|
Originally posted by KRUfan at 20-1-2005 09:04 PM:
wow..sila list menu dier...
BaNyak sangat!!
ok ni list yg i remember;
SATAY
UDANG BAKAR
IKAN BAKAR
IKAN PARI BAKAR
KETAM
FRIED OYSTER
CARROT CAKE
MEE GORENG
MEE SOTO
OTAK-OTAK
ROJAK
( I THINK SEMUA INDIAN FOOD ADA,SIAP DGN PLATES DIA METALLIC.ALMOST SEMUA STATION ADA CHEFS PREPARING THE DISHES.
DESSERT:
PUDDING
KUIH LAPIS
KUIH SUJI
TART
CNHNG TNG
BUBUR HITAM
MACAM2 LAGI ARRRR YG I MISS!!NAK MAKAN LAGI KAT SINI!!BESSSTTTTTT!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 20-1-2005 10:37 PM:
price per head berapa???thanks........
For dinner $36 ++ |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
tadi makan kat GAYATRI dekat ngan little india.
me makan economy...
1 bryani daging
3 nasi putih
one plate mutton mysore
one plate chicken kurma
3 teh tatik
1 iced leman tea
papadom 3 basket kecik
total bill $25.00 ......best betul....
dia punya salad vegetable me makan 4 scoop,sayor hijau 7 scoop,kentang
2 scoop...me nasi tak makan banyak...
real worth the price....
place very clean....
t |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
nak bawak inlaw makan kat GAYATRI at end of month.
every monday and wednesday...FISH HEAD CURRY IS $10.00
i passed by muthu curry...wow tempat nya so big...looks expensive ...
[ Last edited by matz_rockz on 24-1-2005 at 09:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Prata house @ Clementi rd
The best prata Cheese in the west.....!
Cubalah :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rosslyn at 25-1-2005 13:07:
SQ, exact location nyer?? nanti me nak try..thnks in advance.
kalau tak salah dulu orang panggil tempat ni pasir panjang batu 7.. dekat dgn NUS..
The Cheese Prata Shop
18 Clementi Road (off Kent Ridge Bus Terminal) |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
prata yang i makan best kat kedai capati norris road....powerrrrrrrrrrr
haven't been there for quite sometime.... |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
me suka makan beralas daun pisang...
itu hari makan kat GAYATRI and INIAVAN.
dia punya daun pisang is besar and lebar....
macam ada that kind of uumph feeling...selera betul....... |
|
|
|
|
|
|
|
yang tu hari some of you is it cakap pasal Straits Kitchen kat Hyatt Scott...
hari ni masuk sokkabar melayu and ada gambar2 bewarna tapi , internet version takde gambar, ceta je...
siap ceta pasal teh tarik and teh biasa.
HOTEL SEDIA JUADAH HALAL DENGAN KONSEP DAPUR TERBUKA
PILIHAN makanan yang luas dengan konsep dapur secara terbuka.
Inilah daya tarikan terbaru restoran Straits Kitchen di Hotel Grand Hyatt di Scotts Road yang baru sahaja mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Pengurus perhubungan awam hotel itu, Cik Rina Yazid, memberitahu Berita Harian, restoran yang diubahelok untuk disesuaikan dengan konsep terbaru ini dinamakan mengikut sejarah negara ini.
Menurut beliau, berdasarkan sejarah, Singapura merupakan antara negara Selat semasa di bawah pemerintahan Britain dahulu (dua lagi ialah Melaka dan Pulau Pinang).
Sesuai dengan konsep baru itu, restoran tersebut kini menawarkan pelbagai jenis juadah memenuhi selera orang ramai yang berbeza-beza.
Terdapat juadah seperti sate dan ikan pari bakar. Malah, ayam tandoori dan roti nan juga disediakan untuk mereka yang meminati makanan India Utara.
Selain itu, terdapat juga nasi ayam atau nasi itik panggang, 'carrot cake' (kek lobak merah), pelbagai jenis mi termasuk mi udang, nasi beriani, ayam tikka, otak-otak dan popiah.
Pilihan pencuci mulutnya juga luas seperti cendol, ais kacang, pisang goren, cempedak goreng, kuih lapis hingga kepada pelbagai jenis buah-buahan.
Kesemua jenis makanan Melayu, Cina dan India itu ditawarkan di bawah satu bumbung dan anda boleh nikmatinya secara bufet pada waktu makan tengah hari dan makan malam.
Bersesuaian dengan nama dan konsep dapurnya yang terbuka, maka anda boleh melihat sendiri bagaimana cef atau tukang masak memasak termasuk mengipas sate, membakar ikan pari dan menyediakan masakan India dan Cina.
Antara makanan istimewa yang mendapat sambutan ialah ikan pari bakar. Bagaimanapun, untuk makan tengah hari hanya 20 ekor ikan sahaja disediakan manakala 30 ekor bagi hidangan makan malam. Ikan bakar itu boleh dimakan dengan sambal atau cencaluk. Jika tidak, anda boleh mencecahnya dengan kicap cili.
Encik Ahmad Tajuddin, 36 tahun, tukang masak dari dapur Melayu apabila ditanya tentang keistimewaan ikan pari bakar, menjawab:
'Kami gunakan anak ikan pari agar isinya lembut apabila dibakar. Jika ikan besar isinya agak kenyal. Untuk mendapatkan aroma harum bagi ikan bakar, kami bakar di atas daun pisang bersama sambal.'
Tukang masak yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun itu memulakan kerjayanya di sebuah restoran di Brunei sebelum pulang semula ke sini.
Beliau yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak belajar memasak daripada ibunya, Cik Habibah Bujang, seorang suri rumah sepenuh masa.
Satu lagi yang pasti menarik perhatian anda apabila menjamu selera di restoran itu ialah teh tarik yang disediakan oleh Encik Shaul Hamid, 55 tahun, yang terlibat dalam membuat minuman kira-kira 35 tahun.
Beliau pernah bekerja di sebuah gerai di Empress Place dan kemudian membuka gerai sendiri di pusat makanan di Golden Mile beberapa tahun lalu.
Encik Shaul bekerja sambilan di restoran itu agar para pelanggan dapat menikmati teh tarik asli.
Apakah bezanya teh tarik dengan teh yang dikacau di dalam teko?
'Cuba minum, kalau teh tarik semua ramuannya iaitu teh, susu dan air telah dicampur rata gara-gara ditarik dengan tinggi, sementara teh dalam teko pula hanya dikacau saja dan mungkin tidak rata,' jawabnya dengan senyum. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
semalam i was at bedok interchange...ingat nak makan mee rebus kat gerai...INSPIRASI.....Q panjang...alahai.....tak jadi makan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rosslyn at 25-1-2005 13:07:
SQ, exact location nyer?? nanti me nak try..thnks in advance.
The exact location dekat Clementi Rd, u know the Kent Ridge bus terminal, SBS no 10 ply that route....,ataupun u leh naik no 30,143 & 51 this u need to stop at Pasir panjang Rd bustop opposite Pasta fresca outlet... ;) |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
kat DESA KARTIKA ada offer lunch makan macam RIJSTTAFEL.....
price is $12 excluding taxes...............and ada 14 lauk .... |
|
|
|
|
|
|
|
eh ni dah tampal ke belum, masuk sokkabar melayu...
Sementara itu, beberapa syarikat makanan dan minuman (F&B) di sini, termasuk nama-nama terkenal seperti Bengawan Solo Pte Ltd, Secret Recipe, Starbucks Coffee International, dan Coffee Bean & Tea Leaf (Singapore) Pte Ltd, difahamkan sedang menumpukan perhatian mereka ke arah pasaran halal dengan serius.
full artikel dia...
Singapura : 15 Februari 2005
Mudah cetak | E-mel
LOKASI NIAGA YANG DAPAT SIJIL HALAL TERUS BERTAMBAH Oleh
Darwis Said
JUMLAH lokasi perniagaan yang mendapat sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bertambah purata 35 peratus setiap tahun sepanjang lima tahun lalu, demikian menurut perangkaan terbaru Muis yang didedahkan kepada Ekoniaga baru-baru ini.
Tahun lalu saja, bilangan lokasi niaga yang diisytiharkan halal oleh Muis bertambah sekitar 20 peratus kepada 1,512 unit berbanding dengan 1,257 unit dalam tahun sebelumnya, kata Muis dalam satu kenyataan e-melnya.
Perkembangan ini memaparkan bertambahnya minat di kalangan peniaga dan syarikat di sini menyediakan produk halal kepada para pelanggannya, didorong saiz pasaran yang sedang berkembang di seluruh dunia, menurut sumber-sumber perusahaan.
Contohnya, para pengeluar dan/atau pengedar makanan halal berpeluang menembusi pasaran makanan 1.8 bilion penduduk Islam di serata dunia, dengan saiz pasarannya dianggarkan mencecah paras AS$460 bilion ($753 bilion) tahun ini, kata mereka.
Muis menawarkan lima jenis skim sijil halal:
Skim Produk (PRO Scheme) yang merangkumi pengeluaran produk setempat termasuk bahan kimia dan produk tambahan kesihatan.
Skim Kedai/Kiosk Makanan (EE Scheme) bagi restoran, kafeteria, kedai/kiosk snek dan sebagainya.
Skim Kawasan Penyediaan Makanan (FPA Scheme) bagi dapur hospital, lapangan terbang, hotel dan penyedia khidmat katering.
Skim Tempat Penyembelihan Ayam Itik (PA Scheme).
Skim Sokongan (EN Scheme) bagi pengimport dan pengeksport produk makanan halal.
Pada tahun lalu sahaja, jumlah permohonan baru dan tambahan bagi mendapatkan sijil halal meningkat hampir 60 peratus kepada 666 permohonan. Ini berbanding dengan 419 permohonan baru dan tambahan yang dibuat pada 2003, dedah perangkaan Muis itu.
Sementara itu, beberapa syarikat makanan dan minuman (F&B) di sini, termasuk nama-nama terkenal seperti Bengawan Solo Pte Ltd, Secret Recipe, Starbucks Coffee International, dan Coffee Bean & Tea Leaf (Singapore) Pte Ltd, difahamkan sedang menumpukan perhatian mereka ke arah pasaran halal dengan serius.
Mengulas, Pengurus (Pembangunan Perniagaan) Bengawan Solo, Encik Henry Liew, berkata pihaknya memang sedang cuba mendapatkan sijil halal dan pernah didatangi beberapa perunding cara di sini bagi tujuan tersebut.
'Itulah sebabnya kami giat berusaha mencari bahan gantian kepada beberapa bahan mentah untuk produk kami,' tegasnya.
'Kami tahu lebih ramai pelanggan yang akan menikmati sajian produk kami ini jika kami mendapatkan sijil halal kelak, tetapi setakat ini, usaha kami masih di tahap awal,' jelas Encik Liew.
Bengawan Solo, yang meraih penjualan melebihi $31 juta pada 2003, tidak lagi menggunakan sirap rum dalam semua kuih-muih dan rotinya, serta kebanyakan keknya di 40 kedainya di sini. Ia juga tidak menggunakan lemak dan daging babi dalam semua produknya, tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 16-2-2005 08:18 AM:
kat haig road...BOON LAY NASI LEMAK yang power akan opening soon.....
is it??
Mintak2 dia selling 10-11 night onwards la.....
Kalo dia bukak siang , cam no point gitu....
Problem stretch geylang , malam banyak kedai sampai masuk Joo Chiat kat dalam semua ada, tapi smua Indian styled food, kadang2 boring jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
YO kengkawan...
hari ni sokkabar melayu ada artikel satu page pasal popiah siap ngan resepi la, gambar2 bewarna la , reports kat lain2 kedai la...
Kat bawah ada review beberapa kedai jual cam2 popiah.
Ekstra! : 23 Februari 2005
Mudah cetak | E-mel
POPIAH
Emmm... syoknya apabila sambalnya 'power'
Oleh
Alijah Batcha
POPIAH... mmm... sedapnya. Sama ada popiah goreng atau popiah basah, kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri.
Boleh dikatakan rasa hampir semua jenis popiah di sini tidak banyak berbeza.
Biasanya, bahan utama yang digunakan ialah sengkuang sama ada direbus dalam jangka masa yang lama jika mengikut cara masakan popiah Cina ataupun digoreng dengan udang kering, bawang putih dan lada jika mengikut cara orang-orang Melayu.
Apa yang membezakan rasa popiah ialah sambal atau sos yang digunakan sama ada yang dijadikan pes yang disapu di atas kulit popiah ataupun dicelup apabila memakannya.
Kulit popiah turut memainkan peranan dari segi tekstur.
Kalau anda mahu membuat popiah basah, adalah lebih baik menggunakan kulit popiah segar daripada yang beku yang dijual di pasar raya kerana kulit popiah yang dibekukan biasanya agak liat. Ia lebih sesuai untuk dibuat popiah goreng.
Harga kulit popiah segar agak tinggi iaitu sekitar $15 hingga $20 sekilogram.
Menerusi ruangan ini, kami paparkan beberapa jenis popiah yang terdapat di beberapa gerai di sini.
HAJAH MERIAM FAMILY STALL
Pusat Penjaja, Haig Road
Jenis: Popiah basah/goreng (stail Melayu)
Harga: 70 sen
Inti asas bagi kedua-dua jenis popiah basah dan goreng di gerai ini sama, iaitu sengkuang dan tauge. Bagaimanapun, untuk popiah basah, bahan inti ditambah telur dadar dan bawang goreng. Intinya digoreng dengan cili.
Di kebanyakan gerai, kulit popiah siap segera digunakan. Di sini pula, kulit popiahnya dibuat sendiri. Jadi, teksturnya lebih lembut dan rapuh untuk popiah gorengnya.
Intinya kering, tidak berair dan lumayan. Yang membuat popiah dari gerai ini sedap ialah sambal petis yang dibuat sendiri iaitu campuran lada, gula dan beberapa bahan lain. Sambalnya terasa agak pedas tetapi syok...
BANQUET
Toa Payoh Central
(Ada sijil halal Muis)
Jenis: Popiah basah (stail Cina)
Harga: $1.50
Kandungan inti termasuk sengkuang, kubis, lobak merah, telur rebus, udang rebus, kacang tanah dan pes bawang putih. Tidak seperti popiah Melayu, sambal popiah yang dibuat daripada lada merah disapu di atas kulit sebelum ditaruh inti dan digulung. Oleh kerana pes bawang putihnya lebih daripada lada merah, apabila makan terasa bawang putih. Rasa popiahnya pula sederhana.
Inti popiah lumayan dan ia menjadikan popiah ini kelihatan 'gemuk' apabila digulung. Tetapi kerana gulungannya kurang mampat, semua 'isi perutnya' terburai apabila dipotong.
QI JI POPIAH
Shaw House, Beach Road
(Ada sijil halal Muis)
Jenis: Popiah basah (stail Cina)
Harga: $1.60
Popiah di sini digulung dengan rapi, kemas dan isinya mampat. Lihat saja sudah berselera. Inti popiah mengandungi sengkuang, tauge, telur dadar, udang rebus, salad dan bawang putih.
Sebelum inti ditaruh di atas kulit, ia disapukan dengan sos manis dan cili merah yang ditumbuk halus. Setelah popiah digulung, warnanya menjadi gelap sebab sos manis yang disapu cukup lumayan dan apabila anda memakannya, terasa sosnya yang enak dan manis-manis pedas.
Popiah dibuat hanya apabila ada pelanggan yang mahu membeli. Rasanya? Sedap...
REX CHICKEN RICE
Prinsep Street
(Ada sijil halal Muis)
Jenis: Popiah goreng (stail Cina)
Harga: $1
Popiah ini tidak sama dengan popiah yang lain sebab intinya mengandungi isi daging ayam.
Ia lebih dikenali sebagai spring roll. Selain isi ayam kisar, bahan-bahan lain yang dicampur untuk dijadikan inti ialah lobak merah, sengkuang dipotong kiub dan telur dadar.
Rasanya tidak pedas sebab ia menggunakan lada putih dan sos soya sahaja dan rasanya agak masin.
Ia dimakan dengan sos manis dan jeruk timun.
GERAI MAKAN MERAH DELIMA
Bedok Central
Jenis: Popiah basah (cara antara popiah Melayu dengan Cina)
Harga: 80 sen
Antara inti popiah yang sedap ialah jika serbuk kunyitnya dikurangkan. Kandungan inti ialah sengkuang dan tauge sahaja.
Sos asas yang disapu di atas kulit popiah ialah sambal lada yang agak pedas.
Sambal ini perlu ditaruh agak banyak agar popiahnya tidak kering. Setiap popiah digulung dengan sekeping plastik. |
|
|
|
|
|
|
manja13 This user has been deleted
|
Originally posted by deaf4ever at 6-3-2005 08:17 PM:
apa nama kedai ni, aku dah lupa la....
Aminudeen ke nasirudeen or something....dia memang pack gile.
Lah!!! Tu kedai RAFI ALI lah tu.
Tapi yang jaga Adiknya tak salah...
Dulu sebelum masuk suratkhabar, tak de hantu pun nak makan nasi bryani dia.
CIK V
FYI. Ada 2 canteen. Dan Alfresco dining.
Canteen 1 - owner bapak (kita panggil Bai)
- open from morning: breakfast. lunch for office crowd. dinner.
Canteen 2 - owner probably anak. anak manage. stalls pay rent.
- some stall open for lunch. dinner.
Alfresco - owner bapak dan anak. anak manage. stalls pay rent
- usually start about 6pm.
Worth your money
- Mee siam
- Laksa (depends on the days...which cook)
- Mee Hoon Soto
- Teh Tarik
- Mee Goreng
- "Seafood" stall that sells Nasi Goreng Black Pepper beef for $3.50
- Nasi Lemak (so-so)
Must Try
- Hot dog
- Soup Kambing (kedai dekat dgn Toilet(?) hmmm..:O)
- Tahu Bakar
Just my opinion....
You must come and try yourself!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manja13 at 13-3-2005 01:25:
Heheheh! semenjak keluar suratkhabr dan News di Suria channel.
Railway (atau KTM) makin ramai dikunjungi orang sehingga susah nak cari tempat duduk.
padahal makanan biasa : Nasi goreng mee go ...
betul manja... makanan kat belakang ktm tu nothing special. biasa2 jer..
lagi sedap makan kat kedai kopi dan foodcourt dia. lagi ummphhhh rasa..
ni my comment on the food kat stall2 belakang railway tu...
siapa yg tak kuat pedas....jgn laaa nak try makan popiah basah belakang railway tu... mmg korang tak leh abis nyer.. >>> amaran tuk faiza & tig, coz I pun tak habis..pedassssssss giler
satay yg di jual sebelah kebab tu.... adehhhhh...
burger ramli... cian anak kawan I.. tunggu for 45 mins baru dpt burger dia
apom leh tahan..... tapi go with the original (tak yah laaa cuba cheeze or telor)
kopok lekor.... apsal tak sama ngan yg kita beli kat m'sia ehhhh... :hmm:
kuih udang... tak yah la.. kerassssssss
kebab.... leh tahan rasa... yg buat pun cute sokmo
sop mamak .. boleh tahan, ada kick gak tapi ajinomoto.. mmg rasa babe
roti john... power!!!!!! siap ada mayonese and all...
hot dog.... mamat jual tu hensemmmmmmmmmm, akak cam segan laks nak order.... heheheheheheh.. sooo tak leh comment coz llidah keli nak order masa tu..lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
March 16, 2005
Makan place goes big ... and it'll be all halal
Banquet's 16th, and largest, food court opens in Raffles Place By Glenys Sim
THE pioneer of the halal food court business yesterday opened its 16th - and biggest - outlet at Clifford Centre, right smack in the heart of Raffles Place.
ATTRACTING ALL RACES: Customers thronged the newly opened food court in Clifford Centre during lunch-time on Monday. -- LIM WUI LIANG
But next year, the massive 26,000 sq ft Banquet food court will be topped by an even bigger 30,000 sq ft outlet at VivoCity, when Singapore's largest mall opens at the site of the former World Trade Centre.
Then, said Banquet Holdings' managing director Alan Lee, the six-year-old company would have Singapore covered.
With plans to expand into Malaysia and Indonesia from mid-year, Mr Lee hopes to list his company on the stock exchange next year, he told The Straits Times.
The new $2.3-million outlet at the basement of Clifford Centre, about twice the size of a typical food court, boasts 15 stalls and five restaurants, and can sit 800 customers at any time.
Diners can choose from familiar favourites such as chicken rice, prawn noodles, roti prata and pasta.
Like all Banquet food courts, the fare is all halal, that is, prepared according to Islamic law.
But this venue can't yet tout itself as such as it is waiting for certification from the Islamic Religious Council of Singapore (Muis), said Mr Lee.
The company has come a long way since it opened its first outlet in 1999 at Jurong Point shopping centre.
Besides the food courts, it also has a more upmarket restaurant in IMM Building at Jurong East, offering halal Asian dishes at food court prices. Called Bagus, which means good in Malay, it was opened last year.
Outlet 17 will open next month at HarbourFront Centre, said Mr Lee, 54, who worked in the construction industry until a downturn forced him to switch careers.
'There was an untapped market. To me the food court experience in Singapore is having people of different races sit together at the same table, sharing plates of food.
'I can't cook but I can eat,' he said with a laugh.
Mr Lee declined to disclose revenue figures but a check with the Registry of Companies and Businesses revealed that Banquet's turnover in 2002, the latest available, was almost $4 million.
For more than five years, others sat and watched Mr Lee's business grow. Then last month, listed food court operator Food Junction opened its first 'No Pork, No Lard' food court in Century Square at Tampines.
When contacted, Food Junction declined to comment.
Meanwhile, Banquet remains the market leader in halal food courts and Mr Lee fully intends to keep it that way. The stalls may be sublet out, but the fare at every one must pass his taste test, said Mr Lee, patting his stomach.
He is by no means a food connoisseur but has tastebuds similar to the man on the street, he added.
Customers like Ms Zan Ahmad Jamil, 33, agree.
'The food is very delicious. I was really looking forward to this food court opening. Now I have a lot more lunch options,' said the legal secretary, who normally chooses between eating at Muslim food stalls in other Raffles Place food courts or fast food outlets.
Mr Lee ensures the quality of the food stays the same by doing taste tests every day, for breakfast, lunch and dinner.
'Once the standard drops, I will know and they will be called to my office to get a telling off,' he said.
'You don't believe me? Come by my office today. I've invited three of them for a chat,' Mr Lee said. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|