CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

Penang

  [Copy link]
Post time 18-6-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #820 menachi's post

menachi punya pasal bole kurang.....
berapa mau kurang 1/2 kilo ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2008 11:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 01:33 PM | Show all posts
chips akn g penang nex week...tp ngah trying cari hotel bugjet kat sana...kat mana ek yg ok?any suggestion...sbb hari tu chips try booking Seri Malaysia dah fully booked
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 01:48 PM | Show all posts

Reply #823 chips_more's post

kt atas yg aku paste tu , hotel bajet...lokasi strategik...
no tepon pun ada..call je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 10:30 AM | Show all posts
hr tu call komplek tbg hj byn lepas, rate sewa plg mrh rm100,plg mhl rm160
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:35 PM | Show all posts
mas...
kalau naik feri dr penang ke langkawai brp jam dan brp RM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 04:52 PM | Show all posts

Reply #825 ungu_violet191's post

nih jauhla dari pekan..hehe kat sungai ara dah tue
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:58 AM | Show all posts

Tempat menarik di penang

Hi semua,
saya akan membawa family ke penang next week. kami akan tinggal dekat pantai feringghi .selama 3 mlm
Ada tak day tour yg bawa kita ke tempat2 menarik di penang? Malas nak drive sendiri.
Apa tempat2 menarik yg bole saya bawa family saya?
my boys are 12, 9 n 7. Nak bawa naik bukit bendera, tapi dah closed for maintenance pulak..
Bole tak netters yg tahu berikan pendapat or syorkan nama tempat/agensi?
tima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 10:23 PM | Show all posts

minta tolong

sekali lagi.. ada suggestions on places yang 'mesti' di lawati?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by tukul at 10/7/2008 04:35 PM
mas...
kalau naik feri dr penang ke langkawai brp jam dan brp RM


saya tumpang jawab. rega RM90+ per person.. tapi ini  harga sebelum tambang minyak naik la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by tsunade_sama at 13-7-2008 10:25 PM


saya tumpang jawab. rega RM90+ per person.. tapi ini  harga sebelum tambang minyak naik la.


tenkiu tsunade_same...
mahal gak yer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by sol at 13-7-2008 01:58 AM
Hi semua,
saya akan membawa family ke penang next week. kami akan tinggal dekat pantai feringghi .selama 3 mlm
Ada tak day tour yg bawa kita ke tempat2 menarik di penang? Malas nak drive sendir ...

Lebih baik drive sendiri je. convinien.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by tsunade_sama at 13-7-2008 10:25 PM


saya tumpang jawab. rega RM90+ per person.. tapi ini  harga sebelum tambang minyak naik la.


uik....lg naik ekk...
dulu kwn aku naik cuma RM60 ja...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 10:40 AM | Show all posts
Pulau Jerejak: Pulau Buangan Yang Berubah Wajah

Oleh Lizawati Bahanan

PULAU PINANG, 11 Julai (Bernama) -- Sesekali berpeluang berkunjung ke pulau memang menyeronokkan, terutama dapat keluar dari suasana hiruk pikuk di bandar, terasa begitu mendamaikan.

Suasana tenang biru air laut yang mengelilingi pulau dan kehijauan alam sekeliling sungguh menyegarkan, ditambah dengan bunyi kicauan burung seakan berlagu menyambut kedatangan pengunjung.

Begitulah ketenangan yang dirasai sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Jerejak. Pulau yang menyimpan seribu satu cerita.

FRANCIS LIGHT

Pulau Jerejak dengan keluasan 362 hektar, terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar.

Kawasan hutan pesisir pantai yang berusia lebih 4,000 tahun ini memiliki 210 spesies dari 71 keluarga flora dan 39 spesies fauna.

Francis Light dikisahkan sampai ke Pulau Jerejak pada awal tahun 1786, sebelum `menemui' Pulau Pinang.

SEJARAH PULAU JEREJAK

Nama Pulau Jerejak muncul buat pertama kali dalam rekod kolonial apabila Kolonel Arthur Wellesly of Wellington, England mencadangkan agar pulau ini dijadikan pangkalan tentera laut British pada tahun 1797, bertujuan melindungi bandar baru 'Jamestown' (kini Bayan Lepas).

Pada 1910, Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.

Pulau yang pernah hangat berikutan isu menjadikannya sebagai pusat kasino menerima jolokan sebagai 'sanatorium' yang diperoleh selepas Perang Dunia Kedua apabila terdapat ramai mangsa perang yang menghidap batuk kering.

Berikutan itu kerajaan British membina hospital bagi pesakit tibi dan kusta di bahagian timur pulau ini yang boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa.

Kemudian Pulau Jerejak mendapat gelaran 'penjara' kerana pada 12 Jun 1969, pulau ini dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggi dengan nama samaran Alcatraz Malaysia.

Sebelum itu Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan tahun 1948-1949.

Antara pejuang nasionalisme yang dipenjarakan di sini adalah Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Salleh, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim.

Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan.

Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah sehingga mencecah 982 orang. Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200 meter dari pantai.

Bagaimanapun, tujuh orang tahanan berjaya memboloskan diri, empat orang pada Januari 1988 dan tiga pada Mei 1988.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan Simpang Renggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993.

PULAU JEREJAK SEBAGAI PUSAT PERANGINAN

Pada tahun 2000 Pulau Jerejak, yang terkenal dengan jolokan 'sanatorium' dan 'penjara' ini, dijadikan sebagai pusat peranginan dengan tujuan untuk menarik kedatangan pelancong sesuai dengan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan.

Perpindahan kesemua tahanan telah 'menamatkan riwayat' Pulau Jerejak sebagai tempat 'buangan' yang sekali gus meninggalkan sisa-sisa sejarah yang terus diabai dan dilupakan, meskipun ia dijadikan pusat pelancongan yang semakin popular.

Sejarah baru ini bermula pada tahun 2003, apabila sebuah pusat pelancongan didirikan dan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2004 dengan nama Jerejak Resort dan Spa.

Sesuatu yang menarik di Jerejak Resort & Spa ialah ia didirikan di atas kawasan yang dulunya merupakan pusat rawatan kusta.

Walaupun mewujudkan banyak perbalahan kerana dikhuatiri akan memusnahkan ekosistem dan warisan tinggalan sejarah di pulau ini, ia tetap diteruskan.

PELBAGAI AKTIVITI DAN KEMUDAHAN

Kemudahan bot disediakan kepada pengunjung yang ingin bertandang ke pulau 'buangan' yang kian popular ini.

Perkhidmatan feri bermula seawal 6.30 pagi sehingga 10.30 malam bagi perjalanan dari jeti ke resort dan 7.30 pagi hingga 11.30 malam bagi perjalanan dari resort ke jeti pada setiap hari.

Pada hujung minggu perkhidmatan feri dilanjutkan sehingga 12.30 pagi dari jeti ke resort dan 1.30 pagi untuk perjalanan dari resort ke jeti.

Bagi tambang feri, bayaran RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak pada hari biasa, manakala pada cuti hujung minggu, tambang feri sebanyak RM30 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak yang termasuk pakej buffet makan tengah hari di Restoran Santapan.

Beberapa pengunjung yang ditemui berkata mereka tidak menyangka pulau Jerejak kini berubah wajah, menjadi sebuah pusat peranginan yang indah.

"Tak sangka dulu takut juga dengar nama Pulau Jerejak tapi bila dah datang sini rasa suka, banyak aktiviti boleh dibuat di sini," kata Adam Rayyan Iskandar kepada Bernama.

Eksekutif dari Kuala Lumpur itu berkata beliau seronok berkunjung ke destinasi yang jauh dari kebisingan kota seperti di sini.

Usahawan Jason Tan, 54, berkata Pulau Jerejak merupakan destinasi percutian keluarga yang menarik.

"Di sini juga ada kemudahan spa dengan pakej yang menarik sesuai untuk keluarga dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga," katanya.

Banyak aktiviti rekreasi dan sukan disediakan untuk pengunjung resort ini seperti permainan keluang, jambatan gantung, memanjat dinding, menakik turun, jejak hutan, basikal gunung, perang `paint ball', polo air, bola sepak pantai, bola jaring dan bola tampar.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #826 tukul's post

Last month and early this year gi Langkawi return trip is 105 rm per person. It takes about 2.5 hours
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 04:14 PM | Show all posts
alo org penang,
ni inno nk crita sket perjlnan inno ke penang ujung bln lps.
inno stay kt bayview goergetown..ok la..dpt diskaun blk deluxe rm 181.00 /night.
p dewan sri penang jln kaki je sbb dekat kan..dlm 6,7 minit gitu jln.
mkn plak kt pdg kota lama..sini pasembur sedap..tp mahal la..siap kira2 dlu brapa brg nk amik sb takut kena kapak..tu pon mahal jugak. kt pdg kota baru..sini mkn x best..pasembur masam..nyesal btul mkn kt sini.
nasi kandar line clear okla..x la sedap mana sgt..biasa biasa je..harga pun ok..inno perati jugak keadaan persekitaran situ..x de plak nmpak tikus ke ape..cuma x de la bersih mcm kt restoren sbb dia ni kira belakang kedai je, pastu beli je la..tapau blk mkn kt hotel.
inno cr kedai kapitan's nk mkn claypot beriani..tp sampai sudah x jumper..so..kempunan nk mkn beriani claypot tu..mee udang kr sg dua tu pun x tau mcm mana nk pegi..kempunan dua perkara.
sup hameed plak x sempat nk p mkn sbb bz sgt..lalu je laa dpn kedai tu, nmpak ramai gak org lepak situ.
xtvt inno yg lain ialah ronda ke gurney plaza..hehehe..hari2 pegi sana cuci mata, tgk movie wanted.
lg..inno ada pegi bt feringgi..tp smp kat miami beach je kot..mkn kt situ..ok la..tp ada 2,3 bijik kedai je yg bukak..x byk pilihan. inno duk cari pekan bt feringgi tu nk bli tshirt..tp x jumper pun..
ok la..takat ni review inno psl penang.
thanks kpd geng2 yg byk membantu inno..terima kasih daun keladi, nnt inno ty lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2008 04:16 PM | Show all posts
next trip ke penang nk try mkn kt teluk tempoyak & mee udang sg dua
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 04:21 PM | Show all posts

Reply #837 innocent07's post

mee udang sg 2 inno ke p mainland....aku hari2 lalu situ....tp ko jn makan kt tepi jambatan tuh.... x sedap mana pun dh la mahal...ko mkn ja kat aziz mee pak ngah...tepi jln ja...exit sg 2 seblom tol..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 04:25 PM | Show all posts

Reply #836 innocent07's post

mkn pasemboq kat tang tuh memang kena kapak arrr........
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 04:26 PM | Show all posts

Reply #838 Mas916's post

ooo..... dia ada juai mee kuah jugak ka......... aku ingat dia juai mee rebus ja......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075631 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list