CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

[Dunia] Kren Tumbang di Makkah. Summary Tragedi page 1 Update

  [Copy link]
Post time 14-9-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nashrudean replied at 14-9-2015 10:42 AM
takut aku dgr komen masing2 kt sini...islam pada nama tapi komen astagfirullah..smuanya nak bersanda ...

Nak bersandar pada logik al qoran pun ujung2 kena guna logik akal juga untuk terjemahkan maksud ayat2 tersebut sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 02:16 PM | Show all posts
Hajat mak meninggal dunia di Makkah

Wartawan Sinar Harian
13 September 2015


Hariyanti Ahmad Badri, 31, anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56, sedang membacakan Yassin ketika ditemui di kediaman keluarganya di Felda Gunung Besout 2, Sungkai. - Fot Sinar Harian

SUNGKAI - "Mak dari mula memang berniat untuk meninggal dunia di sana, walaupun sedih, kami reda...," kata anak ketiga Allahyarham

Rusiah Suar, 56, yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram, Jumaat lepas.‎

Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata, sejak awal, ibunya beberapa kali menyebut mengenai kematian di tanah suci itu, namun dianggap gurauan oleh ahli keluarga.

"Ketika menghantarnya berlepas, Selasa lalu, dia nampak ceria dan gembira, Tuhan dah tentukan jalannya begitu, impian besar dia untuk meninggal dunia di sana, dimakbulkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Gunung Besout 2, di sini, hari ini.

Hariyanti berkata, mereka dimaklumkan akan berita kematian itu kira-kira jam 7.45 petang tadi oleh pengurusan Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji memberi jaminan untuk menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.

"Kami memberi sepenuh kepercayaan kepada Tabung Haji atas urusan itu, setakat ini, tiada maklumat punca kematian, namun mereka jumpa arwah di hospital," katanya.

Beliau berkata, ketika insiden runtuhan itu berlaku, Allahyarham sedang melakukan ibadah sa'ei bersama lima rakan lain.

"Rakan ibu maklumkan, dia rebah ketika kejadian, mereka cuba membantu, namun dihalang.

"Ketika itulah, mereka terputus hubungan dan kelibat ibu gagal dikesan," katanya.

Jawatankuasa masjid dimaklumkan telah melakukan solat jenazah ghaib sebaik pengumuman mengenai kematian Allahyarham dibuat, malam tadi.


  


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:18 PM | Show all posts
Rusiah seronok dapat solat depan pintu Kaabah

14 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... ntu-kaabah-1.430711



MAKKAH - ARAB SAUDI . "Syukur dapat duduk melihat Kaabah, semalam datang (10 September), tapi tak dapat lihat Kaabah. Hari ini dapat posisi baik, bersolat depan Kaabah. Seronok sangat dapat duduk depan bersolat menghadap Multazam (pintu Kaabah) pula".


Demikian kata-kata akhir Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai Perak, antara lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas, kepada rakan sebilik Zurina Yahya.

Menurut Zurina, 56, dari Alor Star, Kedah, tidak lama selepas perbualan di Masjidil Haram itu, beliau terdengar bunyi riuh rendah dan melihat Kak Rus (nama pangilan pada Allahyarhamah) sudah pun terbaring.

Zurina tiba di tanah suci menerusi penerbangan KT47 pada Rabu lepas (9 September) bersama ibu (Khalijah Che Mat, 70-an) dan Che Lian Saleh, 58 (ibu saudara) dan ditempatkan sebilik bersama Jainah Amir (nama pangilan Maksu), 58 dan Allahyarhamah Rusiah yang berasal dari Sungkai, Perak.


Keadaan menjadi panik, hiruk-pikuk dan kelam-kabut dengan jemaah haji bersesak-sesak menyelamatkan diri daripada sesuatu, katanya kepada Bernama.   

Zurina yang ketika itu sedang duduk sebaris bersolat di Masjidil Haram bersama ibu, ibu saudara dan Maksu, bingkas bangun untuk sama-sama jemaah lain menyelamatkan diri daripada kekecohan yang mereka sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku.

"Saya bangun capai tangan ibu dan bersesak-sesak dengan keadaan jemaah lain, saya lihat Kak Rus terbaring, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa.

"Saya yakinkan diri saya yang Kak Rus akan dibantu jemaah lain atau pasukan keselamatan. Di luar Masjidil Haram hujan lebat ketika itu," katanya.

Dalam suasana kelam kabut itu, Zurina yang masih dalam proses pemulihan akibat kemalangan pada 2013, sentiasa memimpin tangan ibunya yang mengalami masalah pendengaran agar tidak terlepas. Ibu saudara dan Maksu (Jainah) juga berada bersama ketika mereka menyelamatkan diri.

"Saya masih dalam proses pemulihan untuk berjalan semula dengan menggunakan tongkat. Tapi pada hari kejadian kren tumbang selepas waktu Asar...saya boleh berjalan dan pimpin insan-insan yang saya sayangi mencari arah pulang ke Maktab 89, di bangunan Masaat Al Badae, yang jaraknya 900 meter dari Masjidil Haram," katanya dan menambah berita kematian Kak Rus dimaklumkan kepada mereka sebelum solat Maghrib malam tadi.


Rusiah yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden berkenaan, disahkan sebagai mangsa pertama jemaah Malaysia yang terkorban.

Empat lagi yang disahkan terkorban ialah Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah  Merah, Kelantan) dan mangsa terbaharu disahkan hari ini

ialah Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:19 PM | Show all posts
Maha Suci ALLAH SWT yg menjadikan langit dan bumi , semuga beliau2 yg meninggal dunia ditempatkan bersama-sama orang2 yg soleh/solehah AMIN AMIN

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:20 PM | Show all posts
Ma seperti sudah tahu, renung kak long lama

AZURA MOHAMAD
14 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... -long-lama-1.430642


Antara gambar terakhir Rohana sempat diambil bersama suaminya,Muhammad Noor. Gambar kecil: Muhammad Hafizan Muhammad Noor

KUALA KRAI - "Ma hanya bawa beg kecil, bila saya tegur, ma cakap begnya dah cukup besar," kata Muhammad  Hafizan Muhammad Noor, 26, anak jemaah haji, Rohana Ismail, 54, yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian kren jatuh di Makkah Jumaat lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu hairan melihat bagasi ibunya agak kecil berbanding jemaah lain ketika menghantarnya ke Kelana Jaya, Rabu lalu.

Arwah, kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang akan bersara Februari depan seakan tahu ajalnya kian hampir dengan berperangai pelik tetapi dianggap biasa bagi anak-anaknya kerana Rohana akan meninggalkan mereka dalam tempoh agak lama.

Muhammad Hafizan berkata, ibunya turut merenung kakak sulungnya, Siti Awanis,  agak lama sebelum berangkat ke tanah suci sehingga menimbulkan kehairanan.

Namun, ketika itu dia, dan adik beradiknya yang lain tidak menganggapnya perkara luar  biasa sehinggalah mendapat berita kehilangan Rohana, Jumaat lalu.

"Ma renung Kak Long agak lama, hingga Kak Long tanya 'kenapa ma renung macam tu'.

"Adik  bongsu juga sedar ma turut merenung dia, selain  kerap termenung dan agak pendiam kebelakangan ini," katanya yang mengetahui berita kematian ibunya sekitar jam 11.30 malam melalui panggilan telefon bapanya, Muhammad Noor Harun, 56, dari Tanah Suci Makkah.

Biarpun berat menerima ujian itu,Muhammad Hafizan redha dan pasrah dengan kejadian menimpa ibunya malah telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sebaik menerima berita kehilangan Rohana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:22 PM | Show all posts
'Naluri kuat kata abah masih ada'

13 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... -masih-ada-1.430542


Abdullah Mubarak, 28, menunjukkan gambar terbaru yang dirakam bersama bapa Abdul Muluk Ishak, 71, dan keluarganya semasa di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya baru-baru ini, di kediamannya di Taman Pantai Wang, Pantai Remis, hari ini. - Foto Bernama

PANTAI REMIS - "Naluri hati saya masih kuat menyatakan abah masih ada lagi," demikian luahan anak bongsu jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, 71, yang dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, Jumaat lepas.
   
Abdullah Mubarak, 28, berkata beliau juga meminta agar khabar angin yang menyatakan bapanya sudah tiada, perlu dihentikan kerana ia mengganggu emosi keluarga.
   
"Tuhan sahaja yang tahu apa yang kami sekeluarga rasa, jadi hentikan khabar angin. Mereka perlu fikir perasaan kami sekeluarga.
   
"Malah saya baru sahaja menghubungi mak jam 2 petang tadi dan mak cakap orang Tabung Haji (TH) ada 'update' dua atau tiga jam sekali datang bilik tapi masih belum ada apa-apa lagi berita," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, di Taman Pantai Wang, di sini, hari ini.
   
Beliau berkata, sebelum ini juga, bapanya yang merupakan pesara askar, pernah sesat di Masjidil Haram pada 4 September lepas, tetapi berjaya ditemui selepas mendapat pertolongan seorang lelaki Arab yang menghantarnya ke hotel semula.

"Saya tak sangka abah hilang lagi, saya agak terkejut. Saya harap abah selamat, sebab saya dari kecil tinggal dengan abah, selama 28 tahun, tak pernah berpisah, ini pula nak dekat dengan Raya Haji, lagi terkilan rasanya.
   
"Abah sebelum pergi menunaikan haji sempat berpesan: 'abah nak pergi buat amal ibadat, doa abah dengan mak (Embun Ibrahim, 65) baik-baik di sana, jangan risau'," katanya sambil menambah bapanya kelihatan sangat gembira sebelum pergi menunaikan haji bersama ibunya.
   
Sementara itu, anak keempat Abdul Muluk, Mohd Rosli, 34, berkata beliau mengetahui kehilangan bapanya menerusi WhatsApp keluarga pada hari kejadian dan terus menghubungi ibunya di Makkah.
   
"Saya dapat tahu daripada WhatsApp keluarga, yang TH ada menghubungi abang saya yang tinggal di Nilai. Selepas itu saya call mak, tanya abah ada hilang ker?.
   
"Mak cakap mulanya dia pergi sembahyang Jumaat dengan tiga kawan sebilik, dalam pada itu, mereka kata abah hilang, mereka cuba cari sampai maghrib tapi tak jumpa," katanya.
   
Mohd Rosli berkata, beliau risau dengan kehilangan bapanya yang lebih dikenali sebagai 'Pak Muluk' di kawasan itu, kerana ayahnya pernah mengalami kemalangan jalan raya dan menghidap penyakit darah tingggi serta seorang yang pelupa.
   
Katanya, solat hajat telah diadakan malam tadi dan akan melakukannya sekali lagi malam ini dengan bantuan kariah Masjid Al-Khairiah, Kampung Batu, bagi mendoakan kesejahteraan semua umat Islam yang sedang menunaikan haji di Makkah.
   
Beliau yang tinggal selang dua rumah dari kediaman bapanya berkata anaknya, Mohd Amirul Indra Putra, 4, juga sentiasa bertanyakan atuknya, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
   
"Agaknya terlampau rindu kepada atuknya, walaupun kami sekeluarga reda tapi berharap sangat abah dapat dijumpai semula. Mungkin ada hikmah terhadap apa yang terjadi," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 02:32 PM | Show all posts
EJALTI replied at 14-9-2015 02:22 PM
'Naluri kuat kata abah masih ada'

13 September 2015

https://cms-th.s3.amazonaws.com/ ... n+Kren+Tumbang+.pdf

pakcik ni dah dijumpai selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:44 PM | Show all posts
Changa replied at 14-9-2015 10:16 AM
Parents kawan sekolah kakak akak antara mangsa nya.

yang ni pun sadis jugak kan, puncanya ada jemaah yang terjatuh je , pastu terus melarat jadi domino ke apa, sampai terpijak pijak, tu yang sampai seribu lebih yang mati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 13-9-2015 05:15 PM
Apa  yg tercatat dlm holly of the hollies ttng Elohim muncul dlm bentuk kabus/awan..... adakah and ...

Di  dalam Tawrat Shemot (Kitab Al-Hayat)

34 Then the Anan covered the Ohel Mo’ed, and the Kavod Hashem filled the Mishkan.

35 And Moshe was not able to enter into the Ohel Mo’ed, because the [Shekinah] cloud abode thereon, and the Kavod Hashem filled the Mishkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:03 PM | Show all posts
Edited by nolya at 14-9-2015 03:05 PM
sabbath_shalom replied at 14-9-2015 02:59 PM
Di  dalam Tawrat Shemot (Kitab Al-Hayat)

34 Then the Anan covered the Ohel Mo’ed, and the Kavo ...

Thanks my friend, but I'm sorry for I am totally lost to understand what u said.  I shall choose not to say more then.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:07 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 14-9-2015 11:37 AM
Sepanjang masa saya ke Mekah mengerjakan samada ibadah Haji atau
pun umrah, krane-krane itu senti ...



NAT..masa tahun 2007-2009, semasa musim haji.( shj).semua kren2 besar mmg di arahkan untuk keluar dari lokasi tempat pembinaan. Msa ni my husband kat sana untuk projek Jamarat bridge...tp lepas tu..tak tahulah...so tak sangka pula kren -kren msh beroperasi juga sewaktu musim haji kini. Tetapi apa jua perancangan Allah, hanya Dia sahaja yg tahu. Beruntung jemaah2 yg kembali dalam keadaan syahid kepadanya...kita doalah agar kita pun dikembalikan dengan cara yang baik ( husnul khotimah).
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:09 PM | Show all posts
Nham22 replied at 14-9-2015 09:35 AM
Xyah saman la...king of saudi sedekah ajerla usd1juta..bak kate forumer..celah gigi depa ja.. depa k ...



projek mega tu, di bawah company Ben Laden...nak saman saman laa..mmg ant company yg terkaya di sana. Untuk makluman juga, tender-tender untuk cleaner kat Masjidil Haram tu, company Ben Laden ni ambil tender dengan harga Riyal 1 sahaja....nampak tak masuk akal kan?...saper berani buat...tp hakikatnya itulah yg sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:16 PM | Show all posts
nolya replied at 14-9-2015 01:07 PM
Allah menyuruh manusia berbuat yg baik dan berkata yg baik2 tetapi manusia boleh membuat pilihan u ...

Seorang lobai perasan bagus pernah berkata dengan penuh syahdu dan cam bagusnya "Baik yang kita sangka belum tentu baik sudahnya begitu juga sebaliknya." Prrrrrrrrpffffftght

Maideen~Pung pang pung pang tapi cakap tak serupa bikin. Macam Tn. Hj Mustapha '8xl' Ali mengajak ummah melawan kemungkaran jugak....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:35 PM | Show all posts
Maideen. replied at 14-9-2015 03:16 PM
Seorang lobai perasan bagus pernah berkata dengan penuh syahdu dan cam bagusnya "Baik yang kita sa ...

Kesian maideen.  Hatinya bengkak mendengar kata2 kebaikan. Dah tu minat sungguh kat Hj. Mustapha Ali.  Well, as u wish..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:39 PM | Show all posts
Yang dikebumikan kat sana nanti, boleh ker kalau anak anak sini nak ziarah bila buat umrah nanti? Ada tanda ker kat mana kubur si mati?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-9-2015 03:03 PM
Thanks my friend, but I'm sorry for I am totally lost to understand what u said.  I shall choose n ...

Al-Qurtubi mentions in his famous exegesis, in explanation of the above-mentioned verse, that according to Wahb ibn Munabbih, Sakinah is a spirit from God that speaks, and, in the case of the Israelites, where people disagreed on some issue, this spirit came to clarify the situation, and used to be a cause of victory for them in wars. According to Ali, "Sakinah is a sweet breeze/wind, whose face is like the face of a human". Mujahid mentions that "when Sakinah glanced at an enemy, they were defeated", and ibn Atiyyah mentions about the Ark of the Covenant (at-Tabut), to which the Sakina was associated, that souls found therein peace, warmth, companionship and strength.

Muslim ibn al-Hajjaj Nishapuri says in his Sahih Muslim, that a certain man (during the time of Muhammad), was reciting the sura al-Kahf from the Quran by his tethered horse, and as he was reciting, a cloud engulfed him, which was encircling and descending, whose sight caused his horse to jump and move, and so when morning came he went to Muhammad and informed him of what occurred, to which Muhammad replied that it was the Sakinah that descended for the Quran.[citation needed]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 14-9-2015 06:20 AM
Ma seperti sudah tahu, renung kak long lama

AZURA MOHAMAD

Femes pijey loni sis.semoga roh mokcik rohana ditempatkan di shorga elohim.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:56 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 14-9-2015 03:47 PM
Al-Qurtubi mentions in his famous exegesis, in explanation of the above-mentioned verse, that acco ...

Thanks again my friend SS.  Still saya tak fahamlah......
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 14-9-2015 04:10 PM
nolya replied at 14-9-2015 03:56 PM
Thanks again my friend SS.  Still saya tak fahamlah......


Akak kena percaya bahawasanya tanda  hadirnya Elohim (Kavod HaShem) apabila wujudnya Shekinah (ketenangan di dlm bentuk kabus/awan bercahaya)...

Hal ini berlaku selepas pembinaan Ohel Mo'ed (holy of the holies) yang baru siap dibina oleh Musa dan Harun...di mana Musa as tidak dpt masuk kedalam nya kerana Shekinah/awan kabut bercahaya (wujud dlm bntuk fizikal)...dan membawa ketenangan sebagai tanda kebesaran Tuhan di segenap Mishkan (kuil khemah di zaman Musa a.s)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 04:13 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 14-9-2015 04:07 PM
Akak kena percaya bahawasanya tanda  hadirnya Elohim (Kavod HaShem) apabila wujudnya Shekinah (k ...

Still saya tak/belum faham.  Elohim (Kavod HaShem) tu siapa.  Itu nama nabi bagi kaum mana pula.?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 300266 Replies : 7436
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 35210 Replies : 370
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13664 Replies : 92
Teka kerja apa
TomyamPutehTeka kerja apa
Views : 12102 Replies : 60
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20358 Replies : 99
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13182 Replies : 175
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14918 Replies : 64
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27805 Replies : 119
Bila Jumpa Orang yang Kita Kenal Be Like
ciksepatuBila Jumpa Orang yang Kita Kenal Be Like
Views : 19807 Replies : 106
Tengok le perangai AI sekarang
bensolo333Tengok le perangai AI sekarang
Views : 9504 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.108398 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list