|
[Tempatan]
Ponteng, tekanan kerja punca doktor pelatih hospital kerajaan paling ramai dipec
[Copy link]
|
|
rock_stars_roll replied at 14-2-2017 03:42 PM
Tuntung pun satu...bukan semua doktor boleh bedah mayat. Forensik doktor boleh, nak suruh doktor ...
bang, doktor pelatih x belajar anatomi ke? bkn kelas bio bedah tikus bang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak tahan tekanan antara sebab doktor pelatih berhenti kerja
GOMBAK: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mendedahkan 120 orang atau 1.2 peratus daripada kira-kira 10,000 doktor pelatih di negara ini dilaporkan berhenti secara sukarela atau diberhentikan daripada perkhidmatan awam itu tahun lalu.
Jelasnya, latihan perubatan yang sukar menjadi antara punca utama kebanyakan mereka berhenti dari meneruskan latihan pegawai perubatan siswazah berkenaan.
"Antara sebabnya ialah berhenti sendiri mungkin kerana tidak tahan latihan, kami tahu memang sangat susah. Kita nak pastikan kita cukup efisyen dalam latihan ini sebab itu mereka berhenti.
"Namun ada juga antara mereka yang berhenti dan ke luar negara. Ada juga yang tidak datang dalam tempoh sebulan ke tiga bulan. Jadi tindakan kena pecat sebab melebih had," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di Hospital Orang Asli Gombak di sini hari ini.
Sementara itu katanya, 20 peratus daripada 10,000 pegawai perubatan siswazah berkenaan telah mengambil ulangan latihan.
"Ada juga kekangannya iaitu ada yang mengambil ulangan , mungkin daripada empat bulan kepada enam atau lapan bulan. Maksudnya, yang berjaya (menamatkan latihan pada tempoh masa tepat) adalah 80 peratus, manakala yang tidak begitu efisyen kena ulang balik ialah 20 peratus," tambahnya.
Jelasnya, susulan pertambahan doktor pelatih ketika ini, menyebabkan ada kalangan pakar perubatan yang tidak menyedari 'kehilangan' doktor pelatih mereka.
"Kami dulu, masa itu tidak banyak houseman, sekarang ini banyak houseman, jadi kadang-kala pakar tidak tahu bahawa pelatih mereka hilang. Malah ada juga yang (mendapat) rawatan psikiatri , itu sebab hilang," jelasnya.
Katanya lagi, pelbagai prosedur perlu dilakukan sebelum menghentikan latihan mana-mana pelatih perubatan.
Pada Isnin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama.
Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, ada beberapa pegawai baharu yang menjalani latihan gagal hadir ke tempat kerja untuk tempoh masa lama sehingga mencecah ratusan hari dipercayai kerana tidak dapat menerima tekanan di tempat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by karlmax8 at 15-11-2024 06:52 PM
.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu meroyan kena maki pasal hal tak libatkan nyawa,orang lain kena maki pasal tak kunci pintu stor je tak bising. Standardla,mula2 ni ko di hire untuk dimaki. Lepas dah confirmed, ko maki balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar...orang berbincang pasai doktor dia sibuk nak cerita pasai kerja dia.  |
|
|
|
|
|
|
|
Panjangnya sesi rempanan uols. Ai rilek jer jadi doktor part time, herrmmm  |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu kena maki pulak dgn pesakit, dgn keluarga pesakit. kena maki lagi dgn doktor2 pakar. so elok la berenti cari kerja lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi politician la senang..
buat kerja dekat2 PRU saja |
|
|
|
|
|
|
|
doktor sendiri menjalani rawatan psikiatri? adakah maksudnya ramai doktor di msia ni mempunyai masalah mental/gila ?
"Kami dulu, masa itu tidak banyak houseman, sekarang ini banyak houseman, jadi kadang-kala pakar tidak tahu bahawa pelatih mereka hilang. Malah ada juga yang (mendapat) rawatan psikiatri , itu sebab hilang," jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 13-2-2017 04:22 PM
doktor poyo. yang hebat tu adalah ubat dan mesin di gunakan. kalau mesin atau tools tu takde. bole ...
Kalau ada ubat dan mesin, tpi org bengap takdak ilmu yg pakai pon xdak guna jugak. Masing2 saling melengkapi, kenapa sentap? Antivax ke dek? Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 13-2-2017 06:09 PM
Maaflah sis. Itu tak cukup untuk I ubah statement bahawa mereka tetap pemalas. If you cannot cope ...
Aku penah dengor senior doctor dok ngomel pasai doc br n pelatih ni... Manja they all kata...
Time pegi appt penah doc senior tegur pelatih 2 ketui tsk bwk notebook or any tools utk jot down nota pesakit.. Kang karang kene tanya terkebil nak jwb.. Hengat seme history leh sinpan dlm otak ka.kang nak membawang plak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergi kerja kat KK.pkul 5 dah boleh balik |
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 13-2-2017 08:14 PM
Sis selalu ingat orang emosi macam sis kan? I notice sis selalu rasa sis je betul dan nak ik ...
Agree with you. |
|
|
|
|
|
|
|
i x rasa hanya medical student, its a global issue...org muda jati diri kurang dan x tahan lasak..
Kalau pegi hosp serdang, ramai sungguh student medical with white coat...i wonder how depa deal dgn darah dan sbgnya...
Still, i salute those doctors yg berhati waja...so i rasa mmg boleh jd doctor but a good and quality, only those meant to be a doctor..real doctor. if u know what i mean. |
|
|
|
|
|
|
|
alah jadi pelawak je
sekolah sampai form 3 pun takpe,
nnt byk projek dgn astro ribu2 masyuk..buat lawak bodo
pastu jadi dj gelak2 bangang..income berpuluh ribu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 24-4-2018 04:02 AM
keja spital gomen kena rawat rakyat marhaen yg rata2nya org miskin,pati indon bangla kepam,gelandangan etc..mmg beza dgn patient org kaya kat spital private.dgn sesaknya lagi,selayaknyalah stress.org keja spital kajaan taula camana hazabnya kondisi harian sepital gomen esp kat KL ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|