|
[All About Gegarvaganza] Gosip Mosip & Throwback di sini
[Copy link]
|
|
mama_nutty posted on 19-11-2014 04:06 PM 
ohh maiiii
aida agil tu malaysian ke? mantap gak suara dia
mmg pemes 1 lagu ni je ke, pastu men ...
aah one hit wonder... zaman2 ziana zain start nyanyi dulu, aida agil, Tila, Haleeda ni semua sama2 naik la..tp hnya ziana zain je yg bertahan. fyi, ziana zain start buat album solo ketika umurnya agak kertu berbanding yg lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Rhyno posted on 19-11-2014 06:31 PM 
Iols dah tau sapa masuk final. Final nanti ada 4 penyanyi lelaki (rocker dan pop), 2 penyanyi wanita ...
motep CIKCUR layak ke final ? @RatuDunia94 
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila legenda berentap
Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
[email protected]

Tahun 90-an menyaksikan pelbagai sejarah dan detik kegemilangan arena industri muzik tempatan. Ia juga menjadi saksi kepada kelahiran penyanyi-penyanyi berkaliber dan malar segar.
Keikhlasan dalam berkarya membuatkan penyanyi-penyanyi ini terus kekal menduduki carta penyanyi malar segar negara. Bagaimanapun, perkembangan industri muzik moden sedikit sebanyak membuatkan ‘orang lama’ sedikit ke belakang berbanding penyanyi muda yang kini tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Sedar dengan perubahan tersebut, sebuah platform program realiti yang dikenali sebagai Gegar Vaganza telah
diperkenalkan. Mengumpulkan sebanyak 12 penyanyi pada era 90-an, mereka beradu tenaga dan menguji vokal untuk bergelar juara.
Perasaan teruja terdetik di hati tatkala melihat 12 finalis yang hadir pada majlis sidang akhbar program tersebut.
Keterujaan tersebut lahir bukan kerana melihat budak mentah yang mempunyai jiwa dan cita-cita besar ingin menggegarkan industri seni tanah air tetapi melihat ketenangan wajah para peserta yang pernah memberi jasa terhadap industri seni sejak dahulu lagi.
Melihat sebahagian daripada orang lama ini berkumpul, sedikit sebanyak memberi gambaran jelas bahawa penyanyi-penyanyi ini masih belum puas menabur bakti dalam industri seni tanah air.
Kehadiran mereka sekali gus mengimbau kembali kenangan lagu yang menjadi santapan halwa telinga ketika era 90-an. Lagu bergenre rock kapak, dangdut dan balada terngiang-ngiang di telinga sewaktu melihat setiap wajah yang hadir.
Faktor usia adalah perkara yang tidak dapat dinafikan telah merubah penampilan mereka, namun suara yang dilontarkan ketika sesi pengenalan kesemua 12 penyanyi ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur membuktikan usia yang meningkat tidak sedikitpun menjejaskan ‘suara emas’ yang dimiliki sebelum ini.
Mereka ialah Ayai Illusi, Shima, Ifa Raziah, Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina dan Adilla.
Berbicara dengan tiga legenda yang masih aktif berkarya iaitu Ayai Illusi, Shima dan Ifa Raziah, mereka mengakui sedikit gugup untuk kembali beraksi di pentas besar. Berkongsi rasa gemuruh berentap bersama rakan seperjuangan lain, mereka meletakkan suatu misi penting dalam karier seni masing-masing.
Bagaimanapun, akui tiga ‘otai’ ini, bukan gelaran juara menjadi misi utama, sebaliknya tanggungjawab yang lebih berat dipegang iaitu untuk mengembalikan kegemilangan lagu era 90-an menjadi keutamaan mereka.
Memartabatkan dangdut
Mungkin ramai peminat industri seni tempatan mengenali Saripah Raziah Mustapha, 37, atau lebih dikenali sebagai Ifa sebagai seorang pelakon. Ironi, namanya lebih dulu mengharum sebagai seorang penyanyi dangdut pada era 90-an.
Terkenal dengan lagu hitnya seperti Ser Ser Ser dan Gemerincing Rindu, penyanyi ini pernah menjadi kegilaan peminat suatu ketika dahulu. Irama lagu rancak disulam dengan tarian dangdut pastinya mampu membuatkan setiap orang terpesona dek keasyikan vokalnya.
Ingin mengembalikan detik gemilang itu, Ifa berharap platform Gegar Vaganza mampu memberi ruang kepadanya supaya menonjolkan bakat sebagai seorang penyanyi berbanding sebelum ini dikenali sebagai seorang pelakon.
“Saya mahu orang mengenali saya sebagai seorang penyanyi dan bukannya sebagai seorang pelakon lagi.
Dengan adanya platform sebegini, saya berharap ia mampu untuk kembali mengasah bakat saya sebagai seorang penyanyi.
“Saya juga ingin mengembalikan kegemilangan irama dangdut yang menjadi kekuatan saya suatu ketika dahulu. Walaupun cita rasa masyarakat kini berbeza, namun saya berharap masih ada peminat yang menghargai perjalanan dan bakat seni saya,” ujarnya penuh semangat.
Mengakui agak gemuruh untuk kembali ke pentas, Ifa memberitahu, pada mulanya dia agak gementar untuk bernyanyi setelah sekian lama menyepi, ditambah pula dengan persaingan daripada finalis-finalis lain.
“Saya begitu gementar pada mulanya kerana sudah lama tidak beraksi, ditambah pula dengan persaingan daripada nama-nama besar yang lain. Ia membuatkan saya berasa sangat kecil.
“Bagaimanapun, saya berharap agar segalanya berjalan dengan lancar. Apa yang menjadi kepentingan kini ialah berusaha membuat yang terbaik dalam program ini, sekali gus membuktikan kebolehan saya sebagai seorang penyanyi,” lontarnya.
Dalam pada itu, Ifa memberitahu, dia kini dalam proses untuk memperkasakan lagi teknik nyanyiannya. Baginya dia harus mengatur strategi, terutamanya dari segi pemilihan lagu untuk terus kekal dalam program realiti ini.
“Strategi merupakan perkara yang penting dalam sesebuah program realiti, walaupun kekuatan kita bukan terletak kepada peminat tetapi jika kita berusaha untuk menyampaikan lagu secara baik, ia mampu memberi suatu perubahan yang tidak dijangka. Saya berharap magis itu terjadi kepada diri saya,” katanya mengakhiri perbualan.
Shima versatil
Pernah gah dengan beberapa buah lagu seperti Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki, penyanyi Shima Anuar, 45, bukanlah individu yang asing dalam industri hiburan tanah air pada era 90-an.
Pencapaian cemerlang penyanyi bersuara serak-serak basah ini berjaya menjulang namanya sehingga pernah menggondol pelbagai anugerah termasuk Anugerah Juara Lagu edisi 1991 menerusi lagu Setelah Aku Kau Miliki.
Bagaimanapun, seiring dengan pembangunan industri muzik, nama Shima kini semakin sepi. Walaupun masih lagi bergiat aktif dalam bidang nyanyian seperti memenuhi jemputan nyanyian pada majlis-majlis tertentu, Shima dilihat terus tenggelam tanpa sebarang khabar berita.
“Mungkin program ini mampu menjadi penanda aras terhadap karier nyanyian saya. Saya akui kini saya dilihat semakin ‘sunyi’ seiring dengan peningkatan usia saya, namun ia tidak pernah menjadi penghalang kepada saya untuk terus bernyanyi.
“Saya cuma tidak tahu platform yang terbaik untuk saya meneruskan bakat, nyanyian saya. Alhamdulillah program ini sangat membantu saya untuk kembali bergiat aktif dan terus mencuri tumpuan, terutamanya golongan muda,” ujarnya.
Ditebak mengenai persetujuannya menyertai program tersebut, Shima berkata, dia mahu orang lebih mengenali sisi lainnya selain daripada terlekat dengan sesebuah genre sahaja.
“Saya mahu jadi seorang penyanyi yang versatil. Walaupun pada peringkat umur ini dilihat agak sukar untuk saya memenuhi tuntutan tersebut, namun untuk program kali ini, saya akan cuba mempamerkan kelainan kepada penonton.
“Saya berharap peminat mampu menghargai bakat saya, sekali gus membuatkan mereka tahu saya masih kekal aktif dalam industri hiburan kini,” kata Shima lagi..
Dalam pada itu, penyanyi ini mengakui yang dia meletak sasaran juara untuk program julung-julung kali diadakan ini. Dia yakin dirinya mampu mendapat tempat kembali disebabkan nyanyian akan diadili oleh juri profesional.
“Pertandingan ini tidak memberi tekanan kepada saya. Bagi saya, apa yang menjadi kepentingan ialah bakat saya dinilai oleh juri profesional yang tahu mengenai selok-belok nyanyian.
“Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka dan insya-Allah melalui bakat dan pengalaman yang dikutip sebelum ini, saya berharap ia menjadi kelebihan untuk saya memenangi program ini,” katanya.
Hajat Ayai
Keinginan untuk pergi menunaikan haji menjadi keutamaan kepada vokalis kumpulan rock Illusi, Zahruddin Kamaruddin, 52, atau lebih dikenali sebagai Ayai sekiranya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dalam program realiti Gegar Vaganza.
Keinginan itu dilontar ikhlas oleh Ayai yang mengakui sudah lama berhasrat untuk menunaikan haji bersama isteri, Siti Hajar Ali, 44. Bagaimanapun, hajat tersebut tidak dapat dipenuhi kerana beberapa kekangan termasuk hal kewangan.
“Perkara pertama yang ingin saya lakukan jika saya memenangi juara.
“Sebab itu saya menyertai program ini sebagai pembakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam program ini,” katanya.
Bagaimanapun Ayai berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi pertandingan tersebut. Apa yang menjadi kepentingan baginya ialah dia bersama-sama rakan lain dapat bertemu dan diberi ruang untuk bangkit semula dalam industri seni.
“Saya sangat bersyukur ada pihak yang ingin menjemput saya menyertai program ini. Secara tidak langsung ia membuka ruang kepada saya untuk terus bergiat aktif dan dikenali.
“Sebelum ini, peminat terutamanya golongan muda tidak tahu siapa yang menyanyikan lagu-lagu seperti Puisi Cinta. Jadi sekarang, saya mahu peminat tahu siapa yang menyanyikan lagu tersebut,” jelasnya.
Credits: kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 19-11-2014 08:22 PM 
Bila legenda berentap
Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
ayai guna skrip firman? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Zur Eda....
saya suka Zur Eda...suara dia ala ala macam Sade...
lagu smooth operator - Sade..
dulu mati mati aku ingat Zur Eda ni ada kaitan saudra dengan Sade |
|
|
|
|
|
|
|
Suka sgt lagu2 fauziah latiff..byk lagu hit..dulu dia tarik high note selamba je..sekrg...hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 19-11-2014 07:48 PM
motep CIKCUR layak ke final ? @RatuDunia94
Ini undian sape ni..aduyaii..suara sheols x sedap ok |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz posted on 19-11-2014 10:04 PM 
Suka sgt lagu2 fauziah latiff..byk lagu hit..dulu dia tarik high note selamba je..sekrg...hurmmm
fauziah latiff dah tak boleh nyanyi langsung...
suara hancus.....rosak habis dah
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa Atai (anak saudara arwah sudir) tak join eh? dia kan ada buat statement nak buat comeback.. ni dah ada platform.. tak join pulak |
|
|
|
|
|
|
|
annoying sngt.. penaja.. " KUUUU PUUUTIIHHH..." ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku ingat cerita bendalah thread ini .. now tengah layan youtube akak Shima menyanyi.
Sedap suara dia .. but musik tak power. Cikai. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm ramai2 yg masuk,x sukanya adilla & sharifah zarina..adilla mana ada lagu sendiri..nyanyi lagu org jer..SZ tu pulak ada 1 lagu je yg best...
pastu nape x bg peserta yg masuk nyanyi lagu sendiri?
hanya pada 1st konsert jer..
pastu nyanyi lagu org lain..
rasanya ramai lagi penyanyi yg byk lagu hit blh join kn..
artis lelaki yg kita tingin tgk nyanyi semula Zamani Slam..tp syg dia tak join.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeee geli nya tengok Ifa Raziah. 
|
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA posted on 20-11-2014 02:00 AM 
Eeeee geli nya tengok Ifa Raziah.
kan...anak2 sy siap tanya,Ifa raziah tu penyanyi glamer ke?klu amalina pernah dgr lagu dia kat radio.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rahmad Mega tu maintain jer penampilan dia. Yang lain semua dah kemvang dan boroi (lelaki). Smart jugak dia ni. Suara pun masih hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Asdira posted on 19-11-2014 10:04 AM 
kan...anak2 sy siap tanya,Ifa raziah tu penyanyi glamer ke?klu amalina pernah dgr lagu dia kat rad ...
How old is your kids? ckp jer penyanyi sendu, tv station nak cukupkan kota perserta. 
|
|
|
|
|
|
|
|
hauk gila barbie si nadia salam kekasih tuh... apa mende die nyanyi weeyy???
sedap lgk sore mamat exist si mat pit neh..
haleeda chantiknyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asdira posted on 20-11-2014 02:04 AM 
kan...anak2 sy siap tanya,Ifa raziah tu penyanyi glamer ke?klu amalina pernah dgr lagu dia kat rad ...
ipah raziah pefeeling good2 plak.. tak sker aku..ko ingt ko diva.. sore hauk jugeks..
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 19-11-2014 10:13 AM 
hauk gila barbie si nadia salam kekasih tuh... apa mende die nyanyi weeyy???
sedap lgk sore mamat ...
Tang mana sedapnya suara mamat tu Sky? berslang mcm Shiela majid. Hishhh!!
nadia mmg hancus la cara pembawakan lagu. 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|