CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 3-2-2014 05:28 PM | Show all posts
- Masjid Quba
Nabi bina masjid atas dasar taqwa

Ketikaberada di kampung Quba, Nabi s.a.w. telah mengasaskan pembinaan sebuah masjid yang dikenali hingga kini sebagai 'Masjid Quba'. Pembinaan masjid ini telah mendapat sanjungan dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah patut kamu bersembahyang di dalamnya..."

(Surah At-Taubah ayat 108).






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 05:38 PM | Show all posts
dilaOHdila posted on 3-2-2014 09:12 AM
Insyaallah Trans...
banyak photo yang saya akan kongsikan nanti disini....

cantik nya, macam poskad
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 06:17 PM | Show all posts
dilaOHdila posted on 3-2-2014 09:12 AM
Insyaallah Trans...
banyak photo yang saya akan kongsikan nanti disini....

Lawo gile angle ambik.. kenan sunggoh ambe
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 06:21 PM | Show all posts
te_peng posted on 3-2-2014 06:17 PM
Lawo gile angle ambik.. kenan sunggoh ambe

trima kasih tepeng
ambo tak bawak DSLR
ambo guno hok compaq camera ja samsunggalaxycamera ni
senang nak bawok...
nak masuk masjid Nabawi kena check ngan POLIS jubah kat pintu tu
so pandei2 ler sorok celah celah beg ngan sejadah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 06:36 PM | Show all posts
dilaOHdila posted on 3-2-2014 06:21 PM
trima kasih tepeng
ambo tak bawak DSLR
ambo guno hok compaq camera ja samsunggalaxycamera ni

Molek doh tepek, boleh ambe wak contoh. Kot bile2 gi sana lagi boleh try ambik gambar gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 06:37 PM | Show all posts
te_peng posted on 3-2-2014 06:36 PM
Molek doh tepek, boleh ambe wak contoh. Kot bile2 gi sana lagi boleh try ambik gambar gitu.

boleh ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2014 07:46 PM | Show all posts
dilaOHdila posted on 3-2-2014 05:28 PM
- Masjid Quba
Nabi bina masjid atas dasar taqwa


cantik2 pics, thanks for sharing. rindu bertandang kembali

penah dgr Ustaz Zul Ramli menerangkan dlm rancangan Usrah Nurani di Radio IKIM bagaimana Hijrah Rasulullah SAW sgt berkait rapat dgn masjid. walaupun Baginda penat berhijrah dlm panas terik selama hampir 2 minggu utk sampai ke Madinah tapi 1st thing yg baginda lakukan sebaik shj sampai di Quba ialah mendirikan masjid, bukannya baginda berehat2 selepas penat berjalan jauh.

begitu juga ketika baginda baru saja sampai ke Madinah, baginda terus mengajak para sahabah mendirikan masjid nabawi. begitu pentingya masjid dlm sejarah hijrah Rasulullah SAW.

moral of d story: hendaklah kita mengimarahkan masjid kerana barangsiapa yg hatinya dekat dgn masjid adalah dia antara 7 golongan yg berada di bawah Arasy Allah. wallahualam




Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 08:27 PM | Show all posts
dlisa posted on 3-2-2014 07:46 PM
cantik2 pics, thanks for sharing. rindu bertandang kembali

penah dgr Ustaz Zul Ramli mener ...

Begitu lah perjalanan Nabi Muhammad SAw...
honestly bila kita berada disana
hati akan merintih apabila mengingati perjalanan Nabi
susah payah pahit getirnya mengharungi setiap perjalanannya
dan pabila melihat Masjid ini ...tuhan ajer yang tahu dalam hati ini.

semoga kita sama sama dapat berkongsi pengalaman dalam ziarah Umrah disini



Last edited by dilaOHdila on 3-2-2014 08:29 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 08:35 PM | Show all posts
Disekitar Masjid Quba ni terdapat ramai peniaga menjual barangan atau souvenir.
Setiap kali masuknya 'Waktu' mereka ini akan meninggalkan perniagaan mereka buat sementara
SATU yang sangat di kagumi di Bumi arab ini







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:29 AM | Show all posts
Wow, teruja sungguh bila masuk thread ini dan melihat ramai geng2 forumer nak umrah dan haji.
Tahun ni saya rest dolu, insyaAllah nak gi tempat lain. Tahun depan teringin nak umrah musim sejuk bulan 1 atau 2 ataupun Ramadan, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:47 AM | Show all posts
subhanulllah cantiknya..

dod,
tepek la lagik

mohon nak tanya pada otai2 sini

hotel safwah jauh tak dr masjid..

Teh masih menunggu panggilan, harap dapat kesana dlm mar-april..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:53 AM | Show all posts
tehbunga posted on 4-2-2014 10:47 AM
subhanulllah cantiknya..

dod,

Safwah Royal Orchid??? Kalu betul teramat dekat...dlm building yg sama dgn clock tower
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:57 AM | Show all posts
tosei posted on 31-1-2014 08:24 PM
Assalammualaikum semua...tgh dok mencari2,terjumpa thread ni...saya pon nk tumpang cerita pengalaman ...

Ya Alllah mengalir airmata saya baca kisah ni..

ini la antara keinginan nombor 1 saya, nak bawak anak lelaki saya yang cacat penglihatan bersama..saya terlalu teringin nak mendengar dia berkata nampak/melihat satu2 objek..

tapi unt kali ni, saya tak berkesempatan unt membawanya atas kekurangan budget..saya bawak mak saya dulu bersama dgn mak mentua..

InsyaAllah jika diizinkan saya akan ikhtiarkan unt kunjungan selepas ini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:58 AM | Show all posts
ayahjoe posted on 4-2-2014 10:53 AM
Safwah Royal Orchid??? Kalu betul teramat dekat...dlm building yg sama dgn clock tower

kata TA hotel 5 bintang dan hotel ada menyediakan coach ..

saya kurang pasti, w/p terimakasih ayahjoe unt info ini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 11:23 AM | Show all posts
Baca kisah tosei teringat kenangan saya dgn sahabat kita disini gak HusseinTahir. Kami bertemu di forum nih sama2 mcm ibu Rosputih, Acik Aziefa, Mimi, Umi Aily, adikzarif, Hj transporter, Ustaz, akak lemon, akak IDB, mesmerize dan lain lain. Ditakdirkan Allah saya tgh gusar sbb first time nak gi umrah dgn ilmu yg terhad. Jumpa forum nih n terus dpt kawan2 yg sedia membantu. Saya jumpa Hussein kat umah Ibu Rosputih...alhamdulillah kami terus mesra. Saya dan Hussien pergi umrah dgn pakej Andalusia naik Qatar Airways. Alhamdulillah Hussein dah pernah pegi so byk ilmu yg dia kongsi dgn saya.
masa dlm flight kami berjumpa dgn Pakcik Lasim seorang warga emas org Negeri Sembilan yg pergi berumrah berseorangan. Dia pon first timer n takder pengalaman. Sebelum berangkat saya berdoa agar diizinkan menbantu mana jemputanNya yg memerlukan. SubhanAllah....alhamdulillah maka Pakcik Lasim merupakan amanah Allah utk saya dan Hussein.
Kami duduk sebilik..maklumlah saya datang seorang, Pakcik Lasim dah kembali bujang manakal Hussein mmg bujang. Ketuan rombongan kami iaitu Hj Othman (org Kuantan) pon duduk sebilik....byk perkara yg menarik berlaku semasa saya dgn Hussein membantu pakcik Lasim
Terhibur hati dgn celoteh pakcik Lasim dlm bahasa Nogori yg pekat.....ayat paling power 'Ese naik Jabal Rahman nak doa. Ese berkonan dak pompuan yg kojo koda tomyam kek kg se.....kok mau lar jadi jodoh den'
Tetapi alhamdulillah walaupon Pakcik Lasim tak baper kuat tetapi dgn kuasa Allah masa dekat Mekah, dia kurang gunakan tongkat.....sampai kenkadang 'Kuek pulak kaki ese....se tingga an tungkek se'.......
Mesej yg saya nak kongsi disini, bagi yg pergi bujang, berdoa agar kita bole jadi pembantu pada Duyuffur Rahman yg lain...besar ganjaran Allah bagi....insyaAllah semua urusan kita dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:40 PM | Show all posts
tehbunga posted on 4-2-2014 10:47 AM
subhanulllah cantiknya..

dod,

Salam teh,
alhamdulillah ku doakan
akan sempurna perjalanan mu nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 02:44 PM | Show all posts
Makkah - Ada satu tempat yang tak pernah sepi dari kunjungan para jamaah haji. Tempat itu bernama Jabal Rahmah, suatu gunung yang disebut-sebut punya kisah pertemuan cinta Adam dan Hawa. Bahkan, terdapat monumen yang menandakan romantisme keduanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:59 PM | Show all posts
tehbunga posted on 4-2-2014 10:58 AM
kata TA hotel 5 bintang dan hotel ada menyediakan coach ..

saya kurang pasti, w/p terimakasih a ...

X payah coach pn xpe sbb kuar lobi hotel dh dataran masjid.
Mmg dekat sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 05:10 PM | Show all posts
babycha posted on 4-2-2014 02:59 PM
X payah coach pn xpe sbb kuar lobi hotel dh dataran masjid.
Mmg dekat sgt2..

Thanks Cha..

Cha stay kat hotel ini ke baru2 ni..

almaklum Teh ni bawak mak dan mak mentua yang sumernya dah 70++/...kat sini sakit2 kaki, lengguh2 lutut..tu yg merisaukan sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 07:20 PM | Show all posts
tehbunga posted on 4-2-2014 10:57 AM
Ya Alllah mengalir airmata saya baca kisah ni..

ini la antara keinginan nombor 1 saya, nak bawa ...

terima kasih kak...saya dulu masa dgr org cerita pengalaman balik dr umrah,saya x rasa apa pon..tp bila dah pergi,baru saya faham perasaan org yg dah ke sana..bila saya blk ke sini,saya ceritakan pengalaman saya,mengalir air mata saya..memang saya betul2 sebak..sampai sekarang pon,bila bercerita bahkan semasa saya tulis kt thread ni,saya masih terasa sebak...insya allah,saya doakan semoga kak dpt bwk anak kakak ke sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.371149 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list