|
suami jijik utk bersama - Aku kembali! - Thread closed! Mohon mod lock thread...
[Copy link]
|
|
yer lara, setuju dengan kak bel dan hot.. diam tu bukan bermakna mengiakan..
bgtau apa yg sepatutnya jerlaa.. hihi.. dan jgn gaduh2 kat situ sebab yer, saya pon berani jamin yg
kalau suami lara tu berlakon insaf kat situ konfem ustaz akan suruh lara fikir lagi untuk tak memfailkan perceraian..
kalau bolehs egala bukti pembayaran dan duit pengeluaran yg lara gunaka dr duit lara sendiri tu
print out dan sertakan, tunjuk kat ustaz tu bahawa mmg selama tu lara tanggung semuanya sendiri..
suami langsung tak kisah dan tak brtanggungjawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab klu Lara byk ckp masa kauseling tu... ada harapan lara akan bertekak kat cna. Bila masing2 dah defensive, benda2 yg patut simpan akan terkeluar. Perlu ingat, fungsi kauseling tu sebenarnya utk cari jalan utk satukan ko berdua semula. Cam forumer yg lain dah ckp, selagi kauselor tu rasa ada peluang nak satukan semula, for sure akan kena attend kaunseling berkali2. So ending utk kauseling tu, samada korang bersatu semula or see u in court. Tu je. Ustaz yg bagi kaunseling tu takde kuasa utk jatuhkan talak... so takde point nak 'menang' masa kaunseling. The real battle kat court... tat's y segala bukti, keluarkan masa kat court. Tak buang masa dan effort tak sia2 coz hakim ada kuasa utk jatuhkan talak. Tapi walaupun ustax tu takde kuasa apa2 tapi selalunya laporan ustaz tu akan diteliti atau dirujuk juga oleh hakim. So ingat, jgn sesekali lost control masa kaunseling. Jgn sampai maki2 ke apa ke coz semuanya akan di'note'. Pasal tu kami cadangkan lara bykkan berdiam diri. Berckp bila perlu je. Go with the flow, tgk camna jln cerita masa kaunseling tu. Klu suami tu ckp elok2, so kita kena ckp elok2 juga. Klu dia dah start tuduh macam2, tahan diri dr membalas secara terus. Biar dia yg byk ckp... klu dah kritikal, balas dgn cara yg paling pandai, sopan & dgn cara paling mature. Tak perlu nak balas panjang2, hanya katakan yg perlu je. Habis teruk, juz ckp yg lara dah takde hati nak layan suami dah dan minta kaunselor tu rekemen utk proceed ke mahkamah. Ingat, diam tak bermakna kalah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
happydot replied at 15-1-2015 06:46 PM
Sebab klu Lara byk ckp masa kauseling tu... ada harapan lara akan bertekak kat cna. Bila masing2 d ...
Perfect!
pegi kaunseling bukan untuk menang
diam x bermakna kalah |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting kita kena stay classy bila bercakap...jangan sekali2, bertekak atau tengking menengking...jangan masuk campur bila pasangan kita bercakap...biar dia bagitau point of view dia...kita bagitau pulak point of view kita dan jangan exaggerating masalah kecil...beritahu masalah dengan sebenar2nya...
mungkin sebab saya bercerai cara baik dan atas persetujuan bersama, proses dia agak senang...kalau dapat kaunselor lelaki, bersabarla kalau dia bias...pendapat @happydot sangat bagus untuk diikuti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lara,
Masa kaunseling nanti kau kena tegas kalau dah betul2 tanak suami kau. Cakap betul2 apa jadipun kau nak berpisah. |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah! aku akan tunjuk dgn classy dan tegas dan muka toya yg aku mmg dah xnak balik kat dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
baik bel..aku akan take note nasihat ko nih..aku akan buat aku xberminat dah nak gado atau nak lawan dia masa kaunseling tu. aku akan biar dia yg banyak bercakap (klu betullah dia nak betulkan keadaan konon dia betul2 nak berbaik dgn aku kan) lgpon mmg patut pon dia yg bnyk cakap dah dia yg failkan nak kaunseling..aku mmg dah ckp terang2 kat dia aku akan hadir utk sesi tu nti bukan utk berbaik tp sbb aku kena ikut prosedur penceraian kat malaysia nih dan aku hanya nakkan laporan ustaz tu nti utk aku fight kat mahkamah. itu sahaja. apa2 bukti atau menegakkan hak aku aku akan sebut kat lawyer aku je nti utk aku fight kat mahkamah. ustaz tu xyah tau bukti apa aku ada utk sabitkan laki tu berzina dan ade pompan lain..sbb point aku utk tuntut fasakh adelah utk faktor yg lain..faktor main betina tu sbnrnya dok nombor yg last sekali bg aku pon..klu aku sebut pon sal betina tu xleh nak buktikan sgt sbb aku xde bukti bergmbr atau bukti aku nampak dpn mata jantan tu dgn perempuan lain..hanya jumpa tut tu je..so aku akan tekankan faktor lain mcm nafkah batin dan byk menzalimi aku sebagai isteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
baik..senang keje aku nti..xyah nak byk bunyi sgt utk membela diri..sib baik aku tnya kat sini ape nak ckp nti kat pejbt agama..sbb aku igtkan kaunseling tu utk aku buktikan apa aku ada, apa bukti dia pukul aku..ape bukti nafkah xbg..so aku igtkan aku kena bersedia fizikal dan mental utk bertarung..rupanya bukan mcm tu..rupanya aku kena betul2 fight masa kat court nti..bkn pejbt agama..
cadangan utk dgr betul2 apa jantan tu ckp tu mmg ade dlm kepala aku. aku dok pikir nak record dgn hp apa jantan tu berkata2..nak record the whole session jgk kalau boleh..klu memory phone aku muat la..senang nti kot aku terlupa apa dia ckp..or in case la jantan tu main wayang dan mula nak pusing fakta..
thanks again dot..
|
|
|
|
|
|
|
|
baiklah..sy akan stay classy dan cool je masa sesi tu nti (walaupun sbnrnya sblm ni dah berbakul sy bg balik paku buah keras kat jantan tu dlm whatsapp) hehe..mesti laki tu nti xexpect sy akan cool dan tenang je masa tu..mgkn dia pon ade agenda dia sendiri nak cuba saiko sy ke..sbb sy mmg dpt rs jantan tu mmg nak sgt tau apa bukti sy ade so tht dia lebih bersedia utk counter attack sy nti..so just not let that guy tau apa2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Larasati at 17-1-2015 01:02 AM
hurm bukti qarinah ye..interesting..i akan baca detail lg pasal qarinah ni nti..btw u ni lawyer ke atau ade pengalaman dlm bidang guaman syariah? bleh ye klu i minta nasihat lebih dalam lg tentang kes ni?
i plan tuntutan tu (fasakh) akan stress pada nafkah batin dan nafkah zahir, dia pukul dan menyakiti tubuh badan dgn sengaja. bab betina tu mungkin dok no last sekali kot. ok ke eh kalau plan i gini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Larasati at 17-1-2015 01:01 PM
Update 17 Jan 2015 Sabtu
----------------------------
masuk hr ni dah 4 hr aku terpisah dgn anak aku. huwaaa..aku kan dah strt keje dan mak aku pon dah lama sgt kat kl ni..sian ayah aku sorang2 kat kg canelah mkn mnm dia..mak aku tepaksa balik. dan aku pon xrs selamat nak htr anak aku nursery, yelah dr org lain jaga lebih baik mak sendiri jaga lgpon mak aku pon tawar diri nak jaga..aku dok cr2 jgk ni nursery yg ok nak masukkan anak aku tp dok penuh je..hish..
sedih gila masa nak berpisah ngan anak aku. anak aku balik sana dgn flight, tulah pes time dia naik flight. haha. mak aku cite masa memula nak take off anak aku menjerit nangis..haha dia takutla tu kot bunyi kuat2..sian dia..
skang ni aku mmg sedih teramat dan sunyi teramat sejak anak aku xde..balik keje nak gi keje mmg asik nak nangis je..sblm tido konfem nangis berbaldi2 haha..rindu weh anak aku..xoenah aku berpisah lama gini..dan ini juga yg buat marah dan dendam aku sgt membuak2 pada jantan tu. sbb dia lah hidup aku dan anak jd gini. nak je aku cakap kat muka dia, terima kasih byk2 aniaya aku mcm ni..aku hrp tuhan balas dgn balasan sepatutnya kat ko sbb ko sanggup buat isteri dan anak ko mcm ni..sedangkan aku dan anak ni amanah dr tuhan utk ko jaga..bkn betina murah tu lah!
tp so far anak aku ok je dok ngan tok ma dia..mmg selain aku tok ma dia tulah yg dia paling rapat..aku sbnrnya xleh berpisah ngan anak aku ni..siyes stress aku rs. aku rs laki aku ade betina lain pon aku xde penah nak nangis mcm ni..tp bile saat kena berpisah dgn anak aku..sbbkan tuntutan keje..sebabkan hidup aku yg xde suami ni..anak aku yg tak berayah ni..aku terpaksa harung jgk..aku gagahkan diri jgk..aku janji ini cuma sementara..aku akan stabilize myself jap pastu bile dah ade nursery ok aku akan bwk anak aku sini balik..
demi allah..tiap kali airmata aku membuak kuar sbb rindukan anak aku..masa tu jgk aku menyumpah2 jantan tak guna tu sbb menghancurkan hidup aku mcm ni. ko mmg zalim lah jantan..aku xpenah tau ade manusia sejahat ko sampai aku jumpa ko. aku mmg doakan kemusnahan ko. tp aku cuba sabarkan diri aku..xde nak cari atau call atau msg jantan tu ke apa..paling2 xtahan tu buat solat sunat byk2..baca yasin..ya allah kesian anak aku..sbb perkahwinan aku mcm ni anak aku jd mangsa..aku minta maaf kat anak aku..aku rs bersalah sbb tersalah memberi dia ayah..jantan tu xlayak langsung jd ayah anak aku..aku malu nak ngaku jantan tu ayah anak aku..siyes aku malu..aku mmg tersalah pilih suami..mmg aku menyesal mengahwini dia dan percaya yg manusia jahat boleh berubah.. mungkinla ade manusia yg boleh berubah tp definitely bukan dia.. tapi aku tak pernah menyesal kewujudan anak aku. dia penguat aku..dia penyebab aku kuat skrg ni..tiap kali tgk muka anak aku tido
aku tak tipu mmg menitik airmata..dia anak yg sgt baik..tp sayangnya dia xdapat kasih sayang seorang ayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Larasati at 17-1-2015 01:00 PM
aku baru search maksud BUKTI QARINAH. hurm..sebenarnya agak kuat jgk bukti yg aku jumpa ni..alhamdulillah..leh guna jgk ni aku rs nak attack jantan tu..
---------------------------------------------------
Bukti forensik diterima
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
[email protected]
KUALA LUMPUR 11 April – Bahan bukti melalui keterangan forensik sama ada ujian asid deoksiribonukleik (DNA), ketulenan video atau gambar dan cap jari masih boleh diterima pakai sebagai bukti sampingan bagi sesuatu kes di mahkamah syariah termasuk yang melibatkan kes zina.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, pembuktian melalui cara tersebut dikenali sebagai al-Qarinah yang bermaksud tanda dan ia merupakan sebahagian daripada konsep al-Bayyinah iaitu apa sahaja yang boleh menjelaskan dan menunjukkan kebenaran.
“Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah mendefinisikan al-Bayyinah sebagai keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah.
“Dari sudut pembuktian melalui konsep al-Bayyinah, al-Iqrar (pengakuan) merupakan bukti yang paling tinggi nilainya diikuti oleh al-Shahadah (kesaksian), al-Yamin (sumpah) dan al-Qarinah (tanda),” katanya di dalam blog http://musaawang.blogspot.com.
Namun, kata Musa, kedudukan pembuktian melalui al-Qarinah tidak sama nilainya seperti al-Iqrar, al-Syahadah dan al-Yamin.
“Ia boleh berfungsi untuk membantu pihak pendakwaan atau pembelaan sekurang-kurangnya di peringkat ghalabah al-zan atau melampaui alasan munasabah dalam kes takzir (tidak sampai ke tahap berzina),” katanya.
Beliau berkata, Akta Keterangan Mahkamah Syariah mendefinisikan al-Qarinah sebagai keterangan keadaan (circumstantial evidence) dan fakta yang relevan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan yang termasuk dokumen-dokumen, fakta berkaitan satu sama lain, kenyataan pakar, alat audio dan visual, bukti forensik, kaedah saintifik seperti DNA dan cap jari.
Katanya, pembuktian melalui al-Qarinah memerlukan bukti sampingan dan bukti lain untuk menyokong atau mensabitkannya.
Mengulas mengenai isu sama ada boleh atau tidak seseorang disabitkan dengan kesalahan zina apabila pendakwa tidak dapat mengemukakan empat orang saksi seperti yang ditetapkan hukum syarak, Musa berkata:
“Pada pandangan saya, beban pembuktian untuk mensabitkan kesalahan zina masih memerlukan beban bukti sama ada al-Iqrar atau as-Shahadah dengan empat orang saksi, meskipun hukumannya berupa hukuman takzir.
“Perbuatan masih tetap zina, cuma hukuman sahaja bukan hukuman hudud sebagaimana ditetapkan Islam. Jika pendakwa tidak boleh membuktikan dengan cara al-iqrar atau as-Shahadah, maka si pelaku tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina,” katanya.
Bagaimanapun, si pelaku katanya, mungkin boleh disabitkan dengan kesalahan mukadimah zina atau persediaan melakukan zina ataupun khalwat yang mana hukumannya adalah takzir.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz3P0TWpKY7
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Larasati at 18-1-2015 12:52 AM
utk sesi kaunseling nti, aku dah plan mungkin nti mcm ni susur galur alasan aku utk berpisah..mohon korang advc ye kalau mungkin patut ditambah atau dibetulkan kat mana2..
KAUNSELING RUMAHTANGGA (1st Session)
------------------------------------------------
- dah tawar hati utk bersama suami. khuatir akan lebih berdosa jika masih meneruskan perkahwinan kerana dlm hati tak yakin boleh patuh dan hormat lagi pada suami, setelah apa yg berlaku.
- mohon utk berpisah samada melalui ;
a)Taklik
b) Fasakh
utk taklik tu, masa akad nikah suami mmg ada lafazkan lafaz taklik (klu negeri kelantan lafaz tu berbunyi sekiranya suami xbg nafkah zahir @ batin @ menyakiti tubuh badan selama 4 bulan berturut2 dan isteri mengadu kepada kadi) maka boleh tertalaklah isteri tersebut dengan talak 1. so mungkin aku leh try yg ni utk memudahkan proses cerai. ikut pemahaman aku cerai taklik lebih mudah dan lebih menjimatkan masa dari cerai fasakh. betulkan aku kalau fahaman aku ni salah.
Sebab Memohon Fasakh
(faktor2 disenaraikan ni adalah mengikut turutan dr paling kuat pada faktor paling longgar)
a) nafkah batin
suami mengabaikan nafkah batin utk tempoh 11 bulan. Bulan 2 ni masuklah setahun aku xdisentuh suami. sobsob..
b) nafkah zahir
suami mengabaikan nafkah zahir utk tempoh lebih dr 4 bulan berturut turut. yg ni mmg betul mmg dahlama dia sik suh aku guna duit aku (duit hantaran aku letu) dgn alasan hutang dulu, nti dah ade duit dia ganti duit aku. tp sampai sekarang hutang dia tak berbayar dan dia buat bodo je.
c) menyakiti tubuh badan isteri
pukul badan aku, tolak aku hingga jatuh hingga badan aku lebam2, tampar muka aku, tumbuk kepala aku bertubi2. mmg aku xde bukti tp allah tu ada..allah tu maha melihat.
-aku tau utk bab pukul tu aku xde bukti so point ni tak berapa kuat utk disabitkan..aku pon xpenah buat report polis..sbb tu aku ltk faktor ni no 3. sbb atas faktor kelonggaran utk disabitkan.
d) menghina, memaki, penderaan emosi / mental
segala caci maki menghina aku, menghina keturunan aku, menghina mak bapak aku dgn sikap kurang ajar dia,
menghina fizikal aku sbg sbb dia tak memberi aku nafkah batin.
- yg ni aku ade bukti whatsapp dia maki aku, maki adik badik, maki mak abah aku.
e) permohonan fasakh atas sbb suami berkelakuan tidak senonoh, mengamalkan cara hidup bertentangan Islam.
yg ni leh sabitkan bukti qarinah. bukti yg aku jumpa tu jelas buktikan mmg ada pompan lain masuk ke rumah kami, bertepatan lak dgn lafaz talak dia pada aku, "kalau i ade pompan lain, jatuh talak".
- aku agak tak sure yg ni leh jadi point yg kuat atau tdk utk aku mntk cerai, sbb tu aku letak nombor last. sbb klu aku nak sabitkan faktor ni mcm byk keje kena buat, dna test bagai. tu pon tak leh tuduh berzina lg tu sbb xde saksi 4 org..cuma leh sabitkan dia mukadimah zina atau berkhalwat.
itu je kot fakta yg aku akan kemukakan masa kaunseling utk fasakh. aku mmg xkan ckp banyak masa kaunseling, bg aku klu nak cite panjng lebar pon sepatutnya dgn lawyer yg handle kes tu nti, bkn kaunselor. aku akan cuba bertenang dan tunjuk muka tak berminat utk terus kan perkahwinan, akan terus minta disingkatkan tempoh kaunseling (maksudnya xlah sampai 2-3 kali kaunseling) sbb bg aku aku ade merit yg sgt kuat utk terus proceed fasakh @ taklik. Mana2 yg sesuai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Larasati at 17-1-2015 12:58 PM
Update berkenaan Mak Mertua
----------------------------------
lama aku amik tempoh utk aku cerita yg ni. sbb xde masa..ni bila anak aku xde, br aku ade ms nak tgk laptop..klu x mmg bz je melayan dia..
aku penah kol mak mertua aku masa last aku balik hr tu sblm laki tu halau aku kuar dr rumah. masa tu jantan tu tengking2 mak aku dlm tepon, aku terus amik hp kol mak dia supaya mak dia dgr sdri betapa kurang ajar anak dia yg konon pendiam tu, biar mak dia dgr sdri betapa kurang ajar jantan ni. aku ckp kat mak dia, aku ade bukti dia ada pompan lain. tp aku xtuduh dia berzina, aku cuma ckp aku ade bukti kukuh jantan tu ada betina lain. mak dia marah bile dgr aku tuduh anak dia..mak dia ckp agak tinggi suara dgn aku bila aku tuduh, tp aku menten rendah je suara berckp. sbb aku masih tau hormat org tua. sbb tu aku xde nak melawan.
mak dia marah2 dlm phone bila aku call. dia ckp kalau nak tuduh anak dia berzina ni kena ada 4 org saksi, kamu tgk ke dia dgn pompan lain? kamu ade saksi 4 org tgk dia berzina? aku diam je. aku cite lg aku mmg ade bukti, tp anak dia siap sumpah dgn quran siap amik air semayang bagai ckp dia xde pompan lain. mak dia terus naik suara, cakap "haaa dia xnak mengaku tu maknanya dia tak de pompan lain lah tu. takkan kamu nak paksa dia mengaku. dia mmg takde pompan lain cane dia nak mengaku!" mak dia marah aku.
sblm aku buat keputusan xmo balik dah kat jantan tu, dan aku nekad nak bercerai..sbb mak dia ade penah call aku, cakap gini kat aku "kalau aku nak berbaik dgn anak dia tu, mmg bagus sgtlah. mak sokong mak lagi sukaaa..tp mak minta jangan tanya apa2 sal pompuan..cuba elakkan sebut sal pompuan. kalau betul nak berbaik ni, lupakan semua. kalau boleh jangan cakap apa2 sal pompuan jangan tanya apa2 dah sbb apa yg mak tgk, dia tu mcm xbape suka, mcm nak marah bile mak cuba tanya2 sal pompuan, cuba selidik2 sal pomouan...kalau betul *** nak berbaik dgn dia, jgn tanya. mana tau mungkin korang leh berbaik balik bile xdisentuh bab2 yg leh buat dia marah. lagipon kalau betul dia ade pompuan kat luar pon, biarlah..kalau betul dia berzina pon...aku sbg isteri tak tanggung pon dosa dia. aku tanggung dosa aku je. apa dia buat kat luar..klu betul dia ada pompan lain pon..dia tanggung dosa dia..bukan aku. "
bleh gitu? mmg sampai mati aku igt ayat mak dia. xpenah aku dengar dlm dunia ni mak yg suh biar je anak buat dosa. sokong je anak berzina..dgn alasan dia tanggung dosa dia sendiri. gitu? abis aku ni ape sbg bini dia? tunggul kayu ke? aku xdisentuh dicaci dimaki tp aku masih kena taat pd dia sbg isteri? sedangkan dlm islam aku ada hak2 aku sbg isteri. islam xsuruh taat membabi buta pada suami. kalau sekirannya suami tu zalim, islam ada cara2 yg sgt indah utk membela nasib isteri. isteri tetap ada hak2 ke atas suami, apa lagi kalau suami tu jenis yg mengabaikan tanggungjawab pada isteri, jd mak dia rasa aku ni kena dera diri sendiri ke apa? huh? tak tau aku nak ckp mak jenis apa gini..
lps tu, aku mmg rs mak dia dan dia adalah a bunch of manusia bermasalah yg tak layak langsung masuk dlm keluarga aku. betul ckp mak dia, anak dia tu bermasalah..mmg dr zaamn sekolah bermasalah..buktinya dulu dia menyusahkan keluarga dia..skrg ni lps kawin dgn aku, aku dan keluarga sekali kena terlibat dgn masalah2 yg dia buat. tak lama lg anak aku lak..allah...mmg aku patut selamatkan diri sendiri..
mmg boleh jd gila aku lama2 jadi isteri dia..jd menantu mak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Larasati at 18-1-2015 12:48 AM
yg last aku berckp ngan mak dia kat phone..aku mmg kecik ati cara mak dia berckp ngan aku..mmg bunyi mcm menyalahkan aku la anak dia xsentuh aku bape lama..
mak mertua: yg pasal nafkah batin tu, emm mak pon xtau nak cakap mcmana lah..yelah nak kata dia tu xmampu dr segi batin, nak kata ade masalah ke, xboleh nak kata jgk sbb anak dah kuar sorang. kamu pon mengandung dgn dia(hikhik mak dia ketawa..ckp sambil gelak mcm perli aku je) ..ntahla mak xtau nak katala, kamu xcuba tanya ke dia kot dia ada masalah ke..sakit ke..kamu sbg isteri patut cubalah tanya baik2 dia apa masalah yg jadi xmo sentuh langsung tu..(gelak2 lagi) yelah mak ni bab yg mcm tu nak nasihat pon xkena lah.. bab suami isteri ni bincang la baik2..tak perlu ckp semua benda kat org tua pon..aib suami tu kena jaga (gelak2 lagi)
aku: sepanjang mak dia berckp memberi komentar, aku diam je dengar..xckp ape2..dlm otak dok bermonolog..yelah anak dia nak ckp ape, dah dia kenyang berzina kat luar. mmg dah xde air dah xde rasa apa la tgk aku..aku la yg kering kontang sorang2..bayangkan dah dkt setahun dia xsentuh aku..hidup suami isteri tp xmcm suami isteri..lebih pada kawan serumah je..
lama aku berfikir, mak dia skrg menyalah kan aku. yelah aku paham mak mana nak letak salah kat anak dia. jd bg mak dia, aku la yg salah aku la yg buruk..aku la yg ada mslh sbg pompuan bila suami sdri tak selera nak sentuh. mmg aku rs sgt down masa tu..mmg aku terasa sgt xberfungsi dan sgt tak dikehendaki oleh srg suami..sedih weh hidup gini..
alhamdulillah..dgn bukti kukuh yg aku ada..allah sbrnya dah tunjukkan sape sebenar jantan tu pd aku..walau mgkn selama ni dia pandai simpan pandai sorok..smpi aku xterbau langsung klu dia ada berzina kat luar..yg aku tau dia makin jauh dr aku..dia elak sentuh aku..kalau dia tgk aku berkemban lps mandi pon dan aku tangkap mata dia tgh pandang badan aku yg hanya berkemban tu (dgn mata lelaki geram dok tgk aku atas bawah - hukkk geram ke? bahaha sorry aku xjumpa ayat lain yg lebih sesuai utk gambarkan, asal korang paham sudeyy) tp bile aku pandang dia, dia trs larikan mata dia. pandang tmpt lain..dah terlalu lama aku rs dia cuba mengelak dr bersentuhan dgn aku..takut jadi adegan seterusnya..dah terlalu lama aku rs suami aku mcm geram kat aku tp dia tahan diri dia dr sentuh aku..lama aku tnya diri aku apa yg xkena...skang ni aku dah dpt jawapan..tuhan dah tunjuk dpn mata aku..xyah susah2 aku nak pasang spy pon..bila tuhan tu nak tunjuk..sume akan tersingkap kan..
mak dia salahkan aku lah ni bile anak dia xsnetuh aku. susah kan jd pompuan..semua salah silap jatuh kat kite..yg laki leh cuci kaki je..
aku geram hari tu. aku nekad sms mak dia. aku bgtau mak dia aku ada bukti kukuh nape anak dia xsentuh aku selama ni. rupanya dah kenyang kat luar..mana nak sentuh bini lg..org kalau dah kenyang makan nasi 2 pinggan pon mesti tersandar je kekenyangan..org nak bg nasi tambah pinggan ke 3 pon for sure xmo dah..bagilah cane pon bg lauk best2 ikan bakar campur air asam pon..xdenya dia nak mkn lg nasi tmbh pinggan ke 3. nikan lak manusia hantu mcm tu..
aku sms mak dia mntk mak dia tolong nasihatkan anak dia, lepaskan aje aku. xyah nak seksa aku lg. anak dia mmg dah xnak aku dah. klu dah smpi bwk pompuan masuk rumah berzina, ape jenis suami tu. nak paksa aku simpan lg sbg suami ke? perasaan aku ni xde nilai ke kat dunia ni..mak dia xde hak nak menidakkan hak aku sbg isteri dan hak aku sbg srg manusia utk dihormati. kalau dia dan anak dia xdpt bagi penghormatan itu, aku boleh kuar je dr hidup derang. aku cite jgk yg bukti aku jumpa tu (aku xbgtau apa bukti yg aku ada) tp aku ckp kat mak dia, bukti aku ada tu ustazah kat pjbt agama pon dah ckp talak mgkn dah jatuh..dr segi hukum mgkn kami bkn lg suami isteri. cuma dr segi undang2 je perlu dibuktikan. so aku mntk jasa baik mak dia nasihatla anak dia, xguna dah seksa aku lama2..
dan supaya mak dia sedooo sikit anak dia bkn baik sgt pon. selama ni sik nak menyalahkan aku menantu nilah yg jahat..yg xperfect sbb tu anak dia cari lain..mak dia xreply pon msg aku..terkedu lah tu..
xpe aku xmengharapkan balasan. aku cuma mmg hanya nak maklumkan shj. kalau xde org leh tlg aku memudahkan proses cerai ni, by hook or by crook aku akan fight sendiri utk hak aku.
note utk *bekas suami aku: padan muka ko jantan lps ni ko xyah belagak baik lg depan kuarga ko mak ko. xyah belagak sgt ko tu pendiam xcampo org..konon nak dgr suara pon payah..tp kat apartment aku dulu tu sore ko jelah satu2 nya yg aku dgr tiap2 malam tepekik telolong maki bini..hr2 ko buat drama free bg jiran2 dengar..mmg aku cukup malu hidup sbg isteri ko dihina suami sdri setiap mlm..sampai aku malu nak jumpa jiran2..mak ko tu selama ni igt ko tu baik sgt..nah amik sedebik. ko tu aku dah bgtau dr sblm kawin lg suka berzina. dan mmg tak akan berubah. aku bg ko peluang pon ko sia siakan malah peluang tu makan diri aku balik. fakta itu mak ko mmg patut tahu. aku xkesah mak ko xnak tgk muka aku lg pon tp sekurang kurangnya aku dah tegakkan diri aku sbg isteri yg bg mak ko, bg famili ko akulah isteri yg xberguna, isteri yg sentiasa xcukup dgn apa yg suami beri, isteri yg perangai puaka sampai ko hilang sabar sampai ko pukul aku..akulah isteri yg ko ckp susha nak dibentuk tu..sampai ko dah xtau cane dah..
skang ko amik sedebik. ni baru sikit dendam aku. mak ko xnak bls msg tu pon xpe aku xhrp dia bls pon..tp mesti ko dah kena investigate lah kan ngan mak ko, mak ko mesti marah gila kat aku kan..ko pon mesti mrh gila kat aku skrg kan sbb bgtau sape ko sbnr kat mak ko kan..well ko ngan mak ko sama je..dua2 asik nak salahkan org sume jd ni pon ko ckp salah org, salah aku, salah mak aku, salah bapak aku. ko xde salah langsung.
ko mmg manusia sakit jiwa. ko mmg mental. something is so wrong with you. ko mmg tak berfungsi dengan betul sbg manusia. im done with u.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, antara korang dah ada lafaz cerai taklik... coz dia dah kata, klu dia ada pempuan lain, jatuh talak kan? Part yg ni ko kena refer dgn lawyer nak wat camna. Coz cerai taklik bukan boleh main2. Once syarat dah dipenuhi, talak dah jatuh oh. So mmg tak leh bersama. Cuma masalahnya skg, sabit talak ke tidak je.....
Plus syarat taklik spt dlm sijil nikah pun dah ada berlaku... yg berbulan tak disentuh tu. Ko kena ada saksi yg boleh nyatakan, dia mmg takde sentuh ko. Takde bagi nafkah batin. Klu ada bukti camtu, ko boleh terus minta cerai secara taklik.
Apa2 hal, ko consult dgn lawyer ttg cara terbaik utk proceed. Rasanya lebih mudah sikit cara cerai taklik dr klu minta fasakh. Tentang org lain, mak dia or family dia, tak payah pening2 kepala layan. Skg fokus pd jantan tu je coz u need all ur energy for ur coming battle. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah..masa gi biro guaman hr tu pon lawyer tu ckp aku actually leh cuba dua2..taklik atau pun fasakh. taklik tu kena 4 bulan berturut2 xbg nafkah zahir utk layakkan mintak cerai taklik.
dot..aku dok pikir ni..yg bab lafaz laki tu hr tu..yg dia ckp kalau dia betul ade pompan lain maka jatuhlah talak ke atas aku tu..aku nak sebut x kat pejbt agama masa kaunseling? ataupun bab nak mintak taklik atau fasakh lebih sesuai tu better sebut masa gi mahkamah rendah je nti utk tuntutan fasakh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je mention.... coz nak clarify yg dia ada mention ttg taklik ni. Tapi rasanya nnt mesti dia akan kata dia takde niat nak ceraikan.... or dia tak ngaku dia ada cakap camtu... Klu dia ngaku, then senang sikit keja nnt. Tapi ingat, jgn sebut apa2 ttg pantyliner tu... klu lara mention ttg ni masa kaunseling, cuba dapatkan pendapat ustaz yg handle tu, samada lafaz tu boleh digunapakai.... then Lara cuba buat dia ngaku yg dia ada lafaz camtu. Rasanya mesti nnt ustaz tu tanya samada lara yakin yg suami ada hubngan dgn pempuan lain... so pandai2 la jawap.
Memang rasa cam mohon cerai taklik atas faktor tak bagi nafkah lebih sesuai dan mudah... cuma pastikan Lara boleh sediakan saksi yg boleh buktikan dia mmg takde bagi nafkah zahir batin utk tempoh 4 bln berturut2... then boleh topup dgn reason taklik yg dia lafaz ie ttg hubungan dgn pempuan lain.
Apa2 pun, better tanya lawyer, cara mana paling mudah dan sesuai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-1-2015 08:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
happydot replied at 18-1-2015 08:06 PM
Boleh je mention.... coz nak clarify yg dia ada mention ttg taklik ni. Tapi rasanya nnt mesti dia ...
Orite.. Thanks dot.. Aku tawakal je skrg ni dah harap aku mampu byk2 bersabar masa kaunseling tu nti..
Klu drive keta sorang2.. Mmg nitik sdri airmata.. Terkenang canelah org yg dikahwini atas dsar sama2 cinta boleh buat aku mcm ni.. Sampai hati dia buat aku dan anak mcm ni,. Mmg sampai hati betul dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun selalu tanya soalan tu dulu. Sbg manusia mmg la kita akan rasa teramat sedih. Tak salah utk menangis kerana itu dpt melegakan tekanan dlm diri. Dah mmg itulah dugaan kita yg dah ditakdirkan. Mmg sakit betul dihati bila org yg kita pernah sayang buat kita camni. Hanya orang yg dah lalui keadaan ni je yg faham perasaan dikhianati yg dirasai. Tapi tak apa la... mungkin ada hikmah disebalik ni. Tabahkan je hati.... Ingat, lara masih ada seseorang yg bergantung sepenuhnya pd lara. Fight for ur child. Jangan putus asa. Sentiasa minta dan berdoa untuk cara terbaik atasi masalah skg. Allah menguji kita kerana Dia sayang pd kita. Insya-Allah lara sebenarnya mmg ada kekuatan utk hadapi keadaan ni. Trust in ur strength.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|