CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

[HIJAB BEST]The Haunted Mansion [ koleksi kisah seram aku ]

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2013 05:56 PM | Show all posts
cektim posted on 16-8-2013 03:16 PM
baru baca thread neh
btol2 menginsafkan
trasa kerdilnya diri ini, huhu

Insya Allah.. Harapnye macam tu lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2013 06:27 PM | Show all posts
Kisah keempat: Perjalanan pulang ke Besut melalui Bukit Besi.

Kisah ini terjadi semasa baru beberapa bulan hijab saya dibuka, ketika saya berusia 16 tahun. Masa tu cuti sekolah bulan 12. Saya berdua dengan mama menempuh 7 jam perjalanan dari Rawang untuk pulang ke Besut, Terengganu. Kebetulan pula kami terpaksa bertolak lewat sedikit, tak ingat sebab apa. Maka ketika kami melalui bukit besi, matahari mula terbenam menghampiri maghrib.

Oleh kerana saya baru beberapa bulan dibuka hijab, saya masih belum sepenuhnya dapat menerima kehadiran makhluk yang mengganggu. Senang cerita, penakut la. Pada mulanya saya rileks lagi sebab masih ada cahaya matahari. Dalam pukul 7 30 macam tu, kami masih di bukit besi. Saya dah mula gabra sebabkan kiri kanan jalan hanya ladang kelapa sawit. Lampu jalan pun tiada. Kalau tiada kenderaan lain jalan memang gelap gelita.

Jam 7 30 malam. Mama dan saya pada mulanya rancak berbual tetapi tiba-tiba kami berdua mati kata. Tiada apa yang dibualkan. Mama pula memfokuskan pandangan ke arah pemanduan kerana jalan gelap. Yang bermain dalam fikiran saya hanya memohon agar hijab saya ditutup, 5 minit pun jadilah. Saya menarik nafas panjang dan cuba menenangkan diri. Ayat suci dibaca dan diraup ke muka. Bila saya buka mata, benda pertama yang saya nampak ialah kelibat hitam terbang dari satu pokok dan bertenggek di pokok lain. Saya beristighfar. Terkejut kerana saya belum pernah melihat kelibat yang terbang. Oleh kerana gelap, saya hanya nampak rambut kusut dan baju makhluk tersebut yang koyak rabak. Saya kuatkan hati walaupun jauh di sudut hati mahu saja saya meraung.

Jam 7 45 malam. Saya terbau bau bangkai di dalam kereta.. Namun apabila ditanya pada mama, dia menidakkan yang ada bau pelik dalam kereta, apatah lagi bau bangkai. Saya kecut perut.

Maaf semua, saya nak gi dinner dengan family. Nanti sambung lagi ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:26 PM | Show all posts
ermmm nice story.. tapi takut nak komen.. masih teringat kisah cik es.. sr je la dulu.. ape2 pun teruskan usaha ye tt
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 09:44 AM | Show all posts
Momo_Elly posted on 14-8-2013 09:21 AM
Maaf semua.. Janji nak update semalam tapi abah ajak memancing pulak. Last2 dapat anak gelama je 3 e ...

momo..cite lah kisah yg terjadi dengan roh gangster tu.. atleast boleh di jadikan pedoman kat sini. momo rahsiakan lah nama die or apa2 details lain tentang die. tp pengajaran tu boleh kita ambil di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 09:46 AM | Show all posts
cite tt memang menginsafkan....
teruskan sambungan ya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:23 AM | Show all posts
tak sabar menunggu citer2 baru

err...besut kat mana? hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2013 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
momo.. da nak lunch ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 02:19 PM | Show all posts
apejanpunyer posted on 16-8-2013 09:26 PM
ermmm nice story.. tapi takut nak komen.. masih teringat kisah cik es.. sr je la dulu.. ape2 pun ter ...

jangan takut la, saya tak makan orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2013 02:20 PM | Show all posts
little_red posted on 17-8-2013 09:44 AM
momo..cite lah kisah yg terjadi dengan roh gangster tu.. atleast boleh di jadikan pedoman kat sini ...

Insya Allah kalau ada kelapangan, saya ceritakan.. Saya nak habiskan kisah keempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 02:20 PM | Show all posts
rifaa posted on 17-8-2013 11:23 AM
tak sabar menunggu citer2 baru

err...besut kat mana? hehe

Yang tu biarlah rahsia heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 02:30 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 17-8-2013 02:20 PM
Insya Allah kalau ada kelapangan, saya ceritakan.. Saya nak habiskan kisah keempat

nnt dah cite dlm ni jgn lupe panggil sy dtg umah TT. hehe.. ok, sedang menunggu cite ke 4 dgn tekun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 02:45 PM | Show all posts
Saya tertanya tanya, dari mana datangnya bau bangkai yang meloyakan itu. Saya menoleh ke tempat duduk belakang. Apa yang saya nampak? Seorang lelaki yang mukanya berulat, memakai kain kapan bercalit tanah lengkap bertali dan diikat. Dia menyeringai ke arah saya. Saya cepat2 menoleh ke hadapan. Berzikir dan berselawat untuk menenangkan diri. Lantas saya meminta mama membacakan ayat qursi 3 kali. Kemudian bau dan makhluk tadi beransur hilang. Tetapi lain pula yang saya nampak. Ratusan makhluk hitam berambut panjang bergayut di wayar elektrik tepi jalan.

Lama kelamaan, saya menjadi lali dengan apa saja yang saya nampak, yang mengganggu, yang tumpang dalam kereta, semuanya. Apa saja gangguan yang datang, saya buat tak tau. Saya sudah letih untuk takut dan menangis. Saya mengaku, ketika seminggu yang pertama dibuka hijab, saya asyik menangis. Tambahan lagi tanpa keluarga di sisi. Saya terpaksa merahsiakan semuanya daripada orang di sekeliling saya. Saya hanya dapat melepaskan perasaan dengan menelefon mama. Di mana mana saja saya pergi, semuanya ada mereka. Bawah katil, atas pokok, dalam kelas, dalam toilet ( paling seksa sekali ), dalam cermin. Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan. Akhirnya saya menjadi lali dan tiada apa2 lagi perasaan takut apabila ternampak mereka.

Perjalanan di bukit besi ini saya akan ingat sampai bila bila. Semuanya cukup untuk saya kenal erti takut yang sepatutnya saya semadikan buat pencipta, bukan pada makhluk yang lemah iaitu syaitan. Bermula saat itu, tiada lagi erti takut kepada mereka.

Kisah kelima pula berkaitan dengan susuk dan pendamping/pemanis muka. Coming soon hehehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 02:47 PM | Show all posts
little_red posted on 17-8-2013 02:30 PM
nnt dah cite dlm ni jgn lupe panggil sy dtg umah TT. hehe.. ok, sedang menunggu cite ke 4 dgn teku ...

okay red hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 09:58 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 17-8-2013 02:45 PM
Bawah katil, atas pokok, dalam kelas, dalam toilet ( paling seksa sekali ),
kalau tt tengah melepas dalam toilet benda tu ada kacau tak?
ke dia tengok je?


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:45 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 17-8-2013 02:47 PM
okay red hehehehehe


TT, akak dapat rasakan yang TT mesti dapat juga secara tak langsung 'melihat' keadaan abang TT kan...

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 04:01 PM | Show all posts
x sbr nk tggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya.. Sbnya byk og boleh berubah. Allah tu maha besar lg maha kuasa. Byk ilmu Die turunkan kat hamba yg Dia kehendaki. Last edited by Jannatul_Aisya on 18-8-2013 09:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 11:18 PM | Show all posts
Best...cerita TT tambah menarik..suka..suka
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:26 AM | Show all posts
paling best baca kisah tt........
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:51 AM | Show all posts
Momo_Elly posted on 16-8-2013 05:54 PM
Yang tu tak pernah.. Kalau yang mengikut/menumpang tu semua syaitonnn. Roh ni kebanyakannya diseks ...

ok, soklan...bila momo tak leh tulung depa, apa reaksi depa? depa marah ka? ada tak yg cuba buat apa apa? sejak umur 16 hijab terbukak, jiwa momo mesti kental kan nak handle semua ni di usia yg cukup muda. ya lah, quraan tak leh tinggal, solat lagi la...kalau tak naya la nak handle ujian yg berat ni, mau dok tengok depa depa yg sangkut ni...tu hari tu momo cerita si gangster mana ka nak mintak tulung momo sekali momo tak dapat tolong dia terus dia marah kan...pas tu? alah cerita la...tak yah bubuh nama betui...nak tau sangat...betui menginsapkan jiwa dan raga!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.088562 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list