soalan, masa sebat tu bontot tu x leh buh pading ke? pakai spenda tebal sket ke?
ouch sakit weih
zaman skolah dulu lewat subuh kene hempuk dgn pembaris meter yg lebar tu pon rase nak nangis dah
Alor Gajah: Seramai 20 ahli keluarga dan kariah Masjid Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, hadir ke doa selamat dan berbuka puasa menyambut kepulangan penyanyi, Ameng, petang tadi.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, tiba di rumah mentuanya kira-kira 6.50 petang bersama isteri Sabariah Zakaria, 46, dan anak lelakinya Wan Ammar Haikal, 9, selepas dibebaskan dari Penjara Kluang.
Menurut Ameng, tiga hari sebelum dibebaskan dia tidak dapat tidur lena kerana memikirkan pelbagai perkara selain perasaan teruja bertemu isteri, anak dan ahli keluarga.
"Saya bersyukur kerana masih lagi dipertemukan dengan keluarga tersayang dan semuanya dalam keadaan baik selain diri sendiri dikurniakan kesihatan yang baik.
“Keluarga menjadi keutamaan dan akan pulang ke Terengganu pada minggu hadapan untuk bertemu keluarga di sana,” katanya.
Ngeri tengok video dgn gambar masa demo sebatan dalam pameran anti dadah.....
Sebagai peminat zaman rock kapak...tangkap jiwang dan leleh sama sore Ameng...supaya dikurnikan ketabahan dan kekuatan untuk bangkit dalam ruang hidup yg murni-murni saja..
Jgnlah dibebankan anak2 dengan perbuatan yg tak sepatutnya.
Bila Ameng nak tour satu Malaya....turun ar Johor...
hopefully dia ni tak le jadi mcm si ben anak arwah azean & si mamat exist tu. kesian kat anak bini & keluarga. anak dia gi skolah semua tu, kesian jugak, budak2 mmg jahat.
salam, semua...
lama betul akak tak masuk cari dan komen2 kat cari...
ramai yg id baru dan tak kenal jugak...
selama ni tak tau pulak kalau dalam penjara boleh keluar2 buat show sana sini...
Semoga ameng ni insap sebenar2 insap, di bulan puasa yg mulia ni....dan semoga terus dimurahkan rezeki...ambik pengajaran daripada kesilapan...kesian kat keluarga dan peminat yg byk menyokong...
bulan 9 ni, dia ada show dgn jamal & zamani kat istana budaya katanya...mesti best.