang ke rumah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 08:45 AM | Show all posts
KISAH 45

     1 hari Allah swt  menyuruh Malaikat Jibril a.s menemui Musa a.s  untuk mengujinya dan bertanya,

"Siapakah manusia yang paling bijak dan pandai di dunia ini?

Jawab Nabi Musa a.s "Aku..."

      Mendengar jawapan Musa ,Malaikat menyuruh Musa a.s pergi ke satu tempat....

Maka tersebutlah kisah yang masyhur sbgmana diceritakan dalam Quran


"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)

"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih karena perjalanan hita ini. Muridnya menjawab: Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. Musa berkata: Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "(QS. al-Kahfi: 61-65)

"Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu." (QS. al-Kahfi: 66-70)

Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya.

Musa berkata: Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya hamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.

Dia (Khidir) berkata: Bukankah aku telah berkata: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.

Musa berkata: Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.

Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya.

Musa berkata: Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.

Khidir berkata: Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?

Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu.

Musa berkata: Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu.

Khidir berkata: Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya).

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya." (QS. al-Kahfi: 71-82)



            Setelah peristiwa itu,Musa a.s tersedar dari kesilapannya yang mengakuinya dirinya paling bijak dan pandai ..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 08:53 AM | Show all posts
KISAH 46

Abu Hanzalah bin Ar Rabie r.a baru bernikah...Keesokan paginya terdengar riuh rendah tentera bersiap untuk berperang...


   "Isteriku.....maafkan Abang..abang mahu serta ke Uhud....."pinta Hanzalah.

Isteri yang baru dinikahi mengizinkan walaupun dalam hati kecil sedih dengan pemergian suami tersayang...

Tanpa mandi junub kerana tergesa-gesa,Hanzalah r.a menyarung baju besi dan pedang ,terus berangkat pergi....

    Takdir Allah swt,Hanzalah r.a gugur syahid...

Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah r.a dimandikan oleh para Malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para Malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 08:57 AM | Show all posts
KISAH 47

Insya-Allah bersambung..........................

DOA IMAM GHAZALI rahimullah

   
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 11:19 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 12-1-2013 05:03 PM
buku karangan Imam Ghazali...berbilion umat islam telah membacanya....

SEMUA YANG ACIK TEMPEK TK NAMPAK.. APA TAJUK BUKU NI EH.. IHYA ULUMUDDIN KE?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:11 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 13-1-2013 08:39 AM
KISAH 44

    1 hari Nabi saw memuji Khadijah r.a di depan Aisyah.Pujian bertali-tali menyebabka ...

salam

KISAH 44

    1 hari Nabi saw memuji Khadijah r.a di depan Aisyah.Pujian bertali-tali menyebabkan Aisyah r.a cemburu dan mengeluh....."balik-balik cerita Khadijah..balik-balik perempuan tua itu disebut..."

Nabi saw amat marah dan bersabda ;

“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan … darinyalah aku mendapatkan keturunan.”

Lantas Nabi saw keluar rumah beberapa hari kerana merajuk dengan sikap Aisyah r.a dan Abu Bakar as-Sididik r.a memujuk Baginda saw agar pulang ke rumah...

Dia keluar rumah beberapa hari .. pergi mana eeh ..?
adakah dia .. duduk d'rumah father in law nya ..?
since father in law dia yang dapat memujuk dia ..
saya rasa dia duduk d'sana ..
ini adalah satu solution .. bila suami isteri .. dalam crisis to settle issue .. i guess .. hrrmm

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 02:57 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 14-1-2013 11:19 AM
SEMUA YANG ACIK TEMPEK TK NAMPAK.. APA TAJUK BUKU NI EH.. IHYA ULUMUDDIN KE?

x nmpk?1 dunia nmpk..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 12:12 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 17-1-2013 02:57 PM
x nmpk?1 dunia nmpk..............

doh meme tak nampak.. takkan nak kata nampak pulokkkkk... ngeee... bgla tau tajuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2013 09:51 PM | Show all posts
KISAH 47

   Dikisahkan 3 hamba Allah....mereka berada di depan Multazam Kaabah ( antara pintu dan hajar aswad )

mereka berdoa dan terus berdoa dengan seikhlas hati...

kesemua doa mereka dimakbulkan Allah swt...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2013 09:58 PM | Show all posts
KISAH 48

    nabi Ayob a.s mengeluh akibat penyakitnya,lantas berdoa

"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."

...kerana dia telah berjanji kepada Allah...

"Ya Allah...aku x sanggup merotan isteriku 100 rotan...."keluhnya

Lantas Allah swt memerintahkan Ayob a.s mengumpulkan ranting-ranting kecil sebanyak 100  ranting dan menyebat isterinya...

Allah s.w.t berfirman:


"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (Quran surah  al-Anbiya': 83-84)


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Quran surah  Shad: 44)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2013 10:00 PM | Show all posts
KISAH 49

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.


Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.


Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.


Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.


Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.


“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.


“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”


“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.


“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.


Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.


“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.


“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.


“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.


“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.


“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.


“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.


“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.


“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.


“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.


“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.


“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.


Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.084944 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list