|
hihihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
[img][ /img]
sempena hayam semalam...
sila lah order yg mana berkenan..
hambek muffin lebih wokeyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 802# dollah_bedwi
xde logo halal jakim pon abe dolly... |
|
|
|
|
|
|
|
satusembilan Post at 10-1-2011 12:43 
kalahhhh!! booooooooooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
hari khamis lw blackpool kan kite tgk mana yang fool samada black fool atau liverfool |
|
|
|
|
|
|
|
mana fans looserpool yg duk meratib kat CI tu?..awat x meratib kat sini?..
kuikuikui! |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah.. masih lg meratib babahdol...kahkahkah!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk ada sentuhan cuba jatuhka babah hokey {:2_74:} |
|
|
|
|
|
|
|
penalti...
sebab ada sentuhan atau kekasaran?
 |
|
|
|
|
|
|
|
sbb nak kekalahan!  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sentuhan macam tu budak 6 tahun pun tak jatuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sentuhan macam tu budak 6 tahun pun tak jatuh....
sagna_kacak Post at 12-1-2011 14:41 
CUBAAN MENJATUHKAN SECARA HALUSSS  |
|
|
|
|
|
|
|
Aura King Kenny
WIRA Liverpool, Kenny Dalglish kembali memegang kerusi panas di Anfield selepas Roy Hodgson meninggalkan kelab itu menerusi persetujuan bersama minggu lalu.
Ia pastinya satu perpindahan popular di kalangan penyokong kelab itu, yang melihat kelab itu mundur sejak personaliti berbangsa Scot itu meninggalkan kelab pada 1991 selepas karier yang dipenuhi trofi di depan penyokong Kop sebagai pemain mahupun pengurus.
Berikut adalah perjalanan hidup King Kenny di Liverpool.
1977: 10 Ogos - Menyertai Liverpool dari Celtic dengan rekod perpindahan British STG440,000.
13 Ogos - Membuat kemunculan sulung bersama Liverpool pada perlawanan Perisai Sumbangsih menentang Manchester United.
20 Ogos - Menjaringkan gol pertama Liverpool selepas hanya tujuh minit ketika kemunculan sulung liga menentang Middlesbrough di Ayresome Park.
23 Ogos - Menjaringkan gol ketika melakukan kemunculan sulung di Anfield ketika Reds mengalahkan Newcastle 2-0.
1978: Mengungguli carta penjaring gol terbanyak kelab pada hujung musim pertama dengan Liverpool, kadar satu gol dalam dua perlawanan membolehkannya mengumpul 31 gol dalam 62 penampilan.
10 Mei - Menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Piala Eropah menentang FC Brugge di Wembley.
1979: Dalglish dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan oleh persatuan wartawan bola sepak ketika Liverpool menjuarai liga Divisyen Satu.
1980: Memenangi kejuaraan liga Inggeris kedua bersama Liverpool.
1981: Liverpool memenangi Piala Liga, namun hadiah terbesar adalah apabila Reds merangkul Piala Eropah ketiga dalam era Bob Paisley.
1982: Liverpool meraih satu lagi kejuaraan Divisyen Satu dan Piala Liga buat kali kedua berturut-turut.
1983: Kejayaan Piala Liga kali ketiga dilengkapkan dengan mempertahankan kejuaraan liga. Sumbangan Dalglish diiktiraf apabila dia menerima kedua-dua anugerah Pemain Terbaik Tahunan.
1984: Kini bermain di bawah Joe Fagan, Dalglish sekali lagi mencetus inspirasi apabila Liverpool meraih tiga kejuaraan, menjulang Piala Eropah, kejuaraan liga dan Piala Liga.
1985: 29 Mei - Liverpool layak ke perlawanan akhir Piala Eropah namun pertembungan dengan Juventus di Stadium Heysel dicemari dengan kejadian di luar padang apabila 39 orang - kebanyakannya penyokong kelab Itali itu - mati kerana rusuhan penyokong.
Beberapa jam sebelum perlawanan itu, Fagan mengumumkan beliau akan bersara pada hujung musim, memberi peluang Dalglish memegang peranan pemain-pengurus.
1986: Ketika kelab Inggeris digantung daripada pertandingan di Eropah kerana tragedi Heysel, Dalglish hanya menumpukan kepada impian domestik Reds dan berjaya meraih kepercayaan Anfield dengan kejuaraan berganda liga dan Piala FA, dengan Dalglish menjaringkan gol yang memastikan kejuaraan Divisyen Satu.
1987: Musim 1986-87 amat mengecewakan buat pasukan Dalglish, dengan pencabar Merseyside, Everton memenangi ligta, Arsenal mengalahkan mereka pada perlawanan akhir Piala Liga dan tersingkir pada Piala FA di tangan Luton.
1988: Pembelian Peter Beardsley, John Barnes dan John Aldridge tahun sebelumnya bermakna Dalglish lebih banyak menjalankan tugas dari bangku pemain simpanan. Pasukan berwajah barunya bagaimanapun menghasilkan kejuaraan liga kedua buatnya selaku pemain-pengurus.
1989: 15 April - Dalglish mengalami detik-detik hitam sebagai pengurus Liverpool apabila 96 penyokong mati dalam runtuhan Stadium Hillsborough menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.
20 Mei - Hanya lima minggu selepas insiden di Hillsborough, Dalglish mengemudi Liverpool dengan kemenangan penuh emosi 3-2 ke atas Everton pada perlawanan akhir Piala FA di Wembley.
1990: 1 Mei - Melakukan kemunculan terakhirnya buat kelab itu pada usia 38 tahun, masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika perlawanan terakhir Liverpool di gelanggang sendiri musim itu menentang Derby, ketika Reds sudah muncul juara liga kali ketiga di bawah Dalglish. Beliau bersara dengan rekod 172 gol dalam 515 penampilan pasukan utama buat kelab itu.
1991: 22 Februari - Dalglish menamatkan hubungan lamanya dengan Liverpool apabila beliau mengundur diri sebagai pengurus kerana masalah kesihatan.
2009: 19 April - Dalglish dikaitkan untuk kembali ke Anfield sebagai kakitangan di bawah pengurus Rafael Benitez.
24 April - Benitez mengakui beliau bercakap dengan Dalglish tetapi tidak memutuskan apa peranan yang boleh dimainkannya.
3 Julai - Dalglish dilantik dengan peranan utama di akademi Liverpool dan juga bertindak sebagai duta kelab.
2010: Jun - Diminta untuk membantu mencari pengganti Benitez dan juga dikaitkan dengan tugas itu. Hogdson akhirnya dilantik.
2011: 8 Januari - Berikutan pemergian Hodgson, Dalglish menjadi pengendali sementara Liverpool hingga hujung musim. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalglish optimis
LIVERPOOL: Kenny Dalglish yakin mampu mengembalikan kegemilangan Liverpool meskipun sudah sedekad tidak terbabit dalam pengurusan kelab.
Pengendali kelahiran Scotland berusia 59 tahun itu, menamatkan tugasnya selaku pengurus Liverpool pada 1991 dilantik Sabtu lalu apabila Roy Hodgson dipecat selepas hanya memikul tugas enam bulan. Kali terakhir Dalglish memegang tugas selaku pengurus ketika bersama Celtic sebelum dipecat pada 2000.
“Saya tidak fikir itu satu isu, mungkin banyak menyaksikan perlawanan seperti orang lain yang terbabit dalam bola sepak, sungguhpun hanya sekadar penonton, saya turut mempunyai pemikiran berbeza.
“Ia tidak seperti anda tidur dan kemudian apabila bangun semua perkara sudah berubah. Bola sepak bukan seperti itu. Walaupun tidak terbabit dalam bidang ini selama 10 tahun, kelab masih menaruh kepercayaan dengan membawa saya menguruskan akademi lebih setahun dulu,” katanya.
Dalglish dipecat ketika menguruskan Newcastle dan Celtic selepas berjaya membimbing Blackburn menjulang kejuaraan Liga Perdana pada 1995.
“Sains sukan memainkan peranan besar dalam bola sepak dan saya memperkenalkannya di Blackburn. Saya tidak fikir pada usia ini, saya mampu mengikuti teknologi terkini tapi tahu apa yang diperlukan.
“Walau apa yang dilakukan, akhirnya pemain yang menentukannya. Ia mengenai hubungan dengan pemain, pendidikan dan pengalaman,” katanya.
Dalglish memenangi lapan gelaran liga sebagai pemain dan jurulatih pada 1977 hingga 1990.
Pada penampilan pertama Ahad lalu, Liverpool disingkirkan Manchester United daripada saingan Piala FA.
Misi utama Dalglish adalah membantu Liverpool memperbaiki kedudukan dalam Liga Perdana dengan pasukan itu ketika ini hanya empat mata di atas zon penyingkiran sebelum pertemuan dengan Blackpool, awal pagi Khamis.
Damien Comolli, pengarah strategi bola sepak di Liverpool berkata, Dalglish dijangka meneruskan tugasnya itu selepas tamat musim ini.
“Kami mengenalpasti apa yang mahu kami lakukan, apa yang mahu dicapai dan akan berbincang dengan Dalglish mengenainya,” kata Comolli. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
mana tukang ratib?..hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|