|
Babak lain termasuk Adam balik dari kerja dan masuk bilik dan mendapati Maya sedang tidur. Dia menguncup pipi isterinya itu dan kemudian bersolat. Seterusnya Adam pergi ke bilik Armani dan menidurkan anaknya sambil membaca buku. Satu lagi babak ketika Maya tidur, Adam terjaga lalu melihat Maya sedang berjalan lalu mendukung Maya kembali ke katil.
gjown91 Post at 29-4-2010 10:55
bapa yg bertngungjwab sunggh la Adam ni..
knpalah Maya ,menduakan suaminya..:@
huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
budusnye punya maya...
dengan dani sengal tu pon boleh cair..
x mustahil naseb dia pon jd mcm ex-wife dani...
senang2 je kena cerai |
|
|
|
|
|
|
|
budusnye punya maya...
dengan dani sengal tu pon boleh cair..
x mustahil naseb dia pon jd mcm ex-wife dani...
senang2 je kena cerai |
|
|
|
|
|
|
|
takkan last2 adam mati kot?
kan ari tu dia suruh maya sain insurance pastu ms scene kat kubur tu dia kata "jgn smp saya jd cam arwah, baru awak nak sedar"
petanda ajal kah itu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 810# dax_wdw
peh....dasyat penangan mia a.ka. amani ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
kite tadi google nama die..trus jumpe fb die.layan gamba die kat fb ayah die.comeinye bdk tuh.haihhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kite tadi google nama die..trus jumpe fb die.layan gamba die kat fb ayah die.comeinye bdk tuh.haihhh ...
cik_kaer Post at 29-4-2010 12:12
mia nie ank saper ekk..sory..ketinggalan keretapi....heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Mia meragam ditengking Lisa
Oleh Hartati Hassan Basri
2010/04/29 GARA-GARA ditengking Lisa Surihani, penggambaran drama bersiri Adamaya di kondominium Villa Wangsamas, Wangsa Maju, baru-baru ini berdepan sedikit masalah apabila pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 4, bertukar 'mood' menjadi meragam.
Ini menyebabkan babak 'close-up' membabitkan Mia yang memegang watak Armani, membuka laci terpaksa diulang berkali-kali. Anak bongsu daripada empat beradik itu nampak begitu berhati-hati, mungkin bimbang kalau-kalau dia 'dimarahi' lagi. Ayah Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 35, yang menemaninya sepanjang penggambaran, cuba membantu menenangkan Mia tetapi tidak berjaya. Lalu, Lisa yang memegang watak Maya, jadi serba salah dan cuba mengambil hatinya dengan bergurau senda. Selepas Lisa membawa Mia pergi ke kedai membeli coklat, barulah Mia berani dekat semula dengan Lisa.
Dalam babak sebelum itu, Armani sedang bermain dalam bilik ibunya. Dia kemudian terjumpa gambar Maya bersama lelaki lain ketika menyelongkar laci ibunya. Tiba-tiba Maya masuk dan terus marah apabila melihat Armani memegang gambarnya bersama kekasihnya, Dani (Faizal Yusup).
"Apa ni? Kenapa sepah-sepah, nak kena ya?" tengking Maya kepada Armani. Lisa akui serba salah melakonkan babak itu kerana tidak sampai hati memarahi budak sekecil Mia. Bagaimanapun, kerana tuntutan wataknya dalam Adamaya, Lisa cuba melaksanakannya sebaik mungkin.
"Pada mulanya memang kekok tapi apabila didesak pengarah, saya buat juga. Tapi ia ambil masa sedikit. Harap-harap lakonan saya menjadi. "Walaupun ini lakonan pertama Mia, dia boleh berlakon kerana banyak menjayakan iklan. Dia tak ada masalah memahami apa yang dikehendaki pengarah kerana dia bijak dan cepat tangkap. Cuma apabila kena marah, dia rasa terkejut," kata Lisa.
Pengarahnya, Hashim Rejab, 35, berkata, beliau pernah bekerja dengan pelakon kanak-kanak sebelum ini dan sudah bersedia berhadapan sebarang kemungkinan. Hashim sedar bukan mudah bagi pelakon kecil memberi komitmen berbanding pelakon dewasa.
Katanya, penggambaran membabitkan Mia sudah dilakukan sejak dua minggu sebelumnya dan tiada masalah. Bagaimanapun, katanya, apabila ada babak membabitkan emosi, mereka berdepan masalah.
"Sebenarnya saya agak kecewa juga kerana babak itu tidak dapat dilakukan seperti yang saya bayangkan. Ia tidak sampai mengikut apa yang saya kehendaki tetapi saya kena berpuas hati kerana tidak mahu jejaskan tempoh penggambaran.
"Babak ini sangat penting untuk mengembangkan jalan cerita. Selepas ini, Armani mula menjauhkan diri daripada ibunya. Ini membuatkan konflik dalam keluarga Adam dan Maya bertambah buruk," katanya.
Kata Hashim, hakikatnya Maya bukan marahkan Armani kerana masuk ke biliknya dan menyelongkar barang peribadinya tetapi dia lebih takut jika suaminya terjumpa gambar dia dengan lelaki lain.
"Dalam drama ini, Maya menjalin hubungan sulit dengan kekasih lamanya, Dani. Apabila anaknya menemui gambarnya bersama Dani, Maya takut Armani akan bocorkan rahsia," katanya.
Drama bersiri yang kini ke udara setiap Selasa hingga Khamis menerusi slot Akasia di TV3, mengisahkan Adam lakonan Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein dan Maya (Lisa) yang dijodohkan ibu bapa mereka tanpa cinta. Adam bekerja sebagai penulis majalah pelancongan dan suka mengembara manakala Maya, pelajar tahun dua di universiti. Maya sebenarnya ada kekasih pilihannya, Dani (Faizal).
Apabila berkahwin, Maya tidak membenarkan Adam menyentuhnya hinggalah berlaku satu insiden sehingga Maya mengandung. Mereka dikurniakan anak perempuan, Armani. Pada waktu sama, Dani terus memburu cinta Maya. Dia sering mengekori Maya dan mendesaknya meninggalkan Adam. Walaupun Maya sayangkan suami dan anak, pada waktu sama dia keliru dengan cintanya kepada Dani yang dianggap cinta pertama. Babak pada hari itu hanya membabitkan Lisa, Sein dan Mia di rumah dan ia dijangka disiarkan hari ini, Khamis. Selain babak Armani dimarahi ibunya, ada juga babak Adam masuk ke bilik ketika Maya sedang marahkan Armani. Adam menegur sikap Maya dan Armani terus berlari memeluk kaki ayahnya.
Babak lain termasuk Adam balik dari kerja dan masuk bilik dan mendapati Maya sedang tidur. Dia menguncup pipi isterinya itu dan kemudian bersolat. Seterusnya Adam pergi ke bilik Armani dan menidurkan anaknya sambil membaca buku. Satu lagi babak ketika Maya tidur, Adam terjaga lalu melihat Maya sedang berjalan lalu mendukung Maya kembali ke katil. Memang Adam sudah biasa dengan masalah Maya 'berjalan dalam tidur'. Kata Hashim, penggambaran yang diadakan sejak 13 Mac lalu berjalan lancar dan setiap hari dapat menyiapkan sekitar 12 babak. Walaupun menggantikan tempat pengarah asal, Feroz Kadir sejak episod tujuh, Hashim mengakui tidak menghadapi masalah.
Hashim menggantikan tempat Feroz kerana pengarah itu ada komitmen lain tetapi khidmatnya diperlukan untuk drama itu walaupun hanya sehingga episod enam. Bagaimanapun, Feroz lebih dulu menyiapkan rangka penggambaran untuk memudahkan penggantinya mengambil alih. Kalau ada masalah, Hashim akan menghubungi Feroz untuk bertanya lebih lanjut.
Kata Hashim, itu bukan kali pertama dia mengambil alih tugas mengarah di tengah jalan. Malah, ada pengalaman lebih hebat apabila menyambung kerja pengarah yang meninggalkan kerja separuh jalan. Drama lain arahan Hashim bertajuk Mama Murai untuk siaran Astro.
BORAK LOKASI
DRAMA: ADAMAYA
TERBITAN: MIG PRODUCTION SDN BHD
PENERBIT : DAVID TEO
PENGARAH : HASHIM REJAB
PENASIHAT PENGARAH : FEROZ KADER
PENYELARAS PRODUKSI : TEAM MIG
KONTI: MOHD HAFIZ ABDUL RAJAK
PENGARAH FOTOGRAFI : MOHD JUFRI AYOB
PENGARAH SENI : SUHAIDY AZRUL ABD JABBAR (CHOMEL)
AUDIO/BOOM : MOHD SANY ABU SAMAH
JURULAMPU : MAT FAZLI KAMARUDIN
ADUNAN MUZIK : MIG SOUND FACTORY
PENYUNTING : MIG SOUND FACTORY
MEKAP : KELANA TUAH (NANA), SITI FARALEZA RAMLI(DIELA)
PROPMASTER : INDRA HISHAM
PROPMAN : MOHAMED ALI
WARDROBE : YUNNI TOMMY
JURU GEGAS : ZAIDY MANSOR
HANDY : MOHD RIZAL MOHD YUSOF
KATERING : LEMON KATERING
SIARAN: AKASIA (TV3) SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS, JAM 6.30 PETANG |
|
|
|
|
|
|
|
mia nie ank saper ekk..sory..ketinggalan keretapi....heheh
maya1311 Post at 29-4-2010 12:44
http://www.facebook.com/album.php?aid=11937&id=100000306500340&ref=mf -> album mia dkt fb ayah die.mia ni ikut muke ayah die kot.sbb kalo tgk muke mak die biasa2 jer.tp muke ayah die tak tau cemana |
|
|
|
|
|
|
|
bencik nyer aku ngn si maya tu....
si dani yg x semenggah tu pun, dia leh cair....
apa lah punya bingai...
sian adam...sian amani hu hu hu |
|
|
|
|
|
|
|
Mia Sara ni dah ade fans die sendiri taw..hehe
ni link group kami peminat Mia Sara..
baru 2 3 ari ...
dax_wdw Post at 29-4-2010 11:59
wah!!popular dah si Mia ni..
nanti mst bnyak brlkon g.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat nama anak aflin
ttgok masuk fb mia sara, dah ada org dedicated lagu tu utk dia...
cute...!
apapon, katanya dramamelayu dah kuar epi15. cepat gila... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat nama anak aflin
ttgok masuk fb mia sara, dah ada org dedicated lagu tu utk dia...
cute. ...
de_ikea Post at 29-4-2010 16:44
drama melayu tu kat mana??? |
|
|
|
|
|
|
|
dani... |
|
|
|
|
|
|
| |
|