CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MeghanK

[Jenayah] Update #290- Hilang Sejak Dua Hari Lepas, Pemandu Grab Dilapor Hil

[Copy link]
Post time 28-5-2019 12:02 PM | Show all posts
Zazashar replied at 28-5-2019 11:02 AM
Innalillahiwainnalilahirojiun..
Harap plaku dapat dtangkap

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/460171/pemandu-grab-disamun-dibunuh?fbclid=IwAR2fExslKdg1c2xtjiQeYHxqWyP16X7ANbaZ3YMQkmUtCjd8K3Fxcd_rnQs

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki di kawasan parkir 1 Borneo, di Kota Kinabalu, 9.50 malam tadi.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Shahbandar, Tuaran,” katanya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:05 PM | Show all posts
driver grab sekarang ni mcm tak selamat....menakut kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 28-5-2019 12:02 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/460171/pemandu-grab-disamun-dibunuh?fbclid=IwAR2fExslKdg1c ...

Assstagaaa. I tot dia kena pukul sebab ada berselisih faham sesama geng. rupanya mmg kena samun?? Bodonya pilak itu. Dia tidak tau ka semua details dia registered dlm grab apps
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, high risk.jugak jadi grab driver ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
If only boleh pick customer, tak pyh amik foreigners ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg sanggup bunuh sbb nak samun je?? Patut diorg ni kna siksa dulu sblm kna gantung.. agak2 laa.. ke tgh high brg time samun ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 12:19 PM | Show all posts
kesiannya... semoga tabah la keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:25 PM | Show all posts
Nak rompak tu, rompak jerla....ni sampai dibunuhnya...hishhhhh.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 12:27 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 28-5-2019 06:04 AM
Sebenarnya grab driver boleh decline servis tu kalo tgk penumpang dia tak sama dgn profile yg dia  ...

i pun selalu je book grab untuk parents atau untuk anak anak i. tapi lepastu i akan call grab driver tu dan inform siapa yang akan naik. tapi risau pulak lepas ni nak lepaskan anak anak naik grab.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:30 PM | Show all posts
Al Fatihah... kesian jadik mangsa samun
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:35 PM | Show all posts
innalillah..yaALLAH kesiannya kat arwah..semoga dicucuri rahmat ke atas Rohnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke bengap dorang ni details penumpang semua ada...  or if ada yg bookingkan bagi pihak org lain, yg tukang booking boleh kena reman bgtahu siapa yg naik last
Anyway baru 2 hari jumpa mayat dah membengkak... sbb tkde ekon 8 degree
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:38 PM | Show all posts

Innalillahiwainnalilahirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajinnye lahai warga asing nak pikul mayat hantar tempat lain... ambik grab lain ka nak hantar tempat lain tu.. ke aku ada miss baca apa2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:41 PM | Show all posts
Edited by jofizo at 28-5-2019 12:44 PM

Pemandu Grab dibunuh, mayat dibuang dalam semak
Oleh Junaidi Ladjana
[email protected]

KOTA KINABALU: Pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing, Grab yang dilaporkan hilang Jumaat lalu, dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayat mangsa dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah, berkata hasil siasatan polis dan kerjasama syarikat Grab, polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa.

“Susulan itu, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki di kawasan parkir 1 Borneo, di sini, pada jam 9.50 malam tadi.


“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Shahbandar, Tuaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kepayan, hari ini.

Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Pada jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, kereta dipercayai milik Mohd Hanafiee ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar dan pemeriksaan mendapati ada kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Malam tadi, beberapa status dimuat naik di Facebook dan Tweet dipercayai dibuat ahli keluarga Mohd Hanafiee memaklumkan mayat ditemui di Kampung Shahbandar, adalah keluarga mereka yang dilaporkan hilang Jumaat lalu.

Omar berkata, siasatan mendapati mangsa membawa kedua-dua suspek kira-kira jam 4 pagi Jumaat lalu, dari Kingfisher ke Tuaran.

“Siasatan juga mendapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan.

“Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan seorang daripadanya adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak bekerja,” katanya.

Beliau berkata, polis akan memohon reman hari ini ke atas kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan kita percaya kejadian berlaku pada 24 Mei lalu.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya masih menjalankan pengecaman ke atas mayat mangsa bagi memastikan mangsa adalah pemandu Grab dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

“Ahli keluarga pemandu Grab sudah dipanggil, tetapi mereka gagal membuat pengecaman itu pemandu Grab terbabit kerana keadaan mayat mulai reput.

“Jadi, kita akan menggunakan kaedah lain menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti sama ada mayat itu pemandu Grab terbabit.

“Bagaimanapun berdasarkan pengakuan, kedua-dua suspek melakukan samun ke atas pemandu Grab sebelum membunuh mangsa,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:42 PM | Show all posts
dh kena cekup...tahniah pdrm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 28-5-2019 12:41 PM
Pemandu Grab dibunuh, mayat dibuang dalam semak
Oleh Junaidi Ladjana


see warga asing lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:43 PM | Show all posts
Innalillahiwainnalilahirojiun.. hati2 semua yang biasa naik grab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:43 PM | Show all posts
Innalillahiwainnalilahirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah buat keluarga dan tahniah PDRM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.814156 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list