yay!! berjaya akhirnya beli BPS! Beli Jumaat lepas kat Pesta Buku Popular Pasar Seni. Kebetulan rehat jumaat pergi hala sana.. dalam LRT check fb, pastu tu tgk JS update ada Bicara Penulis bersama Nisyah pkl 12.00 - 12.45! Alamak~ masa tu dah pukul 12.30 pon. Tak kisahlah. Janji dapat beli bukunya!
Ni buku Nisyah yang pertama aku baca. Apa yang buat aku terus teruja melompat-lompat nak beli buku ni sebab watak hero dia yang mengingatkan aku pada hero kesayangan iaitu Fadlan dalam novel Bohemian (Imaen). memang sangat2 suka dengan laki yang sifat keseniannya terserlah ni. Pandai nyanyi + main gitar love.love.love.
Aku sangat2 suka BPS ni sampai rasa sayang nak habiskan. Sebab PERTAMA aku suka sbb watak-watak yg diciptakan best. Takde watak yang terlalu menjengkelkan hingga rasa menyampah. Rasa sayang dengan watak2 dalam cerita ni. Perkembangan watak2 ni bagi aku sangat indah sebab in the end watak2 ni semua sayang antara satu sama lain. Mungkin yang paling kurang aku sayang adalah watak Harith, hehehehe. Tapi takde lah menyampah sangat2 kat Harith ni.
KEDUA; cerita ni banyak masukkan benda2 yang aku suka. Antaranya; Gibran Ali main lagu Minor Swing dari filem Chocolat. OH MYYYY! aku terjerit ala fangirl . Excited gila sebab filem Chocolat ni antara fav aku. Dan2 aku terbayang Gibran Ali main gitar ala Johnny Depp dlm cite ni, masa Depp main gitar tepi tasik. Contoh lain buat aku excited sebab sama dengan minat aku adalah... Lili suka Remy Ishak. hahahaha! Ada satu part Gibran mengomel kenapalah dia tak macam Remy Ishak. excited. Tapi aku tak bayangkan Remy Ishak sebagai Gibran Ali pun... Tak sesuai. [aku imagine pelakon lain.]. Ohh ye lagi satu. Sebab latar tempat novel ni kat Pasar Seni. Pasar Seni ni tempat favorite untuk cuci mata.
KETIGA; bahasa kiasan yang digunakan untuk menyampaikan hasrat hati. Aku memang suka kalau cerita cinta yang berkias2 nak sampaikan hasrat hati ni. Takde la direct terus cakap "saya suka kat awak. jom kawen!". Tak leh bagi contoh lebih2 nanti terspoil plak. Memang suka la perbualan antara Lili dengan Gibran.
Tahniah buat Nisyah a.k.a Detox sebab buat aku rasa sayanggggg sangat nak habiskan cerita ni cepat2! Sangat kena dengan jiwa aku naskhah ini.
Semoga saya berjaya cari seseorang seperti Gibran Ali di luar sana
honey: boleh je nk jumpa kt pesta buku... tp tu r ako ni student, time tu kadang2 xbrape nk betul... klu nk kluar weekend ni agak payah...sbb busy ngan projek... tgk r cam mana nnti...
ape2 hal ako roger2 kt sini k...
fella: jom kite m'cari laki idaman mcm kt dlm novel... hehehe... nk cari pacai nk cari pacai...
ok story pasal buku pulak...
kang mod marah lak...
jula-juli bintang 7...
ako suke cite ni....xberat sgt xringan sgt... tgh2...
plot yg ok, konflik yg kite dah boleh agak dah sape dalang dia...
ako amik masa berhari2 tuk habiskan cite ni sbb terlalu byk keja
kira ako just baca buku ni sebelum tido jer...tp siyes r ako rasa cite ni
menarik sbb ala2 kisah dongeng gitu... kisah si heroin nak jadi dayang kt istana...
penulis pandai menceritakan n m'gambarkan impian heroin tu...
rasa mcm kelakar juge... xpernah dibuat org cita2 nk jadi dayang kt istana...
now ako tgh baca: kau tak pernah jauh (nor hatiya...agaknye r...)
cite ni ok... kisah firdaus yg diajar zuhud oleh bapanye, tp dia kena culture shock kt upm...
ako bru baca sampi sini... tp ako rasa nnti dia akan turn back balik...
tapi siyes buku ni mcm bacaan b'ilmiah sikit...but ako suke...
Saya pun baru habis Baca bawah pohon sena nisyah.
Berbeza jln cerita dgn novel pertama Nisyah 3 jantung hati.
Suka dgn watak Lili Alias dan Gibran Ali....
Setuju dgn pendapat fa_steller bahasa kiasan yang digunakan untuk menyampaikan hasrat hati.
Tak perlulah terlalu romantik overdose he he he he.
Cukup dgn bahasa kiasan buat kita sendiri tersenyum.....
Kategeri tidak blh letak - mula baca terus m/s akhir sbb nak tahu kesudahan cerita.
bila tgk Gibran merajuk comel sgt ha ha ha ha...
fa_stellar : Kalau tak silap aku memang penah terbaca buku Detox yang baru nie best. Ok2, kena masukkan dalam list
ako_chan : ok2. xper. aku pun maybe pegi ari Senin. terpaksa tukar plan. tapi tgklah mcm maner nanti
malam nie aku nak start baca Si Mangkuk Tingkat dulu. Walaupun sibuk, aku perlukan rehat untuk membaca. Maybe lepas tu, baru blh baca Jula Juli. Sebab rasa tarikan mangkuk tingkat lagi kuat kot. Hehehe... Sudah D! Citer pasal buku jek. Jangan pasal benda lain
setakat 27 tahun hidup membaca novel neh 3 watak je tersemat di hati. taklah semua heroin imagine diri sendiri. yang mana rasa sesuai dengan diri je ah. ahahahhaha! 3 hero yang aku suka tu pun masa baca heroin2nya aku x imagine diri sendiri
bila tgk Gibran merajuk comel sgt ha ha ha ha...
qimi08 Post at 14-3-2012 12:29
kan? hahahaha! pandai merajuk gak Gibran ni. hihihi. suka interaksi watak Lili dan Gibran sebab rasa best je derang ni boleh cerita macam2.
cuma bila dah habis baca memang tertanya2 sebab tindakan mak Gibran (tanak bgto tindakan apa. takot terspoil ). Mungkin tanak dijelaskan sama sebabnya Ali Boestamam tanak bgto perkara sebenar kat Gibran kot.. Biar pembaca pon dirahsiakan'keburukan' Mak Gibran.
aku xpenah bc lagi buku Nisyah yg lagi satu tu. nnt istikharah dlu nak baca ke tak
Suka dgn pendirian Lili terhadap harith
Suka dgn ayat ni
" Manusia tidak pernah toleh ke belakang dan mengenang sejarah adalah orang yg sombong. Sejarah mesti dijadikan sempadan agar kesilapan tidak akan berulang lagi.
Sejauh mana I berjalan Harith, I akan tetap menoleh kebelakang"
" Manusia tidak pernah toleh ke belakang dan mengenang sejarah adalah orang yg sombong. Sejarah mesti dijadikan sempadan agar kesilapan tidak akan berulang lagi.
Sejauh mana I berjalan Harith, I akan tetap menoleh kebelakang"
qimi08 Post at 14-3-2012 12:51
menitis air mata wanita ku membaca line ni tau.
Kalau laa diri ini di tempat Lili mau tak kuar rumah sebulan.
Bila ulang kembali kisah hidup lili dgn harith memang sedih sgt........
Lili yg terhegeh-hegeh dgn harith dan cuba nak selamatkan ikatan mereka....
patutlah penulis pernah komen kena sediakan tisu.... ingatkat sad ending ropenya happy ending....
Suka part ni
“I dengar dah ada kawan baharu kat sana…”
“Tgk gbr kat fb, bukan main lagi mesra!”.
Aik ada org cemburu ke? Hah dah tahu Harith cemburu balik nanti dia akan upload lebih banyak lagi gambar Gibran.
“Apa ke nama dia, JEBON……”
“GIBRAN!” jawab Lili, serentak itu kasut kanvas Harith dipijak