CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

KISAH PARA NABI,SAHABAT,TABIIN,WALI ALLAH,ULAMA',PEMIMPIN

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2013 10:06 PM | Show all posts
KISAH 50

    Seorang lelaki miskin menemui seorang wali Allah ,memohon agar diberi kekayaan...

"Baiklah..kamu pergi ke satu lembah..di sana ada emas.Namun kamu perlu nafkahkan 3/4 untuk fi sabilillah dan zakat,hanya 1/4 kamu ambil.."kata wali Allah tersebut.

Namun lelaki itu tamak....1 % pun tidak dinafkahkan,bisik hatinya..kesemuanya diambil menjadi hartanya..

Semua ketulan emas disimpan di rumah.Pabila bangun tidur,kesemuanya hilang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 03:09 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 19-1-2013 10:00 PM
KISAH 49

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia ...

salam

.. aisayman .. sedeh seehh .. insafffffffffff ..
masyAllah ..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:02 PM | Show all posts
ni yg aku malas ni...tiap kali baca kisah2 nabi dan alim ulama yg berhati mulia.....
mesti jadi cengeng...huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 01:54 AM | Show all posts
KISAH 51

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.
Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 11:56 AM | Show all posts
salam

masyAllah .. alhamdulillah ..

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
4. sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ
5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬
6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعۡدُ بِٱلدِّينِ
7. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?

wassalam


p/s ..
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa firman Allah S.95:5 mengandung arti ke tingkat pikun (seperti bayi lagi).
Oleh karena itu Rasulullah saw. ditanya tentang (kedudukan) orang yang telah pikun itu.
Maka Allah menurunkan ayat selanjutnya (S.95:6) yang menegaskan bahwa mereka yang beriman
dan beramal shalih sebelum pikun akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al-'ufi yang bersumber dari Ibnu Abbas.)






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 09:52 PM | Show all posts
KISAH 52

Sufyan Bin Abi'l-Arja menceritakan pada suatu hari Umar al-Khattab r.a berkata, "Demi Allah, aku tidak tahu sama ada aku ini Khalifah atau Raja? Jika aku seorang Raja, maka ini adalah merupakan suatu malapetaka".

Kedengaran seorang menjawab, "Wahai Amirul Mukmini! Sesungguhnya di antara kedua-duanya itu ada perbezaan".

Umar bertanya, "Apa bezanya?"

Lelaki itu menjawab, "Khalifah tidak mengambil sesuatu kecuali dengan hak, dan tidak menggunakannya kecuali untuk jalan yang betul. Dan engkau Alhamdullilah adalah orang seperti itu. Adapun Raja itu berlaku zalim kepada rakyatnya, mengambil yang ini dan diberikan kepada yang itu".
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2013 09:59 PM | Show all posts
KISAH 53

Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor, 1898-1938)


Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Raja Muda Musa adalah merupakan Sultan Selangor ke-5. Baginda adalah merupakan seorang Sultan yang warak dan selalu mendampingi golongan ulama, sebagai contoh seorang ulama besar dari Patani iaitu Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani yang telah dilantik menjadi Syeikhul Islam di Selangor.


Hari ini,siapakah Sultan yang warak dan boleh membaca khutbah Jumaat???


Sekitar tahun 1921, baginda telah mengarang dan menerbitkan sebuah kitab agama diberi nama Risalah Iskandar Shah yang membicarakan persoalan tauhid, feqah dan tasauf serta mengandungi pengajaran, peringatan dan mutiara nasihat yang amat berharga daripada seorang pemerintah negeri kepada rakyatnya.













Last edited by GuaAnakMelaka on 23-1-2013 10:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:06 PM | Show all posts
KISAH 54

Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak, 1918-1938)
Sultan Iskandar juga terkenal dalam menguji ulama-ulama. Sebagai contoh, pada suatu hari di bulan Ramadhan, baginda telah menjemput ulama-ulama di Perak untuk berbuka puasa di Istana. Belum pun tiba waktu berbuka, baginda telah menyeru kepada semua yang hadir untuk menjamah makanan. Semua terdiam tidak berani bersuara kecuali Haji Nawawi Mohd. Tahir yang merupakan penasihat agama Sultan,“Kalau Tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang”.

Sultan Iskandar memuji keberanian Haji Nawawi, "Nasib baiklah di negeri Perak masih ada orang yang berani menegur beta!”


Sejarah Malaysia juga pernah menceritakan ada ulama menegur Sultan memakai gelang emas tetapi penampar yang diberikan!



Risalah Iskandar Shah
Di dalam risalah tersebut Sultan Iskandar menggunakan nama pena Faqir. Di awal kitab ini ditulis, “Wahai sekelian saudara-saudara ku lelaki dan perempuan dengarlah perkataan Faqir yang tidak sepertinya ini, mudah-mudahan akan menjadi kenangan-kenangan saudaraku sekalian kepada Faqir terutama sekali masa hilang hayat Faqir di belakang hari dan tiada sekali niat Faqir dengan bermegah–megah ataupun dengan menunjukkan kepandaian melainkan hanya Faqir berserah dan berpegang semata-mata pada Tuhan kita…"

“Maka adalah tujuan Faqir menulis Risalah kecil ini semata-mata niat Faqir ialah kerana mengikut dan menjunjung titah dan suruhan Rasul kita iaitu hendaklah ingat dan beringat-ingat kita satu sama lain baik dengan sepatah perkataan sekalipun".
Last edited by GuaAnakMelaka on 23-1-2013 10:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 10:13 PM | Show all posts
KISAH 55

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri".

http://peguamuda.blogspot.com/20 ... ta-dalam-islam.html


BEBERAPA HARI LALU SAYA MENDAPAT SATU KISAH YANG CUKUP MENARIK DARI SEORANG LELAKI AGAK DIHORMATI DI DALAM MASYARAKAT YANG TELAH MENCERITAKAN TENTANG PENGALAMANNYA SELAMA 22 TAHUN DI DALAM ANGKATAN TENTERA LAUT MALAYSIA (TLDM).

BELIAU TELAH BERKONGSI PENGALAMAN DAN KISAH HIDUPNYA YANG PENUH PAHIT MANIS DI ZAMAN KEGEMILANGANNYA SEWAKTU BERKHIDMAT DENGAN TLDM.

APA YANG MENARIK ADALAH CERITANYA TENTANG GELAGAT DAN PERLAKUAN SEORANG ANAK RAJA DARI SEBUAH NEGERI YANG SAYA RASA ELOK TIDAK DINYATAKAN DISINI. MEMANG RAMAI KERABAT DIRAJA YANG BERMINAT ATAU DIPAKSA OLEH KELUARGA UNTUK MENJALANI LATIHAN KETENTERAAN UNTUK MEMBENTUK JATI DIRI DAN DISIPLIN.

NIAT AYAH DAN BONDA MEREKA MEMANG BAIK, TETAPI APAKAH HASRAT MEREKA TERCAPAI? KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI BAGAIMANA GELAGAT DAN TINGKAH LAKU ANAK MEREKA YANG SERING "MEMENINGKAN" PARA JURULATIH SERTA PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI ANGKATAN TENTERA.

SATU KISAH BENAR TELAH BERLAKU DI PENGKALAN ANGKATAN TENTERA LAUT MALAYSIA LUMUT PADA AWAL TAHUN 80AN. SEORANG ANAK RAJA YANG SANGAT HEBAT DI ZAMAN MUDANYA, YANG TERKENAL DENGAN SIKAP KAKI PUKUL, PEMABUK, DAN "KAKI BETINA".

ANAK RAJA INI SERING KELUAR DARI PENGKALAN UNTUK MEMINUM ARAK DAN MENCARI KESERONOKKAN HAMPIR SETIAP MALAM JIKA BERPELUANG KELUAR.

PADA SATU MALAM, BELIAU TELAH KELUAR DENGAN BEBERAPA RAKAN SEPELATIH UNTUK BERHIBUR. SETELAH SEPARUH MABUK ANAK RAJA INI TELAH MENARIK SEORANG PEREMPUAN YANG ADA DI PUSAT HIBURAN UNTUK DI BAWA PULANG KEPENGKALAN DI BAREK PENGINAPANNYA. SEMEMANGNYA PASUKAN TLDM MEMANG TERKENAL SEBAGAI SATU PASUKAN YANG SANGAT BERDEDIKASI SERTA PENUH BERDISIPLIN SEHINGGA BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERKUALITI TINGGI SERTA DISEGANI DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

NAMUN DIMANA SILAPNYA, TIADA SIAPA DAPAT MENJAWAP PERSOALAN INI APABILA ADA DIKALANGAN PELATIH DARI GOLONGAN KERABAT DIRAJA. HABIS SEMUA PERATURAN UNDANG-UNDANG DAN DISIPLIN PASUKAN DILANGGAR  SERTA BANYAK PENGECUALIAN TELAH DIBERIKAN KEPADA KERABAT-KERABAT DIRAJA.

ANAK RAJA TERSEBUT BERSAMA SEORANG RAKAN SEPELATIHNYA YANG DIKENALI SEBAGAI "N" ("N" DI AKHIR KARIERNYA BERSARA SEBAGAI SEORANG LAKSAMANA) SERTA SEORANG LAGI RAKAN SEPELATIH YANG LAIN MENAIKI KERETA FIAT MILIK "N"  MEMBAWA PULANG SEORANG GADIS KE PENGKALAN. RAKAN-RAKAN YANG LAIN TELAH MENASIHATKAN BAHAWA PERKARA INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MEREKA JUGA MENASIHATKAN BAHAWA "GADIS ITU" BUKANLAH SEORANG GADIS YANG BAIK KERANA RAMAI ANGGOTA TLDM "PERNAH MENGENALINYA" SECARA RAPAT. TETAPI ANAK RAJA INI MEMANG TERKENAL DENGAN EGONYA TIDAK MAHU MENDENGAR NASIHAT RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

APABILA SAMPAI DI GUARD POST PENGKALAN, KERETA TERSEBUT TELAH DITAHAN OLEH ANGGOTA YANG BERTUGAS DENGAN BERBUDI BAHASA TETAPI TEGAS MELARANG KERETA TERSEBUT DARI MASUK KE PENGKALAN. ANAK RAJA YANG SEPARUH MABUK SANGAT MURKA KERANA TIDAK DIBENARKAN MASUK BERSAMA GADIS YANG DIBAWANYA.

PENGAWAL YANG BERTUGAS TELAH DIHERDIK DAN DIMAKI OLEH ANAK RAJA TERSEBUT DENGAN KATA-KATA NISTA DAN JUGA MENJERIT KEPADA PENGAWAL "KAU INGAT NAVY INI BAPAK KAU PUNYA?" PENGAWAL ITU MENJAWAB "NAVY BUKAN BAPAK PATIK PUNYA TETAPI NAVY ADA PERATURAN DISIPLIN YANG HARUS DIPATUHI."

ANAK RAJA TERSEBUT SEMAKIN TIDAK PUAS HATI,MELIHAT KEPADA KEADAAN ITU, PENGAWAL TERSEBUT TERPAKSA MEMANGGIL PEGAWAI YANG BERTUGAS UNTUK MENYELESAIKAN KEKECOHAN DI PINTU MASUK PENGKALAN TERSEBUT.

AKHIRNYA ANAK RAJA TERSEBUT BERSAMA GADIS DAN RAKANNYA MASUK KEPENGKALAN JUGA. DI DALAM BAREK, ANAK RAJA TERSEBUT MENERUSKAN SAMBUNGAN HIBURANNYA YANG TIDAK SELESAI DI LUAR PENGKALAN. ANAK RAJA TERSEBUT TELAH MEMAKSA GADIS TERSEBUT MEMBUAT TARIAN BOGEL DI HADAPANNYA DAN BEBERAPA RAKAN SEPELATIH YANG LAIN.MEREKA TELAH BERGEMBIRA HAMPIR KE PAGI. KESIAN SUNGGUH MELIHAT KEPADA APA YANG TELAH DIPERLAKUKAN TERHADAP GADIS TERSEBUT. GADIS TERSEBUT TELAH DIBUAT MACAM HAMBA SEKS DAN DI ARAH MELAKUKAN BERBAGAI AKSI UNTUK MENJADI TONTONAN DAN HIBURAN MEREKA.

APABILA DIINGAT PERKARA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH ANAK RAJA PADA MASA ITU, BERISTIFAR PANJANG ORANG YANG MENCERITAKAN KISAH INI. ANAK RAJA INI MEMANG "SEX MANIAC" DAN MEMPUNYAI MASALAH DI JIWANYA. GADIS ITU JUGA SETELAH DIPAKSA MINUM HINGGA MABUK, TELAH DIPERLAKU SEKS DI LUAR TABII ANTARANYA MEMASUKAN BERBAGAI OBJEK KEDALAM KEMALUANNYA TEMASUK SIKAT RAMBUT. SUNGGUH SADIS APA YANG BERLAKU.

HINA SUNGGUH WANITA DI MATANYA DAN BUTA SUNGGUH HATINYA YANG LUPA BAHAWA IBUNYA, BAKAL ISTERINYA, ANAK-ANAKNYA, KAKAK-KAKAKNYA ADALAH  WANITA SAMA SEPERTI GADIS TERSEBUT.

SETELAH HABIS BERGEMBIRA DAN BERPUAS HATI MEMPELAKUKAN GADIS TERSEBUT DENGAN PENUH KEHINAAN, ANAK RAJA TERSEBUT BERSAMA RAKANNYA "N" TELAH MENGHANTAR PULANG GADIS ITU KE PEKAN.

BALASAN ALLAH DAPAT SECARA TUNAI PADA MALAM TERSEBUT, KERETA YANG DINAIKI DAN DIBAWA DALAM KEADAAN MABUK TELAH MENGALAMI KEMALANGAN DAN TERBALIK HINGGA MENGALAMI KEROSAKAN YANG SANGAT TERUK (TOTAL LOST)


JAHANAMLAH KERETA KESAYANGAN "N". SUNGGUH PUCAT LESI ANAK RAJA DAN "N" PADA MALAM TERSEBUT. HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUINYA. MENURUT CERITANYA KEDUA MEREKA KETAKUTAN HINGGA TERKENCING APABILA PERKARA INI DIMAKLUMKAN KE PIHAK ATASAN. ANAK RAJA INI CEDERA DI BAHU DAN LENGAN HINGGA MENJEJASKAN PRESTASINYA DI DALAM LATIHAN YANG DIJALANI SELEPAS ITU.

RAKAN-RAKAN SEPELATIH SERTA PEGAWAI-PEGAWAI LAIN TELAH MENASIHATKAN AGAR ANAK RAJA TERSEBUT MENJADIKAN IKHTIBAR DAN BERTAUBAT. NAMUN BUKAN BERTAUBAT DIA HANYA "BERTAHU BUAT" KERANA PADA DIRI ANAK RAJA TERSEBUT, INI HANYA SATU PERKARA KECIL DAN TIDAK PERLU DIAMBIL PEDULI.

"N" PULA DIBELIKAN DAN DIGANTI DENGAN KERETA FIAT YANG BARU YANG NOMBORNYA AGAK MENARIK.

PERISTIWA KEMALANGAN ITU TIDAK BERJAYA MEMBERSIHKAN HATI ANAK RAJA TERSEBUT SERTA GAGAL MEMBERI HIDAYAH KEPADA JIWANYA.

DI DALAM MENJALANI LATIHAN, BERBAGAI PERKARA YANG SANGAT MENYEDIHKAN SERTA BERCANGGAH DENGAN DISIPLIN DAN PERATURAN KETENTERAAN TELAH DILANGGAR DENGAN SEWENANG-WENANGNYA OLEH ANAK RAJA TERSEBUT.

ADA SATU PERISTIWA SEMASA MENJALANI LATIHAN MENYELAM YANG MANA PARA JURULATIH TELAH MENUNGGU SELAMA SATU JAM UNTUK MENANTI KEHADIRAN ANAK RAJA TERSEBUT. NAMUN APABILA ANAK RAJA ITU MUNCUL DI JETI TEMPAT LATIHAN, BELIAU TIDAK MEMAKAI PAKAIAN LATIHAN YANG DIKEHENDAKI, SEBALIKNYA MEMAKAI SELUAR JEANS KETATNYA YANG MENAMPAKKAN KAKINYA YANG KECIL SEPERTI KAUM "DKK".

SEORANG JURULATIH YANG BERADA DI DALAM AIR DI TEPI JETI LATIHAN, TELAH BERTANYA KEPADANYA "TUNKU, KENAPA TIDAK TURUN BERLATIH, KAMI SEMUA SUDAH TUNGGU LAMA DI SINI". MENDENGAR TEGURAN JURULATIH TERSEBUT DENGAN BONGKAK DAN ANGKUHNYA ANAK RAJA TERSEBUT TELAH PERGI MENGHAMPIRI AIR DAN MEMIJAK KEPALA JURULATIHNYA TERSEBUT DI HADAPAN PELATIH-PELATIH SERTA PEGAWAI-PEGAWAI YANG LAIN. ANAK RAJA BERKATA "NAVY NI BAPAK AKU PUNYA, AKU BOLEH "ADJUST" APA SAHAJA PERATURAN YANG ADA, KAU JANGAN NAK MENGAJAR AKU'.


ENTAHLAH, KALAU DI DENGAR DARI CERITA MEMANG TIDAK LAYAK ANAK RAJA INI DIBERIKAN TAULIAH SEBAGAI SEORANG PEGAWAI. SEPATUTNYA PIHAK TLDM HENDAKLAH BERTINDAK TEGAS UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA INTEGRITI PASUKAN TLDM SENTIASA TERPELIHARA DAN DIHORMATI.

WALAUPUN DENGAN SERIBU TEMBERANG DAN KELETAH ANAK RAJA TERSEBUT BELIAU TELAH DIBENARKAN JUGA UNTUK MENJADI PEGAWAI TLDM BERTAULIAH SEWAKTU TAMAT LATIHAN DI PENGKALAN LUMUT.


INILAH AL-KISAH ANAK RAJA YANG MENGHINA WANITA DAN SIKAPNYA BERTERUSAN HINGGA KE HARI INI WALAUPUN USIANYA TELAH LANJUT DAN JAWATANNYA TELAH BERUBAH.


kredit  : peguamkamalmenulis.blogspot.com




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2013 01:23 AM | Show all posts
KISAH 56

AR RABI’ BIN KHUTSAIM adalah seorang ulama salih, hingga ada kaum yang mencuba menguji keimanan beliau. Akhirnya kaum itu meminta kepada seorang wanita yang amat cantik, untuk menggoda Ar Rabi’. Jika itu berhasil, maka mereka menjanjikan imbuhan  sebanyak 1000 dinar untuk wanita tersebut.

Akhirnya wanita itu memakai pakaian yang yg  cantik  dan bersolek sebaik-baiknya, kamudian menghampiri Ar Rabi’ tatkala beliau keluar dari masjid. Melihat hal itu, Ar Rabi’ pun memintanya mendekat, dan perempuan itu pun menemui beliau.

Lantas Ar Rabi’ pun menyampaikan,”Bagaimana jika sakit menimpamu, hingga ia mengubah apa yang terlihat dari badanmu saat ini? Bagaimana jika turun kepadamu malaikat maut? Dan bagaimana pula jika Munkar dan Nakir datang kepadamu?”

Setelah mendengar pertanyaan-pertanyaan Ar Rabi’, wanita itu pun berteriak histeria lalu pingsan. Dan setelah peristiwa itu, ia pun menjadi ahli ibadah yang amat bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, hingga seakan-akan ia sedang menghadapi kematian di hari itu

(Shifat Ash Shafwah, 3/191).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2013 09:48 PM | Show all posts
KISAH 57




Bekas tahanan ISA , Saari Sungib mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang
ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.
Bercakap kepadaKeadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.
“Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan
diasing dalam sel berbeza.
“Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga
buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.
“Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh ‘buka cerita’ selepas setahun,” katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.
Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.
Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi
kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA.
“Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma. Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman,” katanya yang
mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri “Suara Dari Kamunting” dan “Siri Mansuhkan ISA.”
Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.
Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar.
Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada
Malaysiakini.
Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum
dipindahkan ke Kamunting.
Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan “digantung terbalik” daripada
satu “mesin” yang bergerak mengelilingi satu “bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman”.
Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.


kredit :Malaysiakini




Comments

ehh kisah ni macam lain saja bunyinya....  Post time 30-1-2013 09:29 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 04:31 AM | Show all posts
KISAH 58

Sayyidina Umar dan Sayyidina ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

begitu terkenalnya Uwais Al-Qarni sehinggakan namanya disebut2 baginda Rasulullah.

Uwais Al-Qarni seorang pemuda yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah uzur dan lumpuh suatu ketika dahulu pada zaman Rasulullah,dia telah memeluk islam selepas seruan islam sampai di bumi Yaman.beliau sangatlah miskin dan hanyalah bekerja sebagai pengembala kambing,hasil upahnya setiap hari hanya cukup untuk menyara kehidupannya dan ibunya sahaja.dia tidak disukai oleh orang kampung kerana mereka menganggap uwais adalah seorang yang aneh dan berpenyakit sopak.

Pada suatu hari,ibunya berhajat hendak menunaikan haji ke Mekah tetapi uwais merasakan dia tersangatlah tidak mampu hendak menunaikan hajat ibunya itu kerana kalau hendak ke mekah kenalah menyiapkan seekor unta dan semestinya harganya sangat mahal.atas dasar patuh dan taat akan ibunya dia mendapat satu idea macam mana hendak menunaikan hajat ibunya itu.dia pun pergi membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan membuat sebuah rumah kecil di atas bukit untuk anak lembu tersebut.

pada setiap petang dia akan mendukung anak lembu itu untuk naik keatas bukit itu,kemudian di sebelah pagi keesokannya dia akan mendukung lembu itu sampai ke bawah bukit.itulah perbuatan yang dilakukannya setiap hari sehinggakan perbuatannya itu dianggap semakin tidak waras oleh penduduk sekitar.

sekali pandang nampak macam tidak cerdik,tetapi ianya adalah satu idea yang sangat bijak,lembu yang pada mulanya berat hanyalah 20kg dan setelah beberapa bulan beratnya pun bertambah menjadi 100kg.setelah beberapa ketika melakukan perbuatan tersebut,otot-otot uwais al-qarni menjadi sangat kuat sehinggakan beliau mampu mengangkat lembu tersebut yang beratnya 100kg dengan senang sahaja.

apabila tiba musim haji,dia pun bercadang hendak membawa ibunya pergi menunaikan haji.rupa-rupanya perbuatannya sebelum ini adalah persiapan untuk ibunya yang hendak ke mekah menunaikan haji,dia membawa ibunya ke mekah dari yaman dengan memangku ibunya dan diletakkan segala bagai makanan dan barang keperluan di belakangnya.dia juga mendukung ibunya mengerjakan tawaf,saie dan seterusnya memangku ibunya kembali ke yaman.

apabila ditanya ibunya tentang apakah yang didoakannya ketika berada di mekah dia pun menjawab:

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.

Allah menyembuhkan serta merta penyakit Uwais Al-Qarni,hilang semua putih di badan kecuali sedikit sahaja di tengkuknya.

tidak lama kemudian,ibu dia pun meninggal dunia dan dia telah menunaikan segala hajat dan permintaan ibunya.

dia telah diangkat sebagai seorang yang amat tinggi martabatnya di langit,itulah dia
Uwais Al-Qarni seorang wali Allah yang tidak terkenal di bumi tetapi sangat terkenal di langit.

kredit : http://matayangmenangis.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 04:35 AM | Show all posts
KISAH 59

Di dalam perjalanan ke masjid seorang wali  Allah itu bertemu dengan seorang wanita. Wanita itu memanggilnya…
“Wahai abid, saya ingin meminta pertolongan dari kamu. Saya ingin mengangkat barang di rumah saya tetapi kudrat saya tidak mampu untuk mengangkat barang itu. Jadi, saya ingin meminta pertolongan kamu. Sudikah kamu menolong saya?” kata wanita itu.


“Erm..InsyaAllah”


Lalu wanita itu membawa wali Allah itu ke dalam rumahnya. Apabila sampai ke rumahnya. Wanita itu mempelawa Abid masuk dan pintu itu di tutup rapat dan dikuncinya. Wanita itu menyelitkan kunci rumahnya di dalam dadanya. Wali Allah itu terpinga-pinga.


“Sebenarnya tiada barang yang perlu diangkat. Kamu hanya perlu mengangkat saya. Marilah kita berzina. Hanya kita berdua di rumah ini.” Rayu wanita itu.


Wanita itu mula menanggalkan pakaiannya.


Wahai Abid, marilah berzina denganku. Di rumah ini hanya kita sahaja. Kau setubuhilah aku kemudian kau pulang ke rumahmu dan kau kembali ke rumah dan bertaubat. Allah kan maha pengampun dan penerima taubat?” Godaan dan tipu daya dari syaitan.


Ujian dari yang Esa kepada seorang kekasihNYA . Wanita cantik di hadapan mata yang menggoda!


Wali Allah itu agak terkejut. Di dalam hatinya berdoa, “Ya Allah andai dikau menerima ibadahku selama 80 tahun ini, kau selamatkanlah aku dari dosa ini Ya Allah.”


Bagaimana pula dengan kita? Iman kita terlalu nipis. Melihat wanita cantik sahaja sudah goyah iman apatah lagi bila berdua. Bersemuka!


Tiba-tiba ada suara ghaib menyapa……suara ini di dengar oleh hati yang bersih sahaja bukan pada hati yang penuh noda.


“Wahai abid, andai dikau ingin selamat dari wanita ini pergilah dikau ke tandas rumahnya.”  Bicara suara ghaib itu.


Dia yakin itu adalah bantuan dari Allah!


Wali Allah itu membuat helah


“Baiklah aku akan berzina denganmu tetapi, izinkan untukku pergi ke tandas untuk melepaskan hajatku.” Kata wali itu.


“Silakan.”


Hanya berserah pada Allah moga dia selamat dari fitnah ini. Wali itu memasuki tandas. Dalam keadaan resah dan mengigil ketakutan suara ghaib itu hadir lagi. Wali itu berdoa lagi,  “Ya Allah andai dikau menerima ibadahku selama 80 tahun ini, kau selamatkanlah aku dari dosa ini Ya Allah.”


Tiba-tiba suara ghaib itu menyapa lagi…


“Wahai abid, jika kamu ingin selamat dari wanita itu, ambillah najis (tahi)  yang ada di lubang tandas itu dan lumurkanlah ke seluruh badanmu dan kembalilah dikau kepada wanita itu.”


Wali itu dengan penuh ketaatan mengikut apa yang kehendaki oleh suara ghaib itu. Kemudian di keluar dari tandas dan terus berjumpa dengan wanita yang menunggunya tadi dan….


“Ish, busuknya! lelaki apa kau ini? Aku mengajakmu untuk menyetubuhi aku tetapi mengapa kau lumurkan najis di seluruh badan mu?” Soal wanita itu sambil menutup hidungnya.

“Keluar kau dari sini!” Kata wanita itu lagi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 04:37 AM | Show all posts
KISAH 60

Baginda saw suka bergurau.Suatu hari seorang perempuan datang kepada Baginda saw  lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah s.a.w.. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata, "Bukankah unta itu juga anak unta?"






Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:23 AM | Show all posts
lagi....lagi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 05:29 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 30-1-2013 04:31 AM
KISAH 58

Sayyidina Umar dan Sayyidina ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Ap ...

salam

masyAllah


kalau anda hendak selamat ..
turut perentah ayah dan bonda ..

Ayah bonda patut hormati
perentahnya wajib turutkan

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 10:41 AM | Show all posts
KISAH 61

      Nabi Mohd saw dan Abu Bakar as-Siddik berkawan sejak kecil dan mereka amat rapat.Walaupun Abu Bakar tinggal di Masfalah dan Mohd saw di bahagian atas kota Mekah,namun mereka selalu bertemu.


Lantaran Abu Bakar berkawan baik dgn Mohd saw,beliau r.a tidak pernah meminum arak dan sentiasa berakhlak mulia kerana mencontohi temannya Mohd saw.

Abu Bakar r.a pernah berkata "Saya tidak meminum arak demi menjaga kehormatan diri dan maruah saya.Sesungguhnya mereka yang meminum arak itu hanya merosakkan akal dan nama baiknya".




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 10:48 AM | Show all posts
KISAH 62

Nabi Mohd saw memilih kawasan tanah di mana untanya berhenti ketika berhijrah ke Madinah al-Munawwarah.


'Sebahagaian tanah itu kepunyaan Asad bin Zuharah "kata Abu Ayob al-Ansari.



Pabila mendapat tahu Rasulullah saw mahu membina masjid,Asad berkata "Wahai rasulullah,kami mahu mewakafkan tanah ini kepada Tuan".

Sahal dan Suhail yang yatim juga turut mewakafkan tanah mereka untuk dibina masjid.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 10:56 AM | Show all posts
KISAH 63

HULAGU DAN 120,000 tenteranya menyerang Baghdad....Khalifah Musta'sim tidak mampu menahan kemaraan tentera Monggol yang hebat,akhirnya Baghdad tewas.

Jutaan buku dibakar oleh Hulagu dan tenteranya hinggakan sungai  Tigris yang jernih bertukar hitam akibat habu dan debuk buku-buku yang dibakar.

Malah Khalifah al-Musta'sim dipenjarakan hingga mati kebuluran...

al-Fatihah kpd semua pejuang Islam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.108926 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list