|
betul la forumer kat atas tadi ckp..
islam itu mudah..
tak perlu nak pening2 kan lagi kepala kita ni wheter amalan kita ni ikhlas atau tak..diterima atau tak..sbb tu bukan keje kita..sbb benda2 dosa pahala ni kita tak nampak..kalau asik tetapkan dlm pale otak,ikhlas..ikhlas...ikhlas... tapi hakikatnye ape yg kita buat tu tak ikhlas...masalah jugak..bg mel..mel setuju jugak dgn pendapat bos..dan dlm masa yg sama,tak nafikan jugak apa yg bro mad ckp tu betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas itu adalah salah satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah..
Amalan yang ikhlas dilakukan semata-mata hanya kerana Allah bukan kerana ada sebab2 yg lain atau ada dorongan2 yang lain.
Amalan kebaikan akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekerjaan yg dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat pangkat, nama, penghargaan, pujian, kedudukan, etc
Lakukanlah amal dan juga perkerjaan itu tanpa memikirkan balasannya dan ganjarannya..
Dekatkanlah diri kita dengan Allah.. sentiasalah berzikir kepadanya.. alunkanlah zikrullah dibibir dan dihati, tiap masa & detik..
aii mumia2.. muncul kembali dgn id lain ? x payah la pakai sampai 2,3 id |
|
|
|
|
|
|
|
betul la forumer kat atas tadi ckp..
islam itu mudah..
tak perlu nak pening2 kan lagi kepala kita ...
melinda_gordon Post at 5-7-2011 13:43
kalo kita tolak tepi perkataan ikhlas jap..kalo kita fokus hanya untuk Allah..kita buat apa2 kerana Allah..otomatik dah ikhlas jadinya kan..tak payah fikir2 lagi kita ikhlas ke tak..Allah je Maha tahu...tu lah pentingnya niat..niat tu utk apa..utk org sayang kita? untuk org suka kita? utk sembuh? untuk apa? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kita tolak tepi perkataan ikhlas jap..kalo kita fokus hanya untuk Allah..kita buat apa ...
schu Post at 5-7-2011 13:49
kalau kita tak payah pk kan ikhlas pun..automatik mmg setiap amalan kita hanya utk allah..bukan ke kita ni mmg hamba allah??
kenapa nak pening2kan kepala kita lagi?? |
|
|
|
|
|
|
|
dah namanya iklas..tak perlu nak pikir n tanam dalam pale otak.. either ia iklas atau tak..
kalau kte langsung tak pikir, itu lah iklas namenyer
mcm amalan budak2 kecik...suruh mengaji, dier mengaji..
suruh solat, dier solat..
dier xtau pape pon...atas sebab ape perlu mengaji, perlu solat..itulah ikhlas namenyer
tapi kekadang, org tua yg sibuk dok kate... 'adik kalu mengaji, dapat pahala tau.. nanti ngaji bebanyak..Allah kasik baaaanyaaakk pahala.. nnt leh masuk syurga.. kalau solat tak tinggal, nanti dapat masuk syurga tauuu...' itu lah kesilapan di situ... mengajar anak kecil tentang ganjaran.. bknnyer ibadat ikhlas krn ALLAH
hai mumia2... cam kenal jer... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknye kalu yang menegur ni kategori ALIM ULAMAK, MUFTI, mesti sume orang leh terima kot... tp apekan daya.. yang menegur ni hanyalah kategori HANTU... ops... sori waktom.. terlebih sudah |
|
|
|
|
|
|
|
spttnye nasihat ni bkn utk perawat je ( sbb aku yakin ade perawat yg baca ayat Quran kerana allah )
nasihat ini spttnye utk sume umat islam...... |
|
|
|
|
|
|
|
dah namanya iklas..tak perlu nak pikir n tanam dalam pale otak.. either ia iklas atau tak..
kalau k ...
JulietTheOrange Post at 5-7-2011 13:54
betul tu...
kita selalu mengajar anak-anak kita tentang ganjaran bila berbuat kebaikan..
dari situ sudah tertanam rasa ingin mendapat ganjaran dari setiap kebaikan..
kita tidak mengajar anak-anak kita ikhlas bila berbuat sesuatu..
kerana anak-anak akan merasa puas bila mendapat ganjaran..
contohnya bila berpuasa kita akan beri upah berbentuk duit/hadiah..
kita tak ajar rasa ikhlas bila berpuasa...
kerana ikhlas bersifat subjective....
dah anak-anak pasti bertanya bagaimanakan rasa ikhlas itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la saka tu perkara syirik...
acesecure Post at 4-7-2011 22:29
baru teringat bila baca ayat ni...sesapa leh terangkan pasal kemuskilan ni sangat dialu alukan sebab confius...
dalam konteks bersahabat dengan jin apakah hukumnya? adakah pertolongan dari jin itu jatuh syirik. dimanakah itu berbeza dengan pertolongan manusia kepada sahabatnya sebab manusia dan jin adalah makhluk Allah juga hanya entiti berlainan dari manusia. yang aku faham pasal syirik bila percaya ada yang berkuasa atau ada tuhan selain Allah. Tetapi boleh difahami sekiranya bersahabat dengan jin itu penuh berisiko, penuh tipu daya, tidak boleh dipercayai, boleh menjadi saka dan lain2 bentuk kemusnahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tunggulbatu at 5-7-2011 14:29
Assalammualaikum...
Ilmu Allah amat luas. Allah tidak membataskan kehendakNya sesuai dgn Aqal seseorang. Hanya Rasulullah SAW shj insan yg paling layak jadi ikutan akhlak terbaik.
Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata”. Al An'am (QS. 6:7)
Ayat diatas ini jelas menyatakan bahwa Al Quran tidak diturunkan melainkan hanya melalui Rasullah SAW agar ia terpelihara dari fitnah org kafir.
(Al Quran) Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Esa, dan supaya orang-orang yang beraqal mengambil pelajaran. (QS Ibrahim-52)
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib, aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”
Maka Rahsiakanlah apabila terjadi sesuatu padamu yang diluar kebiasaan yang engkau takjub dan bertambah kuat keimananmu terhadapNya, sesungguhnya itu adalah kasih sayang Allah terhadapmu, ketahui olehmu, bahkan Rasulullah SAW dilarang menzahirkan hal yg ghaib bimbang menjadikan kecenderungan umatnya mempertuhankan beliau SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 58# madmualij
wsalam,
penerangan tuan amat jelas dan padat. keikhlasan pula bagi saya harus diterapkan sebagai khusyuk dalam solat terdahulu. Jika masih lalai dan cuai dlm solat terutamanya, bagaimana diambil kira amalan2 yg lain sebagai ikhlas..? Khusyuk atau ikhlas adalah sesuatu yg 'ghaib' malah tidak dapat diterjemahkan kepada sesiapa melainkan hanya Allah SWT shj yg Maha Mengetahui.
Jika kita menyatakan khusyuk sekalipon, nescaya itu mencerminkan diri seorang pembohong besar dihadapan Allah. nauzubillah..
Ikhlas tidak dapat diukur2 melainkan hanya Allah shj yg menentukan kadar mengikut sekehendakNya. Urusan ikhlas itu hanyalah diantara si empunya diri dan Allah shj. Jgn lah kita mengukur-ngukur keikhlasan org lain kerana disitu shj kita telah meletakkan hukum pada kadar iman seseorang walhal itu urusan Allah yg maha Mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
dier xtau pape pon...atas sebab ape perlu mengaji, perlu solat..itulah ikhlas namenyer
JulietTheOrange Post at 5-7-2011 13:54
Assalamualaikum,
Minta maaf saya nak perbetulkan, itu bukan ikhlas namanya, itu jahil. Ikhlas yang dimaksudkan adalah berbuat sesuatu perbuatan tanpa mengharapkan apa2 ganjaran. Kalau Allah memberi ganjaran di dunia lagi, ucapkanlah Alhamdulillah. Kalau Allah tak memberi ganjaran di dunia, Dia Maha Pemurah lagi Maha Adil.
Jangan lak kita kufur nikmat, bila dah ada ganjaran ditolak. Adalah fitrah manusia untuk menginginkan sesuatu sebagai hasil setiap perbuatan. Kalau x, x ada la org kerja makan gaji dengan bos, si pemuda nak memikat si perempuan dengan belanja mkn minum tgk wayang, si anak yang rajin belajar UPSR dengan harapan dapat hadiah dari ibu bapanya.
Allah juga telah menjanjikan syurga bagi hambaNya yang beramal soleh dan Neraka bagi mereka yang mengingkariNya di dalam al Qur'an. Salah ke bagi hamba2 -Nya mengikut apa yang telah difirmankan, sedangkan Allah adalah sebaik - baik Pemberi janji?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 92# evilcooler
Alhamdulillah.... syukur tuan dapat menjelaskkannya sebaik ini... |
|
|
|
|
|
|
|
lillahi taala...
aku rasa keikhlasan tu..x sapa dapat menilai..kalau terlalu banyak menilai...ma ...
033589 Post at 5-7-2011 13:22
the most brilliant post in this thread. |
|
|
|
|
|
|
|
dah namanya iklas..tak perlu nak pikir n tanam dalam pale otak.. either ia iklas atau tak..
kalau k ...
JulietTheOrange Post at 5-7-2011 13:54
itulah konsonan yg kita cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 92# evilcooler
waalaikumussalam..
mengikut pandangan saya yang bodoh nih, saya maksudkan ialah.. buat sesuatu ikhlas kerana Allah taala, tanpa mengharapkan apa2 ganjaran.. kalau Allah beri nikmatNya di dunia, syukur alhamdulillah.. tapi tak perlulah kita buat sesuatu tu, KHAS UNTUK DAPATKAN SESUATU DARI ALLAH.. macam kita ni buat sesuatu, memaksa ALLAH beri kat kita ganjaran. di mana keikhlasan kita di situ?
macam juga kita nak bersedekah. dalam masa yang sama nak ganjaran masuk tv, nak canang 1 dunia yang kita kuarkan sedekah. itu konsepnye ape yer? adekah ikhlas? atau ape? |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa mcm dah lari sikit la dari tajuk thread..dah mcm lebihkan cakap pasal ikhlas pulak..rasanya thread ni bukan untuk sampaikan 'apa itu ikhlas' atau 'bagaimana untuk ikhlas'...tapi apa tujuan amalan kita kan? btul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 93# tunggulbatu
Assalamualaikum ya tb,
Saya menerangkan dengan ilmu saya yang cetek lagi daif ini...
Kalau ada penambahan, silakan..sebaik-baik seorang Islam adalah yang mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya pada ikhwannya. |
|
|
|
|
|
|
|
emmm sapa2 cuba cerita detail pasal post mad 58#?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 96# JulietTheOrange
Salam Juliet,
Senang cerita, tak payah fikirkan pasal ikhlas perbuatan seseorang atau tidak, kerana itu adalah hak Allah s.w.t dan terkandung dalam rahsia-Nya.
Yang penting, sentiasa bersangka baik sesama kita dan jangan sekali putus harapan kepada RahmatNya. Kalau nak dibincangkan pasal ikhlas, perlu ada pemahaman dan asas yang kuat di dalam erti sebenarnya. Bukan semua org faham apa yang nak disampaikan.
Siapa kita untuk menilai perbuatan ikhlas orang lain, kerana Allah s.w.t sahaja yang tahu niat perbuatan mereka. Ada juga manusia yang dianugerahkan ilmu kasyaf utk melihat perkara ini, tetapi mereka pula diberi amanah oleh Allah s.w.t untuk tidak disebarkan kepada pengetahuan awam.
Jadi nasihat saya, sentiasa muhasabah diri dan hilangkan sifat buruk sangka, ujub dan riak dengan amalan sendiri. Ini ditujukan kepada diri saya dan semua forumer yg membaca.
Jazakallah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|